Anda di halaman 1dari 32

Mencari Tujuan Dalam Hidup

Dalam ape perkara yang kita lakukan, perlunya difikirkan akan tujuannya. Setelah tujuan telah
dipateri maka semuanya akan menuju pada ape yang dituju...

Monday, August 27, 2007


Iklan Kemerdekaan

Klik untuk paparan boleh nampak :)


Perkongsian Dr Kadir at 2:18 PM 0 Maklum balas

Baca Lagi...

Labels: iklan

Tuesday, August 21, 2007


Remembrance of Al Quds Day
Assalamualaikum warahmatullah...
Sabda Rasulullah Sollallahualaihi Wasallam antara lain maksudnya : "Barangsiapa yang tidak
mengambil berat tentang hal ehwal umat Islam maka dia bukanlah dariku"
Suatu amaran keras oleh baginda Rasulullah kepada ummatnya yang tidak mempedulikan nasib
dan keadaan yang dihadapi oleh saudara-saudara seislam seaqidahnya di mana-mana sahaja
mereka berada. Awal pagi tadi saya sempat mendengar kuliah Tanbiyatul Taawun yang
disampaikan oleh Us Fuad Amran di Rumah Kelantan Baru, cerita beliau: Pernah diceritakan
bahawa Syeikh Mohammad Ghazali, seorang syeikh dan tok guru yang terkenal juga di Mesir ini
mempunyai seorang anak murid yang cukup bijak. Dapat menguasai ilmu syariah dengan baik,
usuluddin atau apa-apa sahaja disiplin ilmu yang layak untuknya dalam berguru dengan Syeikh
Mohammad Ghazali.
Lalu suatu hari, ketika ujian syafawi (lisan/oral) si murid tadi ditanya oleh Syeikh Mohammad
Ghazali,"Di manakah letaknya bandar Dhaka?"
Lalu dijawab, "Di sebuah negara di Benua Afrika"
Sebenarnya Dhaka adalah ibu negara kepada Bangladesh dan pada ketika itu berlaku peristiwa
pencerobohan dan serangan oleh tentera India keatas saudara-saudara kita di Bangladesh
Lalu dibalas oleh Syeikh Mohammad Ghazali, "Aku tau dirimu memang pintar dan pandai, tapi
aku tidak teragak-agak untuk memberi markah sifar '0' kepadamu kerana di saat umat Islam
diserang dan dicerobohi, kamu tidak mengambil peduli dan mengetahui tentang hal mereka"
Suatu perkara yang patut menyedarkan diri kita juga tentang sejauh mana kita mengambil peduli
tentang saudara-saudara seislam yang lain. Samada yang jauh dari kita, apatah lagi yang hampir
dengan kita yang sepatutnya kita membantu sekadar terdaya ataupun mengitharkan mereka
dalam apa-apa perkara pun. Moga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa memikirkan
tentang permasalahan ummat Islam dan cuba membantu menyelesaikan.

Justeru, mungkin ramai yang menyedari dan mungkin juga


ramai yang tidak tahu berkenaan tarikh 21 Ogos yang merupakan tarikh memperingati
pencerobohan seorang zionis ke atas masjidil Aqsa di Palestin yang dikenali sebagai 'The day of
Remembrance of Quds' Semoga dengan memperingati peristiwa ini akan menanam semangat
kepada kita untuk berusaha berjuang membebaskan kembali Al Quds dan Palestin dari
cengkaman zionis tersebut. Selalulah berdoa untuk saudara-saudara kita di sana. Mudahmudahan mereka tetap sabar dan thabat dalam perjuangan mempertahankan agama dan tanah air.
Salam Remembrance of Al Quds buat semua...
Perkongsian Dr Kadir at 10:26 AM 1 Maklum balas
Labels: Fikir-fikir

Daurah Kitab Alex '07

Baca Lagi...

DAURAH KITAB ALEX `07


Tarikh: 23, 24 dan 25 Ogos 2007
(ditunda dari tarikh sebelum ini)
Tempat: Camp Caesar, Iskandariah
(bersebelahan stesen tram ElGama)
Kitab: Ayyuhal Walad karangan Imam Ghazali
(tempahan boleh dibuat bersama penyertaan)
Penyampai: Us. Fuad bin Amran (Penuntut di Darul Ifta)
Yuran: LE 15
Penginapan dan Makanan disediakan sepanjang majlis
(tidak termasuk makan malam)
Kepada yang berminat, anda masih sempat menghantar butir diri termasuk NAMA,
MUHAFAZAH dan tempahan kitab (jika nak) melalui emel atau sms sebelum 22 hb kepada:
Ikhwah:Encik Zunawanis: ahmad_zorf007@ yahoo.com: 0102874546
Akhawat : Cik Nurul Izyani :n_izyani88@yahoo. com
Sebarang masalah atau pertanyaan lanjut boleh hubungi:
Encik Farhan: ahmadfarhan_ 88@hotmail. com di talian 0104476287
Cik Nurul Syuhada: syauqahwardah@ gmail.com
Anda bolehlah berada di alex selewat-lewatnya 22 hb ogos ini kerana program akan bermula
pada pagi 23 hb.
Bagi mereka yang tidak mengenali selok-belok perjalanan ke Alex dan destinasi yang akan
dituju, sahabat bolehlah merujuk kepada:
Ikhwah: Encik Adam bin Tajuddin (0161843175)
Akhawat: Cik Nabilah (0100713842)
Sekali lagi saya mewakili pihak penganjur, menyeru semua ahli PERUBATAN dari setiap
muhafazah tidak kira ikhwah dan akhawat agar turut serta mengimarahkan majlis yang bakal
diadakan nanti.

MAJULAH PERUBATAN UNTUK NEGARA


Perkongsian Dr Kadir at 10:21 AM 0 Maklum balas

Baca Lagi...

Labels: iklan

Wednesday, August 8, 2007


Nilai Kecergasan dalam Menggugah Kekuatan Mental dan Fizikal (Siri Akhir)
Teknik-teknik Memantapkan Kesihatan
Senaman.

Terdapat beberapa jenis senaman yang akan disebutkan di sini.


