Anda di halaman 1dari 31

PERINGATAN

SETIAP MURID
SEKOLAH INI
DIWAJIBKAN
MEMILIKI BUKU
PERATURAN
SEKOLAH DAN
SENTIASA
MEMBAWANYA KE
SEKOLAH
1

BUTIR-BUTIR MURID :NAMA :

..

ALAMAT RUMAH :

NO. TEL. RUMAH :

TANDATANGAN MURID
KELAS

TAHUN
20
20
20
20
20
20

SATU
DUA
TIGA
EMPAT
LIMA
ENAM
2

CONTOH MEMAKAI LENCANA SEKOLAH

NAMA MURID

POKET BAJU

NAMA KELAS TERKINI


WAWASAN
GEMILANG
CEMERLANG
DEDIKASI
AMANAH
BIJAK
IKHLAS
PINTAR
RAJIN
SETIA
LUHUR
MURNI
RUKUN NEGARA
4

Bahawasanya Negara Kita MALAYSIA


Mendukung cita-cita hendak mencapai
Perpaduan yang lebih erat di kalangan
Seluruh masyarakatnya:

Memelihara satu cara hidup demokrasi ;


Mencipta satu masyarakat yang adil di
Mana kemakmuran Negara akan dapat
Dinikmati bersama secara adil dan saksama ;

Menjamin satu cara yang liberal


Terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
Yang kaya dengan pelbagai corak ;

Membina satu masyarakat progresif yang


Menggunakan sains dan teknologi moden ;

MAKA KAMI
Rakyat Malaysia , berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami mencapai
cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip yang berikut :
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

WAWASAN 2020
5

Menjelang tahun 2020,


Malaysia boleh menjadi
Sebuah negara yang bersatu padu,
dengan masyarakat Malaysia
mempunyai rasa keyakinan diri,
ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan
etika yang utuh,
menikmati kehidupan dalam sebuah
masyarakat yang demokratis,
liberal lagi bertolak ansur,
berbudi, adil dan saksama ekonominya,
progresif dan makmur
dan sepenuhnya menguasai ekonomi
yang mampu bersaing,
dinamis,tangkas serta
mempunyai daya ketahanan.

FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia
yang berimu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai
kesejahteraaan diri serta
memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan Negara.

VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH


1.1 Waktu belajar
SESI PAGI : TAHUN 4, 5 DAN 6 (TAHAP 2)
ISNIN KHAMIS -7.40 PAGI 1.30 TENGAH HARI
JUMAAT
-7.40 PAGI 12.00 TENGAH HARI
SESI PETANG : TAHUN 1,2 DAN 3 (TAHAP 1)
ISNIN DAN SELASA 1.05 TGH 6.25 PTG
RABU DAN KHAMIS 1.05 TGH 5.55 PTG
JUMAAT
- 2.05 PTG 5.55 PTG
Loceng dibunyikan pada pukul 7.30 pagi dan 1.30
tengah hari. Murid-murid mestilah berbaris dengan
teratur dan senyap di tempat perhimpunan /kantin/
gelanggang badminton dan masuk ke kelas dengan
arahan guru.
Semasa menunggu loceng pertama dibunyikan muridmurid tidak dibenarkan bermain di padang atau di
kawasan sekolah.
Semua murid mesti duduk di tapak perhimpunan/
dewan/ kantin membaca buku/sifir.
Waktu rehat selama 20 minit.
Tahun 4
Tahun 5 dan 6

-9.40 pagi 10.00 pagi


-10.10 pagi 10.30 pagi

Tahun 1
Tahun 2dan 3

-3.05 petang 3.25 petang


-3.35 petang 3.55 petang

Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat


dengan arahan dan pengawasan guru yang berada di
dalam kelas waktu itu.

