Anda di halaman 1dari 6

LATAR MASA WAKTU/MASA

PERNYATAAN
Petang

HURAIAN
Petang itu, Hafiz duduk di tebing sungai sambil menampar-nampar agas yang hinggap di muka dan hidungnya.
Pada petang itu, Sameah dan Adila menyambung kerja mereka sambil dibantu oleh dua orang adiknya Saniah
dan Samsul. Sameah bertanyakan Samsul tentang kisah Hafiz pada hari itu kerana kebiasaannya Samsul
banyak bercerita tentang Hafiz setiap hari.

Senja

Pada petang itu, ketika Hafiz berkira-kira hendak mengambil buah betik masak di tanah Sidang Saman, dia
disergah oleh Samsul. Samsul mempermain-mainkannya dengan menyuruh naik pokok betik itu dan
menyuruhnya pula turun
Hafiz melihat ibunya diterajang hingga pengsan apabila ibunya enggan menyerahkan wang dan seutas rantai
kepada bapa tirinya. Hafiz turut dilibas apabila dia menerkam ke arah Harun. Hafiz melihat Harun menyepak
pelita sehingga terpelanting dan api menyambar rumah.
Demam Hafiz semakin teruk menjelang senja. Sambil mengerang, dia menyebut nama Tuhan, meminta tolong
daripada Allah.

Ketika azan
Maghrib
Malam

Pada waktu senja, dia melihat dalam kesamaran bahawa rumahnya agak bersih dan tersusun. Dia merebahkan
diri, duduk bersandar pada tiang sambil mendengar radio. Apabila azan dilaungkan, dia bangun untuk
membersihkan diri dan bersembahyang
Sidang Saman menghidupkan enjin motosikalnya dan meminta Hafiz naik daripada berendam di dalam sungai
kecil dan menyuruhnya pulang ke rumah sebaik sahaja mendengar bunyi azan maghrib
Suasana sudah gelap ketika Hafiz tiba di rumahnya. Selepas membersihkan dirinya, dia berlagak seperti
menonton televisyen dan mendengar radio sambil makan pisang. Sesekali dia bersorak gembira, bertepuk
tangan dan menjerit di hadapan televisyen.
Sameah dan Adila bermalam di rumah Mak Usu Bakyah. Banyak cerita anak muda menjadi bualan mereka
bertiga pada malam itu termasuk tentang perkahwinan Sameah, persediaan menghadapi perkahwinan dan kisah
Adila di England.

Ketika azan subuh


Gelap pagi

Pagi

Malam itu, ketika Hafiz memikirkan hal kehidupannya, Wak Senen datang ke rumahnya. Wak Senen
memberitahu bahawa dia menduduki tanah Hafiz sudah sepuluh tahun. Dia menyedari bahawa urusan jual beli
tanah tersebut dengan Harun tidak sah. Wak Senen memberitahu bahawa sepanjang dia duduk di tanah itu, dia
sudah mendapat semula modalnya melalui aktiviti bercucuk tanam. Wak Senen ingin menyerahkan tanah itu
kepada Hafiz jika Hafiz inginkan semula sambil berpesan supaya tidak menjual tanah itu kerana itulah satusatunya pusaka arwah ibunya.
Hafiz akan tersedar daripada tidur setiap kali azan Subuh berbunyi. Dia akan terus mandi, menggosok gigi dan
membersihkan badan seperti yang dianjurkan oleh Sameah.
Dalam keadaan gelap pagi, Hafiz berjalan-jalan meninggalkan rumahnya. Di persimpangan jalan, dia menunggununggu jika ada orang yang akan mengupahnya. Dia tidak berkira akan pekerjaan yang akan dilakukannya
Pada awal pagi, Alias mengarahkan Hafiz membasuh motornya. Dia berhati-hati membasuh motor Alias kerana

takut tercalar. Hafiz mendapatkan Alias setelah sudah membasuh motosikalnya. Alias mengarahkan Hafiz pergi
tanpa memberi satu senpun
Pada pagi keesokannya, sedang Hafiz mengemaskan rumah, Alias datang dan mengambil radio yang baru
dibelinya. Alias melambung-lambungkan radio itu dan Hafiz cuba mengambil radio tersebut. Akhirnya Alias
menjatuhkan radio itu menyebabkan Hafiz menjadi sangat marah