1) Senaman Isometrik: apa ang anda lakukan hanyalah menegangkan otot anda selama 5 hingga
10 saat sambil menghentikan sedutan nafas. Contohnya gerakan menolak dinding dengan sekuat
tenaga sambil mengjangkan semua otot. Tetapi ia kurang nilainya dalam menyumbang kepada
ketahanan otot dan jantung serta sistem peredaran darah. Ia Cuma berperanan dalam
meningkatkan kekuatan otot.
2) Senaman Isotonik: anda menggerakkan otot yang menegang atau mengecut. Contohnya
senaman angkat berat, sit-up, berlari, berjoging, berenang, berbasikal, push-up dan sebagainya.
Dalam melakukan aktiviti senaman-senaman ini adalah diingatkan supaya melakukannya secara
berperingkat kerana untuk menghasilkan otot yang tahan, kekuatannya harus dibina terlebih
dahulu.
Contohnya dalam melakukan sit-up bermula dari 5 kali setelah 3 kali senaman, berpindah kepada
10 kali dan sebagainya. Senaman ini meningkatkan kekuatan otot, ketahanan dan kelenturannya
begitu juga ketahanan jantung
3) Senaman Isokinetik: otot yang digunakan untuk mengangkat atau menggerakkan halangan
dengan arah dan gerakan tertentu seperti yang dilakukan oleh alat-alat di gymnasium
4) Senaman Aerobik : anda melakukan senaman dengan menggunakan oksigen yang disedut
sepenuhnya dari peparu dalam tempoh masa tertentu. Maksudnya di sini adalah senaman yang
dilakukan berterusan tanpa henti selama 15 hingga 30 minit. Contohnya menari aerobik,
mengayuh basikal dengan kayuhan tetap, berengan dengan jarak tertentu atau berjalan laju.
Senaman aerobik ini amat bermanafaat untuk kecergasan jantung. American College of Sports

Medicine (ACSM) mengesyorkan aerobik selama 15 hingga 60 minit 3 hingga 5 kali seminggu
untuk mencapai kecergasan tanpa terlalu mencederakan otot melalui jenis senaman yang lain.
Caranya adalah dengan melakukan senaman ini pada target denyutan nadi tertentu iaitu antara
60-90 peratus dari perbezaan antara denyutan nadi rehat anda dan denyutan nadi maksimum.
Denyitan nadi maksumum dikira dengan menolakkan 220 dengan umur anda. Contohnya anda
berumur 21 tahun, denyutan nadi maksimum anda adalah 220-21=199 seminit. Untuk
melakukakn senaman aerobik yang berkesan, perlulah mekalukan senaman yang meningkatkan
nadi anda pada 60-90 peratus daripada perbezaan antara nadi rehat dan nadi maksimum tadi.
Perbezaan nadi maksimum dan nadi rehat = 199-70 = 129

60 peratus dari perbezaan = 60/100 x 129 = 77 , + 70 (nadi rehat) = 147


90 peratus dari perbezaan = 90/100 x 129 = 116 , + 70 (nadi rehat) = 186

Jadi target denyutan nadi anda dalam senaman aerobik jika anda berumur 15 tahun adalah antara
147 hingga 186 seminit.
Contohnya jika anda memilih untuk berlari, anda mestilah berlari sehingga denytan nadi anda
meningkat kepada 147 seminit (kiraan dibuat sewaktu berlari) dan mengekalkan kelajuan dan
aktiviti yang anda lakukan supaya nadi anda sentiasa berada di antara 147 hingga 186 seminit.
Sehinggalah habis tempoh masa 15 atau 30 minit. Begitu juga jika anda memilih untuk
melakukan senaman dalam rumah seperti menari aerobik, atau naik turun tangga atau berjogging
keliling ruang tamu.
5) Senaman Anerobik: Senaman yang anda lakukan sehingga menghabiskan simpanan oksigen
dalam badan dan tenaga terhasil melalui simpanan bukan oksigen. Tahap ini dicapai apabila
senaman yang anda lakukan menghasilkan semput dan sesak nafas selepasnya, seperti lari pecut,
atau melakukan senaman isotonik berulangkali dan sebagainya. Senaman ini tidak begitu bernilai
di dalam meningkatkan ketahanan jantung.
Oleh itu, melihat kepada jenis senaman di atas, pelan yang sesuai untuk suatu sesi senaman yang
sempurna adalah seperti berikut.
1) Senaman untuk warming-up (panaskan badan) Lakukan 3-5 minit senaman ringan berupa
regangan otot-otot dan aerobik ringan.
2) Senaman untuk kelenturan tubuh Lakukan senaman regangan secara menyeluruh ke selurh
otot dengan bilangan tertentu dari kepala ke kaki dengan simetri atau sama bilangan regangan
bahagian kanan dan kiri.
3) Senaman untuk ketahanan jantung dan peredaran darah serta membaiki komposisi badan.
Lakukan senaman aerobik mengikut target nadi jantung yang tertentu dan berterusan selama 1560 minit. Contohnya menari aerobik, berlari keliling rumah, skipping dan sebagainya.
4) Senaman untuk kekuatan otot dan ketahanan Pilih senaman jenis isometrik, isotonik atau

isokinetik dengan menekankan pada otot-otot utama anda seperti kaki, peha, tangan dan lengan
serta belakang, bahu dan perut. Contohnya senaman angkat berat dan sebagainya.
5) Senaman untuk warming-down (sejukkan badan) Lakukan senaman ringan seperti berlari
setempat selama 3-5 minit dengan regangan otot untuk merehatkan semula jantung dan mengatur
peredaran darah dari otot ke otak sebelum anda berhenti dan selesai sesi senaman.
Lakukan sesi senaman ringan anda ini 3-5 kali seminggu secara berperingkat-peringkat dan
lihatlah kesannya pada kecergasan dan lemak-lemak berlebihan pada tubuh badan anda. Anda
hanya memerlukan paling kurang 5-7 jam seminggu untuk sesi senaman ini dari 168 jam
seminggu yang boleh anda gunakan dan rancangkan untuk aktiviti yang lain
Nutrisi dan Gizi yang Seimbang.
Makanan anda seharian haruslah seimbang dengan aktiviti yang anda lakukan suaya tiada
lebihan yang terkumpul menjadi lemak dan mestilah mengandungi semua kelas-kelas makanan
yang diperlukan untuk menjanakan potensi badan anda dengan baik. Secara asasnya keperluan
dan diet anda seharian mestilah mengandungi:

60 % buah-buahan dan sayuran


20 % karbohidrat

10 % protin

5 % lemak

Pakar-pakar pemakanan dan diet menetapkan beberapa peraturan pemakanan yang mestilah
menjadi asas diet harian anda:
1) Mempelbagaikan makanan anda dari jenis makanan dalam kelas yang sama dan diet mestilah
mengandungi pelbagai kelas makanan mengikut peratusan keperluan badan. Lihat piramid
makanan yang menunjukkan jumlah kelas makanan tertentu yang patut anda ambil dan tentukan
dalam diet anda seharian.
2) Kekalkan berat badan anda yang ideal dan sesuai berbanding tinggi anda. (lihat graf BMI)
3) Elakkan lemak sedaya upaya anda. Jangan makan lemak tepu seperti lemak sapi, mentega,
gunakan munyak sayuran dan elakkan makanan berkolesterol (daging merah, lemak) Buang
lemak-lemak pada daging yang ingin dimasak. Termasuklah kulit ayam dan sebagainya. Ikan
adalah lebih selamat.
4) Gantikan pengurangan lemak di atas dengan peningkatan makanan yang bekanji dan pelawas
(fibre) seperti sayur dan buah.
5) Elakkan makanan yang berkandungan gula yang tinggi seperti coklat, kek dan sebagainya.

6) Elakkan makanan yang kandungan garamnya tinggi. Keperluan manusia hanya 5 gram garam
sahaja sehari
7) Elakkan merokok, dadah dan alkohol.
Selain itu terdapat beberapa tips, cara pemakanan yang betul seperti berikut.
1) ambil masa untuk mengunyah makanan anda. Ini amat membantu penghadaman dan
pencernaan makanan di dalam perut dan usus. (antara sebab belahak keterlaluan)
2) jangan makan sewaktu sedih atau tertekan kerana penghadaman terganggu waktu ini.
3) Kurangkan makanan yang bergoreng
4) Jangan lupa minum 8 gelas sehari. Antara sebab mudah letih, tak larat dan tak bermaya
adalam aktiviti seharian adalah kerana kurang air.
5) Sediakan sayur dan buah yang bersih dan tidak terlalu dimasak. Cukup sekadar dicelur sahaja
di dalam setiap diet harian. Tomato, sayur hijau, buah oren, lobak, pisang dan sebagainya adalah
antara bahan yang cukup baik.
6) Minum susu half cream atau tanpa lemak
7) Makan apabila perlu dan lapar dan jangan berlebihan. Sesuaikan dengan keperluan kalori
badan anda puranganya anda memerlukan sebanyak 2800 kalori untuk aktiviti seharian.
Jumlah ini semakin kurang apanila anda meningkat tua. Pengiraannya haruslah dirujuk kepada
jumlah kalori yang boleh dihasilkan oleh sesuatu jenis makanan. Contohnya karbohidrat
menghasilkan 4 kalori setiap gram begitu juga protin 4 kalori setiap gram. Kalori yang
berlebihan akan menjadi lemak.
Rehat dan tidur
Setiap manusia memerlukan rehat dan tidur yang cukup. Keperluan tidur seseorang adalah
berlainan. Secara puratanya, keperluan tidur seseorang adalah sekitar 7-9 jam sehari. Ia juga
bergantung kepada keadaan anda. Jika terlalu lethih misalnya anda memerlukan tidur lebih lama.
Semasa tidur banyak aktiviti badan yang berlaku. Otot-otot anda akan mengndur dan rehat, kadar
pernafasan akan turun begitu juga tekanan darah dan denyutan nadi.. Hormin pertumbuhan juga
akan dirembeskan semasa tidur justeru, sebenarnya semasa tidurlah manusia membesar.
Teknik-teknik yang disebutkan tadi dapat meningkatkan kecergasan anda jika diamalkan
sepenuhnya dan berterusan menjadi gaya hidup anda. Inilah gaya hidup yang sihat.
Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, perlu ditekankan sekali lagi bahawa kecergasan ini tidak akan dapat
dicapai dengan hanya berseminar apabila tiba musim seminar atau sekadar bermain takraw
bermatian-matian setiap petang pada bulan perperiksaan sahaja. Ianya adalah satu proses
berterusan yang memerlukan seseorang yang mengubah gaya hidup dan routine sehariannya
sejajar dengan nilai-nilai dan tuntutan kecergasan seperit yang telah disebut-sebutkan.
Ditulis kembali oleh: Tengku Abdul Kadir Tengku Zainal Abidin
Perkongsian Dr Kadir at 11:09 AM 0 Maklum balas

Baca Lagi...

Labels: Medical, Nilai Kecergasan

Monday, August 6, 2007


Nilai Kecergasan dalam Menggugah Kekuatan Mental dan Fizikal (Siri Ketiga)
Penilaian Kecergasan (Biomarker)
Penilaian kecergasan yang berupa senaman-senaman atau gerakan tertentu yang secara kasarnya
dapat mengukur tahap kecergasan anda. Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, jika anda
cergas, otot anda kuat dan lebih banyak senaman dan gerakan yang mampu anda lakukan. Begitu
juga sebaliknya. Ia terbahagi kepada beberapa ujian berikut.
1) Ketulan otot dan kekuatan otot
Diuji dengan cara melakukan sit-up atau senaman mengangkat badan dengan menggunakan otot
perut tanpa bantuan tangan atau lain-lain anggota. Dalam keadaan baring terlentang, dan tangan
di sisi, angkat badan anda supaya berada dalam posisi duduk. Kemudian baring dan ulang
semula. Bilang jumlah situ-up yang mampu anda lakukan dalam masa seminit.
Keputusan kecergasan otot anda adalah seperti berikut:

Bagi lelaki : 40 kali seminit-Cemerlang, 30 kali seminit-Baik, 20 kali seminit-Buruk


Bagi Wanita : 33 kali seminit-Cemerlang, 23 kali seminit-Baik, 13 kali seminit-Buruk

2) Kandungan lemak dalam badan


Ujian ini dilakukan dengsan cara mencubit bahagian pinggang atau perut dan bahagian dalam
lengan atas. Cubitan dilakukan dengan dua jari dalam keadaan berdiri tegak.
Keputusannya: Jika anda mampu untuk menarik cubitan anda sebanyak 1 inci atau lebih tisu
(lemak) di kawasan yang disebutkan, maka terdapat kelebihan lmak di dalam badan anda. Jika
kurang dari satu inci maka kandungan lemak dalam badan anda adalah optimum. Secara
kasarnya, setiap satu perempat (1/4) inci lebhan dari 1 inci yang disebutkan di atas mewakili

lebihan lemak dalam badan anda sebanyak 10 pound atau 4.3kg.


Contohnya, sekiranya anda berjaya mencubit sebanyak 1 inci maka lebihan lemak di badan
anda secara kasarnya adalah 2 x 4.3kg iaitu 8.6kg
Seperti yang disebutkan sebelumnya, semakin cergas seseorang itu, semakin kurang peratusan
lemak di dalam badannya, maka jika terdapa lebihan lemak dalam ujian ini, kecergasan anda
juga adalah amat berkemungkinan berada pada tahap yang rendah.
3) Efisiensi peparu
Ketahan sistem jantung dan berdaran darah mampu meningkatkan fungsi peparu anda. Oleh itu
ujian ini menilai sejauh mana peparu anda boleh diletakkan dalam kategori yang cergas
Anda dikehendaki menahan nafas dan mengira tempoh masa ada mampu menahan nafas.
Keputusannya, jika anda mampu menahan nafas selama 45 saat atau lebih lama dari itu, maa
fungsi peparu anda berada pada tahap yang efisien. Jika kurang maka anda perlu meningkatkan
kecergasan anda.
4) Kelenturan tubuh
Kelenturan tubuh dan anggota memastikan otot anda sentiasa bersedia untuk bergerak cergas dan
mapu dilentukkan tanpa kecederaan dan sebagainya.
Ujian ini dilakukan dengan cara duduk berlunjur kaki dan cuba menjulurkan hujung jari tangan
anda sejauh yang mungkin ke depan melakaui batas tapak kaki anda. Semakin jauh anda mampu
menjulurkan hujung jari anda, tahap kelenturan anda semakin baik.
Keputusan uhian kelenturan ini adalah dengan menjadikan tumit anda sebagai batas 0 inci:

Bagi Lelaki : >2 inci-cemerlang, >1 inci-baik, <-2 inci-buruk


Bagi Wanita : >3 inci-cemerlang, >2 inci-baik, <-1 inci-buruk

Wanita adalah diketahui mempunyai kelenturan yang lebih tinggi berbanding lelaki, sebab itu
bacaan bagi wanita adalah lebih tinggi.
5) Denyutan nadi
Denyutan nadi seorang yang cergas adalah kurang dari seorang yang tidak. Sebab utamanya ialah
kerana pengepaman jantungnya yang lebih efisen. Bayangkan, sewaktu anda dalam keadaan
rehat, jantung anda akan mengepam puratanya 5.5 liter darah seminit (lebih kurang 4 botol
spritzer yang besar-1.5liter) ke seluruh badan dan sewaktu berada dalam keadaan yang aktif
melakuakn aktiviti berat, jantung anda akan mengepam 15-25 liter darah seminit (lebih kurang
14 botol spritzer) ke seluruh badan. Tetapi bagi seorang atlit, jantungnya akan mampu untuk
mengepam 30-40 liter darah seminit sewaktu melakukan aktiviti yang sama. Jadi anda dapat

memikirkan, siapakan yang akan penat dahulu, tercungap-cungap sementara siapa yang akan
dapat meneruskan aktiviti tanpa sebarang masalah.
Purata denyutan nadi manusia sewaktu rehat adalah 70 kali seminit. Semakin cergas jantung
anda semakin kuranglah denyutan nadinya sewaktu rehat. Cuba kira denytan nadi anda semasa
rehat melalui nadi di pergelangan tangan anda dan dikira selama 1 minit.
Bersambung...
Perkongsian Dr Kadir at 9:21 AM 0 Maklum balas

Baca Lagi...

Labels: Medical, Nilai Kecergasan

Sunday, August 5, 2007


Sejenak bersama khalifah...

Imam
bukhari pernah meriwayatkan dalam salah satu hadith di dalam sahih beliau, berceritakan
berkenaan suatu kisah yang berlaku kepada sayyidina Umar Al Khattab. Hadith yang diceritakan
oleh Ibnu Abbas yang mengatakan, pada suatu hari seorang lelaki bernama Uyainah bin Hisn
telah datang kepada anak saudaranya, Hurri bin Qais yang pada ketika itu sedang bersama-sama
dalam majlis bersama-sama dengan saidina Umar Al Khattab yang pada ketika itu adalah
merupakan Khalifah dunia Islam.

