Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

LAPORAN SETIAUSAHA
Tarikh

16 MAC 2013

Hari

SABTU

Masa

7.30 PAGI 12.30 TENGAHARI

Tempat

PADANG IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

Pada 16 Mac 2013 yang lepas satu Karnival Permainan Tradisional telah diadakan
di Padang IPG Kampus Bahasa Melayu dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari di
mana Karnival Permainan Tradisional ini dikelolakan oleh kumpulan PISMP 5E
ambilan Januari 2011 yang mana mengambil kursus subjek minor Pendidikan
Jasmani dan Sukan.

Karnival ini telah disertai oleh dua kumpulan pelajar iaitu PISMP 1B dan
PISMP 1F di mana empat buah permainan tradisional yang berlainan telah dipilih
iaitu lompat getah, golek kelapa, tuju selipar dan galah panjang. Sebelum Karnival
Permainan Tradisional berlangsung, satu taklimat ringkas telah diadakan bagi
membentuk AJK Induk yang bakal menggerakkan program ini. Setiap pelajar diberi
tanggungjawab dan wajib melaksanakannya.

Mesyuarat telah diadakan beberapa kali sebelum perlaksanaan program ini


bagi memastikan semua perancangan dan persiapan berjalan dengan lancar. Dua
hari sebelum karnival ini berlangsung, satu perjumpaan bersama peserta telah
diadakan. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memastikan semua peserta
memahami segala peraturan setiap permainan tradisional ini. Setiap kumpulan
diminta memilih seorang ketua dan memilih nama kumpulan yang berunsurkan
tradisional.

Sebelum Karnival Permainan Tradisional diadakan pada jam 7.00 pagi,


persiapan padang telah di fokuskan terlebih dahulu bagi memastikan tapak atau
tempat permainan tradisional diadakan selamat digunakan. Pelajar PISMP 5E telah
menghias tempat permainan agar nampak lebih meriah. Selain itu, penganjur juga
menyediakan tempat bagi setiap permainan tradisional agar lebih tersusun. Pada
jam 7.30 pagi, para peserta tiba dan membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk
memastikan kehadiran semua peserta.

Taklimat ringkas tentang pergerakan peserta yang bermain permainan


tradisional diadakan bagi memastikan para peserta tahu permainan yang bakal
mereka main selepas slot pertama dan slot yang seterusnya. Aktiviti memanaskan
badan diadakan sebelum permainan dimulakan bagi mengelakkan kecederaan otot
atau untuk memberi kesediaan kepada para peserta. Selesai sahaja aktiviti
memanaskan badan, maka bermulalah aktiviti permainan tradisional sehingga slot
terakhir. Karnival ini sungguh meriah dengan gelagat peserta yang lucu dan
sebagainya.

Majlis penutupan di adakan di padang tersebut pada jam 12.30 tengahari


dimana penyelaras

program Karnival Permainan Tradisional dan Pensyarah

Jabatan Pendidikan Jasmani memberikan ucapan dan penyampaian hadiah kepada


para peserta. Selesai sahaja majlis penutupan maka semua pengelola permainan
tradisional bergotong-royong membersihkan tapak yang telah digunakan agar bersih
dan boleh digunakan untuk aktiviti lain.

Selepas perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini maka semua AJK


Induk diminta untuk

membuat laporan dan menyerahkan kepada AJK Laporan

untuk difailkan. Program seperti ini amat bagus untuk

dilaksanakan kerana

memberikan pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada guru pelatih untuk melihat
dan

merasai bagaimana struktur pentadbiran dan organisasi sukan dijalankan.