Selepas Asar
Hampir waktu
asar berakhir
Malam yang pekat

Pukul 9 pagi

Selepas maghrib
Pukul 8 malam
Lewat petang

Suatu pagi, Alias datang berjumpa dengan Hafiz dan menengking Hafiz kerana tidak menurut kata-katanya.
Hafiz memberanikan dirinya berdebat dengan Alias. Hafiz mencabar Alias jika Adila berpenyakit, Alias perlu
menghalau Adila daripada kampung itu. Alias tidak menduga bahawa Hafiz bertindak balas demikian rupa.
Sameah memberitahu bahawa dia akan pergi ke rumah Mak Usu Bakyah selepas asar nanti.
Pertemuan antara Adila dengan Hafiz dihentikan setelah hampir dengan waktu asar berakhir. Hafiz seronok
berbual-bual dengan Adila
Hafiz tersedar daripada pengsan dan merasakan seluruh tubuhnya sengal-sengal. Dalam keadaan demikian dia
bergerak ke rumahnya. Sebaik tiba di rumah dia terlelap lagi. Beberapa jam tertidur, dia terjaga semula dan
bergerak ke dalam kelambu.
Alias meminta Samsul menyampaikan rancangannya menunggu Adila di sebelah hilir jambatan pukul 9 pagi
esok kerana ingin mengajak Adila ke pekan.
Adila pergi ke pekan bersama-sama dengan Sameah, Samsul dan Hafiz.
Sidang Saman ke rumah Hafiz. Sejak Adila menunjukkan perhatiaannya kepada Hafiz, dia perlu melibatkan diri
juga. Sebelum ini keadaan dan kebajikan Hafiz tidak begitu diambil berat
Pukul 8 malam, Samsul pergi mendapatkan Hafiz di bangsal. Hafiz sudah mula bercakap dengannya. Hafiz
memberitahu bahawa dia telah dipukul oleh Harun. Dia tidak mahu pergi ke klinik
Lewat petang, pelamin yang akan digunakan oleh Sameah telah siap.Pengalaman Hafiz melihat orang membuat
astaka pelamin membantunya menyiapkan pelamin Sameah
Lewat petang, sebuah kereta muncul. Hafiz amat kecewa apabila melihat Adila menaiki kereta itu bersama-sama
seorang jejaka yang kacak. Faizal bersalam dengan Pak Lang Dahlan dan Hafiz.

Malam pengantin

Pukul 2.25 petang

Hampir lewat
tengah malam
Pukul 11 pagi

Lewat petang, Mak Lamah meminta supaya Hafiz dan Samsul berhenti melakukan kerja-kerja pembersihan.
Mereka berehat di bawah pokok belimbing sambil makan laksa. Adila duduk di sebelah Hafiz sambil
memberitahu bahawa dia kagum dengan Hafiz
Persembahan pancaragam diadakan sebagai hiburan kepada mereka yang telah menyempurnakan majlis
perkahwinan. Juruhebah meminta Hafiz tampil ke pentas untuk menyanyi kerana permintaan seorang peminat
rahsia yang ingin tujukan lagu itu kepada keluarga tuan rumah.
Pada pukul 2.25 petang, Samsul datang ke rumah Hafiz membawa makanan. Samsul memberitahu bahawa
nyanyian Hafiz mendapat pujian ramai orang. Samsul memberitahu bahawa Bahar, ahli kugiran yang bekerja di
pekan akan mencarinya.
Wak Senen meninggalkan rumah Hafiz setelah menjelaskan kedudukannya menguruskan tanah pusaka milik
Hafiz.
Adila memberitahu Hafiz bahawa dia akan pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi esok dengan menaiki
bas.