Semasa rehat dilarang bermain serta


mengeluarkan suara yang kuat/bising.
Murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam
kelas semasa rehat.
Apabila loceng tamat rehat dibunyikan semua
9

murid mesti berbaris di tempat perhimpunan dan


masuk ke kelas dengan arahan guru bertugas.
PERKARA 2 : PERHIMPUNAN KHAS/HARIAN
Semua murid diwajibkan hadir.
Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masingmasing dengan penuh disiplin, bertatatertib dan patuh
pada peraturan sekolah (Murid lelaki dan perempuan
beratur dalam baris berasingan).
- Murid lelaki di hadapan
- Murid perempuan di belakang
- Murid rendah di hadapan dan tinggi di belakang.
Semua murid mestilah berpakaian lengkap dan kemas.
Semasa perhimpunan, Lagu NEGARAKU, NEGERI,
SEKOLAH dan WAWASAN 2020 akan dinyanyikan
sambil menaikkan bendera.

Murid mestilah tegak sambil menyanyikan dengan penuh


semangat. SEMUA MURID MESTI MENYANYI.

Bacaan ikrar dan Doa dibacakan oleh pengawas


bertugas diikuti oleh semua murid. Bacaan doa, semua
murid Islam akan mengaminkan. Murid bukan Islam
hendaklah bertafakur mengikut agama masing-masing.

Selepas perhimpunan, murid-murid akan berjalan


dengan teratur dan senyap masuk ke kelas masingmasing.

PERKARA 3 : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

10

(Sila rujuk contoh gambar yang disediakan)

Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas, berlencana


dan bertanda nama hendaklah dipakai pada hari-hari
persekolahan, menghadiri upacara-upacara rasmi. SEMUA
murid diwajibkan memakai pakaian seragam dari rumah ke
sekolah sehingga balik rumah.

Pakaian seragam Murid lelaki


3.1.1 Seluar pendek/panjang berwarna biru tua
3.1.2 Tali pinggang berwarna hitam, biru tua atau
coklat jenis kepalanya tidak besar serta lebar
tali pinggang tidak melebihi 1.5 inci atau 3.75 cm.
3.1.3 Baju adalah berwarna putih dan berlengan
pendek dan bertali leher berwarna biru muda.
3.1.4 Kasut adalah dari jenis kanvas berwarna putih dan
stokin hendaklah berwarna putih tanpa belang atau corak.
3.1.5 Dilarang memakai baju T-shirt di dalam pakaian
seragam sekolah.
3.1.6 Murid lelaki tidak dibenarkan memakai sebarang
barang kemas seperti rantai leher, cincin atau
gelang dan lain-lain. PEMAKAIAN KERANA
KEAGAMAAN SERTAKAN SURAT TUNJUK SEBAB.

3.1.7 Rambut dan kuku :


-

Murid lelaki mestilah menjaga rambut


supaya sentiasa kemas dan pendek.
Lihat gambar yang disediakan
mengenai potongan rambut yang diluluskan.
Istilah pendek ialah :
Di belakang : rambut tidak melebihi garisan cuping telinga.
11

Di depan : rambut tidak akan menutup garis tengah dahi.


Di sebelah : rambut tidak menyentuh telinga dan sideburn tidak melebihi garisan
tengah
hidung.
Di atas : rambut tidak melebihi 15 cm panjang.
-

Fesyen rambut hendaklah sesuai dengan murid sekolah


Murid dilarang mewarna atau menginaikan rambut.
Murid dilarang menyimpan kuku panjang.

Pakaian Hari Jumaat Murid Islam:


-

Murid-murid Islam digalakkan memakai baju Melayu dan seluar panjang berwarna putih
yang lengkap dengan sampan berwarna biru tua dan songkok berwarna hitam atau biru
tua.

Murid-murid Islam digalakkan memakai songkok berwarna hitam atau biru tua pada setiap hari
persekolahan. MURID DILARANG MEMAKAI TOPI DI DALAM KELAS.

Pakaian Seragam Murid Perempuan

Pakaian seragam murid-murid perempuan adalah Pinafore Tunik berwarna biru tua
(navy blue)
dan labuhnya adalah sampai ke lutut.
Baju kurung mestilah berwarna putih dan berbutang serta kain sarung berwarna biru tua.
Leher baju mestilah dikancing.
Murid perempuan Islam digalakkan memakai tudung/mini telekung dengan syarat
tudung itu berbentuk tiga segi dua sama dan berwarna putih, bersesuaian dengan murid
yang memakainya.
Kasut adalah dari jenis kanvas berwarna putih dan stokin juga berwarna putih.

