Anda di halaman 1dari 5

KISAH KETABAHAN NABI AYUB ALAIHISSALAM

Assalamualaikumwarah matullahhiwabarakatuh
Terima kasih tuan pengerusi majlis., Panel hakim yang bijaksana seterusnya hadirin sekalian.
Qisasul Ambiyak empunya cerita ,
Kisah ketabahan nabi Ayub hayatilah bersama..
Ya kawan-kawan,
Nabi Ayub merupakan cucu nabi Ishak dan cicit nabi Ibrahim .Beliau diutuskan kepada
masyarakat bangsa Rom. Baginda merupakan seorang yang kaya raya, mempunyai banyak
binatang ternakan ,harta benda malah baginda juga mempunyai ramai anak lelaki dan
perempuan. Nabi Ayub bahgia hidup bersama isterinya Rahmah dan kesemua anak-anaknya di
daerah Hauran.
Beliau dikurniakan sifat pemurah dan istiqomah dalam kehidupannya. Oleh kerana itu beliau
dilantik menjadi nabi.
Sebagai manusia kita perlulah bersyukur dengan nikmat Allah dengan cara
bersedekah, berzakat.membantu orang yang susah.sepertimana usaha yang
dijalankan oleh badan-badan Ngo yang aktif menghantar sumbangan ke Somalia dan
Palestin
Firman Allah di dalam al-Quran surah Ibrahim ayat 7

ts9 1#xt ) nx2 s9u ( 3yV{ ?x6x s9 3/u r's? )u


Mafhumnya. Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah nikmat
kepadamu, dan jika kamu mengingkari maka sesungguhnya azabku sangat pedih
Ya Kawan-kawandengarkanlah seterusnya
Iblis sangat cemburu melihat ketaatan dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada nabi Ayub.
Pada suatu hari.
Iblis bertemu Allah sambil berkata
Hambamu yang bernama Ayub tidak jujur dan berpura pura taat kepada perintahmu , kerana
takut hartanya hilang. Maka iblis berusaha menguji keimanan Nabi Ayub dengan izin Allah.
1

Sajak: Iblis dan syaitan jalankan rancangan,


Merosak memusnah segala kekayaan,
Hiduplah baginda dalam kemiskinan
Tabah hatinya menerima ujian
Masyaallah ..dalam sekelip mata semua kekayaannya musnah tidak diduga.termasuklah
putera dan puteri tercinta. Tak sedikit pun goyah iman didada. Kerana semuanya pinjaman
semata-mata.
Firman Allah dalam surah Sod ayat 41..

A>#xtu 5=/ s9$# z_t or&


MafhumnyaSesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan.
Ya kawan-kawan.
Berfikir dan buatlah penilaian ke atas semua peristiwa yang berlaku..kemusnahan
harta benda dalam kebakarangempa bumiribut yang melanda ..tsunami adalah
ujian untuk mengukuhkan lagi keimanan kita kepada Allah tentang kekuasaannya.
Setiap ujian itu bukti sayangnya Allah kepada kita.
Dendam iblis tiada akhirnya .nabi Ayub terus didugadan diuji dengan penyakit kulit
yang sangat dahsyat menular keseluruh tubuhnya.Kecuali hati dan lidah yang sentiasa berzikir
kepada Allah.
Pantun: Dugaannya semakin genting
Namun sikapnya tidak berpaling
Hinaan dan ejekan terus meruncing
Lalu dihalau ketempat yang asing
Kecuali isterinya ..tetap setia menjaga dan memenuhi keperluannya dengan penuh kasih dan
sayang

2
Firman Allah lagi di dalam surah al-Baqorah ayat 153

t99$# yt !$# )

Mafhumnya ..Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.

Ya kawan-kawan..
Sabarkasih sayang dan saling tolong menolong sifat terpuji yang perlu ada dalam
diri kita.apatah lagi bila ditimpa penyakit penyakit kronik.seperti
kanserTetapi kini kita sangat beruntung ,dengan adanya perubatan yang canggih
lagi moden setiap penyakit dapat dikesan lebih awal.
Iblis terus menggoda..Tanpa henti selagi impiannya memesongkan akidah nabi
Ayubtidak tercapai
Apakah yang berlaku seterusnya..kawan-kawan,
Iblis tidak senang melihat ketaatan dan kesabaran isterinya pula menghadapi ujian.
Nasyid: Iblis mula mengatur strategi
Dugaan datang silih berganti
Isteri tercinta melangkah pergi
Kepada Allah berserah diri
Nabi Ayub mengetahui tipu daya iblis itu.seraya berkata kepada isterinya
Jika aku sembuh engkau aku pukul seratus kali.
Berdoalah Nabi Ayub memohon petunjuk, Lantas Allah menurunkan Wahyu di dalam surah sod
ayat 42

>#uu $t/ 7|tF #xy ( y7=_/ .$#


Mafhumnya
Hentakkan kakimu , inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minumanmu.

3
Syair: Setelah mengikut suruhan tuhan
Air diminum badan dibersihkan
Hilang segala penyakit di badan

Hingga tiada sebarang kesan.


Ya kawan-kawan..
Sebagai isteri yang taat ..dia kembali memohon ampun.dan Nabi Ayub melaksanakan
sumpahnya.isteri dirotan 100 kali sebagai hukuman.
Kunci kebahgiaan keluarga ialah kesetiaan dan kasih sayang yang
berpanjanganagar tidak berlaku penceraian ..Kini institusi keluarga semakin
rapuh lihatlah berapa banyak kes-kes penceraian difailkan dimahkamah..
Masyaallah.
Alangkah kecewanya iblis.akhirnya mengakui ketabahan Ayub alaihissalam menghadapi
dugaan .Segala kekayaannya dikembalikan. Benarlah janji Allah.
Sekian wabillahi taufiq..
Disediakan oleh,
1. Azlina bt Yahya ( SK Undang Rembau)
2. Siti Fatimah bt Hashim
(SK Chengkau)
3. Norhayati bt Aris (SK Kampung Batu )

Anda mungkin juga menyukai