LATAR TEMPAT
PERNYATAAN
Tebing sungai

Jambatan

Sungai kecil

Simpang jalan berhampiran


jambatan

Di kedai Pak Sulong

Rumah Mak Som

Serambi rumah Sidang


Saman
Rumah Mak Usu Bakyah

Bawah rumah
Kebun Sidang Saman
Halaman rumah Sidang
Saman
Bangsal

HURAIAN
Berukuran 9 meter antara tebing yang menjadi tempat Hafiz berehat, berbaring dan terlena. Sejak
opahnya masih hidup lagi dia sudah biasa berada di situ. Dia berasa tenteram apabila berada di situ
Hafiz lemah dan tidak bermaya apabila Alias mengganggunya daripada berbual-bual dengan Adila.
Dia pergi ke tebing sungai tempat biasa dia memancing
Di tengah-tengah jambatan, Sidang Saman hairan melihat pemuda di dalam sungai itu yang
berkelakuan aneh walaupun dia sebenarnya sedar akan sifat dan sikap pemuda itu, namun baru
sekali itulah dia melihatnya berkelakuan sedemikian
Samsul memberitahu bahawa Sahak masuk hospital kerana berlumba dengan Alias dan terjatuh
apabila tiba di jambatan ketika hendak mengelak lembu.
Hafiz terjun ke dalam sungai kecil dan membenam-benamkan dirinya setelah mendengar bunyi
motorsikal datang. Dia menyangka Alias yang datang kerana Alias sering menyuruhnya bertindak
sedemikian.
Hafiz menunggu orang yang akan mengupahnya di bawah pokok bunga dengan penuh harapan.
Akhirnya dia duduk bersandar di pangkal pokok dan terlena di situ.
Adila menjadi cemas, mukanya pucat dan benar-benar ketakutan apabila tiba-tiba Hafiz muncul
dalam keadaan basah kuyup dan badannya berlumpur sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Adila memegang erat tangan Sameah
Hafiz berdiri pada tiang kedai dan terduduk. Tiada seorangpun yang mempelawa dia makan. Pada
saat inilah dia terkenangkan dirinya dan benar-benar rasa terbuang. Orang kampung melihatnya
seperti musuh, tidak berhati perut dan tidak mempunyai perasaan belas kasihan
Hafiz membasuh motosikal Alias. Alias enggan menunaikan janjinya untuk membayar upah kepada
Hafiz. Alias meluru ke arah Hafiz apabila Hafiz enggan beredar. Mak Som melarang Alias menampar
Hafiz dan mengajak Hafiz ke dapur untuk bersarapan. Mak Som sempat menasihati Hafiz supaya
tidak menurut kehendak Alias sambil menyerahkan seringgit sebagai upah.
Sameah dan Adila sedang membentuk bekas bunga telur. Adila memberitahu bahawa dia ingin
menemu ramah Hafiz. Sameah berasa aneh akan perkara yang ingin dilakukan oleh Adila itu.
Padanya Hafiz tidak wajar dijadikan bahan kajian.
Sameah dan Adila gembira berada di rumah Mak Usu Bakyah, adik bongsu Sidang Saman berusia
35 tahun. Banyak cerita anak muda menjadi bualan mereka bertiga pada malam itu termasuk
tentang perkahwinan Sameah, persediaan menghadapi perkahwinan dan kisah Adila di England.
Hafiz menyorok wang yang diberikan oleh Wak Senen di bawah rumah yang tidak mungkin diketahui
oleh sesiapa
Ketik Hafiz berkira-kira hendak memanjat pokok betik di tanah Sidang Saman, dia disergah oleh
Samsul. Samsul menyampaikan pesan bahawa Adila ingin berjumpanya.
Di kawasan halaman rumah Sidang Saman, Sameah dan Adila sedang duudk di atas pangkin di
bawah pokok belimbing besi.
Samsul membawa Hafiz ke bangsal tempat menyimpan barang-barang. Bangsal itu agak besar dan
lapang. Biasanya Samsul dan kawan-kawannya duudk dan tidur baring di situ.

Pekan

Supermarket

Tempat letak kereta

Rumah Hafiz

Kawasan hadapan rumah


nenek Hafiz

Di bangku kayu panjang


bawah pokok jering

Hafiz memberitahu Samsul bahawa Alias pernah mengenakannya semasa mereka duduk di kedai
Pak Sulong. Alias menyuruhnya menghisap rokok sambil minum teh tarik. Oleh sebab rasa loya,
rokok dan teh tarik yang ada di dalam mulutnya tersembur ke muka Alias.
Adila, Sameah, Samsul dan Hafiz pergi ke pekan bersama-sama. Mereka berpecah apabila tiba di
pekan. Hafiz menunjukkan kebingungan apabila berada di pekan. Kesibukan orang ramai dan
kesibukan kenderaan sesekali menakutkan dan mencemaskannya.
Hafiz menjadi tidak tentu arah melihat timbunan dan susunan barang yang pelbagai. Hafiz melihat
radio dan dia berkenan dan ingin membeli radio itu. Hafiz membeli baju, seluar, kasut, jam tangan
dan radio
Setelah selesai mereka pergi ke tempat letak kereta. Samsul meminta Hafiz menunggu di situ
sementara dia pergi ke tempat lain. Hafiz menjadi takut apabila atendan tempat letak kereta datang
dan mengeluarkan resit.
Hafiz sedang mengemas rumah. Semua alatan disusun dengan kemas dan teratur. Alias datang ke
rumah Hafiz yang sibuk mengemas rumah. Alias mengambil radio yang baru dibeli oleh Hafiz dan
melambung-lambungkan radio tersebut. Alias menjatuhkan radio itu menyebabkan Hafiz menjadi
marah sehingga ingin membakar motor Alias.
Sebahagian kawasan tanah di hadapan rumah nenek Hafiz sudah diterangkan. Belukar dan semak
samun sudah ditebas dan tanahnya sudah digemburkan. Hafiz pernah menyatakan hasratnya
kepada Adila untuk menanam sayur-sayuran. Galakan Adila merupakan dorongan utama
kepadanya.
Di bawah bangku kayu panjang bawah pokok jering di hadapan rumah Hafiz, Alias datang meminta
maaf kepada Hafiz atas perbuatannya sebelum ini. Alias mengaku bahawa dia ingin berubah.
LATAR MASYARAKAT

