Anda di halaman 1dari 2

MOOC TITAS Malaysia Bergaya di

Persada Global
Universiti Putra Malaysia (UPM) di awal tahun 2014, telah diberi mandat menerajui
pembangunan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dalam bentuk
Massive Open Online Course (MOOC) bagi peringkat kebangsaan. Ia merupakan salah
satu dari empat kursus rintis di bawah inisiatif MOOC IPTA Malaysia. Pembangunan
TITAS MOOC ini disokong oleh MEIPTA (Majlis e-Pembelajaran IPTA Malaysia) dan
dikawalselia oleh Jawatankuasa Pembangunan Modul TITAS MOOC IPTA Malaysia
yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Zaid Ahmad, selaku Dekan Fakulti Ekologi Manusia
UPM,

Kursus TITAS MOOC IPTA Malaysia yang dibangunkan secara komprehensif
merangkumi semua topik bagi kurikulum TITAS dan telah disusun atur menjadi lima
modul iaitu Pengenalan Ilmu Ketamadunan, Tamaduna Islam, Tamadun Melayu,
Tamadun Cina dan Tamadun India , kata Prof Madya Alyani Ismail, Timbalan Pengarah
CADe UPM.

Beliau menambah Seperti kursus MOOC yang dibangunkan oleh UPM sebelum ini,
pembangunan kursus TITAS ini juga menggunakan teknologi rakaman Chroma Key
yang tersedia di Pusat Pembangunan Maklumat dan Komuikasi (iDEC) agar latar
belakang video rakaman dapat digabung-jalinkan dengan pelbagai maklumat yang
disampaikan oleh pengajar samaada dalam bentuk gambar, video, slaid pembentangan
dan sebagainya.

Dari aspek produksi kandungan pengajaran, MOOC TITAS dibangunkan bersandarkan
konsep pakej koswer agar pelajar boleh mendapat bahan pembelajaran dalam pelbagai
media seperti slaid pembentangan, video syarahan, video temuramah dan kuiz).

Saya pasti menerusi pendekatan ini pastinya MOOC TITAS akan menggalakkan
kaedah pembelajaran peribadi (personal learning style) di kalangan pelajar. Pelbagai
aktiviti interaktif berasaskan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL) juga disediakan
termasuk penghasilan Peta Minda, ulasan berdasarkan video yang disaksikan (refleksi
video) atau ringkasan daripada artikel yang telah dibaca, ujarnya ang bertindak sebagai
Ketua Penyelaras Pembangunan MOOC TITAS tersebut.

Info lanjut mengenai modul-modul tertentu, juga disediakan di bahagian Further
Reading. Pautan maklumat disediakan untuk pelajar menambahkan pengetahuan sedia
ada mereka.

Di samping kursus TITAS MOOC IPTA Malaysia, tiga kursus yang lain iaitu Hubungan
Etnik, Introduction to Entrepreneurship dan ICT Competency juga telah mula
digunapakai oleh semua pelajar IPTA Malaysia mulai 8 September 2014 melalui
pelantar pelayan web OpenLearning, iaitu platform MOOC terkemuka dunia dari
Australia.


Catatan:
Dalam Bentuk Berita
(Gambar pelu ada kapsyen)!!

Anda mungkin juga menyukai