Lalu Uyainah berkata kepada Hurri "Sesungguhnya engkau, anak saudaraku rapat dengan Amirul
Mukminin Umar ibn Khattab, pergilah kamu meminta kepada baginda untuk mengizinkan aku
masuk ke dalam majlis ini"
Lalu Hurri pun pergi kepada Saidina Umar dan meminta keizinan dari baginda dan
diperkenankan. Lalu sebaik sahaja berada di dalam majlis itu, Uyainah berkata " Hey Amirul
Mukminin, sesungguhnya kami tak dapat apa-apa kebaikan dari dirimu dan kamu tidak
menghukumi kami dengan adil (tanpa semena-mena)" Maka naiklah kemarahan sayyidina Umar
kerana kita tahu bahawa baginda adalah merupakan khalifah yang cukup warak dan adil dalam
pemerintahan. Maka baginda hendak menghukum Uyainah atas perkataannya itu.
Lalu ditahan oleh Hurri dengan mengatakan " Wahai Amirul Mukminin, Allah pernah berfirman
dalam Al Quran "Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang
baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan
kejahilannya). - surah Al A'raf ayat 199. Dan sesungguhnya Uyainah ini adalah seorang yang
Jahil." Mendengarkan nasihat yang berupa ayat Al Quran tersebut, Umar Al Khattab terus
berhenti dan tidak jadi untuk menghukum Uyainah memperlihatkan kita betapa tunduknya Umar
kepada kalam dan perintah Allah dan yakinnya baginda kepadaNya.
Cuba kita sama-sama nilai dan muhasabah diri kita pula. Sejauh mana adab dan keadaan kita
apabila berhadapan dengan kalam-kalam Allah ini. Bagaimana hormatnya kita kepada Al Quran
dan bagaimana respons kita apabila dibacakan Al Quran kepada kita. Adakah kita akan terus
beriman atau akan menolak malah mempersendakan kalam-kalam Tuhan itu. Check dan
muhasabah diri kita kembali ya. Mudah-mudahan kita tergolong dari hambaNya yang soleh,
yang taat kepada segala suruhan dan laranganNya. Tidak hanya mengambil kalam-kalamNya
sebagai hujah dalam berbicara sebaliknya Al Quran itulah dustur, manhaj, caragaya hidup yang
wajib untuk kita praktikkan dalam kehidupan di dunia ini. Sebagaimana kata-kata Saydatina
Aisyah apabila ditanyakan tentang akhlak baginda Rasulullah, maka jawab Saydatina Aisyah
"Akhlak baginda adalah Al Quran" Baginda seolah-olah Al Quran yang berjalan di muka bumi,
tamsilan kepada kata-kata Allah yang Maha Besar. Moga kita juga seperti baginda. Ameen.
Dan hari ini atas semagat cintakan Al Quran saya akan bersama-sama rombongan Ustaz Firdaus
bin Hat akan melawat stesen radio Al Quran (iza'ah) di Kaherah ini untuk mengambil sedikit
ilmu dari sana. Saya tak pasti apa yang akan berlaku di sana. Jika bermanafaat dan ada masa,
mungkin saya boleh ceritakan apa yang berlaku di sana. Doakan moga saya dapat mengambil
istifadah dengan sebaiknya ya. Jumpa lagi. Assalamualaykun warahmatullah.
Perkongsian Dr Kadir at 8:50 AM 0 Maklum balas

Baca Lagi...

Labels: personal, tazkirah

Thursday, August 2, 2007


Nilai Kecergasan dalam Menggugah Kekuatan Mental dan Fizikal (Siri Kedua)

Ciri-ciri Kecergasan
Jika dilihat kepada manafaat senaman dan kecergasan yang disenaraikan di atas, yang
merangkumi kesan positif pada mental, fizikal, dan sosial malah spiritual maka jika anda masih
tidak mahu cergas, maka anda bolehlah diibaratkan memilih jalan yang memusnahkan kebolehan
dan fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada anda. Ingat Surah Al-Baqarah ayat 195?
Dan belanjakanlah harta bendamu di jalan Allah, dan janganlah kamu mencampakkan dirimu
ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
berbuat baik
Ciri-ciri kecergasan pula adalah seperti berikut:
1) Kekuatan Otot (Muscle Strength)
Kekuatan otot adalah jumlah tenaga yang mampu diberikan oleh otot apabila menolak
sesuatu objek yang berlawanan. Otot anda akan menjadi lebih kuat apabila digunakan
berulangkali. Otot yang kuat mengelakkan anda dari senang letih, juga mengelakkan dari
sakit otot dan kecedaraan otot apabila melakukan kerja-kerja berat. Otot yang kuat
membolehkan anda berdiri berlari, duduk, melompat , mengangkat, menilak, menarik dan
sebagainya dengan lebih efisen dan mudah. Otot abdomen (bahagian perut) dan otot
belakang yang kuat mengelakkan dari sakit belakang yang biasa kita dengar di kalangan
akhawat (wanita) dan juga membolehkan anda membetulkan postur tubuh anda.
2) Ketahanan Otot (Muscle Endurance)
Ketahanan otot adalah keupayaan otot untuk bertahan lama dalam tempoh yang panjang
tanpa letih apabila digunakan untuk suatu pekerjaan yang berulang, Pernahkah anda
membuat suatu pekerjaan yang relatifnya berat dan kemudian terpaksa berehat seminggu
lamanya kerana sakit seluruh anggota? Atau sengal seluruh oto? Atau angin satu badan?
Contohnya jika tiba-tiba anda dikehendaki memasuki marathon sedangkan anda tidak pernah
berjoging pun selama tinggal di Mesir ini. Atau tiba-tiba disuruh untuk barrah dari rumah
anda. Terpaksalah anda mengangkat segala khazanah di rumah untuk berpindah. Sudah tentu
selepas itu terkapar di katil dengan otot-otot lengan yang cekang. Tidak bermaya dan tangan
yang kemerahan dan sudah tidak mampu digenggam. Ini semua tejadi kerana anda tidak
mempunyai ketahanan otot.
Otot yang selalu digunakan atau otot yang cergas akan mempunyai peredaran darah yang
lebih baik daripada otot yang dorman atau tidak aktif. Oleh itu, semua bahan buangan adari