PERNYATAAN
Masyarakat yang baik hati/ikhlas
menolong
Masyarakat yang penyayang

Masyarakat yang kejam dan


tidak bertanggungjawab

Masyarakat yang suka membuli

HURAIAN
Adila ikhlas menolong mengubah perwatakan Hafiz. Pada Adila Hafiz menjadi mangsa alam dan
manusia. Sebenarnya Hafiz memiliki kepandaian dan pengetahuan yang luas. Adila mampu
mengubah Hafiz menjadi manusia yang sempurna semula
Hafiz tidak dapat lagi menahan perasaannya. Ancaman penyakit yang disebut oleh Alias tidak
dapat mengalahkan rindunya kepada Adila. Sudah 10 hari dia tidak ke rumah Sidang Saman dan
selama itulah dia tidak melihat wajah Adila.
Harun sering memukul, menyepak dan menendang Fatimah sehingga pengsan apabila Fatimah
enggan menyerahkan wang dan seutas rantai. Harun banyak menghabiskan masanya dengan
berjudi.
Harun menampar muka Hafiz apabila Hafiz merosakkan borang yang dibawanya. Harun mengejar
Hafiz tetapi terjatuh ke dalam lumpur. Hafiz membantu Harun keluar daripada lumpur itu tetapi
penumbuk Harun singgah di perut Hafiz. Harun menerpa dan menyepak rusuk Hafiz. Beberapa
sepakan singgah di belakang badan Hafiz sehingga dia tidak sedarkan diri
Alias sering membuli Hafiz seperti menyuruh Hafiz turun ke dalam sungai dan membasahkan diri
serta mengotorkan badannya.Jika Hafiz enggan, Alias akan memukul, menyepak dan menerajang
Hafiz. Alias merupakan orang yang ditakuti oleh Hafiz di kampung itu

Masyarakat yang tidak


berperikemanusiaan

Masyarakat yang prihatin/


simpati

Masyarakat yang tamak dan


mementingkan harta
Masyarakat yang bijaksana

Masyarakat bapa tiri yang kejam


terhadap anak tiri

Masyarakat penipu

Hafiz berdiri pada tiang kedai dan terduduk. Tiada seorangpun yang mempelawa dia makan. Pada
saat inilah dia terkenangkan dirinya dan benar-benar rasa terbuang. Orang kampung melihatnya
seperti musuh, tidak berhati perut dan tidak mempunyai perasaan belas
Alias enggan memberi upah kepada Hafiz sebaik sahaja Hafiz selesai membasuh motosikalnya.
Oleh sebab Hafiz tidak berganjak, Alias meluru ke arah Hafiz tetapi tidak sempat menampar Hafiz
kerana Mak Som melarang.
Adila memberitahu Sameah bahawa Hafiz tidak harus dibiarkan sebegitu. Adila sering
memberitahu Sameah bahawa Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia di sekelilingnya.
Mak Som mengajak Hafiz ke dapur setelah Alias enggan menyerahkan upah kepada Hafiz. Mak
Som menyediakan sarapan kepada Hafiz sambil menyerahkan seringgit kepadanya. Mak Som
sempat menasihati Hafiz supaya tidak menurut kehendak Alias.
Harun masih mempersoalkan haknya yang ingin dituntut daripada arwah isterinya, Fatimah. Dia
mahu berkuasa di atas tanah sawah dan tapak rumah yang telahpun dijual kepada Wak Senen. Dia
cuba memujuk Sidang Saman supaya membantunya.
Sidang Saman menyedari akan muslihat yang ingin dilakukan oleh Harun. Sidang Saman membuat
helah supaya Harun mendapatkan tandatangan Hafiz kerana Hafiz juga berkuasa ke atas tanah
yang ingin dituntut oleh Harun. Harun bersetuju tanpa menyedari bahawa Sidang Saman juga
mempunyai muslihat tertentu.
Harun menampar muka Hafiz apabila Hafiz merosakkan borang yang dibawanya. Harun mengejar
Hafiz tetapi terjatuh ke dalam lumpur. Hafiz membantu Harun keluar daripada lumpur itu tetapi
penumbuk Harun singgah di perut Hafiz. Harun menerpa dan menyepak rusuk Hafiz. Beberapa
sepakan singgah di belakang badan Hafiz sehingga dia tidak sedarkan diri
Harun memberitahu penduduk kampung bahawa Hafiz bermain pelita sehingga api menyambar
rumah menyebabkan Fatimah maut dalam kebakaran itu
Alias memberitahu penduduk kampung bahawa Hafiz membawa bom tangan sehingga ramai yang
lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Alias memberitahu penduduk kampung bahawa Hafiz mengamuk dan ingin mencederakannya jika
dia tidak menyerahkan wang kepada Hafiz