Semoga program seperti ini diteruskan pada masa hadapan.

laporan karnival sukaneka dan permainan tradisional

PJM3112 : Pengurusan dan Pentadbiran


Pendidikan Jasmani dan Sukan
LAPORAN KARNIVAL SUKANEKA
DAN PERMAINAN TRADISIONAL

NAMA
MUHAMAD RIDZUAN BIN HUSNI
(870807-43-5523)

UNIT
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

KURSUS
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

AMBILAN
JANUARI 2007

(JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN)

ISI KANDUNGAN

PERKARA

1.0 LAPORAN KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL


2.0 KEKURANGAN DAN KELEBIHAN DALAM MASA MERANGKA DAN
MENGELOLA

PERTANDINGAN
3.0 CADANGAN ATASI KELEMAHAN
4.0 ISU-ISU DALAM SUKAN YANG BERKAITAN DENGAN KARNIVAL SUKANEKA
DAN
PERMAINAN TRADISIONAL
5.0 RUJUKAN

1.0 LAPORAN KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL


Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang dikelolakan oleh Unit PISMP
Pendidikan Jasmani Semester Lima berjalan dengan lancar dan berjaya. Karnival ini
telah berlangsung pada hari Khamis yang bersamaan dengan 30 April 2009.
Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini diadakan kerana mengikuti dan
melengkapkan Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan Dan Pentadbiran
Pendidikan Jasmani Dan Sukan.
Bermula seawal jam lapan pagi, semua peserta telah berkumpul di dalam rumah
sukan masing-masing. Sepanjang karnival ini berlangsung, peserta yang berjumlah
seramai 21 orang telah dibahagi kepada tiga rumah sukan yang sama banyak
jumlahnya. Setiap rumah sukan mempunyai tiga orang peserta perempuan dan
empat peserta lelaki yang menjadikan sebanyak tujuh orang setiap rumah sukan.
Rumah sukan tersebut adalah Rumah Merah, Rumah Kuning, dan Rumah Biru.
Pada majlis pembukaan Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini setiap
rumah berkumpul di rumah masing-masing sebelum ke acara perarakan masuk.
Perarakan masuk pada pagi tersebut dimulai dengan peserta dari Rumah Kuning,
Rumah Biru, dan diakhiri dengan Rumah Merah.
Pada majlis pembukaan tersebut, Abdul Hadi bersama dengan Muhamad Ridzuan
telah menjadi pengerusi majlis secara bersama. Selepas menyanyikan lagu
Kebangsaan dan lagu institut, majlis diteruskan dengan bacaan ikral oleh Azwan Bin
Ismail. Bacaan ikral ini sebagai satu simbolik kepada setiap peserta agar mengabil
bahagian dalam acara yang dipertandingkan dengan bersungguh-sungguh dan
bersaing secara sihat.
Selesai bacaan ikral tersebut, setiap rumah sukan menunjukan tepukan masingmasing. Setiap peserta menunjukan tepukan rumah sukan mereka dengan baik dan

