Anda di halaman 1dari 8

P a n d u a n A s a s M e m u l a k a n P e r n i a g a a n I n t e r n e t D a r i R u m a h Page 1

Panduan Asas
Memulakan Perniagaan
Internet Dari Rumah





P a n d u a n A s a s M e m u l a k a n P e r n i a g a a n I n t e r n e t D a r i R u m a h Page 2
Kandungan

Perniagaan Internet.......................................................................................................................
Perkara yang perlu anda timbang sebelum memulakan perniagaan internet...............................
Perancangan membina perniagaan internet..................................................................................
Penutup..........................................................................................................................................



















P a n d u a n A s a s M e m u l a k a n P e r n i a g a a n I n t e r n e t D a r i R u m a h Page 3
Perniagaan internet.

Dunia sekarang sangat memerlukan wang yang banyak untuk hidup.
Makanan, tempat tinggal dan kenderaan menguasai penggunaan wang
kebanyakan keluarga di Malaysia. Kadangkala, kita seperti hidup untuk kerja
bukannya kerja untuk meneruskan kehidupan.
Oleh itu, ramai mula mencari pendapatan tambahan dan perniagaan
melalui internet adalah antara perniagaan yang mereka pilih. Kos operasi yang
rendah dan potensi keuntungan yang lumayan membuatkan lebih ramai memilih
perniagaan internet untuk mencari pendapatan tambahan. Tambahan pula, ia
boleh di jalankan dari rumah dan berada di samping keluarga yang tersayang.
Namun, kehadiran skim cepat kaya telah memusnahkan konsep
perniagaan internet itu sendiri. Perniagaan adalah perbuatan yang suci. Maka
anda perlu sedar bahawa perniagaan memerlukan produk yang jelas.
Menjana pendapatan melalui skim cepat kaya adalah tindakan yang sia-sia
kerana apa yang anda sedang lakukan adalah membeli angan-angan. Anda
bayar sejumlah wang dan di janjikan untuk menjana sekian-sekian jika berjaya
mendapat downline, itulah namanya membeli angan-angan. Teruskan pembelian
angan-angan anda.
Berbanding perniagaan yang melibatkan produk yang jelas, anda hidup
dalam dunia realiti. Kalau anda dapat jual satu produk, dapatlah anda
keuntungan sebanyak satu jualan. Anda perlu ingat, perniagaan internet adalah
perniagaan sebenar. Anda perlu rajin dan sentiasa berusaha untuk mendapat
keuntungan yang besar.
Di dalam panduan ini, saya akan jelaskan secara ringkas bagaimana anda
boleh memulakan perniagaan anda sendiri.





P a n d u a n A s a s M e m u l a k a n P e r n i a g a a n I n t e r n e t D a r i R u m a h Page 4
Perkara yang anda perlu fikir sebelum memulakan
perniagaan internet.

Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu tahu apa yang
anda ingin lakukan. Apa yang anda ingin niagakan? Apa potensi pendapatan
yang anda inginkan ? Berapa modal yang anda sanggup keluarkan ? Semua
perkara ini, anda perlu titik beratkan sebelum memulakan perniagaan. InsyaAllah
dilemma anda dalam memulakan perniagaan internet akan berakhir.
Sebelum anda memulakan perniagaan internet, anda perlu memikirkan perkara
berikut :
Jenis perniagaan di internet.
Anda perlu fikir apa jenis perniagaan yang anda ingin jalankan di internet.
Adakah perniagaan anda melibatkan penjualan barang? Adakah anda ingin
menjual servis? Adakah anda hanya ingin menulis blog? Adakah anda ingin
menjadi affiliate? Anda tentukan apa yang terbaik untuk anda.
Namun, sebaik-baiknya anda pilih perniagaan yang anda tahu dan senang
dahulu. Apabila sudah lama bermula, kemahiran anda akan bertambah dan
sudah tentu anda akan berkemahiran untuk memulakan perniagaan yang lain
pula.
Rancangan perniagaan.
Anda juga perlu memikirkan rancangan perniagaan yang bakal anda lakukan.
Berapa modal yang anda perlu untuk memulakan perniagaan? Berapakah
potensi keuntungan yang anda mahu? Bagaimana dengan strategi pemasaran
anda?
Persediaan tempat kerja dan alatan.
Di manakah anda ingin lakukan perkerjaan anda? Jika di rumah, pastikan anda
menyediakan ruang yang selesa untuk anda lakukan semua pekerjaan anda.
Pastikan semua peralatan anda cukup seperti komputer, line internet yang
berkelajuan tinggi, printer dan mungkin mesin faks. Ia bergantung kepada
perancangan anda.