Rambut/Kuku/Riben
-

Hendaklah menyikat rambut dengan kemas.


Rambut tidak boleh mencecah bahu.
Rambut yang panjang hendaklah diikat atau disepit kemas atau tocang (plait) dengan
menggunakan riben atau cekak berwarna hitam atau putih.
Murid-murid dilarang mewarna dan menginai rambut.
12

Murid-murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan cat kuku,
inai atau sebagainya.

Murid-murid perempuan yang memakai telekung, lencana sekolah mestilah ditampalkan pada
telekung di sebelah kiri.
Alat-alat solek;
-

Murid-murid perempuan dilarang memakai sebarang make up walaupun nipis kecuali


dengan kebenaran guru untuk sesuatu aktiviti/kegiatan sekolah.

Barang-barang kemas;
-

Murid-murid perempuan tidak dibenarkan memakai atau membawa barang-barang


kemas seperti gelang, rantai leher, subang yang besar, anting-anting dan lain-lain
hiasan.

Pakaian Seragam Pengawas Sekolah


Pengawas Lelaki
a)
b)
c)
d)

Bertali leher biru tua


Memakai tanda nama pengawas, lencana sekolah.
Baju lengan panjang berwarna biru muda dan seluar panjang berwarna biru tua.
Kasut berwarna hitam dan stokin berwarna hitam.

Pengawas Perempuan
a) Bertali leher biru tua bagi yang memakai baju kemeja berlengan panjang berwarna biru
muda.
b) Memakai lencana sekolah dan tanda nama pengawas.
c) Baju kurung berwarna biru muda dan kain berwarna biru tua atau kemeja berwarna biru
muda lengan panjang dan skirt (hingga bawah lutut) atau kain labuh berwarna biru tua.
d) Tudung berwarna biru laut dan lencana sekolah di sebelah kiri tudung /telekung.
e) Kasut berwarna hitam dan stokin berwarna hitam.

Pakaian Seragam Pengawas Pusat Sumber /Pustakawan


Pengawas Lelaki ;
a) Memakai lencana sekolah dan tanda nama serta bertali leher berwarna hijau tua
b) Baju lengan panjang berwarna kuning dan seluar panjang berwarna biru tua.
c) Kasut berwarna hitam dan stokin berwarna hitam
13

Pengawas Perempuan;
a) Memakai lencana sekolah dan tanda nama serta bertali hijau tua
b) Baju kurung berwarna kuning atau kemeja lengan panjang berwarna kuning, skirt atau
kain labuh berwarna biru tua.
c) Kasut berwarna hitam dan stokin berwarna hitam.
Pakaian Semasa Sukan/Pendidikan Jasmani
Semua murid mestilah memakai baju T rumah sukan atau PJ atau baju T berwarna putih dan
berseluar panjang sukan (track bottom) berwarna biru tua atau hitam.

Kasut dan stokin


-

Kasut getah,kanvas berwarna putih. Kasut yang bersesuaian.


Stokin berwarna putih atau yang bersesuaian.

Murid sesi pagi mestilah menukar baju PJ selepas tamat pelajaran pendidikan jasmani. Murid
tidak dibenarkan berpakaian sukan/PJ sepanjang waktu persekolahan.
Murid sesi petang mestilah menukar pakaian baju PJ/Sukan semasa rehat. (DILARANG
MEMAKAI BAJU PJ/SUKAN DARI RUMAH)

Lencana
Semua murid dimestikan memakai lencana sekolah di sebelah kiri atas saku (poket) baju
kemeja/baju kurung.
Murid perempuan yang memakai telekung mestilah memakai lencana pada telekung di sebelah
kiri telekung.
Lencana yang kabur warna (tidak terang) hendaklah digantikan dengan yang baru.
Lencana sekolah boleh didapati dari kedai buku sekolah.
Memakai lencana sekolah dan tanda nama yang diakui oleh sekolah sahaja:
a)
b)
c)
d)

lencana sekolah
tanda nama Pengawas
tanda nama Ketua Darjah/Penolong Ketua Darjah
tanda nama Pengawas Pusat Sumber/Pustakawan

PERKARA 4 : KEDATANGAN
Semua murid diwajibkan hadir sebelum waktu persekolahan seperti sesi pagi 7.15 pagi dan sesi
petang 12.45 tengah hari.
Adalah menjadi satu kesalahan jika murid datang lewat tanpa sebab yang munasabah.

