Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN PERTANDINGAN PERBARISAN LINTAS HORMAT KEJOHANAN

BALAPAN DAN PADANG MSS ZON 5 KEMABONG KALI KE 44



SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah di Zon 5 Kemabong yang
masih bersekolah secara rasmi bagi tahun 2013 sahaja.
2. Peserta digalakkan dalam kalangan atlet. Walau bagaimanapun peserta bukan atlet juga
dibenarkan mewakili kontinjen masing-masing.
3. Bilangan peserta bagi satu pasukan adalah tidak kurang daripada 23 orang termasuk
Ketua Perbarisan (Komandan),Pemegang Bendera dan Pemegang Papan Tanda.
4. Jantina bagi Ketua Perbarisan, Pemegang Bendera dan Pemegang Papan Tanda adalah
bebas.
5. Ketinggian tiang bendera: 8 Kaki.
6. Peserta mestilah memakai pakaian sukan (track suit) yang lengkap. Warna pakaian adalah
seragam dan tidak dibenarkan memakai seluar pendek.
7. Pakaian bagi Ketua Perbarisan dan Pemegang Bendera mestilah sama dengan anggota
perbarisannya.
8. Pemegang Papan Tanda boleh berpakaian bebas dan menarik tetapi tidak boleh menjolok
mata.
9. Penilaian bermula dengan pengiraan bilangan peserta setiap pasukan dan permulaan
pergerakan sehingga keluar baris.
10. Markah pasukan akan ditolak sebanyak 2 markah bagi setiap ahli yang keluar baris awal
sebelum upacara perasmian selesai. (Kecuali kes kecemasan)
11. Pergerakan ke kanan hormat semasa cepat jalan atau perlahan jalan mestilah dilakukan
semasa pasukan melalui kawasan astaka dihadapan Pegawai Perasmi. Berhenti lama,
buka baris dan sebarang corak/gaya perbarisan TIDAK DIBENARKAN sepanjang
pertandingan dijalankan terutama semasa melalui astaka.
12. Penilaian Pertandingan
Keseragaman Pergerakan : 40%
Kreativiti Pasukan : 30%
Keseragaman Pakaian : 30%
13. Markah perbarisan perlu dimaklumkan kepada semua kontinjen. Kontinjen yang
memenangi acara perbarisan akan mewakili Zon 5 ke MSSD Tenom.
14. Pasukan yang melanggar peraturan pertandingan akan kehilangan markah/tidak diberikan
markah. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai