Anda di halaman 1dari 14

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

780328135428001 |1

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

JANUARI 2013

HBAE 1203
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK (SMP)

NAMA

: SUZIE BINTI ABDULLAH

NO KAD PENGENALAN
NO MATRIKS
NO TEL
EMAIL

:
:
:
:

780328-13-5428
780328135428001
019-8708788
suzieabdullah85@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA (OUM)

TUTOR
ENCIK ARJUNA BIN

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


780328135428001 |2

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

PENGENALAN

ISI KANDUNGAN

.5

KAEDAH PENJANAAN IDEA

.6-8

KEMAHIRAN DAN PEMURNIAN

9-10

KEMAHIRAN MENGGUNAKAN BAHAN

.10-12

KESIMPULAN

. 13

RUJUKAN

MUKA SURAT

3-4

.14

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


780328135428001 |3

PENGENALAN
Kanak-kanak merupakan insan kecil yang sentiasa inginkan perhatian daripada orang dewasa.
Bagi mendapatkan perhatian, kanak-kanak menggunakan hasil seni. Contohnya kanak-kanak
melukis gambar tercantik ibunya supaya ibunya gembira dan bertambah sayang kepadanya.
Di sekolah pula, kanak-kanak menghasilkan hasil seni mereka bagi mendapat perhatian
gurunya. Setiap kali melukis, kanak-kanak ini ingin melahirkan satu hasil seni yang terbaik
daripada kawan-kawannya yang lain. Namun hasrat ini kadang-kadang sentiasa terlepas
pandang oleh sesetengah guru. Keinginan seorang kanak-kanak yang ingin menunjukkan
bakat seni perlu didorong dengan baik oleh seorang guru. Perkara ini boleh membantu guru
memahami diri setiap anak muridnya. Menurut Moholy Nagey, satu cara untuk mengilustrasi
emosi adalah dengan menggunakan seni untuk meransang dan menyatakan emosi itu.
Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi diri akan merasakan kepuasan,
kelegaan, lapang perasaan, stabil emosi dan ketenangan dari tekanan perasaan.
Apabila diingat semula, nasib pendidikan seni di sekolah saya dahulu sangat berbeza
keadaannya.. Matapelajaran ini dulunya tidak begitu diambil berat dan hanya diajar ala kadar
dan sekadar mengikuti jadual dan memenuhi kehendak sahaja. Keadaan ini berlaku kerana
tiadanya seorang guru seni yang benar-benar pakar di dalam bidang ini. Ia bermaksud guru
tersebut tidak begitu memahami tentang bidang di dalam pendidikan seni, malah teknikteknik untuk menghasilkan karya seni juga tidak mahir dilaksanakan. Keadaan ini telah
menjadikan mata pelajaran ini tidak menyeronokkan bagi murid. Malahan sampai suatu
ketika murid-murid tidak mahu membawa atau membeli buku lukisan pun untuk persediaan
belajar mata pelajaran ini.
Namun kini, keadaannya telah berubah. Hampir semua guru di sekolah saya menyambung
semula pelajaran untuk ke peringkat ijazah dan sebilangan guru telah memilih bidang seni
sebagai matapelajaran pilihan termasuklah saya sendiri. Setelah mengikuti dua semester
belajar dan mendalami ilmu seni ini barulah saya sedar betapa pentingnya pendidikan seni
kepada kanak-kanak. Walaupun saya tidak diarahkan mengajar subjek seni di sekolah sedikit
sebanyak saya telah mengetahui apa sebenarnya keistimewaan subjek ini sehingga pada tahun
ini saya telah menawarkan diri saya untuk menyertai kelab seni dan kraf. Belajar subjek ini di
oum bersama tutor yang pakar dan mencintai seni, menjadikan minat saya terhadap subjek ini
bertambah sedikit demi sedikit. Begitu juga berlaku kepada rakan-rakan guru saya yang lain.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


780328135428001 |4

Kini saya perasan apabila anak-anak murid di sekolah saya begitu rapat dengan guru seni
mereka dan mereka sering tertunggu-tunggu kedatangan guru seni mereka ke kelas.
Perubahan ini lebih jelas lagi dilihat di dalam diri anak saya sendiri apabila tiba hari belajar
seni, mereka tidak mahu ketinggalan ke sekolah walaupun dalam keadaan sakit. Segala
bahan-bahan yang dipesan oleh guru pendidikan seni mereka siap disediakan awal-awal lagi.
Jika kerja seni mereka tidak siap dan dibawa pulang ke rumah, mereka dahulukan untuk
menyiapkan kerja seni mereka dan disusuli kerja-kerja sekolah yang lain.
Melihat keadaan ini saya jelas mengetahui bahawa pentingnya peranan kita sebagai seorang
guru di sekolah. Minat dan motivasi murid terdorong oleh seorang guru. Sebagai seorang
guru, kita harus mengetahui kehendak murid mengikut tahap dan aras mereka. Guru juga
harus sentiasa memikirkan teknik dan kaedah yang sesuai dan menarik minat murid serta
mampu mendorong murid untuk mempelajari sesuatu perkara bagi melahirkan sesuatu hasil
yang unggul.
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat
murid serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi
membosankan. Oleh itu guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk
memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran
yang berkesan. Disamping itu, dapat menggalakkan murid bergerak aktif ketika proses P&P
berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan. Maka akhirkan barulah mata
pelajaran ini mampu dimartabatkan di sekolah.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


780328135428001 |5

ISI KANDUNGAN
Sebuah buku bertajuk Approaches in Art Education yang ditulis oleh seorang tokoh seni
yang terkenal iaitu Laura H. Chapman menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai
pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali
sebagai proses artistik. Menurut Laura H. Chapman, proses artistik ini digunakan oleh
penggiat seni dalam penghasilan karya mereka. Proses artistik ini juga boleh dijalankan
dengan pelbagai kaedah dan ia bukanlah bersifat statik, tetapi bersifat boleh berubah dan
berulang-ulang.
Sebagai seorang guru pendidikan seni di sekolah, seorang guru tersebut perlu memahami
bahawa proses menghasilkan sesuatu karya tidak tertumpu kepada satu cara sahaja dan guru
perlu aplikasikan cara tersebut kepada murid di dalam kelas. Pelbagai cara dan kaedah boleh
diketengahkan selagi proses penghasilan karya tersebut dijelaskan dengan baik kepada murid.
Sebelum mengetengahkan cara dan kaedah tersebut dengan tujuan menggalakkan murid
menghasilkan karya seni, seseorang guru itu sendiri perlu mempunyai pengalaman luas di
dalam penghasilan karya seni. Ini kerana, pengalaman dan pengetahuan guru akan digunakan
sebagai panduan dan memberi bimbingan kepada murid. Kini telah terdapat satu garis
panduan yang boleh menjadi rujukan guru semasa mengajar pendidikan seni di sekolah agar
pengajaran tidak terkeluar daripada objektif asal yang ingin dicapai di sekolah kerana dahulu
mungkin guru cenderung menggunakan teknik dan kaedah yang sama berulang kali.
Bagi menghasilkan suatu karya seni, Laura H. Chapman telah memperkenalkan tiga kaedah
iaitu Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea), Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration
and Refinement) dan Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium).Bagi
mendalami dan melihat kreativiti murid, saya telah menjalankan pengajaran dan
pembelajaran pendidikan seni di sebuah kelas Tahun 3 Didik di sekolah saya dengan
memperkenalkan tema Kereta Saya.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


780328135428001 |6

1.

Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Di dalam menjana idea Laura H. Chapman menyatakan bahawa pengkarya menetapkan


objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Namun begitu, terdapat juga pengkarya yang
tidak dapat menetapkan haluan penghasilkan karya kerana penetapan ini bergantung kepada
ilham dan cetusan idea. Kenyataannya, proses ini agak lambat dan memakan masa.
Di dalam konteks pendidikan seni visual di sekolah, seorang guru dimestikan untuk
membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilkan karya selain menerangkan
kaedah penjanaan idea. Jika perkara ini tidak diambil berat kemungkinan besar ramai
dikalangan murid tidak akan mampu menghasilkan karya seni mereka sendiri.
Setelah menjalankan aktiviti di dalam kelas, hampir seluruh murid kelas saya melukis sebuah
gambar kereta lumba. Minat mereka kepada kereta lebih menjurus kepada kereta yang laju
dan bergaya.

Rajah 1. Peugeot

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


780328135428001 |7

Pada awal pengajaran pada hari tersebut saya telah menggunakan kaedah tayangan slaid
beberapa model kereta termasuklah kereta lumba model Peugeot seperti Rajah 1 kepada
murid-murid saya. Bermula dari sini saya mula perasan apabila saya menayangkan kereta
yang bergaya seperti Peugeot dan Ferrari, semua murid begitu teruja. Terdapat juga murid
saya menceritakan mereka pernah juga nampak model-model kereta yang hebat di dalam
pemainan video. Ada juga murid yang memiliki kereta permainan yang hebat di rumah,
termasuklah ada seorang murid yang pernah memasang komponen kereta permainan bersama
bapanya. Melalui peluang ini saya memanggil beberapa orang murid tersebut menceritakan
warna dan bentuk kereta yang mereka minati.
Setelah itu, bagi menjana lagi idea murid-murid, saya telah membawa mereka ke tempat letak
kereta di sekolah. Di sini mereka boleh melihat perbezaan saiz, warna dan bentuk kereta yang
terdapat di sekeliling mereka. Pada waktu tersebut, murid-murid sangat tertarik dengan
sebuah kereta model Honda kepunyaan seorang guru lelaki yang berwarna biru seperti Rajah
2 di bawah.

Rajah 2. Honda

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


780328135428001 |8

Rajah 3: Penjanaan Idea


Hasil daripada dua kaedah yang saya telah jalankan tersebut, saya dapati hampir seluruh
murid saya telah menghasilkan gambar kereta lumba. Apabila diteliti sebuah gambar di Rajah
3 di atas yang dihasilkan oleh seorang murid lelaki, murid tersebut telah menggambarkan
sebuah kereta lumba yang sangat hebat bagi dirinya. Ia menunjukkan penjanaan idea murid
tersebut berlaku menerusi kaedah yang saya telah laksanakan setelah melihat hasil karyanya.
Kereta tersebut mempunyai pelbagai warna seperti biru, hitam, merah dan hijau yang menjadi
warna kegemarannya. Bentuk kereta dilukis muncung di depan yang selalu menjadi konsep
kereta-kereta lumba laju. Selain itu, saiz roda yang berbeza iaitu roda di depan lebih kecil
daripada roda di belakang menjadikan kereta tersebut meluncur dengan lebih baik. Murid
tersebut juga meletakkan aksesori seperti tanduk tajam di atas bumbung kereta supaya
menampakkan kehebatan kereta tersebut. Selain itu, api yang pelbagai warna keluar dari
ekzos belakang kereta juga sangat berlainan dan menampakkan lagi keunggulan kereta
tersebut. Cara murid melakarkan jalur warna di badan kereta dengan jalur dari sisi bawah ke
atas juga menampakkan lagi kelajuan kereta tersebut. Dia juga menambahkan corak berwarna
merah di sisi bawah kereta kerana merah menjadi lambang berani. Selain itu, murid tersebut
melukis simbol angka dua yang menjadi angka bertuahnya dan simbol kilat yang
melambangkan kepantasan dibadan keretanya.
Dari sini kita dapat melihat murid tersebut dapat menjana ideanya melalui pemerhatian yang
dia buat melalui tayangan slaid dan kaedah lawatan ke tempat letak kereta guru. Tanpa kita
sedari murid-murid tersebut mempunyai idea yang kita sebagai seorang guru tidak pernah

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


780328135428001 |9

terfikir dan tidak disangka murid kita mempunyai impian untuk memiliki kereta yang hebat
seperti yang dia gambarkan melalui hasil karyanya.

2.

Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)

Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih
sistematik dan tersusun. Pengkarya menggunakan proses ini bagi memastikan imej atau
visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.
Proses ini dianggap penting atau signifikan dalam penghasilan karya di peringkat kanakkanak kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi
mendapatkan hasil yang terbaik. Guru perlu mendedahkan proses ini kepada murid di sekolah
supaya murid boleh dilatih untuk mempunyai pengamatan mendalam terhadap ketelitian.

Rajah 4: Pengolahan dan Pemurnian


Rajah 4 diatas adalah juga hasil karya seorang murid lelaki. Daripada bentuk kereta yang
ditunjukkan, ia hampir sama dengan bentuk kereta yang dihasilkan oleh murid pertama tadi.
Kereta yang berbentuk muncung di hadapan dan menegak dibelakang yang hampir
menyerupai bentuk segitiga. Murid yang kedua ini juga melukis saiz roda yang sama seperti
murid yang pertama tadi iaitu kecil di depan dan besar di belakang bagi meningkatkan

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


7 8 0 3 2 8 1 3 5 4 2 8 0 0 1 | 10

kelajuan kereta tersebut. Kreativiti murid ini dapat dilihat apabila dia telah mengolah dengan
lebih banyak lagi hiasan di bumbung kereta dengan menambah dua tanduk di tengah iaitu
berwarna jingga dan kuning bagi menampakkan lagi kehebatan dan keunggulan kereta
tersebut. Selain itu, terdapat juga satu tanduk berwarna perang dan merah dibumbung
belakang bagi menstabilkan keadaan kereta. Satu lagi tanduk tajam dilukis di hadapan kereta
yang bertujuan untuk memecahkan atau memusnahkan sebarang halangan yang ada di
depannya. Ia jelas dilihat apabila murid ini melukis sebuah dinding pecah di hadapan kereta
tersebut. Selain itu murid ini melukis satu ekzos besar berwarna biru yang telah menghasilkan
api merah menyala yang menunjukkan kekuatan kuasa kelajuan pada kereta tersebut.
Murid ini juga mampu memurnikan ideanya dengan menambah sebatang jalan raya di dalam
karyanya kerana kebiasaannya jika disebut sebuah kereta, maka perlu ada sebatang jalan raya
bagi tempatnya bergerak. Warna kuning dipilih oleh murid ini untuk keretanya bagi
menampakkan ketenangan. Terdapat garis bersilang berwarna jingga. ungu, perang, biru dan
merah di badan kereta. Angka kegemaran seperti lima, empat dan dua juga dilukis di badan
kereta serta perkataan sport juga di selitkan di badan kereta. Melalui pemerhatian ke atas
hasil karya murid ini kita dapat melihat murid ini mampu mengolah ideanya dengan
menambah lebih hiasan pada keretanya dan memurnikan ideanya dengan menambah dinding
bagi menampakkan fungsi hiasan tersebut dan menambah sebatang jalan untuk menunjukkan
kedudukan keretanya.

3.

Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

Bahan merupakan satu perkara penting di dalam aktiviti seni. Pemilihan bahan bagi
menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya.
Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya
dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan
tertentu. Pemilihan bahan sangat memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi
menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkannya.
Bagi peringkat sekolah, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan
dan teknik penggunaan dan penghasilannya. Melalui teknik demonstrasi dan tunjukcara guru
perlu menjelaskan teknik dan penggunaan bahan tersebut supaya pemilihan bahan oleh murid
mempunyai makna dan nilai yang tersendiri.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


7 8 0 3 2 8 1 3 5 4 2 8 0 0 1 | 11

Rajah 5: Kemahiran Menggunakan Bahan

Rajah 6 : Kemahiran Menggunakan Bahan


Berdasarkan Rajah 5 dan Rajah 6 di atas kita dapat melihat kemahiran menggunakan bahan
oleh murid. Kedua-dua hasil karya tersebut menggunakan teknik yang berbeza.
Rajah 5 merupakan hasil karya seorang murid perempuan yang menggunakan teknik kolaj
bagi menggambarkan keretanya. Dia menggunakan kertas berwarna yang dikoyak-koyakkan
menggunakan hujung pembaris. Walaupun bentuk kereta kelihatan agak biasa, tetapi dia telah