14

Murid yang tidak hadir mestilah mengemukakan surat akuan doktor atau keterangan daripada
ibu bapa/ penjaga kepada guru kelas/guru yang berkenaan. Tanpa maklumat tersebut murid
berkenaan dianggap ponteng.
Ibu bapa/penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir dan diminta
memberikan penjelasan. Sekiranya pihak sekolah tidak menerima keterangan bertulis, tindakan
tatatertib boleh diambil ke atas murid berkenaan.
Dalam waktu persekolahan, murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa
kebenaran Guru Besar/Guru Bertugas.
Murid-murid yang diambil oleh ibu bapa pada waktu persekolahan diwajibkan mengisi BUKU
KEBENARAN KELUAR dari kawasan sekolah di pejabat sekolah.

PERKARA 5 : KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH.


Bilik Darjah
Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga kebersihan dan keceriaan bilik
darjah.
Ketua/Penolong Ketua Kelas bertanggungjawab menyediakan dan memastikan jadual
bertugas bertugas dipatuhi dengan bantuan Guru Kelas.
Setiap kelas mestilah mempunyai sudut pembelajaran dan menghias kelas dengan
bahan-bahan akademik.
Sebelum meninggalkan kelas, kerusi/ meja mestilah disusun dengan teratur, suis lampu
dan kipas, mestilah ditutup.
SEMUA murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi/meja/perabot antara kelas tanpa
kebenaran guru.
Ketua/Penolong Ketua Kelas mestilah membantu guru memastikan semua suis di bilikbilik khas dipadamkan sebelum keluar dari bilik-bilik khas dan peralatan di bilik-bilik khas
disusun dengan kemas serta teratur.

Kawasan Sekolah
Setiap murid mestilah menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

15

Murid dilarang membuang sampah dan meludah di merata-rata tempat.


Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan.
Semua murid dilarang membuang pembungkus/plastic makanan ke dalam longkang,
tandas dan
kawasan taman di sekitar sekolah.
Sampah yang dijumpai hendaklah dipungut dan dibuang ke dalam tong sampah yang
disediakan.
Pembungkus/plastik makanan yang kosong hendaklah dibuang ke dalam tong-tong
sampah yang disediakan.
Semua murid hendaklah mematuhi jadual tugas membersihkan kelaskelas/kawasan/tempat yang ditetapkan.

PERATURAN RAMBUT
(SURAT PEKELILING IKTISAS NO. 2/1976 Lampiran A)

16

No 1:
PANDANGAN
HADAPAN
Rambut jangan
menutup garisan

No 2:
PANDANGAN SISI
Rambut jangan menutup
kedua-dua telinga atau
sebahagian daripadanya dan
sideburn jangan melebihi
garisan tengah hidung

No 3:
PANDANGAN BELAKANG
Rambut jangan melebihi
kolar baju dan jangan
melebihi di bawah cuping
dua telinga

BAJU KURUNG, TRADITIONAL DAN


TUDUNG

PINAFORE TUNIC

17

Anak tudung
berwarna putih
Tudung 3 segi dua
Rambut paras bahu
sama warna putih
Bahagian bawah
dagu jahit labis

Berkekek
Bewarna
biru tua
Labuh baju
paras
lutut
Paras
lutut
Bersusun
Kain baju kurung
warna biru tua
Stokin putih
Kasut kanvas
putihkanvas
Kasut
putih
Stokin putih

18

5.3

TANDAS SEKOLAH
5.3.1 Setiap murid mestilah menggunakan tandas dengan betul , menjaga
kebersihan serta dilarang membuang sebarang sampah ke dalam lubang
tandas.
5.3.2 Semua murid dilarang menconteng dinding dalam / luarb tandas dengan
sebarang alat.
5.3.3 Semua murid hendaklah berjimat bila menggunakan air dan menutup paip
selepas digunakan.
5.3.4 Setiap murid yang hendak ke tandas mestilah mendapatkan Pas Keluar
Kelas daripada guru. Tindakan tatatertibakan diambil kepada murid-murid
yang tidak mempunyai pas kebenaran / kebenaran daripada guru.
5.3.5 Semua murid dilarang bising apabila masuk ke dalam tandas.
5.3.6 Semua murid DILARANG MENGGUNAKAN TANDAS GURU.