otot dapat dipindahkan dengan segera dan oksigen serta darah yang baru akan segera sampai
ke otot apabila diperlukan.
3) Kelenturan Badan (Body Flexiblelity)
Kelenturan tubuh bolehlah didefinisikan sebagai kemampuan untuk menggerakkan anggota
badahn atau melentukkan badan dengan sempurna dalam semua arah yang ia mampu. Jika
badan adan otot anda lentur, anda tidak mudah kejang sewaktu melakukan aktiviti dan otot
tidak mudah cedera juga belakang anda tidak mudah sakit. Seorang yang aktif mempunyai
otot yang lebih lentur kerana selalu digerakkan. Contohnya jika anda hanya duduk sepanjang
ari, otot peha, punggung dan tangan akan memendek. Untuk melenturkannya, anda perlulah
meregangkan otot-otot tersebut. Sebab itulah seorang atlit setiap kali sebelum memulakan
latihan mereka akan melakukan stretching atau merengangkan badan. Pakar-pakar
kecergasan percaya, regangan otot selama 20 minit setiap hari akan membantu anda
mengelakkan diri daripada mendapat penakit kaku anggota badan yang berlaku kepada orang
yang berusia.
4) Ketahanan Jantung dan Sistem Peredaran darah (Cardiovascular endurance)
Pernahkah anada berasa sakit menyucuk di dada, sesak nafas dan denyutan nadi yang tidak
terkira lajinya apabila ana berlari beberapa ratus meter atau naik turun tangga berulankali?
Jantung anda adalah organ berotot yang amat dinamik dengan fungsi yang amat penting iaitu
mengepam darah beroksigen ke seluruh badan dan darah tidak beroksigen ke peparu untuk
dioksigenkan. Oksigen adalah bahan bakar di dalam badan untuk menghasilkan tenaga bagi
semua pergerakan otot-otota termasuklah jantung. Lebih efisien jantung anda mampu
mengepam darah beroksigen, lebih lama otot-otot anda mampu bertahan untuk melakukan
apa juga aktiviti. Jantung anda mampu untuk dilatih untuk bertahan lebih lama ketika mana
melakukan aktiviti-aktiviti berat. Lebih lama dan lebih kerap anda bersenam maka lebih
tahan jantung anda. Tetapi ia juga bergantung kepada kesihatan badan anda dan keturunan.
Setiap kali nadi anda berdenyut, pada waktu yang sama jantung anda sedang mengecut dan
mengepam darah beroksigen keluar ke seluruh badan. Seorang atlit yang cergas mempunyai
otot jantung yang kuat dan tahan. Jantungnya mampu mengepam darah dengan lebih
bertenaga dan dengan kuantiti uyang banyak berbanding seorang yang tidak aktif setiap kali
adinya berdenyut. Oleh itu denyutan nadi seorang atlit tidak lah selaju seorang yang tidak
aktif sewaktu melakukan aktiviti kerana sifat jantungnya yang efisien. Jantung yang tahan
juga mampu membantu menguatkan diafrgama yang tugasnya mengembangkan peparu setiap
kali pernafasan. Oleh itu, dengan tidak secara langsung, fungsi peparu juga dapat
dilipatgandakan. Pernafasan akan lebih teratur dan selari kerana pengembangan peparu yang
lebih besar dan efisien.
Jantung yang cergas juga mampu mengekalkan tekanan darah dalam badan pada julatnya
yang normal. Ini adalah cukup penting bagi mengelakkan penyakit salur darah seperti
atherosclerosis yang mana lemak dan kolesterol dimendapkan pada dinding salur darah dan
menyebabkan salur darah tersumbat. Anda tentu selalu mendengar tentang stroke atau mati
separuh badan atau angin ahmar? Ini adalah salah satu kesannya salur arteri yang tersumbat.

Ketahanan jantung juga meningkat kandungan bahan bernama HDL (High Density
Lipoprotein atau lemak protein berketumpatan tinggi) di dalam darah yang tugasnya
mengangkut lemak ke hati untuk dinyahkan dan merendahkan kandungan LDL ( Low
Density Lipoprotein atau lemak protein berketumpatan rendah) di dalam darah yang
memendapkan lemak di dinding salur darah.
Mengikut kajian ,senaman selama 30 ke 40 minit, 3 kali seminggu selama 7 hingga 10
minggu mampu meningkatkan kandungan HDL dan merendahkan kandungan LDL.
5) Komposisi Badan (Body Composite)

Badan manusia terdiri daripada dua jenis tisu. Tisu lemak dan
tisu pejal tidak berlemak. Komposisi badan adalah nisbah peratus tisu lemak dan tisu pejal
tidak berlemak di dalam badan. Apabila anda menjadi semakin cergas , nisbah komposisi
badan ini akan berubah, peratusan tisu lemak akan menurun dan peratusan tisu pejal tanpa
lemak meningkat.
Badan anda menggunakan lemak setiap hari, lemak ini kebanyakknya disimpan di bawah
kulit dan di sekitar organ dalaman. Tisu lemak ini terrdiri dari sel-sel yang jumlahnya adalah
tetap sejak anda kecil lagi. Sel-sel ini boleh membesar, menyimpan lemak adan anda menjadi
gemuk atau mengecil tetapi jumlahnya tetap sama. Simpanan lemak seorang wanita secara
semulajadi adalah lebih daripada lelaki. Bagi lelaki nisbah peratusan lemak adalah16-19
peratus daripada berat badan berbanding wanita dalam lingkungan 22-25 peratus.
Tisu pejal tanpa lemak adalah seperti urat saraf, otot, tulangrawan, kulit, organ dalaman dan
sebagainya. Peratusannya juga sentiasa berubah, jika otot anda cergas, peratusannya adalah
tinggi berbanding lemak dan apabila anda meningkat tua, otot anda tidak selalu digunakan
(degeneration) peratusannya akan menurun dan peratusan lemak bertambah.
Pengaruh keturunan jugak merupakan antara faktor penting dalam meneentukan komposisi
badan anda. Secara umumnya seorang manusia yang lahir akan berkecenderungan untuk

mewarisi 3 bentuk tubuh. Ectomorph, iaitu seorang yang bertulang panjang, berbadan kurus
tidak berlemak. Mesomorph, iaitu mempunyai badan yang berotot dan Endomorph iaitu
seorang yang mewarisi peratusan tisu lemak yang banyak dan mempunyai penampilan yang
agak berisi.
Kajian menunjukkan kedapatan kecenderungan tertentu antara kemungkinan besar untuk
mendapat peyakit jantung dengan kawasan pengumpulan lemak dalam badan. Jika perut anda
lebih besar dari pungung maka kemungkinan untuk mendapat penyakit jantung adalah tinggi
dan sebaliknya ia lebih rendah jka punggung anda lebih besar dari perut anda mengikut
nisbah-nisbah tertentu (Hip/Waist ratio)
Bersambung...
Perkongsian Dr Kadir at 10:38 AM 0 Maklum balas

Baca Lagi...

Labels: Medical, Nilai Kecergasan

Jangan Marah!

