Anda di halaman 1dari 14

Tahun 5:

1.1 Memahami bahawa mikroorganisma adalah benda hidup.

Jenis-jenis mikroorganisma: bakteria, virus, fungi dan protozoa.

Aktiviti
(a) Memerhati kulat roti.
i.
Merenjiskan air ke atas sekeping roti
ii.
Letak dalam beg plastik
iii.
Merekod pemerhatian selama beberapa hari.
(b) Memerhati aktiviti mikroorganisma.
i.
Mengumpul sample air dari kolam, sungai atau longkang
ii.
Memerhati pergerakan mikroorganisma menggunakan mikroskop

Menyenaraikan kegunaan dan keburukan mikroorganisma.


Kegunaan
Keburukan
Membuat roti
Menyebabkan penyakit
Membuat tapai
Menyebabkan keracunan makanan
Membuat tempe
Menyebabkan kerosakan makanan
Membuat baja
Menyebabkan pereputan gigi

Cara mencegah penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma


i.
Mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan
ii.
Memasak air sebelum diminum
iii.
Menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin
iv.
Membasuh tangan selepas menggunakan tandas

2.1 Memahami bahawa pelbagai haiwan mempunyai cara tersendiri untuk


mengekalkan kemandirian spesies mereka.

Contoh haiwan yang menjaga telur dan anaknya.


a) Kucing
anak
b) Lembu
c) Ayam
telur
d) Burung

Aktiviti:
(a) Menonton tayangan video tentang cara haiwan mengekalkan kemandirian telur
dan anak.
a) Menyembunyikan anak di dalam mulut : ikan
b) Memberi makan anaknya : burung
c) Menyerang untuk melindungi telur apabila diganggu : harimau
d) Hidup dalam kumpulan besar : gajah
(b) Memilih sejenis haiwan untuk mengenal pasti cara haiwan tersebut menjaga
telur/anaknya.
(c) Menganggap diri sendiri sebagai anak haiwan tersebut, buat kad Hari Ibu
sebagai penghargaan.
** sebab haiwan menjaga telur dan anaknya mengekalkan kemandirian
spesiesnya.

2.2 Memahami pelbagai tumbuhan mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan


kemandirian spesies mereka.

Cara memencarkan biji benih dan buah:


a) Melalui air kelapa
b) Melalui angin - lalang, angsana
c) Melalui haiwan tembikai, rambutan
d) Melalui mekanisme letupan keembung, getah, semarak api
Ciri-ciri biji benih:
a) Melalui air ringan dan mempunyai rongga udara
b) Melalui angin ringan, struktur bersayap, kering, berbulu halus dan kecil
c) Melalui haiwan berisi, berwarna, terang, boleh dimakan, berbau,
bercangkuk
d) Melalui mekanisme letupan kering bila matang

2.3 Kepentingan kemandirian spesies

Spesies haiwan dan tumbuhan mengalami kepupusan


Kekurangan sumber makanan
Spesies lain turut mengalami kepupusan

Aktiviti:
1. Mengumpul biji benih buah-buahan
2. Mengenal pasti ciri2 biji benih
3. Mengelaskan buah-buahan mengikut cara memencarkan biji benih atau buah

3.1 Memahami rantai makanan


Aktiviti:

Membincang dan mengelaskan haiwan mengikut tabiat makanan.


a) Herbivor lembu, arnab
b) Karnivor harimau, helang
c) Omnivor ayam, beruang
Membina rantai makanan untuk menunjukkan hubungan makanan antara
organisma. ( dimakan)
1. Membentuk kumpulan
2. Sediakan 10 kad gambar yang merangkumi tumbuhan dan haiwan.
3. Susun kad gambar untuk membentuk rantai makanan yang sebolehnya
4. Lukis ke dalam buku nota sains
Mengenal pasti pengeluar dan pengguna

3.2 Mensintesis rantai makanan untuk membina siratan makanan. (TUNG)

4.1 Memahami kegunaan tenaga


Aktiviti:
i.

ii.

Menyatakan Kegunaan
1. Benda hidup menjalankan proses hidup seperti bergerak, bernafas, dan
bertumbuh
2. Menggerak, mendidih, melebur atau memantulkan benda bukan hidup
Menyatakan jenis sumber tenaga:
a) Matahari membekalkan tenaga haba + tenaga cahaya
b) Makanan
c) Angin
d) Bahan api
e) Sel kering / bateri terbentuk daripada tumbuhan dan haiwan yang mati
beribu-ribu tahun dahulu.