5.4

PAPAN KENYATAAN
5.4.1 Sebarang kenytaan yang ditampal / ditulis mestilah mendapat kebenaran
guru.
5.4.2 Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja dibenarkan ditampal.
5.4.3 Semua murid dilarang meminda kenyataan yang terdapat di Papan
Kenyataan tanpa kebenaran guru.

5.5

HARTA BENDA SEKOLAH


5.5.1

Adalah menjadi tanggungjawab semua murid menjaga harta benda


sekolah yang terdapat dalam Kelas, Setor Sukan, Bengkel Kemahiran
Hidup / Sains, Bilik Komputer, Pusat Sumber, Kantin dan dimana-mana
sahaja di kawasan sekolah.

5.5.2 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan kepada guru.


5.5.3 Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah digantikan oleh murid
sendiri.

19

5.5.4 Semua murid mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang terdapat di Bilik


Komputer, Setor Sukan, Perpustakaan, Pusat Sumber Sekolah, Bengkel
Sains / Kemahiran Dan Bilik Utama.
PERKARA 6 :
6.1

kawasan larangan

Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan:


Bilik Guru, Pejabat Sekolah, Tandas Guru, Tempat Letak Basikal, Tempat Letak
Kereta, Bengkel, Pusat Sumber, Bilik Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Stor
Pendidikan Jasmani, Bilik Komputer, Makmal Sains, Surau Dan Kawasan
Belakang Sekolah.

6.2
Semua murid dilarang memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran daripada
guru.
6.3

Semua murid sesi pagi dilarang mendekati kelas-kelas sesi petang yang sedang
belajar dan sebaliknya.

6.4

Semua murid yang hadir untuk ko-kurikulum mestilah berada di tempat yang
ditetapkan oleh guru.

PERKARA 7 :

kantin

7.1

Setiap murid mestilah makan di kantin sahaja atau di kawasan yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah.

7.2

Setiap murid diwajibkan berbaris / beratur semasa hendak membeli makanan /


minuman dan memetuhi arahan guru bertugas / pengawas. Murid-murid dilarang
berebut-rebut atau bertolakan semasa membeli makanan / minuman.

7.3

Semua bekas makanan / minuman hsk milik kantin mestilah dimasukkan ke


dalam bekas-bekas yang disediakan selepas digunakan. Pembungkus / plastik
makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.

7.4

Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke tempat memasak atau tempat


menyediakan makanan.

7.5

Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah pada waktu
persekolahan.

7.6

Semua murid dilarang membeli makanan semasa waktu belajar.

20

7.7

Semua murid dilarang makan / minum di dalam kelas kecuali jamuan kelas.

7.8

Murid-murid hendaklah mengamalkan adab sopan santun semasa makan dan


minum.

7.9

Murid-murid tidak dibenarkan berniaga atau menjual di kawasan sekolah di


waktu persekolahan.

7.10

Setiap murid Islam mestilah membaca doa sebelum dan selepas makan /
minum.

PERKARA 8 :

tatatertib dan kesopanan

8.1

Setiap murid wajib mengenali semua guru dan kakitangan sekolah.

8.2

Setiap murid wajib menghormati guru-guru / kakitangan sekolah / pelawat dan


sesame murid.

8.3

Ucapan salam hendaklah diberikan apabila berjumpa sesama Islam dan ucapan
selamat sejahtera bagi yang bukan Islam.

8.4

Semua murid mestilah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang baik dengan
sesiapa sahaja.

8.5

Setiap murid mestilah menjaga tuturkata dan berbudi bahasa yang baik dengan
sesiapa sahaja.

8.6

Murid-murid hendaklah mengetuk pintu dan memberi salam sebelum masuk ke


bilik darjah, pejabat dan bilik guru.

