Anda di halaman 1dari 19

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

2014

SENARAI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
1.
2.
3
4

JADUAL PENENTUAN TUGASAN KKBI


PENGAKUAN PELAJAR
PENGHARGAAN
PENGENALAN TENTANG ELEMEN SENI DALAM PENDIDIKAN

5.
6.
7.
8.
9.
10.

MUKA SURAT
3
4
5
6

VISUAL, PERGERAKAN, MUZIK

ULASAN TENTANG VIDEO


LANGKAH MENGAJAR / AKTIVITI MENGGUNAKAN VIDEO
(PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1)
PENUTUP
KOLABORASI
RUJUKAN
LAMPIRAN (CD)

7
14
15
16
18
19

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

JADUAL PENENTUAN TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK (JPT) 2014


IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU

2014

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

2014

PENGAKUAN PELAJAR
Kami mengaku bahawa hasilan tugasan ini adalah hasil usaha kami sendiri menyiapkannya.

Tanda tangan

: .

Nama pelapor

: En Muhamad Bin Smail

Tarikh

Tanda tangan
Nama pelapor
Tarikh

: 19 September 2014

: .
: Pn Hartini Bt Mohd Noor
: 19 September 2014

Tanda tangan

: .

Nama pelapor

: Pn Noraini Bt Amrang

Tarikh

: 19 September 2014

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

2014

PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan
tugasan bagi subjek WAJ3073 Seni Dalam Pendidikan ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus
ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat
berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang guru dan juga sebagai seorang
pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan
dating sekali sahaja dalam hidup kami.
Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih
terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu cara menerapkan unsur seni dalam pengajaran dan
pembelajaran serta menghasilkan alat bantu mengajar yang kreatif dan inovatif.
Pada kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada Puan Halidah Bt Md Jedi
yang telah banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tunjuk ajar yang
diberi amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang
telah banyak memberi sokongan moral bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut
berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan
bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda
hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak
dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

2014

Seni Dalam Pendidikan (SDP)


Pengenalan
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Seni Dalam Pendidikan lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan
dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui
penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.
Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan
mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya
imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian
generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis,
kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan
warisan bangsa.
Selain itu ia juga dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan penjelasanpenjelasan di atas, kita mengetahui bahawa sendiri dalam pendidikan amat penting diintegerasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

2014

ULASAN VIDEO
Pengenalan
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menggabungkan tiga elemen penting iaitu seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan
kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi,
persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Apabila guru meminta murid menjalankan aktiviti untuk meneroka,
mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera adalah diharapkan murid dapat mengamalkan
pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti,
daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Seni Dalam
Pendidikan membantu dalam memenuhi keperluan semua pelajar yang mempunyai kepelbagaian,
kebolehan, bersesuaian dengan Teori Kecerdasan Pelbagai (1983) oleh Howard Gardner.

Menurut Herbert Read (buku, The Meaning of Arts), menyatakan seni adalah penghasilan rupa
bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik (Art is Expression).
Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yagn terhasil kesan oleh
penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga
termasuk dalam kesenangan yang dimaksudkan.

Berdasarkan kepada ketiga-tiga elemen, elemen seni visual lebih menjurus kepada seni tampak
manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih
kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna juga merupakan elemen yang penting
dalam kehidupan. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan,
emosi dan maksud dalam karya seni visual.Tanpa warna, kehidupan akan menjadi tidak bermakna.
1.0

Ulasan Video Mari Bergerak


Video yang dihasilkan oleh kumpulan kami adalah untuk murid-murid Tahun 1 bagi mata pelajaran

Bahasa Melayu yang bertajuk Mari Bergerak. Dalam penghasilan video yang dibuat ini, kami telah
memasukkan ketiga-tiga elemen yang dimaksudkan iaitu elemen visual, elemen muzik dan elemen
pergerakan.

