Anda di halaman 1dari 1

TEMA

PERNYATAAN
Konflik jiwa seorang
pemuda dalam
mengharungi kehidupan
sehingga dia dianggap oleh
orang kampung sebagai
pemuda bodoh dan tidak
berakal.

HURAIAN
Hafiz/Bujei menghadapi pelbagai masalah setelah kematian kedua-dua ibu
bapa dan nenek kesayangannya. Harun memberitahu penduduk kampung
bahawa Hafiz yang menjadi penyebab kematian ibunya. Pandangan serong
orang kampung akibat fitnah yang dilemparkan oleh bapa tirinya itu telah
menjadikan Hafiz sebagai manusia abnormal. Masyarakat melihat Hafiz
sebagai manusia bodoh, dungu dan tidak berakal walaupun kadang kala dia
merasakan dirinya bukan seperti yang diperkatakan oleh orang lain.
Hafiz juga menghadapi konflik dengan Alias yang sering memaksanya
melakukan pelbagai perkara sesuka hati. Alias sering memaksa Hafiz turun
ke dalam sungai dan membenam-benamkan dirinya di dalam lumpur jika
Hafiz melihat kelibatnya. Alias juga merosakkan radio yang baharu dibeli oleh
Hafiz sehingga memaksa Hafiz bertindak seperti orang hilang akal. Alias
akan memukul, menyepak dan menendang jika Hafiz enggan menurut
perintahnya.
Hafiz juga tidak mengetahui sebab Opah Arah, iaitu nenek kepada Alias
sangat membencinya sehingga apa yang dibuat oleh Alias terhadap dirinya
tidak dibantah oleh Opah Arah. Opah Arah menjadi sangat marah kepadanya
apabila dia meminta wang ganti daripada Alias setelah dia merosakkan radio
yang baharu dibelinya.

Anda mungkin juga menyukai