Abu Hurairah, radiyallahu 'anhu,


reported that a man said to the Prophet, sallallahu alayhi wasallam: "Advise me! "The Prophet
said, "Do not become angry and furious." The man asked (the same) again and again, and the
Prophet said in each case, "Do not become angry and furious."
Saya cuba mengingati kembali hadith di atas. Cuba untuk kembali menginsafi dan memuhasabah
diri. Malam ini, dalam perjalanan untuk ke kelas Habib Omar di Rumah Pahang di Hayyul
Asyir sahaja ada tiga peristiwa yang saya lalui yang meluapkan kemarahan saya. Saya sendiri
tidak pasti mengapa saya cukup mudah untuk marah sejak akhir-akhir ini. Sebelum ini saya tidak
begitu. Kata orang (saya tidak pasti ini hadith ataupun tidak) "Kemarahan itu datangnya daripada
syaitan"
Peristiwa pertama ketika hendak memulakan sembahyang Maghrib di Masjid Fath di Ramses.
Kebetulan ketika kami tiba di sana, jemaah sedang melaksanakan solat. Saya bersedia untuk
mengangkat takbir, tiba-tiba seorang jemaah di sebelah kiri saya menarik-narik baju melayu saya
untuk membetulkan saf. Takbir saya terganggu. Saya mebetulkan saf dan cuba untuk mengangkat
takbir sekali lagi. Kali ini saya ditarik pula ke belakang sedikit oleh orang yang sama
membuatkan saya menepis tangan pakcik tersebut. Saya marah kerana sekali lagi takbir saya
terganggu. Akhirnya saya bergerak sedikit ke belakang untuk menyamakan kedudukan saf dan
barulah saya dapat mengangkat takbir dengan tenang. Benarkah tenang? sedikit sebanyak saya

terkesan dari peristiwa itu. Saya tak pasti adakah tindakan reflex saya menepis tangan pakcik itu
adalah betul ataupun tidak. Bagi saya, cukuplah kalau pakcik itu hanya menepuh peha saya
sebagai isyarat supaya saya membetulkan saf dan saya pastinya faham dan akan kembali
membetulkan saf setelah bertakbiratul ihram. Itulah yang cuba saya sampaikan kepada pakcik
tersebut seusai menunaikan solat. Dan akhirnya sebelum meninggalkan pakcik tersebut, saya
menyalaminya. Itu peristiwa pertama.
Saya, Idil dan Farhan menyambung perjalanan kami untuk ke asyir. Kali ini kami perlu menaiki
sebuah microbas ataupun tremco yang merupakan pengangkutan biasa berupa van untuk ke sana.
Saya bertanya kepada kumsari (konduktor) tremco tersebut yang melaung-laungkan sabiek!
sabiek! menunjukkan tremco itu akan menuju ke sabiek.
Saya bertanya "Ha kamil Asyir (Akan teruskan ke asyir kah?).
Kumsari tadi cuba meninggikan suara kepada saya dengan menyebut dengan jelas "Sabiek!
sabiek!".
Saya kembali bertanya "oo ariftu lakin hakammil asyir? (Ye saya tahu tapi akan sambung ke
asyir ke?).
Kumsari tadi membalas kembali "Baulak Sabiek! sabiek! (Aku kata sabiek! sabiek!).
Entah kenapa saya tiba-tiba merasa cukup panas dan akhirnya berkata "masyi khalas! (dah
cukuplah!) sambil menepuk2 bahu kumsari itu tiga kali dengan agak keras lalu
meninggalkannya. Terasa seperti diperbodohkan! Akhirnya kami mengambil tremco lain yang
juga sebenarnya menuju ke sabiek sebelum kami menukar tremco lagi untuk ke asyir. Itu
peristiwa kedua.
Peristiwa ketiga pula berlaku apabila driver yang memandu tremco dari sabiek ke asyir itu pula
buat-buat merajuk untuk tidak mahu meneruskan perjalanan kerana katanya ujrah atau tambang
yang dibayar oleh penumpang dalam tremco itu tidak cukup kerana ada yang tidak
membayarnya. Menyebabkan saya terpaksa meninggikan suara akhirnya apa yang berlaku, ruparupanya pemandu itu tersilap kira. Setelah turun daripada tremco tersebut, saya sempat
mengangkat tangan kepada driver tadi sebagai tanda meminta maaf kerana terpaksa meninggikan
suara. Saya berjalan menuju ke rumah pahang sambil mengurut-ngurutkan dada sambil
menyebut la taghdhab! la taghdab!
Ketika itu saya kembali mengingati sabda Rasulullah bahawa orang yang paling kuat, bukannya
orang yang boleh menumbangkan seberapa banyak manusia. tetapi orang yang mampu untuk
menahan marahnya. Bukan tidak marah kerana pengecut atau tidak berani menyatakannya.
Tetapi tidak marah ketika mana dia mampu untuk menzahirkan kemarahan pada dirinya. Inilah
orang yang berani dan kuat sepeti yang digambarkan oleh Rasulullah.
Saya kembali mengenang diri apabila Habib Omar mengatakan, bagi orang yang sayangkan
Rasulullah dan menyintai baginda, mereka akan sentiasa cuba untuk mengikut sunnah dan
perbuatan yang dilakukan baginda dalam apa keadaan sekalipun. Bagaimana kedudukan saya di

sisi baginda sedangkan dalam hal marah pun saya masih belum mampu untuk mengawalnya.
Mudah-mudahan selepas ini saya lebih beringat dan berusaha untuk mengamalkan sunnah
dengan sebaiknya. Justeru lepas-lepas ni janganlah marah-marah selalu ya.
Baiklah, cukuplah sekadar sedikit luahan untuk kala ini. InsyaAllah saya cuba untuk bawakan
pengalaman lain pula selepas ini. Apapun nak saya tekankan juga, bukan semua perkara kita
perlu "tidak marah". Terdapat perkara-perkara tertentu yang memerlukan kita untuk
mempamerkan marah kita itu terutama ketika agama kita dipersenda dan dipermainkan. Di sini
perlunya untuk kita mempertahankan keizzahannya. Apapun marahlah ketika perlu dan
tenanglah pada ketikanya pula. Moga Allah sentiasa memberikan kita peluang untuk mengecapi
nikmat ubudiyyah dan pengabdian kepadaNya. Wallahu'alam. Jazakumullah Khairan Jaza'

Ps: Oh ye. Idil dah selamat kembali dari umrah semalam. Tak sempat lagi berkongsi kisah
diaorang di sana. Mudah-mudahan umrah mereka diterima hendaknya... First time tengok idil
botak hihi :D
Perkongsian Dr Kadir at 12:37 AM 0 Maklum balas

Baca Lagi...