Masyarakat yang berdendam


Masyarakat yang suka
mengampu
Masyarakat yang suka
menolong/membantu

Alias memberitahu Hafiz bahawa dia tidak jadi meminang Adila kerana Adila ada penyakit AIDS.
Tunang Adila di Kuala Lumpur juga memutuskan pertunangannya kerana penyakit tersebut. Alias
memberitahu Hafiz bahawa Adila meminta dia meminangnya tetapi oleh sebab dia mengetahui
keadaan sebenar, dia meminta Tuk Ngah Imam membatalkan sahaja peminangan tersebut.
Opah Arah begitu mendendami Hafiz dan memaki hamun Hafiz ketika peristiwa Alias merosakkan
radio yang baru dibeli oleh Hafiz. Opah Arah sangat membenci Hafiz
Sahak dan Sani sudah dapat mengagak bahawa pinangan Alias akan ditolak, tetapi kerana kawan
mereka terus mengampunya sekadar untuk menyenangkan hati Alias sahaja.
Adila berasa bangga apabila orang kampung bercaka-cakap tentang Hafiz. Hafiz pada mereka
telah banyak berubah atas pertolongan mereka. Adila merasakan kerjanya akan menjadi lebih
mudah selepas ini apabila orang kampung ingin membantu memulihkan Hafiz

Masyarakat yang jujur

Masyarakat yang suka membuat


fitnah
Masyarakat yang tabah
menghadapi cabaran hidup

Masyarakat yang mempercayai


kepercayaan karut
Masyarakat yang baik hati
Masyarakat yang sanggup
melakukan apa-apa sahaja untuk
mencapai hajat

Malam itu, ketika Hafiz memikirkan hal kehidupannya, Wak Senen datang ke rumahnya. Wak
Senen memberitahu bahawa dia menduduki tanah hafiz sudah sepuluh tahun. Dia menyedari
bahawa urusan jual beli tanah tersebut dengan Harun tidak sah. Wak Senen memberitahu bahawa
sepanjang dia duduk di tanah itu, dia sudah mendapat semula modalnya melalui aktiviti bercucuk
tanam. Wak Senen ingin menyerahkan tanah itu kepada Hafiz jika Hafiz inginkan semula sambil
berpesan supaya tidak menjual tanah itu kerana itulah satu-satunya pusaka arwah ibunya.
Alias memberitahu Hafiz bahawa Adila terkena penyakit AIDS akibat perbuatan terkutuknya
semasa berada di London. Oleh sebab orang Kuala Lumpur sudah tahu Adila mempunyai penyakit
AIDS, maka dia membawa diri ke kampung itu.
Adila menangis apabila difitnah orang kampung. Dia menerima surat layang yang menulis kata-kata
fitnah sehingga begitu mengecewakannya. Tulisan itu mengatakan bahawa dia menolak pinangan
Alias kerana dirinya telah rosak. Hafiz dikatakan sebagai perosak kepada Adila dan akibatnya dia
akan berkahwin dengan Hafiz nanti. Adila menganggap ujian itu amat besar kepadanya. Sebelum
ini dia dapat menghadapi dugaan apabila putus tunang dengan Faizal.
Ibu Adila memesan supaya Adila berhati-hati ketika berada di kampung kerana masih ada orang
yang mengamalkan ilmu hitam
Adila bersedia mendermakan darahnya kepada Sahak. Dia menganggap darah yang
disumbangkan untuk Sahak itu sekadar kebajikan dan dia tidak angkuh dengan sumbangannya itu.
Alias mengarahkan kawan-kawannya menculik Adila kerana Adila adalah haknya. Kawankawannya menyedari perkara jahat yang akan dilakukan oleh Alias. Dia juga menggunakan khidmat
neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih supaya Adila tunduk kepadanya. Neneknya menurut
kemahuan cucunya itu kerana dia juga mendendami Sidang Saman sekeluarga lantaran menolak
pinangan Alias.

Anda mungkin juga menyukai