4.2 Memahami bahawa tenaga boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain
i.

ii.

iii.

Memerhati peristiwa dan mengenal pasti bentuk tenaga yang terlibat.


a) kereta mainan yang bergerak menggunakan bateri,
b) gelang getah yang diregang,
c) lilin yang menyala,
d) telefon yang berdering.
menjalankan aktiviti dan berbincang tentang perubahan bentuk tenaga
a) menyalakan lampu: tenaga elektrik tenaga haba + tenaga cahaya.
b) lilin yang menyala: tenaga kimia tenaga haba + tenaga cahaya.
c) menggunakan kalkulator tenaga suria: tenaga suria tenaga elektrik tenaga
cahaya
memberi contoh-contoh peralatan yang menunjukkan berlakunya perubahan
bentuk tenaga.
a) seterika elektrik: tenaga elektrik tenaga haba.
b) radio: tenaga elektrik tenaga bunyi.
c) kipas siling: tenaga elektrik tenaga kinetik + tenaga bunyi.
d) dapur gas: tenaga kimia tenaga haba + tenaga cahaya.

4.3 memahami tenaga yang boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui\

Tenaga yang boleh diperbaharui adalah tenaga yang boleh diganti apabila telah
habis digunakan
Tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah tenaga yang tidak boleh diganti
apabila telah habis digunakan.

Aktiviti
1. Menyediakan bahan maujud atau kad gambar seperti minyak mentah, arang batu,
arang kayu. memerhati dan berbincang
2. Menyenaraikan tenaga yang
a) sumber tenaga yang boleh diperbaharui, contoh: solar, angin, biojisim.
b) sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui, contoh; gas semulajadi,
petroleum, arang batu.
3. Menerangkan sebab kita perlu menggunakan tenaga secara bijaksana.
a) sesetengah sumber tenaga tidak boleh diganti apabila telah habis digunakan
b) menjimatkan kos
c) mengelakkan pembaziran
d) mengurangkan pencemaran

5.1 Mengetahui sumber tenaga elektrik


Aktiviti:
1. Guru menyalakan mentol atau membunyikan loceng elektrik untuk mengesahkan
sumber berikut menghasilkan tenaga elektrik
2. Guru menyediakan bahan maujud seperti berikut untuk membincangkan kegunaan
mereka:
a) sel kering
b) akumulator diguna dalam kenderaan seperti motosikal, kereta dan lori.
c) dinamo menyalakan mentol dan basikal
d) sel solar satelit, tukar tenaga cahaya kepada tenaga elektrik.

5.2 Memahami litar bersiri dan litar selari


Aktiviti:
1. Memperkenalkan simbol komponen litar elektrik
Komponen
Sel kering
Wayar penyambung
Mentol
Suis
2.
3.
4.
5.

Simbol

Membina litar elektrik selari dan bersiri.


Melukis gambar rajah litar selari dan litar bersiri berdasarkan litar yang dibina.
Mengenalpasti perbezaan susunan mentol dalam litar bersiri dan litar selari.
Memerhati dan membandingkan kecerahan mentol dalam
a) litar bersiri
b) litar selari
c) di antara litar bersiri dan litar selari

6.1 Memahami cahaya bergerak lurus


Aktiviti: Cahaya bergerak lurus
1. Menggulung kertas dan melihat benda menerusi lubang pada kertas.
2. Mengguling kertas dan membengkokkan kertas, cuba melihat benda menerusi
lubang pada kertas.
3. Mencatat pemerhatian
4. Memberikan contoh fenomena: alur cahaya daripada motosikal, alur cahaya
daripada lighthouse
Aktiviti: Bayang terbentuk kerana cahaya telah dihalang
1.
2.
3.
4.

Meletakkan kadbod di atas meja sebagai skrin.