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN


1.1

2014

Ulasan video dari sudut muzik

. Muzik adalah satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal atau
instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang
dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia. Elemen muzik yang
diselitkan dalam video ini adalah mengikut irama lagu Kalau Rasa Gembira. Lagu ini dipilih kerana
didapati bersesuaian dengan kanak-kanak Tahun 1 yang gemar belajar sambil berhibur. Dengan adanya
elemen muzik ini akan dapat menimbulkan keseronokan dan memupuk minat murid-murid dalam
pembelajaran. Seni kata lagu Mari Bergerak yang mengikut irama lagu Kalau Rasa Gembira adalah
seperti berikut :

Lagu Mari Bergerak


Kalau rasa gembira tepuk tangan, (tepuk tangan 2x)
Kalau rasa gembira tepuk tangan, (tepuk tangan 2x)
Kalau rasa gembira, beginilah caranya,
Kalau rasa gembira tepuk tangan. (tepuk tangan 2x)

Kalau rasa gembira hentak kaki, (hentak kaki 2x)


Kalau rasa gembira hentak kaki, (hentak kaki 2x)
Kalau rasa gembira, beginilah caranya,
Kalau rasa gembira hentak kaki. (hentak kaki 2x)

Kalau rasa gembira kenyit mata,


Kalau rasa gembira kenyit mata,
Kalau rasa gembira, beginilah caranya,
Kalau rasa gembira kenyit mata.

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

2014

Kalau rasa gembira sebut Hora , Horey,


Kalau rasa gembira sebut Hora , Horey,
Kalau rasa gembira, beginilah caranya,
Kalau rasa gembira Hora , Horey.

Berdasarkan video kumpulan kami, dapatlah dijelaskan bahawa penggunaan muzik dalam proses
pembelajaran adalah sangat meluas kerana ia dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan pemahaman
kanak-kanak. Jenis jalinan muzik yang terdapat dalam video lagu Mari Bergerak adalah jalinan homofoni
iaitu melodi yang diiringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod seperti drum dan
keyboard. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai
sesuatu atau rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita
mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk
mendengar muzik tersebut berulang kali. Dengan mendengar irama muzik Mari Bergerak, kanak-kanak
akan berasa terhibur dan gembira.
Perkembangan emosi yang sihat dapat dilihat apabila kanak-kanak menjiwai sesuatu irama muzik.
Dengan memasukkan elemen muzik seperti bunyi tepuk tangan dan rakaman suara dalam pembelajaran
seperti yang terdapat dalam video, kanak-kanak akan dapat membuat keputusan dan andaian serta
menginterpretasi maklumat daripada pengalaman sedia ada. Secara tidak langsung pengetahuan dan
kemahiran berfikir kanak-kanak dapat ditingkatkan dengan lebih berkesan lagi. Dengan adanya elemen
muzik ini juga, kanak-kanak lebih mudah bergaul antara satu sama lain. Secara tidak langsung, irama muzik
ini akan memberikan galakan kepada kanak-kanak supaya memerhati, mendengar, meniru serta
membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya.

1.2

Ulasan video dari sudut visual

Visual boleh didapati dalam tiga bentuk, iaitu fotografik, elektronik dan grafik. Fotografik dan video
adalah visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu objek atau
situasi yang sebenar. Bahan grafik pula menyediakan illustrasi secara artistik atau simbolik. Visual yang
terdapat dalam video ini iaitu gambar-gambar yang berwarna-warni dan reka bentuk yang menarik dapat
menarik perhatian kanak-kanak dalam pembelajaran. Dengan adanya visual yang menarik ini, guru dapat
menyuntik semangat kanak-kanak untuk belajar. Kanak-kanak juga akan lebih senang mengingati pelajaran
yang dipelajarinya. Visual dalam video ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

2014

dan memberikan kesan yang mendalam kepada kanak-kanak terhadap maklumat atau mesej yang hendak
disampaikan oleh guru. Beberapa visual menarik yang terdapat dalam video yang dimaksudkan dapat
ditunjukkan seperti gambar-gambar pada Rajah 1 :

Rajah 1 : Visual yang terdapat dalam video

Selain itu, elemen visual dalam video yang dihasilkan ini dapat mendatangkan kesan positif dari segi
meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaanperbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka.
Manakala bentuk-bentuk tulisan pada visual dalam video ini pula dapat memudahkan kefahaman
kanak-kanak terhadap mesej yang hendak disampaikan dalam lagu Mari Bergerak. Dengan adanya seni
kata lagu dalam bentuk tulisan, kanak-kanak akan dapat menyebut perkataan-perkataan dalam lagu
tersebut dengan betul dan lebih jelas seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.