8.7

Setiap murid mestilah taat mengikut arahan guru, pengawas, ketua kelas,
penolong ketua kelas dan sesiapa sahaja yang dipatuhi.

8.8

Murid-murid hendaklah belajar menepati waktu.

8.9

Murid-murid dilarang membuat bising di dalam kelas.

PERKARA

senarai salahlaku yang berat di


peringkat sekolah
9

21

Berikut adalah senarai salahlaku yang diambil berat dan tindakan disiplin
penggantungan sekolah sementara atau buang sekolah boleh diambil.
RUJUKAN: K.P. 8543/Vol.2(55) Surat Pekeliling Iktisas Bil.9/1975
9.1

Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.

9.2

Membawa senjata yang berbahaya dengan tujuan jahat.

9.3

Memukul guru.

9.4

mengancam guru-guru / Guru Besar.

9.5

Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh


sekolah dan Pejabat Pendidikan.

9.6

Menulis pada surat khabar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa.

9.7

Sengaja merosakkan harta kerajaan / sekolah.

9.8

Sengaja merosakkan harta benda persendirian guru-guru atau murid-murid.

9.9

Mencuri.

9.10

Mengancam murid-murid lain : Ancaman serius dan merbahaya.

9.11

Menghisap rokok dan mengambil dadah.

9.12

Berjudi.

9.13

Meminum minuman keras atau memabukkan dalam kawasan sekolah.

9.14

Masih membantah hukuman guru, sekalipun sudah tiga atau empat amaran.

9.15

Menunjukkan sikap bongkak atau membuat penghinaan kepada Guru atau Guru
Besar.

9.16

Sengaja menimbulkan sesuatu perkara sensitif dengan tujuan menimbulkan


kacau bilau dan perpaduan kaum.

9.17

Melanggar peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budibicara Guru


Besar sebagai pelanggaran tatatertib yang barat.

PERKARA 10 :

tindakan tatatertib
22

10.1

Nasihat / Kaunseling

10.2

Menghubungi ibu bapa / penjaga

10.3

Amaran

10.4

Rotan satu kali.

10.5

Rotan dua kali.

10.6

Rotan tiga kali.

10.7

Rotan melebihi tiga kali.

10.8

Digantung persekolahan.

10.9

Ditukar sekolah.

10.10 Dibuang sekolah.


10.11 Laporan kepada polis.
10.11.1

10.11.2

10.11.3

PERKARA 11 :

Jika murid melanggar peraturan atau membuat kesalahan, murid


akan didenda oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan atau wakil
diarahkan Guru Besar.
Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid yang
melanggar undang-undang dan peraturan sekolah mengikut
kesalahan yang dialakukan.
Murid juga boleh didenda menggantikan barang yang dirosakkan.

ko-kurikulum

11.1

Semua murid diwajibkan mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum


berikut:11.1.1
Kelab / Persatuan Akademik
11.1.2
Pasukan Beruniform / Pakaian Seragam.
11.1.3
Sukan / Permainan.

11.2

Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki hadir dan menyertai
kegiatan yang diambil. (SERTAKAN SURAT TUNJUK SEBAB)

11.3

Murid-murid mestilah memakai pakaian mengikut aktiviti yang disertaiiaitu


memakai pakaian beruniform / pakaian sekolah / pakaian sukan.
23

11.4

Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa kebenaran guru


penasihat.

11.5

Pada setiap hari Rabu semua murid tahun 4, 5 dan 6 diwajibkan memakai baju
Unit Beruniform masing-masing.

PERKARA 12 :

kurikulum

12.1

Murid-murid yang mengambil peperiksaan semasa cuti sekolah tidak


dikecualikan daripada mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang
sekolah.

12.2

Bayaran peperiksaan mestilah dijelaskan dalam jangkamasa yang ditetapkan.

PERKARA 13 :

keselamatan murid-murid

13.1

Keselamatan diri adalah tanggungjawab murid-murid sendiri.

13.2

Murid-murid mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalani


aktiviti persatuan / kelab / sukan / permainan dan aktiviti di dalam bilik darjah /
pusat sumber / bengkel.

PERKARA 14 :
14.1

Peraturan hanya dibenarkan dengan kehendak ibu bapa / penjaga murid.