Menjuruskan cahaya ke arah kadbod.
Meletakkan bola di antara kadbod dan sumber cahaya pada jarak yang berbeza.
Mencatatkan saiz bayang-bayang yang terbentuk apabila
a) Sumber cahaya dialih jauh daripada bola
b) Sumber cahaya mendekati bola
c) Bola mendekati kadbod
d) Bola menjauhi kadbod

Aktiviti:
1. Meletakkan kadbod di atas meja sebagai skrin.
2. Meletakkan cawan di depan kadbad dan menjuruskan sumber cahaya ke arah
cawan.
3. Mengalihkan sumber cahaya ke kiri kanan dan memerhati perubahan pada bayangbayang yang terbentuk.
4. Tumbangkan cawan dan memerhati perubahan pada bayang-bayang yang terbentuk.

6.2 Memahami cahaya boleh dipantulkan


Aktiviti:
1. Menyiasat pantulan cahaya menggunakan :
a) cermin muka
b) kepingan aluminium
2. Melukis gambarajah sinar cahaya untuk menunjukkan pantulan cahaya dalam aktiviti.

3. Memberi contoh kegunaan pantulan cahaya dalam kehidupan seharian


a) cermin sisi kereta
b) cermin di selekoh tajam di jalan raya
c) cermin di kedai gunting
d) periskop

7.1 Memahami suhu adalah penunjuk darjah kepanasan


Aktiviti:

1. Murid memanaskan 250 ml air selama 3 minit dan merasa perubahan suhu setiap
beberapa saat semasa pemanasan.
2. Murid membiarkan air panas menjadi sejuk dan menyentuh air setiap beberapa saat.
3. Murid berbincang dan membuat kesimpulan:
a) peningkatan haba menyebabkan air menjadi panas,
b) kehilangan haba menyebabkan air menjadi sejuk.
4. Murid dibimbing untuk menggunakan dan mengambil bacaan termometer dengan
betul.
5. Guru memberitahu unit piawai untuk menyukat suhu.
6. Murid menjalankan aktiviti untuk menyukat suhu,
a) memanaskan air dan merekod suhu setiap beberapa minit
b) penunu Bunsen dipadam dan merekod suhu setiap beberapa minit semasa air
menyejuk.
7. Murid berbincang dan membuat kesimpulan.
a) meningkat apabila dibekalkan,
b) berkurang apabila kehilangan haba.
Eksperimen:
1. Susun alat radas seperti gambar 1.
2. Masukkan ketulan ais ke dalam bikar A sehingga 3 per empat daripada bikar.
3. Menyukat suhu.
4. Tuangkan 50ml air panas ke dalam bikar A dan memulakan kiraan masa
dengan menggunakan jam randik.
5. Menyukat suhu pada setiap minit dalam tempoh masa 5 minit.
6. Merekod pemerhatian anda dalam jadual.
7. Tuangkan air panas ke dalam bikar B sehingga memenuhi setengah bikar.
8. Menyukat suhu air.
9. Tambah 5 ketul ais ke dalam air dan memulakan kiraan masa dengan
menggunakan jam randik.
10. Menyukat suhu setiap satu minit dalam tempoh masa 5 minit.
11. Merekod pemerhatian anda dalam jadual.
Masa (min)
0
1
2
3
4
5
Suhu apabila air panas ditambah ke
dalam bikar A
Suhu apabila ketulan ais ditambah
ke dalam bikar B

7.2 Memahami kesan haba terhadap bahan


Aktiviti:

1. Murid menjalankan aktiviti dan membuat pemerhatian.


a) memanaskan bebola besi dan memasukkannya ke dalam gelung besi,
b) menyejukkan bebola besi yang dipanaskan dan memasukkannya ke dalam gelung
besi,
c) memanaskan air berwarna dalam bikar yang mempunyai tiub kaca dan
memerhatikan paras air dalam tiub kaca,
d) memanaskan bola ping pong yang kemek di dalam air panas,
e) menyejukkan air berwarna di dalam bikar yang mempunyai tiub kaca dan
memerhatikan paras air dalam tiub kaca.
2. Murid berbincang tentang pemerhatian dan menyatakan kesan haba terhadap bahan.
a) Bahan mengambang apabila dipanaskan
b) Bahan mengecut apabila disejukkan
3. Menonton video atau simulasi komputer mengenai pengembangan dan
pengecutan bahan dalam kehidupan seharian, contoh:
a) kabel elektrik dipasang kendur untuk mengelakkan dari terputus apabila
berlaku pengecutan semasa cuaca sejuk,
b) terdapat ruang di antara landasan keretapi untuk membolehkan
pengembangan berlaku semasa cuaca panas,
c) penutup botol yang ketat boleh dilonggarkan dengan merendamkannya ke
dalam air panas,
d) kepingan konkrit di atas kaki lima mempunyai ruang untuk
membolehkannya mengembang.

