Anda di halaman 1dari 20

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

1.0 PENGENALAN

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

Sebagai seorang bakal guru, kita harus memastikan kerja atau tugasan adalah yang
terbaik dapat disediakan. Tugasan projek kali ini amat mencabar diri saya sendiri dalam
proses untuk mencapai objektif atau hasil pembelajaran. Saya harus menghasilkannya
dengan baik supaya segala objektif tercapai dan kehendak soalan tercapai.
Pertamanya, saya dan rakan-rakan dikehendaki untuk membina satu akaun
Facebook bagi satu kumpulan untuk memudahkan dan memberi fokus kepada subjek
pengkhususan saya iaitu Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Seterusnya, saya
dikehendaki untuk memilih satu klip video yang sesuai untuk digunakan di dalam kelas dan
juga sesuai dengan tajuk yang diberikan oleh pensyarah. Setelah memilih video yang
sesuai, saya harus memuat naik video tersebut ke dalam akaun Facebook yang telah dibina
untuk mendapat kebenaran daripada pensyarah untuk menggunakan video tersebut dalam
kerja kursus ini. Setelah mendapat kebenaran daripada pensyarah, barulah saya boleh
meneruskan proses untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
Seterusnya, saya perlu menghasilkan penulisan akademik yang menerangkan
bagaimana video ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran berpandukan
model reka bentuk ASSURE. Saya dikehendaki untuk menjelaskan satu persatu elemen
yang terdapat dalam model ini supaya saya dapat memaksimakan hasil pembelajaran.
Antara objektif utama kerja kursus ini ialah dapat menghasilkan penulisan akademik yang
baik tentang model reka bentuk ASSURE ini.
Akhir sekali, tugasan projek kali ini adalah bertepatan dengan keperluan kami
sebagai guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Kesemua kerja kursus ini
amat mencabar minda saya dalam proses untuk menyiapkan sepenuhnya. Oleh itu,
penyediaan kerja kursus yang baik harus saya lakukan supaya saya mendapat hasil
pembelajaran yang maksima. Di samping itu juga, saya akan dapat mengaplikasi kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang dapat saya kenalpasti sesuai pada masa akan datang
untuk memaksimakan hasil pembelajaran murid.

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

2.0 HASILKAN SATU PENULISAN


AKADEMIK YANG PANJANGNYA 2000
PATA PERKATAAN MENERANGKAN
BAGAIMANA VIDEO INI BOLEH
DIAPLIKASIKAN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BERPANDUKAN
MODEL REKA BENTUK ASSURE

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

Bidang teknologi berkait rapat dengan bidang pendidikan. Perkaitan ini telah
menimbulkan model-model yang boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Justeru itu,
adalah mustahak bagi guru untuk mendalami pengetahuan mengenai teknologi pendidikan
dan pengajaran.Teknologi pendidikan adalah kaedah sistematik dengan menggabungkan
pelbagai media komunikasi yang inovatif. Tujuan utama teknologi pengajaran digunakan
adalah untuk mempengaruhi pembelajaran supaya pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada
pengajaran guru tetapi kepada media dan bahan. Model utama yang diketengahkan dalam
teknologi pendidikan ini ialah model reka bentuk ASSURE. ASSURE merupakan sebuah
model pengajaran yang telah menggabungkan adegan pengajaran yang diterangkan oleh
Gagne. Model ini dipelopori oleh Heinich, Molenda & Russell, & Smaldino, (1996). Rozinah
Jamaludin 2003) menyatakan bahawa model ASSURE merupakan panduan prosedural
untuk perancangan dan pengendalian dengan integrasi media. Taksiran keperluan adalah
langkah pertama dalam menentukan proses pembangunan pengajaran yang lengkap untuk
memastikan kesesuaian pengajaran dengan apa yang ingin dicapai.

2.1 ANALISIS CIRI PELAJAR (ANALYSIS LEARNER)


Perkara pertama yang dititikberatkan dalam model ASSURE ialah analisis ciri
pelajar. Sebelum menggunakan bahan atau media dalam pengajaran, guru perlu mengenali
ciri-ciri pelajar, isi kandungan pelajaran, media dan bahan pelajaran tersebut. Langkah ini
merupakan langkah pertama guru untuk persediaan sebelum memulakan pengajaran
pembelajaran. Guru perlulah mengenal pasti pelajar sama ada dari segi umur, latar
belakang, sosio ekonomi dan tahap gred yang dicapai oleh pelajar sebelum menggunakan
media berdasarkan model ASSURE dalam pengajaran pembelajaran. Guru boleh
mendapatkan maklumat mengenai murid melalui pelbagai cara. Maklumat tersebut boleh
diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung dan pelajar. Hal
ini akan membantu guru untuk mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajarnya
sendiri. Sekiranya guru berdepan dengan pelajar yang pasif guru perlu membina model
bahan atau media yang sesuai supaya pembelajaran tidak membosankan pelajar. Tahap
kognitiif dan fizikal murid juga perlu dititikberatkan oleh seorang guru untuk memastikan
pembelajaran pada hari itu sempurna.

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

Sebelum memilih video, saya telah mengenalpasti ciri-ciri murid saya iaitu murid
pemulihan. Video yang saya pilih adalah berkaitan dengan keperluan berusaha sedaya
upaya untuk memperoleh kejayaan seterusnya membalas jasa ibu bapa setelah berjaya
kelak. Ciri-ciri murid yang lemah perlu diberi penekanan dan rangsangan supaya mereka
dapat meneruskan pembelajaran. Saya juga telah mengenalpasti murid-murid saya yang
rata-ratanya semua masih mempunyai ibu dan bapa yang bertungkus lumus untuk memberi
peluang pendidikan kepada anak-anak mereka. Oleh itu, video ini sangat sesuai untuk
memberi pengajaran kepada murid-murid tentang pentingnya berusaha bersungguhsungguh untuk membalas jasa ibu dan bapa mereka. Selain itu, murid-murid perlu juga
diberi pendedahan tentang teknologi maklumat dan komunikasi. Video yang ingin
ditayangkan boleh memberi pengenalan tentang teknologi maklumat dan komunikasi
kepada murid-murid. Dalam elemen ini juga, saya perlu mengenalpasti pengalamanpengalaman sedia ada murid supaya murid dapat memahami video yang ditayangkan dan
mengaitkannya dengan pengalaman sedia ada mereka. Pengalaman sedia ada ini boleh
diperoleh melalui pendedahan dalam persekitaran murid itu sendiri.

2.2 NYATAKAN OBJEKTIF PdP (STATE OBJECTIVE)


Elemen seterusnya dalam model ASSURE ialah pernyataan objektif. Objektif
pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara
yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif
pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru
telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh
pelajar. Dalam elemen ini, guru perlu mengetahui objektif pengajarannya pada hari tersebut.
Objektif dan hasil pembelajaran hendaklah seiring dengan matlamat pembelajaran yang
hendak dicapai oleh murid. Murid perlu mengetahui kenapa mereka perlu belajar dan
menguasai sesuatu topik tersebut. Sebelum memulakan pengajaran, guru bolehlah memberi
penjelasan awal kepada murid tentang objektif yang hendak dicapai supaya murid sedar
akan kepentingan menuntut ilmu untuk masa hadapan.

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

Video yang

dipilih haruslah bersesuaian dengan objektif

pengajaran dan

pembelajaran pada hari tersebut. melalui video yang saya telah pilih, ia amat bersesuaian
dengan objektif pengajaran dan pembelajaran di mana saya ingin memberi pengajaran baru
kepada murid. Objektif pengajaran dan pembelajarannya ialah dapat memberi kesedaran
kepada murid tentang pentingnya usaha yang berterusan untuk berjaya kelak. Hal ini
terbukti dalam video ini di mana si anak yang bijak mendapat surat tawaran ke universiti
hasil daripada usaha dan titik peluhnya sendiri dalam menuntut ilmu. Seterusnya, murid juga
dapat belajar sesuatu yang penting dalam video ini iaitu pentingnya menghargai jasa dan
pengorbanan seorang bapa terhadap anaknya. Di dalam video ini, si bapa telah mengum[ul
wang untuk membolehkan anaknya meneruskan pengajaran pada peringkat yang lebih
tinggi. Jadi, murid yang melihat video ini akan menilai pengajaran yang mereka dapat iaitu
kita perlulah menghargai dan membalas jasa ibu bapa yang bersusah payah berkorban
demi anak-anak mereka. Kesedaran ini boleh diterapkan sebagai elemen utama dalam
pengajaran. Hal ini adalah kerana ibu bapa adalah pendorong semangat kepada murid
untuk meneruskan pembelajara pada setiap hari di sekolah.

2.3 PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN (SELECT METHOD, MEDIA AND MATERIALS)
Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu membuat
keputusan berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang
ingin dicapai. Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini iaitu kaedah,
media dan bahan yang hendak digunakan.
Dalam sesuatu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk
disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi,
pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latih tubi. Guru menarik perhatian
pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan dan
latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru. Dalam pengajaran ini, saya
telah memilih kaedah penyampaian dengan menggunakan video dalam langkah pengajaran
saya. Penggunaan video kebiasaannya adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi kanakkanak. Saya juga menggunakan kaedah secara berkumpulan untuk melaksanakan aktiviti
perbincangan. Seterusnya, guru perlu membuat pemilihan media. Pemilihan media yang
sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara faktor yang boleh

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

menyebabkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna. Media yang saya pilih
semestinya adalah video. Video tersebut merupakan media utama di mana murid akan
melihat video tersebut seterusnya membuat latihan melaluinya. Format media yang dipilih
perlu sesuai dengan keupayaan murid untuk menggunakannya. Video adalah media yang
boleh digunakan oleh semua murid yang celik kerana mereka boleh melihat dan mengamati
video tersebut untuk tujuan pembelajaran. Seterusnya, guru perlu tahu untuk memilih bahan
yang sesuai untuk digunakan di dalam kelas. Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
perlu merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan yang saya pilih
di samping video sebagai media utama ialah lembaran kerja sebagai latih tubi, pengayaan
dan pemulihan bagi murid-murid.

2.4 GUNA BAHAN DAN MEDIA PdP (UTILISE MEDIA AND MATERIALS)
Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah amat penting kerana hal ini
menjadi penentu kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh
menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran
dalam bentuk nota dan latihan. Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan
persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan dan media
tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman murid, jadi akhirnya dapat mendatangkan
manfaat kepada murid itu sendiri.
Penggunaan media yang perlu saya titikberatkan di sini ialah saya perlu gunakan
media iaitu video itu sepenuhnya dengan mengambil berat beberapa perkara. Perkara yang
pertama ialah tayangan video yang jelas. Video yang saya ingin sampaikan perlulah jelas
dari segi suara dan gambarnya. Hal ini amat penting kerana video yang jelas dapat
memberikan gambaran yang terbaik kepada murid untuk memahami dan menghayati video
tersebut. Seperti dalam video yang telah saya pilih, suara watak-watak adalah sangat jelas
dan mudah difahami oleh murid-murid. Video tersebut juga perlu jelas tentang pergerakan
atau apa sahaja yang berkaitan di dalamnya supaya murid dapat memaksimakan
pemahaman mereka terhadap video tersebut. Selain itu, laras bahasa yang digunakan
adalah bahasa yang mudah untuk difahami oleh kanak-kanak. Di samping itu, bahan yang
disediakan seperti lembaran kerja dan sebagainya perlu diberi perhatian juga. Arahan yang

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

diberikan oleh guru perlu jelas, ringkas dan lengkap supaya murid dapat memahami
kehendak soalan sepenuhnya.

2.5 LIBATKAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN (REQUIRE LEARNER RESPONSE)


Elemen yang kelima dapat model ASSURE ini ialah guru perlu memastikan murid
melibatkan aktiviti dalam pembelajaran. Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar
beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal.
Kenyataan ini telah disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori konstruktivisme,
teori kecerdasan pelbagai dan sebagainya. Untuk memastikan proses pembelajaran
berlaku, murid perlu terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja
kumpulan, latihan, latih tubi dan sebagainya. Pengukuhan dan penegasan serta merta perlu
diberikan atas tindak balas murid yang betul, dan sekiranya sesuatu tingkah laku atau
perkara itu salah, guru hendaklah menegur dengan cara yang paling baik supaya murid
tidak terasa hati dan berdendam dengan guru.
Video yang saya pilih adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku baik yang
dinginkan. Saya telah memilih kaedah pembelajaran secara berkumpulan. Jadi, murid perlu
meneliti dan memahami video tersebut terlebih dahulu. Kemudian, guru akan meminta murid
untuk berbincang mengenai isi-isi penting di dalam video tersebut. Isi-isi penting adalah
merangkumi nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam video yang saya pilih.
Semasa proses perbincangan, guru hendaklah memastikan bahawa semua murid diberi
peluang untuk mengemukakan idea masing-masing supaya mereka tidak berasa
dipinggirkan. Guru perlu memberi bimbingan kepada murid yang lemah supaya mereka
dapat belajar dengan lebih baik dan mereka akan lebih bersemangat untuk meneruskan
pembelajaran mereka. Penglibatan adalah melibatkan semua pelajar dan tiada yang
terkecuali daripada menjalani aktiviti ini. Setiap murid perlu bersifat professional dan lebih
tekun untuk menuntut ilmu daripada guru mereka. Semasa perbincangan dijalankan, saya
akan memerhati daripada setiap kumpulan ke kumpulan untuk memastikan semua berjalan
dengan lancar. Setelah aktiviti berkumpulan dijalankan, sesi soal jawab akan saya lakukan
berkenaan dengan video tersebut. Jika murid dapat menjawab dengan betul, ganjaran akan
diberikan supaya murid lebih bermotivasi untuk fokus dalam apa yang dipelajarinya.

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

2.6 NILAI SERTA SEMAK SEMULA (EVALUATE AND REVISE MATERIALS)


Peringkat akhir dalam model ASSURE ialah nilai dan semak semula perancangan.
Penilaian yang ditekankan ialah penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran.
Penilaian melibatkan aspek menilai pencapaian murid berdasarkan prestasi murid (set
objektif yang ditentukan), prestasi dalam aspek kemahiran dan sikap murid, pembelajaran
yang dihasilkan, menilai media dan kaedah, kualiti media, penggunaan guru dan
penggunaan murid. Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
sebelum, semasa dan selepas (melalui amalan refleksi). Ini bertujuan untuk memastikan
pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan murid. Penilaian
semasa proses pengajaran boleh dilakukan melalui pemerhatian perlakuan pembelajaran
murid. Guru boleh mengubah teknik atau mengambil altenatif lain sekiranya menghadapi
masalah. Penilaian pengajaran akan menghasilkan idea untuk membuat penambahbaikan.
Guru akan dapat membuat perancangan yang lebih efektif hasil daripada refleksi dan
maklum balas murid. Selain itu guru dapat membetulkan langkah pengajaran, pemilihan
objektif, pemilihan media yang kurang berkesan dalam perancangan seterusnya.
Dengan menggunakan video ini, apa yang perlu diberikan perhatian ialah adakan
matlamat dan objektif pembelajaran tercapai. Jika tidak, saya sebagai seorang guru perlu
melihat kesalahan sama ada besar atau kecil yang perlu diperbaiki. Dalam hal ini, saya perlu
memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Jika masalah timbul berkenaan dengan
video tersebut, saya perlu memperbaiki kesalahan tersebut dan tidak mengulanginya pada
waktu pengajaran lain yang akan datang. Di samping itu, saya haruslah menyemak semula
objektif pembelajaran dan memastikan murid mencapai objektif tersebut. Jika tidak, saya
perlu mengenalpasti kesalahan dan kelemahan pelajar dan melakukan aktiviti pemulihan di
dalam kelas. Bagi pelajar yang sudah mahir, aktiviti pengukuhan bolehlah dilakukan
terhadap mereka.
Secara kesimpulannya, model ASSURE sangat membantu dalam merancang
program dengan menggunakan berbagai jenis media. Model ini menggunakan beberapa
langkah, iaitu analisis murid, nyatakan objektif, memilih media dan bahan, gunakan media
dan bahan, dorong muriddan nilai dan semak. Kesemua langkah itu berfokus untuk
menekankan pengajaran kepada murid dengan pelbagai gaya belajar iaitu murid diwajibkan
untuk berinteraksi dalam kalangan mereka dan tidak secara pasif menerima maklumat agar
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

3.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN


PENGGUNAAN VIDEO DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

10

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

Penggunaan video di dalam kelas memberi banyak kesan sama ada kesan yang
positif atau negatif di dalam kelas. Video adalah salah satu bahan dalam proses pengajaran
yang di gunakan sebagai media pengajaran untuk pembelajaran murid-murid di dalam kelas.
Penggunaan video sebagai media pengajaran di dalam bukan sahaja memberi kebaikan
malah turut mempunyai keburukannya yang tersendiri.
Menurut Azizi Yahaya (2005) dalam buku Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan, beliau
mengatakan bahawa cakera padat atau video memberikan maklumat secara rawak. Rawak
memberi maksud bahawa maklumat yang ingin disampaikan adalah meluas di mana muridmurid akan mendapat pendidikan secara maksima melalui penggunaan kognitif dalam diri
mereka sendiri. Selain itu ia juga dapat menunjukkan gerakan, persekitaran, grafik, animasi,
suara dan lain-lain. Elemen-elemen seperti ini yang terdapat dalam sesuatu video dapat
memberikan banyak kelebihan kepada murid. Melalui kaedah pembelajaran seperti ini, ianya
dapat memudahkan kefahaman murid dalam sesuatu topik pembelajaran. Di samping itu,
penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Apabila guru menggunakan video
sebagai media pengajaran di dalam kelas untuk sesuatu tajuk pelajaran, murid akan lebih
bersemangat dan yakin untuk belajar kerana mereka mudah tertarik dengan apa yang ingin
disampaikan oleh guru. Seperti yang kita sedia maklum, murid-murid umumnya kanak-kanak
mereka suka kepada sesuatu yang berwarna warni, bergerak-gerak dan mempunyai
pelbagai suara yang menarik. Oleh itu, penggunaan video sememangnya sangat membantu
untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran kerana kebanyakan
video memiliki ciri-ciri yang disukai oleh kanak-kanak untuk belajar.
Selain itu penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
memudahkan kefahaman murid kerana ianya ringkas dan padat dengan maklumatmaklumat penting. Video adalah salah satu bahan bantu mengajar yang sememangnya
dapat menarik minat murid untuk terus peka terhadap pembelajaran mereka di dalam kelas.
Hal ini adalah kerana grafiknya yang menarik dan menunjukkan unsur pergerakan
menyebabkan murid tidak berasa bosan terhadap pembelajaran. Tugas guru juga menjadi
lebih mudah kerana guru tidak perlu menerangkan dengan panjang lebar berkaitan topik
pembelajaran tetapi hanya menambah sedikit sahaja maklumat dan penjelasan yang
berkaitan disebabkan video tersebut. Kelebihan lain penggunan video dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah memberikan peluang pembelajaran yang sama

11

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

kepada semua murid pelbagai keupayaan. Setiap murid memiliki tahap keupayaan kendiri
yang berbeza-beza. Oleh itu, penggunaan video dapat membantu guru memberikan
maklumat pembelajaran yang sama kepada setiap murid. Daripada video yang guru
gunakan murid dapat memperoleh maklumat yang sama dan mereka boleh menilai sendiri
dan mengamati apa yang disampaikan dalam video tersebut. Selain memberikan peluang
pembelajaran yang sama kepada semua murid, penggunaan video ini juga sebenarnya
membantu murid untuk meneroka sendiri pengetahuan dan maklumat yang disampaikan
oleh video tersebut. Seorang murid yang bijak dia akan dapat menilai maklumat mana yang
dapat digunakan dan maklumat mana sebaliknya. Murid-murid boleh bertanya kepada guru
jika terdapat kekeliruan dalam video tersebut yang perlu diperjelaskan. Hal ini menunjukkan
bahawa murid dapat meneroka dan menilai sendiri maklumat yang disampaikan dengan
inisiatif sendiri.
Selain itu,

penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran juga boleh

digunakan sebagai aktiviti pengayaan kepada murid yang agak cerdik dan bijak berbanding
rakan-rakan yang lain supaya mereka mereka tidak berasa bosan di dalam kelas. Video
yang ditayangkan oleh guru tersebut boleh juga diselitkan dengan elemen soal jawab atau
latih tubi bagi mengasah dan menajamkan lagi kemahiran berfikir murid. Dengan
pembelajaran seperti ini,murid semestinya akan berasa terhibur dan suasana pembelajaran
menjadi lebih menyeronokkan. Apabila murid berasa gembira menuntut ilmu dan seronok
dengan suasana pembelajaran, mereka akan lebih mudah memahami pembelajaran
tersebut sekaligus pencapaian mereka dalam akademik dapat di tingkatkan.
Penggunaan video di dalam kelas turut mempunyai kelemahan dan keburukannya
yang tersendiri. Terdapat beberapa kekurangan penggunaan video di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah murid menjadi kurang berminat terhadap
aktiviti pembelajaran seperti chalk and talk yang biasa digunakan oleh guru. Murid akan
menjadi terlalu bergantung kepada media pengajaran guru iaitu video kerana sudah sering
kali didedahkan oleh guru dengan penggunaan video dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, peranan guru adalah sangat penting dalam
memastikan murid tidak membiasakan diri dengan sikap kebergantungan kepada video
semata-mata. Guru boleh menayangkan video kepada murid tetapi penggunaan video
tidaklah terlalu kerap. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran pada setiap hari
untuk tidak membosankan pelajar. Jika guru setiap hari menggunakan video sebagai bahan

12

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

bantu mengajar, murid akan berasa bosan dengan pembelajaran tersebut sekaligus tidak
berminat kepada pembelajaran yang biasa dijalankan guru.
Akhir sekali, penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga
menyebabkan pelajar tidak gemar melibatkan diri secara aktif di dalam kelas kerana
beranggapan bahawa video yang ditayangkan sudah memberikan maklumat yang
sepenuhnya berkaitan topik pembelajaran dan tidak perlu lagi mendengar penerangan
daripada guru. Keadaan ini akan menganggu pencapaian akademik murid kerana
penglibatan yang kurang dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menyebabkan
mereka tidak mendapat maklumat dan pengetahuan yang

tepat daripada guru ketika

pembelajaran sedang berlangsung. Guru berperanan dalam memberikan maklumat sebenar


kepada murid dan murid pula harus meneroka dengan cara yang berbeza. Oleh itu, video
yang ditunjukkan oleh guru itu haruslah dijelaskan maklumat dan matlamatnya supaya murid
faham apa yang disampaikan oleh video tersebut dan mereka tidak ketinggalan dalam
pelajaran.

13

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

4.0 MENGIKUT PENILAIAN ANDA,


BAGAIMANAKAH RANGKAIAN LAMAN
SOSIAL SEPERTI FACEBOOK BOLEH
BERPERANAN MEMBANTU GURU DALAM
PENGINTEGRASIAN TMK DALAM
PENGAJARAN. BERPANDUKAN ISU-ISU
DAN TRENDA SEMASA TEKNOLOGI
PENDIDIKAN, BERI PENILAIAN ANDA.

14

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

Rancangan

Malaysia

Kelapan

(2001

2005)

menegaskan

kepentingan

membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam pembangunan


pendidikan. Langkah ini bertujuan merancakkan pertumbuhan, melatih profesional,
meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusan teknologi maklumat dan pengetahuan,
mengurangi jurang digital, dan mempastikan semua rakyat mendapat manfaat daripada
TMK. Pengaruh dan kemajuan era TMK mencetuskan inovasi dalam pengurusan
pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan masyarakat
berpendidikan yang terbentuk melalui pembudayaan komputer, internet, dan multimedia
menzahirkan kewujudan masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh
yang amat ketara, Facebook adalah satu trenda kini kepada masyarakat tidak terkecuali
pihak guru. Facebook dikatakan kini sebagai wadah untuk masyarakat memberikan
pendapat, mendapatkan maklumat dan berkongsi idea. Sebagai seorang guru, rangkaian
laman sosial Facebook dapat membantu guru dalam proses pengintegrasian TMK dalam
proses pengajaran. Menurut Ahmad Fuad (2003), dalam konteks pendidikan, TMK
merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses,
menyalur dan menyampaikan maklumat secara efektif pantas dan banyak untuk membantu
proses pengajaran dan pembelajaran sehubungan dengan itu juga, kejayaan TMK dalam
pendidikan khususnya bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga melibatkan faktor lain
seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar,
keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah.
Mengikut trenda teknologi pendidikan pada masa hadapan, pembelajaran elektronik
merupakan alternatif untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar di luar kelas formal.
Hal ini sangat bertepatan dengan peranan Facebook sebagai tempat untuk menyampaikan
pengajaran kepada murid di luar kelas formal di sekolah. Guru boleh memuat naik apa-apa
bahan yang berkaitan dengan isi pelajaran seterusnya memudahkan murid untuk
mendapatkan maklumat tanpa bersemuka dengan guru. Hal ini juga secara tidak langsung
memberi peluang kepada murid untuk mendalami ilmu dan kemahiran menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi. Selain itu, laman sosial seperti Facebook juga
membolehkan guru saling bertukar pendapat tentang pengajaran. Setiap orang guru sangat
disarankan untuk membina akaun Facebook untuk memberi kemudahan dan memudahkan
pelbagai pihak. Melalui penggunaan Facebook, para guru boleh saling bertukar pendapat
tentang kaedah, strategi, teknik dan pendekatan yang ingin digunakan untuk mencapai
objektif pembelajaran bagi murid-murid.

15

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

Selain itu, peranan Facebook juga dapat dilihat melalui saluran-saluran yang
disediakan oleh pelbagai pihak. Dalam skop pendidikan, guru boleh mengikuti maklumatmaklumat yang disampaikan dalam akaun-akaun penting yang boleh diikuti di Facebook
seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Persatuan Guru-guru di Malaysia, Persatuan Guru
Cemerlang dan sebagainya. Hal ini akan memudahkan peranan guru untuk mendapatkan
maklumat dengan pantas dan tepat tentang dunia pendidikan. Akaun di laman Facebook
juga boleh dirahsiakan dengan penggunaan private message di mana hal-hal rahsia boleh
dikongsi dengan orang-orang tertentu sahaja. Hal ini adalah seiring dengan isu-isu dalam
teknologi pendidikan di mana keselamatan merupakan salah satu perkara yang perlu
diambil berat. Peniruan atau pencurian maklumat tidak akan berlaku dengan sewenangwenangnya. Trenda lain yang terdapat dalam teknologi pada masa hadapan ialah
memperluaskan pembelajaran jarak jauk. Hal ini sangatlah bertepatan dengan peranan
laman

