Anda di halaman 1dari 1

Membina rumah baru

Cara-cara pelaksanaan:
1. Pada mulanya, gambar-gambar perabot dan peralatan-peralatan
akan ditampalkan di atas dinding secara berselerak.
2. Kemudian setiap kumpulan akan diberikan sekeping kertas yang
mempunyai gambar rumah.
3. Setiap murid akan diberikan kebebasan untuk memenuhi rumah
baru mereka dengan memilih perabot-perabot dan alat yang
disukai oleh mereka.
4. Setiap ahli dalam kumpulan akan memainkan peranan mereka
masing-masing seperti peranan dalam sesebuah keluarga. Contoh:
bapa, ibu, adik perempuan, adik lelaki, abang, kakak dan
sebagainya.
5. Guru akan memberikan setiap kumpulan satu jumlah wang
perbelanjaan dan murid perlu menggunakan wang tersebut dalam
perbelanjaan mereka bagi mendirikan rumah baru mereka.
6. Murid perlulah memastikan bahawa jumlah peralatan yang dipilih
oleh mereka adalah tidak melebihi wang perbelanjaan yang
diberikan.
7. Kemudian, selepas memilih peralatan yang diperlukan, murid
perlulah mengira wang perbelanjaan mereka bagi setiap peralatan
yang dipilih.
8. Kumpulan yang dapat membeli lebih banyak peralatan dengan
wang yang diberikan akan menjadi pemenang.
9. Permainan ini boleh digunakan bagi pengajaran topik wang sama
ada bagi topic penambahan ataupun penolakkan.

Anda mungkin juga menyukai