8.1 Memahami bahan wujud dalam bentuk pepejal, cecair atau gas
Aktiviti:

1. Guru menyediakan bahan-bahan seperti belon berisi udara, belon tanpa udara, batu,
minyak masak, susu, air, kertas, klip kertas, pembaris, gam dan pam tayar.
2. Murid mengklasifikasikan objek dan bahan kepada pepejal, cecair dan gas.
3. Murid mengkaji ciri-ciri pepejal dengan
a) menimbang pelbagai jenis pepejal
b) penyukat isipadu pelbagai pepejal
c) meletakkan pelbagai jenis pepejal dalam pelbagai bentuk bekas
4. Murid berbincang dan membuat kesimpulan ciri-ciri pepejal iaitu, pepejal:
a) mempunyai jisim
b) mempunyai isipadu tetap
c) mempunyai bentuk tetap
5. Murid mengkaji ciri-ciri cecair dengan
a) menimbang pelbagai cecair
b) menyukat isipadu cecair
c) menuang cecair ke dalam bekas-bekas pelbagai bentuk
6. Murid berbincang dan membuat kesimpulan ciri-ciri cecair iaitu, cecair
a) mempunyai jisim
b) mempunyai isipadu tetap
c) tidak mempunyai bentuk tetap tetapi mengikut bentuk bekas
7. Murid mengkaji ciri-ciri gas melalui:
a) mengimbangkan dua belon yang mengandungi udara di atas sebatang kayu dan
membocorkan salah satu belon
b) mengisikan udara ke dalam belon pelbagai bentuk
c) memerhati asap di dalam bekas tertutup dan diletakkan sebuah lagi bekas terbalik
di atasnya. Alihkan penutup bekas pertama. Perhatikan pergerakan asap dari bekas
pertama ke bekas yang diterbalikkan
d) merasa tekanan gas di dalam picagari apabila omboh ditekan manakala
muncungnya ditutup
8. Murid berbincang dan membuat kesimpulan ciri-ciri gas iaitu, gas:
a) mempunyai jisim
b) tidak mempunyai bentuk yang tetap tetapi mengikut bentuk bekas
c) memenuhi ruang dan tidak mempunyai isipadu yang tetap,
d) boleh dimampatkan

8.2 Memahami bahan boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain
1. Murid menjalankan aktiviti untuk memerhati perubahan bentuk bahan:
a) letak ais dalam bikar pada suhu bilik

b) memanaskan air hingga mendidih


c) mengumpul wap air, membiarkan ia sejuk dan membekukannya.
2. Murid berbincang dan membuat kesimpulan mengenai:
a) air boleh berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain,
b) air wujud dalam keadaan pepejal, cecair dan gas.
3. Murid berbincang mengenai proses yang terlibat apabila bahan berubah dari satu
bentuk kepada bentuk yang lain iaitu:
a) peleburan (ais diletakkan dalam bikar pada suhu bilik)
b) pendidihan (memasak air)
c) penyejatan (air panas dimasak)
d) kondensasi (dry ice)
e) pembekuan (air diletakkan di bahagian atas peti sejuk)
Eksperimen:

a)
b)
c)
d)
e)
f)

Letak beberapa ketul ais ke dalam bikar.


Panaskan bikar sebaik sahaja ketulan-ketulan air melebur.
Letakkan 1 cermin seperti dalam gambar rajah di atas.
Mengutip air yang terbentuk pada cermin dalam satu cawan.
Letakkan air yang dikutip dalam peti sejuk.
Menjelaskan perubahan bentuk yang berlaku pada ais.