mencabar rumah sukan yang lain. Sungguhpun kadangkala ada rumah sukan yang
melakukannya tidak serentak, namun ia dapat diatasi dengan pengalaman yang
sedia ada.
Permainan tradisional adalah satu aspak pada kehidupan manusia. Permainan ini
dikenlai juga sebagai permainan masa lapang ataupun sukan rakyat. Kebiasaan
permainan tardisional ini dimainkan oleh masyarakat dahulu pada mas lapang seperi
lepas bekerja di sawah padi ataupun semasa tidak turun ke laut. Sebaliknya
sukaneka pula permainan yang dimainkan dalam bentuk pertandingan dan
mempunyai beberapa peraturan-peraturan ringkas.
Sukan dapat didefinisikan sebagai aktiviti yang dipertandiangkan mengikut
peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah persetujui. Sukan akan lebih
menarik jika terdapat unsur-unsur pertandingan, perancangan, kemahiran motor dan
juga startegi.
Pada hari karnival tersebut, permaian pertama yang dijalankan ialah Isi Air Dalam
Botol, diikuti dengan Lari Kepit Bola Celah Peha. Ketiga, permaian yang
dipertandingan ialah Lari Bawa Bola Dalam Sudu, dan seterusnya ialah permainan
tradisional iaiti Tarik Upih dan diakhiri dengan Baling Kasut.
Pada permainan pertama, iaitu Isi Air dalam Botol, Rumah Kuning telah memenangi
acara tersebut. Mungkin disebabkan oleh startegi yang meraka gunakan, maka
permaina tersebut dapat digenggam mereka. Namun, pada permainan kedua,
persaingan lebih banyak ditunjukkan oleh setiap peserta yang mengambil bahagian.
Permainan Lari Kepit Bola Celah Peha ini telah dimenangi oleh Rumah Biru.
Mungkin Rumah Merah masih belum menunjukan kehebatan mereka yan sebenar.
Secara amnya, teknikal yang digunakan semasa permainan ini memberikan
kelebihan kepada peserta. Cara dan kaedah yang betul hendaklah digunakan oleh
peserta agar bola yang dikepit tidak jatuh, dan peserta dapat belari dengan laju dan
baik.
Lari Bawa Bola Dalam Sudu merupakan permainan yang banyak menimbulkan
kontraversi. Pesert banyak yang tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan
menyebabkan pihak pengadil membatalkan pemenang yang pertama. Olahitu,
pertandingan ini telah dijalankan semula dan tenyata Rumah Kuningmasih mampu
menguasai permainan tersebut.
Antara kesalahan yang dapat dikesan oleh pihak pengadil semasa permainan ini
dijalankan ialah perserta tidak meletakkan bola betul-betul pada sudu. Sebaliknya

peseta melatakkan bola diantara sudu dan hidung menyebabkan bola melekat dan
mudah dibawa lari oleh para peserta.
Selepas rehat, permainan tradisonal mendapat tempat oleh semua para peserta.
Permainan Tarik Upih yang sering dimainkan pada masa kecil dimainkan semula.
Semasa permainan ini berlangsung, saya dapat melihat semua peserta
menggunakan kudrat mereka yang ada untuk memenangi acara ini. Malang bagi
pasukan Rumah Mereka kerana mendapat upih yang sudah tidak elok.
Ini terbukti apabila upih tersebut telah putus semasa proses menarik. Namun, atas
semangat kesukanan, maka permainan ini tetap diteruskan. Pada peringkat awal,
sepatutnya Rumah Merah layak memenanginya, tetapi disebabkan oleh kekurangan
yang dinyatakan tadi, maka kemengan Rumah Merah telah dirampas oleh rumah
lain.
Permainan terakhir yang dipertandingkan ialah Baling Kasut. Sungguhpun terdapat
beberapa peraturan tambahan dikenakan, namun permainan Baling Kasut ini tetap
mendapat tempat dihati setiap peserta. Kemenangan diberikan pada semua rumah
kerana markah mereka menjatuhkan segi tiga kasut adalah sama.
Secara keseluruhannya, Rumah Kuning telah menjuarai Karnival Sukaneka Dan
permainan Tradisional ini. Mereka mendapat sebanyak 15 mata. Rumah Merah dan
Biru menduduki tempat yang kerana mereka terikat dengan markah yang sama.
Pada majlis penyampaian hadiah tersebut, ia telah disempurnakan oleh En. Tan Kait
Keong selaku penyarah pembimbing kami dan En. Razak Bin Sulung selaku tutor
kami.
Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini telah berjalan lancar seperti mana
yang dirancangkan. Sungguhpun terdapat beberapa masalah yang timbul pada
awalnya, namun ia dapat diselesaikan dengan pengalaman dan bantuan daripada
pensyarah dan juga kesungguhan yang ditunjukan oleh semua ahli jawatankuasa.

2.0 KEKURANGAN DAN KELEBIHAN DALAM MASA MERANGKA


DAN MENGELOLA PERTANDINGAN
Pendidikan Jasmani adalah sangat penting dalam kehidupan sebagai seorang murid
sekolah. Ini jelas dapat dibuktikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
juga menekankan aspek jasmani, emosi, intelek dan juga sosial. Pendidikan
Jasmani begitu menekankan aspek-aspek tersebut, ini dapat dijelaskan pergerakan
dalam Pendidikan Jasmani, interaksi antara murid, kreatif dalam membuat

pergerakan, dan mendidik murid supaya lebih bijak mengawal emosi semasa aktiviti
jasmani.
Pengurusan dan pentadbiran adalah sangat berkait rapat dengan Pendidikan
Jasmani dan juga sukan. Apabila sesuatu subjek itu dapat diuruskan dan ditadbir
dengan baik, maka ia akan memberi impak yang positif kepada pihak pengurusan
tersebut.
Seperti contoh, pada semester ini, Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan
dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan menyatakan bahawa kami perlu
membuat satu lawatan ilmiah ke mana-mana atau beberapa agensi-agensi pusat
sukan seperti majlis sukan negara, institut sukan, persatuan permainan, majlis sukan
negeri, ataupun lain-lain badan yang berkait rapat dengan sukan dan Pendidikan
Jasmani.
Selepas daripada lawatan tersebut, kami juga perlu menjayakan satu karnival
sukaneka dan permainan tradisional. Karnival inilah yang amat berkait rapat dengan
apa yang telah kami perolehi daripada lawatan yang kami jayakan selain daripada
merancang bagaimana kami menguruskan karnival tersebut.
Sesuatu program itu dapat dijayakan dengan bebapa aspek yang sangat perlu dititik
beratkan. Antaranya, ia bergantung kepada bagaimana merangka/merancang dan
pengendalian/pelaksanaan/pengelolaan yang dilakukan. Perancangan atau
merangka disini dapat didefinisikan bagaimana untuk merancang, merangka,
menyusun aktiviti dan juga menyelaras tugas bagi melaksnakan sesuatu program.
Mengelola pula bermaksud mentadbir, mengurus, dan mengawal atau melaksana
sesuatu program yang telah dirancang.
Lawatan ini sangat berguna kerana dengan adanya input-input yang diberikan, maka
karnival yang dijalankan dapat dijayakan dengan baik, sungguhpun pada awalnya
ada beberapa kekurangan yang dikenal pasti.
Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisonal yang dijalankan ini perlulah mengikuti
beberapa urutan dan prosedur-prosedur yang biasa dijalankan oleh mana-mana
perancangan sesuatu program agar ia dapat berjalan dengan lancar dan baik.
Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini bermula daripada perlantikan ahli
jawatankuasa. Setiap peserta kursus ini, iaitu PISMP Unit Pendidikan Jasmani telah
dilantik menjadi ahli jawatankuasa. Ahli jawatankuasa juga terbahagi kepada dua,
iaitu ahli jawatankuasa pelaksana, dan ahli jawatankuasa kerja.