Sekiranya murid dari kelas peperiksaan UPSR ibu bapa / penjaga hendaklah
memastikan pertukaran pusat peperiksaan telah dibuat. Pihak sekolah tidak akan
bertanggungjawab sekiranya murid yang bertukar (masuk) tidak dibenarkan
mengambil peperiksaan UPSR di atas kecuaian ibu bapa / penjaga
menguruskan Pusat Peperiksaan murid dari sekolah lama.

PERKARA 15 :
15.1

pertukaran sekolah

kedai buku sekolah

Semua murid yang hendak berurusan dengan kedai buku sekolah mestilah pada
waktu yang ditetapkan kecuali dengan kebenaran guru.

24

15.2

Setiap murid yang berurusan dengan kedai buku sekolah mestilah mendapatkan
PAS KELUAR KELAS daripada guru pada waktu persekolahan.

PERKARA 16 :
16.1

yuran

Yuran khas mestilah dijelaskan dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh pihak
sekolah.

PERKARA 17 :

skim pinjaman buku teks (SPBT)

17.1

Semua murid mestilah menjaga buku-buku yang dipinjam dengan baik dan
bertanggungjawab.

17.2

Semua murid mestilah mematuhi peraturan-peraturan Skim Pinjaman Buku Teks


yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

17.3

Semu buku pinjaman mestilah dipulangkan dalam keadaan yang baik apabila
17.3.1
Bertukar sekolah
17.3.2
Pada akhir tahun
17.3.3
Diberhentikan sekolah
17.3.4
Diarahkan oleh pihak sekolah

17.4

Buku Teks yang hilang / rosak mestilah digantikan dengan buku baru.

PERKARA 18 :

lalu lintas

18.1

Kenderaan yang menghantar / mengambil murid-murid tidak dibenarkan masuk


ke kawasan sekolah. Ibu bapa / penjaga digalakkan menurun / mengambil anakanak mereka di luar kawasan sekolah kecuali pada masa hujan lebat.

18.2

Semua murid dilarang berdiri atau berkumpul di hadapan atau berhampiran


dengan pintu masuk ke sekolah.

18.3

Ibu bapa / penjaga dilarang mengambil murid semasa beratur balik.

25

PERKARA 19 :

am

19.1

Murid-murid hendaklah berjalan di sebelah kiri selalu (di kaki lima, naik / turun
tangga, semasa ke kantin)

19.2

Jika berjalan beramai-ramai, hendaklah berjalan dalam BARISAN.

19.3

Melaporkan kepada Guru Besar / Guru Penolong Kanan / Guru bertugas


mingguan sekiranya ternampak sesuatu kecurian, kemalangan dan pergaduhan
di kawasan sekolah.

19.4

Krtuk pintu sebelum masuk kelas / pejabat atau hendak berjumpa dengan guru
kelas / Guru Besar.

19.5

Mengucapkan Selamat Pagi, Selamat Tengahari atau


kepada pelawat sekolah.

19.6

Selalu menunjukkan kelakuan dan contoh yang baik.

19.7

Membawa wang belanja atau wang untuk pembayaran sesuatu secukupnya


sahaja. Murid-murid tidak dibenarkan membawa wang belanja harian lebih
daripada RM3.00.

19.8

Bilik sembahyang / surau


19.8.1
Murid-murid yang hendak mengerjakan ibadah sembahyang sahaja
dibenarkan masuk.
19.8.2
Murid-murid tidak boleh rehat atau tidur di dalam bilik sembahyang.
19.8.3
Harta benda yang ada di bilik sembahyang tidak boleh dibenarkan
keluar tanpa kebenaran Guru Agama.

PERKARA 20 :

Selamat Sejahtera

kawasan keselamatan

20.1

Semua murid tidak dibenarkan bercakap dengan orang-orang yang tidak dikenali
kecuali dengan kebenaran Guru Besar, Guru Penolong Kanan atau Guru.

20.2

Orang yang tidak berkenaan tidak dibenarkan merayau-rayau di kawasan


sekolah. Laporkan kehadiran orang-orang luar ini kepada pihak sekolah.

20.3

Setiap murid dilarang membawa sejumlah wang yang banyak ke sekolah, murid
berkenaan hendaklah memberitahu atau menyerahkan kepada guru untuk
disimpan.

26

20.4

Ibu bapa / penjaga yang ingin berurusan dengan pihak sekolah, guru / muridmurid mestilah memakai PAS PELAWAT yang boleh didapati di pejabat
sekolah. PENCEROBOH AKAN DIDAKWA.

20.5

Kebakaran
20.5.1

20.5.2
20.5.3

20.5.4
20.5.5

PERKARA 21 :

Sesiapa sahaja yang mengetahui berlakunya kebakaran di


bangunan sekolah hendaklah melaporkan segera kepada
Pengawas atau Guru Bertugas atau terus kepada Guru Besar.
Loceng akan dibunyikan secara berpanjangan.
Murid-murid mestilah keluar dari bangunan sekolah atau dari bilik
darjah dengan cepat / pantas dan senyap mengikut arahan yang
telah diberi.
Murid yang tidak ada di dalam kelas dikehendaki pergi terus ke
tempat berkumpul dan laporkan diri kepada Guru Kelas.
Guru Kelas hendaklah mengambil buku daftar kedatangan dan
Guru Kelas hendaklah membuat panggilan nama-nama dengan
serta merta.

tambahan

21.1

Dilarang murid menggunakan bahasa ibunda di dalam kelas. (Gunakan bahasa


kebangsaan).

21.2

Ibu bapa waris tidak dibenarkan berada bersama-sama murid di dalam bilik
darjah atau menunggu di tepi bilik darjah. Serahkan anak jagaan kepada guru
untuk menguruskannya.

21.3

Berjalan dengan baik, jangan mengheret dan menghentak-hentak kaki.

21.4

Basikal Murid
21.4.1
Murid-murid tidak dibenarkan menunggang basikal dalam kawasan
sekolah.
21.4.2
Basikal mestilah keadaan baik dan selamat digunakan di jalan
raya.
21.4.3
Basikal hendaklah disusun di tempat yang ditetapkan dengan
teratur dan berkunci.
21.4.4
Sekolah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan,
kecurian. Kerosakan basikal atau alat-alat basikal.

27

21.5

Murid dilarang menggunakan telefon awam semasa dalam waktu


pembelajaran melainkan perkara penting dengan kebenaran guru
kelas.

21.6

Murid dilarang membawa telefon bimbit.

LAGU NEGARAKU
/

28

LAGU WAWASAN 2020


/

/LAGU SEKOLAH SK. TAMING JAYA


SEKOLAH TAMING JAYA
INDAH GAGAH PERKASA
MENARUH CITA BESAR
MENUJU WAWASAN NEGARA

29

BERSAMA KITA USAHA


KECEMERLANGAN DIIDAMKAN
TABAH MESTI DIAMALKAN
UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN
TEKUN GIGIH SENTIASA
JANGAN BERPUTUS ASA
BENTUK PERIBADI MULIA
HINGGA KE PUNCAK JAYA
MARILAH KITA POHONKAN
SEMOGA KITA BERJAYA
MENJADI INSAN BERGUNA
UNTUK BANGSA
DAN NEGARA

LAGU NEGERI SELANGOR


DULI YANG MAHA MULIA
SELAMAT DI ATAS TAKHTA
ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU
RAKYAT MOHON RESTU
BAWAH DULI TUANKU
BAHAGIA SELAMA-LAMANYA
AMAN DAN SENTOSA
DULI YANG MAHA MULIA

IKRAR MURID
SEK. KEB.TAMING JAYA
/
MAKA KAMI,

30

MURID-MURID SEKOLAH KEBANGSAAN TAMING JAYA,


BERIKRAR,
MESTI TABAH DAN TEKUN BELAJAR,
PATUH PADA PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH,
MENGHORMATI DAN MENURUT PERINTAH GURU-GURU,
MENGHORMATI DAN BEKERJASAMA DENGAN RAKAN-RAKAN,
DEMI MENJAGA NAMA BAIK SEKOLAH,
DAN MENINGKATKAN MUTU PENCAPAIAN,
DALAM PEMBELAJARAN.

31

Anda mungkin juga menyukai