Labels: personal
September 2007 July 2007 Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Mencari Tujuan Dalam Hidup

Grab this Headline Animator

::Selamat Datang::

::Terkini::

Berkuliah di rumah Ustaz Fauwaz. Mukhtasar ibn Abi Jamrah about an hour ago
Takder round plak hari ni, balik rumah. Hari ni Piala konfiderasi, Mesir lwn AS 3 days ago

Moga Aman yang baru lepas operation akan cepat sembuh, moga Eckm akan terus kuat
untuk terus pulih seperti biasa. 3 days ago

alhamdulillah selamat pulang dari sinai semalam 4 days ago

kuliah hari ni - endometrial cancer. Preparing to go to Sinai today 6 days ago

follow me on Twitter

::Detik-Detik di Mesir::
::Tarikh Hijriyyah::

Free @ Hijriah

::Pengikut Setia::
::Mari Berbicara::

::Notifikasi::
2 Ikhwah yang online sekarang

::Diri Ini::
Tengku Abdul Kadir Bin Tengku Zainal Abidin
Tahun Lima,
Kuliyyah Perubatan,
Universiti Ain Shams.
6 February 1985
YM:hizbullah5315
Pendidikan
1991
Tabika Kemas Kampung Tanjung Paya
1992 - 1997
SK Ladang
1998 - 2002
SMKA Sheikh Abdul Malek
2003
Negeri SembilanMatriculation College (KMNS)
2003
International Education Centre (INTEC)

2003 - 2010
Kuliah Perubatan, Ain Shams U,Cairo InsyaAllah

::Tulisan Lalu::

2009 (24)
o June (2)

Assalamualaykum warahmatullah dan salam sejahtera....

Seorang teman...

May (2)

Curi Tulang

Selamat Hari Pekerja...

April (5)

Islam For All...

Hari Pembebasan Sinai...

Si Penarik Beca...

Iwan ooo iwan ....

Assalamualaykum dan salam sejahtera Minggu ini su...

March (1)

Pengalaman, sekolah hidup.

February (10)

Muhasabah Cintaku....

Hikmat '09

Rakyat Malaysia tidak perlu visa ke Britain

Kelahiran dan kematian...

"Tugas kita sebagai doktor adalah untuk mengubati ...

Al Fatihah

Terima Kasih wahai Tuhanku

Update Kejatuhan kerajaan PR di Perak

...

Kembali lagi... :)

January (4)

Musafir lagi...

Hari Asyura...

UK dan Mesir...

Assalamualaykum warahmatullah dan salam sejahtera ...

2008 (87)
o

December (2)

Ujian, sabar dan ikhlas...

Salam Aidil Adha

November (4)

PERUBATAN 2008/2009

Ucapan Takziah

Mari mengundi...

Mesyuarat Agung Perubatan kali ke-6

October (7)

Assalamualaykum dan salam sejahtera. Orang tua-tu...

Meeting with Prof Dr Mohd Hatta Shahrom

Buletin PERUBATAN.org - Semarak Fitrah

A Stranger or a Traveler/wayfarer

Lagi Semarak Fitrah... Jom datang!!

Semarak Fitrah '08 SEMUA PELAJAR TAJAAN JPA A...

Ucapan Penutup PSMB

September (2)

PROGRAM NUZUL QURAN DAN IFTAR JAMAII' PERUBATAN 20...

Harapan Ramadhan

August (2)

Ballighna Ramadhan...

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat sem...

July (5)

Bimillahirrahmanirrahim Assalamualaykum dan salam...

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaykum warahma...

Majlis Pemangku Presiden

Pergimu buat selamanya...

Doakan

June (23)

Coretan Hari Semalam...

Sedikit Iklan...

Mencari Tujuan Dalam Hidup...

Helikopter...

May (16)

April (10)

March (13)

February (1)

January (2)

2007 (83)
o

December (9)

November (4)

October (3)

September (4)

August (8)

July (7)

June (2)

May (7)

April (16)

March (7)

February (8)

January (8)

::Kategori::

Fikir-fikir (29)
iklan (15)

Isu (5)

kempen (4)

Medical (23)

Nilai Kecergasan (4)

personal (57)

Santai (21)

tazkirah (33)

::Jom Solat::
::Topsite::

::Counter::

Free counter

14 hours ago
laman blog salman maskuri
Wabak dan penyakit berjangkit menurut pandangan Islam
1 day ago
anak soleh
Bersemi Ukhuwah Dipupuk Kasih
1 day ago
hafizdasar.com
Ittaqullah bukan rukun khutbah jumaat ????
1 day ago
A. UBAIDILLAH ALIAS
MCK Setuju Untuk Dilancarkan
2 days ago
Muhtar Suhaili As-Sarawaki
Ibrah Misi Jean Bliveau: Memaknakan Kehidupan
2 days ago
::TATKALA KALBU KU BERBISIK::
kenapa semua orang nak bagi pandangan?
4 days ago
Catatan Si Pengembara
Itsar
6 days ago
Taqeyyabella

Nidaur Rahman
6 days ago
~Ayyaam min Hayaati~
A Plea for Help.
1 week ago
bicara hati
Meniti hari-hari terakhir seorang siswi
1 week ago
Pemikiran Imam Al-Qardawi
Pemergian Dr Fathi Yakan
1 week ago
coz i care...
sorry anas. :'(
1 week ago
Zulhusni's Weblog
AMMAR SAHABAT YANG DIKASIHI
1 week ago
mengejar sedamai janji .. by ----------
3 weeks ago
>: Hati Sufi Jiwa Harmoni :<
Catatan Tengah Malam : My Happening SC members
3 weeks ago
LIFE IS A BLESSING INDEED

Rambling
4 weeks ago
EPISODE SEBUAH
PERJUANGAN
Blog ini berpindah ke http://episodeperjuangan.blogspot.com
4 weeks ago
A Journey To Understand
Guru Oh Guru
5 weeks ago
MusafirahAmani
Happy Mother's Day
1 month ago
THE MUSLIM INTELLECT 1
PELIK.......
2 months ago
Idotpearl Story
Mengapa Yahudi Bijak
4 months ago
Rapuan terancang ...
Marah terarah ...
5 months ago
HADIRNYA SINAR CAHAYA
Terime kasih banyak2 ...
9 months ago

warouq
salam mengejut buat sume
10 months ago
aku insan K.E.R.D.I.L
11 months ago
Dr Mahathir Mohamad
RAPID KL: Answers to questions & SAPP
1 year ago

::Feed Count::

Anda mungkin juga menyukai