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


7 8 0 3 2 8 1 3 5 4 2 8 0 0 1 | 12

menggunakan kertas pelbagai warna seperti hijau, kuning, hitam, merah dan merah jambu.
Kesungguhan murid itu dapat dilihat menerusi tampalan kertas yang dibuat di badan kereta
tersebut. Namun di bahagian ekzos dan hiasan di bumbung, koyakan kertas agak besar namun
masih memuaskan kerana masih mampu menampakkan hasil dan bentuk yang
dikehendakinya. Teknik kolaj dengan cara mengoyak kertas dengan hujung pembaris
sememangnya telah murid ini pelajari sebelum ini, selain mengoyak dengan tangan. Dia
telah mempraktikkan semula teknik tersebut semasa menghasilkan karyanya yang bertajuk
Kereta Saya tersebut. Walaupun berbentuk agak ringkas, namun masa yang di ambil oleh
murid ini untuk menghasilkan karya tersebut agak lama dan memerlukan kesabaran dan
tumpuan yang tinggi. Dengan berumur sembilan tahun, murid ini telah mampu menggunakan
bahan yang dikehendakinya untuk menghasilkan karya yang diingininya.
Bagi Rajah 6 pula ia merupakan hasil karya seorang murid lelaki di kelas yang sama. Dia
telah menggunakan kertas berwarna dan media kering iaitu pensil warna di dalam
penghasilan karyanya. Murid ini telah menonjolkan bentuk keretanya dengan menggunting
kertas berwarna merah yang berbentuk kereta dan menampalkannya di atas kertas lukisan.
Begitu juga dengan roda yang menggunakan kertas berwarna hitam. Lampu dengan kertas
berwarna kuning dan cermin berwarna merah jambu. Murid ini, tidak mahu hasil karyanya
terlalu ringkas kerana dia telah menambah pemandangan gunung yang menjadi latar belakang
keretanya. Di samping itu terdapat awan dan matahari yang menceriakan suasana hasil
karyanya. Dia telah menggunakan media kering iaitu pensil warna untuk mewarna latar
belakang tersebut. Tindakan ini menjadikan objek utama yang ingin ditonjolkan iaitu kereta
masih kelihatan sangat ketara walaupun terdapatnya pemandangan gunung, awan dan
matahari. Murid ini juga menambahkan latar sebatang jalan yang menampakkan kereta
tersebut sedang dipandu melewati sebatang jalan yang berada di kawasan pergunungan.
Bebendul jalan dengan anak panah yang menunjukkan arah tuju juga dilukis di dalam hasil
karyanya. Murid ini telah menggunakan ruang yang ada di dalam kertas lukisannya dengan
agak baik.
Melalui kedua-dua hasil karya tersebut dapat kita lihat, kedua-dua murid tersebut telah
menggunakan bahan iaitu kertas warna yang sama. Namun masa yang diambil untuk
menyiapkan karya di Rajah 5 lebih lama berbanding masa yang digunakan untuk menyiapkan
karya bagi Rajah 6. Namun kedua-dua karya tersebut mempunyai nilai dan keistimewaan
yang tersendiri.

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


7 8 0 3 2 8 1 3 5 4 2 8 0 0 1 | 13

KESIMPULAN
Setelah melihat kepada karya seni yang dihasilkan oleh murid-murid saya tadi, memang
jelaslah bahawa bagi menghasilkan sesuatu karya seni yang unggul dan bernilai, ia perlu
menjalani suatu proses artistk dengan menggunakan pelbagai kaedah. Mempelajari aktiviti
seni bukan hanya penting diterapkan di dalam mata pelajaran pendidikan seni sahaja, malah
ia perlu dipraktikkan di dalam semua mata pelajaran lain. Guru harus sentiasa berusaha
menjana idea murid supaya murid mampu mengolah sesuatu idea yang menarik dan
bermakna. Guru tidak harus mengongkong kebebasan murid untuk berkarya kerana dari
situlah bermulanya percambahan kreativiti murid untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu
yang di luar jangkaan kita. Namun begitu guru masih perlu membimbing dan memantau hasil
kerja murid agar tidak bercanggah dengan objektif yang asal. Semua ini bergantung kepada
usaha seorang guru untuk mengembangkan kreativiti muridnya agar muridnya mampu
melahirkan suatu karya agung suatu hari nanti.

( 2689 patah perkataan )

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK


7 8 0 3 2 8 1 3 5 4 2 8 0 0 1 | 14

RUJUKAN
Abdullah Hassan & Ainon Abdullah. (2003). Mendorong Kreativiti Kanakkanak. Selangor Darul Ehsan: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Chang Hon Woon. 1992). Panduan Dinamik PMR Pendidikan Seni Tingkatan
1&2 KBSM. Selangor Darul Ehsan: Pustak Delta Pelajaran Sdn Bhd

Hassan Mohd Ghazali. (2007). Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4&5. Kuala
Lumpur: Creative Enterprise Sdn Bhd

Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni
Untuk Maktab dan Universiti. Selangor Darul Ehsan: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Rousliluddin Ambia & rakan-rakan. (2007). HBAE1103 Pengenalan


Pendidikan Seni Visual. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn Bhd

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Modul Pengajaran dan


Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR.
Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai