Anda di halaman 1dari 4

Bilangan Jurnal

4/12

Minggu Praktikum

Keempat

Tarikh Peristiwa / Kejadian

16 Februari 2014 hingga 19 Februari 2014

Tajuk Jurnal

Kebersihan diri

Masalah
Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid
prasekolah yang agak merisaukan. Antara masalah yang paling ketara adalah
berkaitan dengan hal kebersihan diri, merangkumi kebersihan pakaian, dan diri
sendiri. Kebanyakan murid memandang ringan akan hal ini. Mereka tidak begitu
mengambil berat tentang isu penjagaan diri. Ada di antara murid yang memakai
stoking yang basah semasa proses pembelajaran serta baju yang sering basah
selepas ke tandas.
Pada pandangan saya, walaupun murid prasekolah masih kurang matang dan masih
kecil, namun hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana setiap individu mempunyai hak
yang wajib untuk menjaga kebersihan dan penampilan diri tanpa mengira umur.
Mereka sewajarnya berpakaian kemas dan bersih. Namun, ia amat mendukacitakan
apabila ada di kalangan mereka yang mempunyai masalah menjaga penampilan diri
yang bersih. Sebagai seorang guru, saya menyifatkan keadaan ini dalam fasa
membimbangkan dan perlu diatasi segera. Murid-murid sepatutnya berada dalam
keadaan bersih dan selesa. Setelah itu, baru mereka boleh belajar dalam keadaan
tenang dan bersemangat. Stoking dan baju yang basah akan menimbulkan bau
yang kurang menyenangkan. Bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu
guru-guru dan rakan-rakan lain. Oleh yang demikian, masalah ini mesti diambil
tindakan dan perlu diselesaikan secepat mungkin.

Analisis masalah
Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu dititikberatkan oleh
setiap individu khususnya murid-murid sekolah. Lagipun, di sinilah mereka
sepatutnya menjadikan ia suatu tabiat untuk berpakaian bersih dan kemas.
Sekiranya murid-murid bersikap tidak endah dengan hal ini, mereka sememangnya
boleh dianggap melanggar peraturan sekolah kerana setiap sekolah meletakkan
syarat agar murid berpakaian kemas ketika ke sekolah. Ini membuktikan bahawa
kebersihan sangat penting bagi murid-murid. Ahmad Sulaiman (2008) menyatakan:
Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan higiene yang baik. Manusia perlu
menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sihat, tidak bau, tidak
menyebarkan kotoran, atau menularkan kuman penyakit terhadap diri sendiri
mahupun orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti
mandi, menggosok gigi, mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih
Sementara itu, seperti yang kita semua sedia maklum, agama Islam juga
menitikberatkan soal kebersihan. Justeru, Islam meletakkan kebersihan sebagai
sebahagian daripada Iman. Sahari Akim (2008) menyatakan dalam penulisannya
bahawa:
Dalam isu menjaga kebersihan ini, setiap masyarakat perlu mempunyai kesedaran
dan sikap bertanggungjawab. Masyarakat perlu mematuhi amalan menjaga
kebersihan dari lunas-lunas agama, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan
mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan. Isu kebersihan
sememangnya dititikberatkan dalam ajaran agama Islam sendiri. Islam memandang
kebersihan itu sebagai sebahagian daripada iman. Kita yakin agama-agama lain
juga memberi penekanan terhadap penjagaan kebersihan.
Kita juga sedar bahawa kebersihan dapat menghindarkan diri dari terkena jangkitan
penyakit.

Maka,

berdasarkan

analisa

dan

pendapat

ini,

adalah

menjadi

tanggungjawab kita bersama untuk terus menjaga kebersihan terutamanya


kebersihan diri sendiri. Setelah itu, barulah kita dapat menjaga kebersihan
persekitaran.

Cadangan
Usaha

membendung

masalah

ini

(tidak

menjaga

kebersihan

diri)

patut

dipertanggungjawabkan kepada semua individu. Guru-guru perlu memberi nasihat


dan bimbingan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri.
Guru-guru boleh menganjurkan kempen-kempen seperti Personaliti Indah, Diri
Bersih dan Sihat dan lain-lain. Melalui kempen seperti ini, murid-murid secara tidak
langsung akan menyedari kesilapan mereka dan akan mula berfikir untuk melakukan
perubahan demi menjaga kesihatan mereka.
Untuk menyuntik kesedaran murid-murid tentang peri pentingnya kebersihan, guru
bimbingan boleh mengadakan bimbingan kelas terutamanya yang dikenalpasti
mempunyai masalah kebersihan yang serius. Melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang bermodulkan aspek/ tajuk kebersihan, murid-murid akan
memahami kepentingan menjaga kebersihan diri dan pengaruh kebersihan tersebut
kepada diri sendiri , juga persepsi masyarakat terhadap mereka.
Walaubagaimanapun, ibubapa di rumah adalah antara individu yang paling
bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak tentang hal ini kerana mereka
individu pertama yang berinteraksi secara terus dengan anak-anak. Kesedaran ini
sepatutnya bermula dari rumah. Ibubapa perlu memantau dan memberi perhatian
kepada anak-anak mereka dari segi amalan kebersihan. Walau bagaimanapun,
murid-murid yang dewasa juga sewajarnya boleh berfikir secara rasional dan
bertindak untuk kebaikan mereka.

Tempoh penyelesaian
17 Februari 2014 hingga suatu tarikh yang belum pasti kerana kempen tidak dapat
dijalankan lagi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tindakan susulan
Murid-murid harus diberi nasihat yang berterusan. Guru-guru bertanggungjawab
untuk memastikan masalah ini tidak berterusan. Kempen-kempen mesti dilakukan
secara berterusan (seminggu sekali-diselitkan ketika perhimpunan pagi sekolah).
Guru disiplin dan guru bertugas harus memantau keadaan ini dari semasa ke
semasa.

Catatan
Kebersihan diri adalah elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri setiap murid.
Keadaan

bersih

akan

membantu

mereka

meningkatkan

potensi

diri

dan

sememangnya mempengaruhi keselesaan mereka ketika belajar. Selain itu,


kebersihan diri juga mempamerkan personaliti murid-murid, juga mencerminkan
keperibadian guru-guru dan sekolah. Semuanya akan saling mempengaruhi antara
satu sama lain.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : ....................

Tandatangan : ..

Nama

Nama

: ..

Tarikh

Tarikh

: ..

Anda mungkin juga menyukai