sosial

Facebook

pada

masa

kini

yang

membolehkan

ssesiapa

sahaja

menggunakannya untuk berkomunikasi dalam jarak yang jauh. Komunikasi antara guru dan
guru, guru dan murid, serta murid dan murid boleh berlaku pada bila-bila masa dan manamana tempat sahaja. Penggunaan TMK yang meluas juga boleh digunakan bagi
menggantikan kaedah pembelajaran secara tradisional kearah persekitaran pengajaran dan
pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan. Antara lain, teknologi juga dapat; mengaitkan
murid kepada sumber maklumat, mengaitkan murid kepada sumber pendidikan,
memvisualisasikan permasalahan dan rumusan kepada murid, menjejaki perkembangan
murid serta dapat mengaitkan murid kepada alatan pembelajaran.
Menurut Norizan Abdul Razak (1997), kesediaan guru menggunakan teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran membuktikan bahawa guru-guru masih lagu
ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka.Perkara ini
menjadi salah satu perkara yang membantutkan penginteraksian teknologi maklumat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk
belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi
maklumat. Oleh itu, peranan guru adalah amat besar untuk memastikan murid-muridnya
mendapatkan ilmu dengan cara yang berkesan.

16

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

5.0 KESIMPULAN

17

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

Pendidikan dan pembelajaran adalah satu proses yang akan melibatkan pemikiran,
tindakan dan reaksi terhadap sesuatu keadaan atau peristiwa. Perubahan tingkah laku
berlaku melalui proses pembelajaran. Pembelajaran turut dapat mencungkil kebolehan dan
pembentukan sahsiah seseorang. Proses pendidikan dan pembelajaran boleh dilaksanakan
dalam pelbagai cara. Misalnya, melalui pelbagai peristiwa, pengalaman lampau, latihan atau
komunikasi dengan individu sekeliling. Setiap individu digalakkan untuk mengetahui dan
mempelajari sesuatu yang baru. Ditemui atau memantapkan lagi pengetahuan sedia ada.
Secara umumnya, dengan adanya teknik, pendekatan, kaedah dan strategi yang
dipraktikkan oleh guru di dalam kelas akan dapat mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang dapat menarik perhatian murid-murid untuk belajar secara bersungguhsungguh.

18

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014

RUJUKAN
Ahmad Esa, Baharon Mohamad, Siti Nasrah Mukhtar. (2007). Peranan Multimedia Di Dalam
Pembelajaran Kanak-Kanak. Fakulti Pendidikan Teknikal: Universiti Tun Hussein
Onn.

Akhiar Pardi & Shamsina Bt Shamsudin (2010). Rancangan Pengajaran Harian Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin, Manimegalai Subramaniam. (2002). Reka bentuk
perisian multimedia. Skudai, Johor: Muapakat Jaya Percitakan Sdn. Bhd.

Chin Yoon Poh (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Chris Abbott (2007). Keperluan Pendidikan Khas Dan Internet. Kuala Lumpur :
Halim Sdn.Bhd.
Ishak Ramli, Ph.D. (2003). Inilah kurikulum sekolah. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn.
Bhd.
Ishak Ramly (2008). Inilah Kurikulum Sekolah. Selangor : PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.
Drs. Rudi Susilana, M.Si & Cepi Riyana, M.Pd. (2009). Media Pembelajaran. Bandung. VC
Wancana Prima.

Jamaluddin Harun dan Dr. Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. Pahang:
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohamed Amin Embi. (2012). Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 Dalam Pendidikan.
Selangor:Universiti Kebangsaan Malaysia.

19

Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2014


Zainuddin Abu bakar, M. I. (2008). Kemahiran ICT Di kalangan Guru Pelatih IPTA Malaysia.
Selongar : Polygraphic (M) Sdn.Bhd.

Baik, Buruk Dan Hodohnya Media Sosial. Dipetik.pada 15 Julai daripada


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Baik_burukdanhodohnyamediasosial/Article/
Bahagian teknologi pendidikan. Dipetik pada 15 Julai 2014 daripada
http://www.moe.gov.my/v/profil-jabatan?div=4

20

Anda mungkin juga menyukai