Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal

3/12

Minggu Praktikum

Ketiga

Tarikh Peristiwa / Kejadian

9 Februari 2014 hingga 13 Februari 2014

Tajuk Jurnal

Fizikal dan Estetika

1.

Isu / Masalah
Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru sepanjang
minggu ini agak baik berbanding minggu sebelumnya kerana setiap aktiviti dapat
dilakukan mengikut perancangan yang telah dibuat dengan teliti dan mengikut fokus
dan objektif yang ingin dicapai. Pada minggu ini, saya menghadapi masalah dalam
merancang dan melakukan strategi PNP untuk mata pelajaran yang bertunjangkan
Fizikal dan Estetika termasuklah muzik, kreativiti, dan drama & gerakan kreatif. Saya
mengambil masa yang terlalu lama untuk merancang langkah pengajaran bagi
pengajaran muzik, drama dan gerakan kreatif serta kreativiti.

2. Analisis
Pemerhatian telah dilakukan disepanjang minggu ini. Berikut merupakan hasil
daripada pemerhatian yang telah dilakukan;
a Idea dan maklumat tajuk atau topik yang ingin di ajar tidak mencukupi.
b Murid cepat merasa bosan jika strategi berpusatkan guru dilakukan secara
berterusan.
c Guru tidak mengetahui dan memahami dengan begitu mendalam tentang
sesuatu isu.
d Kaedah penyampaian tidak dapat difahami dengan jelas oleh murid.

Berdasarkan pemerhatian ini, perancangan strategi dan langkah pengajaran


masih belum cukup baik. Hal ini secara tidak langsung, menyebabkan murid tidak
bersikap serius semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan.

Guru pula membuang masa dengan memberi penerangan kepada murid


sedangkan murid langsung tidak memahami dan mengambil peduli terhadap
pengajaran guru. Ini mengakibatkan proses penilaian dan penaksiran secara
berterusan tidak dapat berjalan dengan licin dan lancar.

3.

Cadangan Untuk Memperbaiki


Sebagai cara untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat analisis dan

kolaborasi bersama guru pembimbing serta rakan praktikum. Hasil daripada


kolaborasi tersebut, saya perlu lebih banyak membuat pembacaan terhadap kaedah
pengajaran dan inovasi pengajaran dan pembelajaran. Saya juga perlu sentiasa
bertukar-tukar pendapat sesama guru sekolah atau rakan praktikum mengenai
aktiviti yang dirancang. Aktiviti yang dirancang dibanding beza dan dianalisis dari
segi kelemahan dan kekuatannya.
Langkah pengajaran harus melibatkan komunikasi dua hala serta aktiviti perlu
dilakukan oleh semua murid. Menurut Brophy & Good(1998) guru yang berkesan
mempunyai kemahiran pengurusan kelas, mengajar untuk pelajar menguasai
pembelajaran dan menggalakkan suasana pembelajaran yang kondusif. Untuk itu,
guru perlu kuasai ilmu pedagogi pengajaran untuk membantu guru memahami dan
menterjemahkan teori kepada bentuk amalan.

4.

Tempoh Masa

Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah sepanjang praktikum
bagi setiap jadual waktu yang melibatkan tunjang fizikal dan estetika.

5.

Tindakan Susulan

Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan bagi mengatasi
masalah mengawal murid:
a. Membuat penilaian terhadap suasana dan persekitaran kelas.
b. Kenal pasti tahap keupayaan dan latar belakang setiap murid.
c. Rancang aktiviti yang bersesuaian dengan kebolehan murid.
d. Kenali murid untuk menyesuaikan aktiviti dan langkah yang mereka minati.

6.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, Kaedah pengajaran teori adalah berbeza daripada kaedah


mengajar kemahiran. Untuk itu, guru perlu mahir dengan lebih dalam tentang
kepelbagaian kaedah mengajar.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan : ..
Nama

:.

Nama

: ..

Tarikh

:. Tarikh

: ..

Anda mungkin juga menyukai