Anda di halaman 1dari 5

Cara Diet Rosulullah, adab dan Sunnah

Dalam Makan Rosululloh


Cara Diet Rosulullah:
1. Jangan Makan makanan darat bercampur dengan makanan laut:
Jangan makan susu bersama daging,
jangan makan daging bersama ikan,
jangan makan ikan bersama susu,
jangan makan ayam bersama susu,
jangan makan ikan bersama telur,
jangan makan ikan bersama daun salad,
jangan makan susu bersama cuka,
jangan makan buah bersama susu, seperti: koktail
2. jangan makan buah setelah makan nasi (ini neh yang diteliti dibawah)
3. jangan makan-makanan yang panas, sebaiknya ditunggu hingga dingin (merusak gigi dan
gusi)
4. jangan minum air dingin / air es setelah makan (ini neh yang diteliti dibawah)
5. Rosulullah minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi (banyak orang sudah sembuh
dari sakit pencernaan dsb.. dengan mengamalkan pengobatan air putih)
6. Makan dengan tangan, kecuali makanan berkuah banyak (ini juga sudah diteliti ilmuwan)
7. jangan makan malam setelah sholat isya, makanlah setelah magrib (sesuai kaidah waktu
berbuka puasa.. makan malam di atas isya beresiko menyebabkan penumpukan lemak,
kolesterol, hingga stroke)
8. Tidur sebentar sebelum dhuhur (hal ini bisa membuat bedan kita kembali segar)
9. Tidur jangan larut malam, bangun di sepertiga malam terakhir untuk sholat tahajud, dan tidur
di waktu seperenam nya.. (sudah banyak yang meneliti ini, silahkan cari di google atau di
gramedia,,banyak buku yang sudah membahas ini)
10. Mandi pagi sebelum subuh (meluruhkan lemak dan kolesterol, orang yang rutin mandi
sebelum subuh, mencegah kegemukan)
11. Sujud minimal 1 menit setelah sholat subuh (mencegah migrain dan sakit kepala, aliran darah
ke kepala lancar dan mencegah stroke)

Alhamdulillah, Rosulullah sakit hanya 2 kali selama hidup Beliau. dan Rosulullah tidak pernah
sakit pencernaan. Rosulullah hanya sakit demam, dan sakit sebelum Wafat..
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
* Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
* Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
* Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
* Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.
* Jangan makan buah bersama susu: dalam erti kata lain koktel. Namun para saintis telah
menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu
kultur sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut namun
pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar kemasamannya kerana
kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh
menyebabkan gastrik.
* Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat
sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.

* Rasulullah akan tidur sejam selepas makan tengahari.

* Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang


meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan
badannya akan berganda.
* Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur
makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia
tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang,
ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan
makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin
membahayakan kesihatan.
* Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan
bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit.
Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan
keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam
makanan laut mempunyai ion- (Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur
maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh
sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

* Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum
matahari terbit. (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu
meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya
kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.
* Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya
perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.
* Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk
sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air
sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah sukar untuk
mendapat penyakit.
* Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan.Nabi
melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum.Hal ini
kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria
yang merbahaya kepada manusia.
* Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan
solat. Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.
* Nabi juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat,
membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.
* Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dan minum
dengan memegang gelas dengan tangan kanan sebaik-baiknya sebelum makan.
Jangan meneguk air sedangkan dalam sesi menjamah makanan, minum air jika tersedak, berasa
kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta
mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Miminum air sekurang-kurangnya setengah
jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama
serta mengembalikan keserian awek muda.
* Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makanan pun yang masih elok untuk dimakan, kerana
makanan juga turut berzikir pada Allah SWT. Nabi bersabda yang bermaksud: Apabila salah
seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia
membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk
(dimakan) syaitan. (Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).
* Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan berjamaah
bersama keluarga, mahupun teman. Berkumpul untuk menjamahi hidangan dan makanan secara
berjamaah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum Muslimin di samping akan mendapatkan
keutamaan berdasarkan hadis berikut:
Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut Nama Allah padanya, nescaya akan
mengandungi berkat bagimu. (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).

Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan ia berkata: Hadis ini dikhabarkan oleh
Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka
Rasulullah berkata: Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Orang itu menjawab:
Benar, Ya Rasulullah! Rasulullah berkata: Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.
* Sunnah Nabi Muhammad juga ada menyuruh untuk makan garam secuil sebelum makan untuk
menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah
makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun kayu chopstick. Sebaiknya
kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.
* Nabi Sallallahu Alaihi Wasalam juga mengajar untuk kita makan dengan tangan dan bila
habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak
terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat
percerna makanan).
Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya,
kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat
untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala
penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga
menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.
(Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kaliamat Pada makanannya yang mana yang
diberkahi. Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu
mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia
makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam
shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu
mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
* Bagi menghindari diri dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang
membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa
milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan
bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen pada
kadar yang sesuai pada otak manusia.
* Nabi meminta umatnya untuk menjamah makanan dengan menggunakan Shahfah/Qashah
(talam/dulang) dan diletakkan di atas hamparan.
Makan berjamaah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah merupakan salah satu sunnah
Nabi yang harus diikuti: tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan
Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam
kitab Fathul Bari 9/532).
Ibnu Hajar berkata: Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): Sukurrajah itu tidak
digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab
kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana makan dengan
menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang. (Al-Fath 9/532).

* Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan keluarganya, memakan
anjing dan keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracaun dan berbahaya. Islam juga
melarang umat manusia untuk memaka najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya).Serangga
yang hidup melata, jijik lagi beracun adalah haram dalam Islam.
* Rasulullah melarang untuk manusia tidur sesudah subuh (sesudah solat subuh sekitar pukul
6.00pagi sehingga solat Dhuha dalam pukul 8.00 pagi) kerana rezeki yang berkat mula hadir
ketika waktu tersebut. Rasulullah juga melarang untuk manusia tidur selepas solat Asar (dari
sekitar pukul 4.00 ptg sehingga habis menunaikan solat Isyak sekitar pukul 8.00 dan 9.00 mlm).
* Rasulullah menggalakkan umat Islam untuk bangun menunaikan Qiyamullail bermula sekitar
pukul 3.00 pagi hingga masuk waktu solat subuh).
* Islam mewajibkan penganutnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan serta
disunatkan berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi menjamin kesihatan yang
berkekalan sepanjang hayat.
* Apabila berpuasa, makan sahur (sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum
solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi
menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka puasa pada
waktu sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan manisan terlebih
dahulu).

Anda mungkin juga menyukai