P a n d u a n A s a s M e m u l a k a n P e r n i a g a a n I n t e r n e t D a r i R u m a h Page 5
Adakah perniagaan anda halal atau haram?
Periksa sama ada perniagaan yang bakal anda lakukan menepati ciri-ciri yang di
bolehkan dalam agama. Anda wajib siasat perkara ini dahulu sebelum
memulakan perniagaan anda. Pastikan juga ia mematuhi peraturan negara.





















P a n d u a n A s a s M e m u l a k a n P e r n i a g a a n I n t e r n e t D a r i R u m a h Page 6
Perancangan membina perniagaan internet

Perancangan dalam perniagaan adalah penting. Di sini, saya akan senaraikan
secara ringkas bagaimana hendak membina perniagaan internet anda.
Perancangan ini adalah umum dan boleh di gunakan oleh jenis perniagaan
internet.
1. Pilih satu niche untuk perniagaan anda.

Niche bermaksud bidang. Apa bidang yang anda ingin niaga? Produk
kecantikan, produk kesihatan, produk kekeluargaan, produk sukan atau
produk pelancongan. Pilih satu bidang dan kecilkan ia lagi.

Contohnya anda pakar dan boleh berniaga dalam bidang keluarga,
kecilkan niche anda kepada barangan kanak-kanak. Fokus pada satu
niche dahulu sebelum bergerak ke niche yang lain.

2. Dapatkan produk.

Cari produk untuk di jual sama ada anda dari pihak anda atau dari pihak
lain ( jual melalui affiliate)

3. Pengurusan produk.

Tentukan cara untuk menghantar produk anda. Tentukan satu cara yang
senang bagi anda.


4. Cari nama jenama perniagaan anda.

Pilih nama yang mudah di ingati dan mudah untuk di sebut sebagai nama
perniagaan anda. Nama jenama adalah penting dalam memperkenalkan
perniagaan anda.

P a n d u a n A s a s M e m u l a k a n P e r n i a g a a n I n t e r n e t D a r i R u m a h Page 7

5. Dapatkan website dan pilih medium pembayaran

Dapatkan website untuk kegunaan perniagaan anda. Siapkan website
anda sama ada dalam bentuk shopping cart, blog atau minisite. Anda
tentukan sendiri. Pastikan laman web anda menarik. Pilih juga medium
pembayaran. Anda tentukan sama ada untuk menerima kredit kad, online
transfer atau paypal. Kalau boleh adakan semua pilihan yang ada untuk
memaksimumkan keuntungan anda.

6. Dapatkan hosting.

Pilih hosting yang berpatutan dengan bajet anda. Pastikan juga hosting
yang anda pilih sesuai dan boleh host laman web anda. Tidak apa mahal,
asalkan ia boleh membantu perniagaan anda.

7. Bina mailing list.

Bina mailing list untuk menyimpan prospek anda. Ia adalah asas dalam
mana-mana perniagaan internet. Pastikan mailing list anda adalah
berkualiti. Sentiasa berkongsi tips dengan senarai email anda.

8. Pasarkan laman web anda.

Cari cara terbaik untuk memasarkan produk dan laman web anda.







P a n d u a n A s a s M e m u l a k a n P e r n i a g a a n I n t e r n e t D a r i R u m a h Page 8
Penutup

Eloklah anda jujur dan bertenang dalam memulakan perniagaan internet.
Tidak mungkin pada hari pertama anda memulakan perniagaan internet anda
akan jadi jutawan. Selepas lima tahun, mungkin ia akan terjadi. Namun, jika anda
tidak mulakan sekarang selepas lima tahun anda akan tetap menjadi manusia
yang sama.

Anda mungkin juga menyukai