4. Murid menyiasat dan berbincang faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air,
contoh:
a) cuaca yang panas
b) berangin

9.1 Memahami sifat-sifat bahan berasid, beralkali dan neutral


1. Murid menguji bahan untuk menentukan sama ada bahan itu berasid, beralkali atau
neutral berdasarkan perubahan warna kertas litmus.
2. Murid menentukan sama ada sampel makanan itu adalah berasid atau beralkali
dengan merasa sampel makanan dan menguji dengan menggunakan kertas
litmus.
3. Murid membuat perbincangan dan kesimpulan mengenai sifat-sifat bahan berasid,
beralkali atau neutral berdasarkan rasa dan perubahan warna kertas litmus.
Bahan
Rasa
Perubahan warna kertas litmus
Inferens
Red
Blue
Limau
Masam
/
Berasid
Peria
/
Beralkali
kicap
Gula
10.1 Memahami buruj
1. Menonton tayangan video atau melawat planetarium untuk memerhati pelbagai buruj.

2. Berbincang buruj adalah sekumpulan bintang yang membentuk corak tertentu di


langit.
3. Memerhati buruj Belantik, Biduk, Pari dan Skorpio di langit.
4. Membina model untuk mengkaji corak buruj Belantik, Biduk, Pari dan Skorpio.
5. Mengumpul maklumat tentang kepentingan buruj, contoh:
a) untuk menentukan arah,
b) untuk menentukan masa untuk menjalankan aktiviti tertentu, contoh: musim
menanam.

11.1 Memahami pergerakan Bumi, Bulan dan Matahari


1. Menonton tayangan video, simulasi komputer atau model mengenai peredaran Bumi,
Bulan dan Matahari.
2. Membincangkan dan menerangkan putaran Bumi dan Bulan; dan peredaran mereka
mengelilingi Matahari.
Peredaran Bumi
Peredaran Bulan
berputar pada paksinya.
berputar pada paksinya.
berputar dari barat ke timur dan
berputar pada paksinya dan
melengkapkan satu putaran setiap
pada masa yang sama
24 jam.
beredar mengelilingi Bumi.
berputar pada paksinya dan pada
masa yang sama beredar
mengelilingi Matahari.

Bulan dan Bumi beredar mengelilingi Matahari pada masa yang sama.

Aktiviti:
1. memerhati dan merekod panjang dan kedudukan bayang-bayang tiang pada masa
yang berlainan sepanjang hari (tiang sebagai objek dan matahari sebagai sumber
cahaya)
2. berbincang dan membuat kesimpulan:
- Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur.

11.2 Memahami kejadian siang dan malam

waktu siang berlaku pada bahagian Bumi menghadap Matahari.


waktu malam berlaku pada bahagian Bumi membelakangkan Matahari.

kejadian siang dan malam adalah disebabkan oleh putaran Bumi pada paksinya.

11.3 Memahami fasa-fasa Bulan

Bulan tidak memancarkan cahaya tetapi memantulkan cahaya Matahari.


Bulan kelihatan terang apabila memantulkan cahaya Matahari.
fasa-fasa Bulan seperti berikut:
a) anak bulan,
b) bulan sabit,
c) bulan separa,
d) bulan purnama.

12.1 Mengetahui bentuk-bentuk struktur objek

bentuk-bentuk objek, iaitu:


a) kubus,
b) kuboid,
c) sfera,
d) kon,
e) silinder,
f) piramid,
g) hemisfera.
berjalan di persekitaran sekolah dan mengenalpasti bentuk-bentuk yang dinyatakan.

12.2 Memahami kestabilan dan kekuatan struktur


1. menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan struktur, contoh:
a) menolak botol yang diletakkan secara tegak dan terbalik,
b) menolak kerusi yang tinggi dan kerusi yang rendah.
2. berbincang dan merumus kestabilan objek dipengaruhi:
a) luas tapak,
b) ketinggian.
3. mengkaji faktor mempengaruhi kekuatan struktur, contoh:
a) mengantung pemberat pada penyedut minuman dan kemudiannya kepada pensil,
b) membina dua jambatan, satu menggunakan sehelai kertas dan satu lagi kertas
berlipat. Kemudian letakkan objek berjisim sama ke atas setiap jambatan.
4. berbincang dan membuat kesimpulan bahawa kekuatan struktur dipengaruhi oleh:
a) jenis bahan yang digunakan,
b) cara struktur diletakkan.
5. Murid merekabentuk struktur yang paling kuat dan paling stabil menggunakan bahan
yang mereka pilih.

Anda mungkin juga menyukai