Anda di halaman 1dari 5

Kaedah Penggunaan Produk Inovasi Pendidikan dalam Pengajaran dan

Pembelajaran.

Kami telah menghasilkan sebuah Produk Inovasi Pendidikan yang bernama


tumbler twist.Produk ini telah diinovasikan bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran
murid dari segi penulisan karangan naratif. Selain itu,produk ini juga digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran untuk memupuk minat murid untuk menguasai
kemahiran penulisan naratif. Gambar 1 di bawah menunjukkan produk pendidikan yang
telah kami hasilkan iaitu tumbler twist .

Gambar 1 : Produk inovasi yang bernama tumbler twist


Produk tersebut adalah digunakan secara berkumpulan yang terdiri
daripada 3 hingga 4 orang ahli dalam setiap kumpulan. Jadual 1 telah menunjukkan
langkah-langkah menggunakan tumbler twist dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk murid tahun tiga.

Jadual 1 : Langkah- langkah menggunakan tumbler twistdalam proses pengajaran dan


pembelajaran
Langkah/ gambar
Langkah 1

Penjelasan

Murid akan dibahagikan kepada


beberapa kumpulan yang terdiri
daripada 3 hingga 4 orang ahli
dalam setiap kumpulan.

Kemudian.guru akan mengedarkan


produk tumber twistkepada setiap
kumpulan .

Langkah 2

Guru akan menerangkan bahawa


produk tumbler twist terdapat
empat muka yang terdapat warna
latar belakang dan gambar yang
berlainan.

Murid diminta untuk meneliti dan


menghayati gambar-gambar yang
dilekatkan pada tumbler twist

Langkah 3

Setelah meneliti gambargambar,murid diminta untuk


membuat perbicangan dalam
kumpulan untuk menyusun empat
gambar secara bebas tersebut
mengikut urutan iaitu dari atas ke
bawah dengan mumusing tumbler
twist

Langkah 4

Setelah murid memusing tumbler


twist dengan menyusun gambar
menjadi sebuah cerita.

Gambar yang disusun perlu


dipusingkan ke arah anak panah
untuk menunjukkan gambargambar yang telah disusun seperti
yang
ditunjukkan di dalam gambar.

Langkah 5

Selepas itu,murid diminta untuk


melihat pada warna latar belakang
setiap gambar yang disusun dari
atas ke bawah .

Kemudian,murid akan mencabut

satu kertas warna kecil di bahagian


atas tumbler twist mengikut warna
latar belakang gambar.

Contohnya,gambar pertama yang


disusun oleh murid mempunyai
warna latar belakang yang
berwarna merah,jadi murid perlu
mencabut salah satu kertas warna
kecil berwarna merah di atas.

Langkah 6

kertas warna kecil mempunyai kata


kunci yang bersesuaian dengan
gambar untuk dijadikan sebagai
panduan untuk penulisan karangan
naratif.

Murid dikehendaki menulis satu


perenggan pendek berdasarkan
kata kunci yang dicabut.

Setelah selesai menulis peranggan


pendek tentang gambar

pertama,murid akan mengulangi


langkah yang kelima sebanyak tiga
kali iaitu mencabut kertas warna
kecil berdasarkan warna latar
belakang gambar sehinngga ke
gambar yang terakhir.

Setelah menulis perenggan tentang


setiap gambar yang disusun,murid
akan menggabungkan semua
perenggan tersebut menjadi
sebuah karangan naratif.

Kata kunci yang disediakan adalah untuk menjadi panduan dan idea
utama kepada murid untuk membuat penulisan berdasarkan gambar yang
disusun.Melalui tumbler twisttersebut murid dapat menulis sebuah karangan naratif
dengan kreatif .

Anda mungkin juga menyukai