Setiap ahli jawatankuasa ini mempunyai ketua mereka tersendiri. Pangkat dalam
sesuatu jawatankuasa ialah pengerusi, dimana pengerusi akan bertindak sebagai
ketua, selain daripada mempengerusikan mesyuarat, membuat keputusan, dan
merancang aktiviti.
Selepas merancang karnival ini, maka tindakan selanjutnya ialah mengadakan
mesyuarat. Mengadakan mesyuarat adalah sangat penting. Begitu juga menghadiri
mesyuarat yang diadakan. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan sesuatu
perkara, menyelesaikan masalah yang timbul, juga membuat perbicangan untuk
sesuatu perkara.
Untuk program Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang jalankan ini,
mesyuarat telah pun dijalankan sebanyak lima kali. Setiap mesyuarat
membincangkan perkara-perkara penting, contohnya perubahan tarikh karnival,
masalah-masalah yang timbul pada setiap jawatankuasa, dan cara penyelesaian
yang baik.
Daripada mesyuarat yang dijalankan, jawatankuasa pelaksana telah bersetuju untuk
menjalankan karnival ini pada 30 Mei 2009. Karnival ini akan dijalankan bermula
daripada jam lapan pagi dan dijangka tamat pada jam 10.45 pagi. Ini bermakna,
setiap jawatankuasa kerja perlulah bersiap sedia sebelum hari karnival agar dapat
menjalankan aktiviti tersebut dengan lancar dan sempurna.
Walaupun pada peringkat awal jawatankuasa telah bersetuju untuk menjadikan KPLI
Pj sebagai peserta, namun beberapa pindaan menyebabkan PISMP Unit Pendidika
Jasmani akan menjadi perserta pada karnival tersebut.
Pada Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang dijalankan tersebut,
sukaneka yang akan dijalankan ialah Isi Air Dalam Botol, Lari Bawa Bola Dalam
Sudu dan juga Lari Kepit Bola Celah Peha. Permainan tradisional yang dimainkan
pada hari tersebut pula adalah Tarik Upih dan juga Baling Kasut.
Sepanajng karnival ini berlangsung, para perserta dapat memahami apa yang cuba
disampaikan oleh pihak pengajur. Permaian yang dijalankan juga adalah
bersesuaian dengan peringkat para peserta kerana mereka kelihatan ceria dan
semtisa menunjukan semangat bersaing dan bersungguh-sungguh untuk
memenangi setiap acara.
Secara keseluruhannya, setiap fasa dlam mengelolakan sesuatu program itu adalah
sangat penting dan perlu diambil perhatian. Seperti contoh, pada fasa sebelum hari
kernival, setiap jawatankuasa perlulah mengetahui bidang tugas mereka agar

mereka dapat menjalankan tugas yan telah diamanahkan dengan lancar dan baik.
Mesyuarat perlulah diadakan untuk membuat keputusan dan menyekesaikan
masalah yang tibul dan merangka beberapa cara yang kemungkinan perkara yang
tidak diingini berlaku.
Pada fasa semasa hari kernival, jawatankuasa sangat penting untuk menjalankan
tugas mereka agar tentatif program dapat diikut dan karnival berjalan lancar tanpa
ada sebarang masalah. Pembahagian tugas yang spesifik pada hari kejadian akan
melancarkan perjalanan karnival. Mereka juga tidak akan masuk ke bidang
jawatankuasa lain. Tanggungjawab yang diberikan mereka dapat diselesaikan
dengan baik dan sempurna.
Pada fasa selepas hari tersebut juga penting. Fasa ini akan membincangkan
kekurangan yang ada pada hari karnival dan mencari jalan penyelesaian yang baik.
Apabila kekurangan dan kelebihan dapat dikenal pasti, maka pengalaman tersebut
dapat digunakan untuk mengelola sebarang program pada masa akan datang.

3.0 CADANGAN ATASI KELEMAHAN


Terdapat pelbagai cadangan yang ada untuk mengatasi kelemahan atau masalah
yang timbul. Cadangan yang relevan membantu melaksanakan dan mengelolakan
program dengan lebih baik pada masa akan dantang. Belajar melaui pengalaman.
Untuk mengelola Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini memerlukan
perancangan awal dan sempurna. Ia bermula daripada peringkat perancangan itu
sendiri, dimana ia memerlukan ketua yang sentiasa dapat menjalankan tugas yang
diamanahkan dengan baik dan beretika.
Seterusnya kertas kerja yang dihantar hendaklah menepati aspek-aspek yang
diperlukan di dalamnya. Jika tidak, maka kertas kerja tersebut tidak boleh diluluskan
dan hendaklah disunting semula agar pihak yang meluluskan kertas kerja tersebut
kelak tidak dipersalahkan jika terdapat sebarang insiden yang tidak dingini berlaku
terutamanya memberikan kesan yang buruk kepada semua.
Mesyuarat hendaklah dijalankan dengan baik dan betul. Pengerusi mesyuarat
hendaklah sentiasa mempengerusikan dengan baik. Perbincangan yang diadakan
semasa mesyuarat hendaklah dibincangkan dengan adil. Tiada karenah birokrasi
yan diperlukan. Setiap masalah yang ditimbulkan didalam mesyuaat hendaklah
diselesaikan dengan sempurna dan memuaskan hati setiap pihak.

Persiapan awal adalah sangat peting agar semasa program yang dirancang dapat
berjalan dengan baik dan mengikut perancangan. Pengagihan tugas adalah sangat
penting supaya setiap jawatan kuasa memberikan komitmen yang diperlukan untuk
menjalankan program yang dirancang. Ia juga memastikan setiap individu atau
jawatankuasa menjalankan tugasan yang diberikan. Ringan sama dijinjing, berat
sama dijunjung.
Juga terdapat beberapa perkara yan gperlu diberi perhatian pada masa mencari
permaian yang sesuai. Antaranya ialah jenis permainan yang dipertandingkan
adakah sesuai atau tidak dengan matlamat dan isi yang ingin disampaikan pada
peserta.
Permainan yang dijalankan adalah mengikut masa. Masa yang diperlukan adakah
sesuai dan tidak memberikan masalah kepada waktu lain. Alatan dan kemudahan
yang ada juga memainkan peranan penting. Ini membuktikan bahawa jika alatan dan
kemudahan yang digunakan tidak sesuai, maka ai akan menimbulkan masalah.
Sistem pertandingan juga memainkan peranan penting. Barapa kategori yang
dipertandingkan dan bagaimanakah menentukan pemenang. Seperti mana yang
diketahui, terdapat pelbagai jenis pertandiangan. Contohnya ialah temasya,
pertandingan berlapis, kumpulan, dan piramid.
Peserta yang mengambil bahagian juga perlu dipastikan. Ini supaya tidak timbul
sebarang masalah kelak. Contohnya jika sudah ditetapkan berapa jumlah peserta,
dan rancang jumlah perbelanjaan yang diperlukan. Jika tidak, pembaziran boleh
berlaku yang menyebabkan kemungkinan kos yang perlu dibelanjakan lebih
daripada jumlah wang yang diperoleh.
Untuk yang demikian, borang penyertaan boleh digunakan. Ini bermaksud, perserta
yang telah bersetuju untuk mengambil bahagian perlulah memberikan borang
penyertaan. Pihak pengelola akan dapat membuat jangkaan awal berapa jumlah
peserta kelak. Selain itu, surat sokongan juga boleh digunakan untuk memastikan
mereka yang terlibat mengambil bahagian tanpa dan sebarang alasan untuk tidak
menghadirkan diri.

4.0 ISU-ISU DALAM SUKAN YANG BERKAITAN DENGAN KARNIVAL SUKANEKA


DAN PERMAINAN TRADISIONAL

Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional yang dijalankan ini sedikit sebanyak
mempunyai kaitan dengan program Malaysia Cergas. Malaysia Cergas adalah satu
idea dan konsep yang lahir untuk memberikan penekanan ke arah meluaskan
kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan seberapa banyak rakyat
Malaysia.
Ini dapat dicapai jika pada perancangan awal dapat dilaksanakan, iaitu memastikan
KPLI Unit PJK ini mengambil bahagian, maka banyaklah individu-individu yang akan
menjayakan karnival ini. Sebaliknya, apabila PISMP Unit Pendidikan Jasmani yang
mengambil bahagian sendiri, maka ia akan mengurang jumlah peserta. Perbezaan
ketara ini jelas dapat dilihat apabila dijumlah KPLI unit PJK ialah seramai 38 orang
sebaliknya PISMP unit Pendidikan Jasmani pula hanya 21 orang.
Undang-undang dan peraturan-peraturan dalam sesuatu permaian sukaneka
ataupun permainan tradisional yang dijalankan adalah sangat penting. Ia berfungsi
untuk mengawal dan menjadikan kejohanan itu dapat dijalankan dengan adil dan
tersusun. Undang-undang dan peraturan-peranturan yang digunakan pada karnival
ini adalah dicipta oleh pihak pengnjur atau jawatankuasa permainan sendriri. Ini
dibuat supaya dapat melicinkan lagi perjalanan permainan tersebut.
Seperti contoh, jika tidak terdapat undang-undang atau peraturan, maka
kemungkinan besar akan berlaku kekasara dan kekechan seperti rasa tidak berpuas
hati. Ini juga dapat dikait rapat dengan permainan bersih, atau lebih dikenali dengan
istilah Fair Play.
Semasa permainan Lari Bawa Bola Dalam Sudu dijalankan, terdapat beberapa
kesalahan yang dikenalpasti oleh jawatankuasa pengadilan. Maka, jawatankuasa
tersebut telah membuat perbincangan kecil untuk membuat keputusan supaya
permainan ini dapat dimainkan secara adil dan mengikut undang-undang dan
peraturan-peraturan yang telah dibuat. Begitu juga dengan permainan Lari Kepit
Bola Celah Peha.
Permainan yang dijalankan, tidak kira sukaneka ataupun permainan tradisional ini
memberi impak yang positif kepada peserta. Selain daripada peserta yang
mengambil bahagian dalam sukan ini sentiasa gembira, mereka juga bersungguhsungguh memberikan persaingan yang sihat dan memberikan sorakan kepada
kawan yang sedang bertanding.
Ini dapat dijelaskan lagi dari segi afektif sukan yang beretika akan memberi ruang
kepada peserta untuk berinteraksi dan bergembira. Bersukan dapat menjadikan

hubungan sosial yang baik dan membina masyarakat Malaysia yang cergas selain
daripada membenteras kegiatan-kegiatan tidak sihat.
Rekreasi juga berkait rapat dengan karnival ini. Rekreasi perlu dilihat sebagai satu
aktiviti yang terancang dan mampu memenuhi masa lapang. Pemilihan permainan
yang sesuai bertujuan untuk mendapatan keseronokan, ketenangan minda, dan
merehatkan badan. Ia akan memberikan kesan dan impak yang positif terhadap
aspek jasmani terumanya, selain daripada rohani dan intelektual.
Permainan tradisional yang mendapat pilihan ini kerana permainan tradisional juga
sebagai satu cara untuk berekreasi. Permainan tradisional merupakan permainan
yang diwarisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan dari satu generasi ke
satu generasi. Bahan dan sumber yang digunakan juga adalah kebiasaanya berada
dalam persekitaran kita. Seperti contoh kita tidak memerlukan kos untuk membeli
upih pinang, sebaliknya hanya perlu meminta daripada mereka yang mempunyai
poko pinang yang mempunyai upih yang sesuai.
Secara keseluruhannya, Karnival Sukaneka Dan Permainan Tradisional ini dapat
dijalankan dengan lancar dan mengikut apa yang telah dirancang. Sepanjang
karnival tersebut berlangsung, tiada masalah besar yang timbul seperti pergaduhan
atau penyalah gunaan bahan, sungguhpun mereka, iaitu peserta mahukan
kemenangan berpihak kepada mereka. Peralatan yang ada pada alam sekeliling kita
yang digunakan dapat menjimatkan kos dan memberikan banyak kelebihan.

5.0 RUJUKAN

1. Wee Eng Hoe (1994) Organisasi Dan Pentadbiran Sukan Dan Pendidikan
Jasmani. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti.
2. Omardin Ashaari (1998) Siri Pengurusan Dan Pentadbiran Utusan, Pengurusan
Sukan. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
3. HBPE3403 Pengelolaan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

Anda mungkin juga menyukai