10

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

2014

Rajah 2 : Bentuk tulisan pada visual dalam video

Warna merupakan elemen yang tidak kurang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan
akan menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna; yang ada hanya warna hitam dan putih.
Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Penggunaan warna yang menarik dan
sesuai dengan pembelajaran murid yang terdapat pada visual dalam video Mari Bergerak oleh kumpulan
kami turut memainkan peranan yang penting. Warna merupakan elemen yang sentiasa wujud di sekeliling
kanak-kanak. Warna yang digunakan memberikan kesan terhadap personaliti, budaya dan juga psikologi
seseorang. Melalui kewujudan unsur pelbagai warna dalam penghasilan video kumpulan kami, kanak-kanak
akan dapat mempelajari sesuatu yang baharu di sekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih
berkesan.
.1.3

Ulasan video dari sudut pergerakan


Pergerakan bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan

pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan


kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Pergerakan
yang dilakukan dalam video yang dihasilkan oleh kumpulan kami adalah terdiri daripada pergerakan bukan
lokomotor. Antara pergerakan-pergerakan yang terdapat dalam video tersebut ialah membongkok,
mengilas, menggerakkan badan, melurus dan meregang.

Aktiviti seni pergerakan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuri, dan
kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan
kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan
murid menaakul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa yang hendak mereka
lakukan. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan murid-muridnya dapat mengikuti dan

11

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

2014

seterusnya dapat menerima isi pengajaran yang disampaikan dengan semaksima mungkin. Maka dengan
itu, aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran murid menjurus kepada sesuatu yang boleh mencabar
tahap kebolehan mereka.

Aktiviti seperti pergerakan dilakukan supaya kanak-kanak akan mendapat lebih kefahaman tentang
asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, imbangan berat badan dan daya. Semasa
melakukan aktiviti tersebut, kanak-kanak akan dapat memperkembangkan konsep pembentukan kendiri
dari segi emosi, sosial, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni. Dengan adanya aktiviti ini dalam video Mari
Bergerak, perkembangan psikomotor murid menjadi lebih meningkat dan sekaligus membantu mereka
menggunakan kesemua deria yang ada pada mereka untuk memudahkan penerimaan ilmu pengetahuan.
Dalam video yang dihasilkan, terdapat pergerakan yang menggunakan psimotor halus iaitu pergerakan jari
serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang baik amatlah penting dalam membantu
pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Rajah 3 di bawah menunjukkan elemen
pergerakan yang diselitkan dalam video Mari Bergerak.

Rajah 3 : Elemen pergerakan dalam video

12

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

2014

Kesimpulan
Seni Dalam Pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di sekolah
bagi mewujudkan idea-idea kreatif para pelajar. Guru berperanan mengenal pasti punca dan merancang
pengajaran yang dapat mendorong serta merangsang pelajar memahami isi pengajaran. Dengan
memasukkan ketiga-tiga elemen muzik, visual dan pergerakan dalam video bagi sesuatu mata pelajaran
yang akan diajar, maka guru berjaya menjadikan sesuatu bentuk pengajaran menyeronokkan. Selain itu,
seni dalam pendidikan dapat memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti.
Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini akan lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang
tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan
dalam aktiviti yang dijalankan. Oleh sebab itu, pihak sekolah sepatutnya tidak meminggirkan mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik di sekolah, atau menggantikannya dengan mata pelajaran
lain hanya kerana ingin pencapaian tinggi dalam peperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.
Hal ini kerana seni dalam pendidikan mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif, berkeyakinan
dan berdaya maju. Kesimpulannya, pengajaran yang berkonsepkan seni dalam pendidikan akan dapat
membantu pelajar dalam meningkatkan daya keyakinan diri melalui penerokaan mereka sendiri terhadap
apa yang ada di sekeliling mereka.

LANGKAH PENGAJARAN VIDEO


MATA PELAJARAN

BAHASA MELAYU

TEMA

KESIHATAN DIRI

TAJUK

TATABAHASA

MARI BERGERAK
:

LANGKAH PENGAJARAN :
BIL
1

KATA KERJA
PERKEMBANGAN PELAJARAN
AKTIVITI

CATATAN

i.
ii.

Guru mempertontonkan video kepada murid.


Minta murid menyanyi bersama-sama sambil BBM : video
mengikut pergerakan yang dipaparkan dalam video.

i.

Guru mengaitkan tayangan video dengan tajuk


pelajaran - Mari Bergerak
Bertanya kepada murid apakah pergerakan yang
ditunjukkan dalam video.
Minta murid meniru aksi ketiga-tiga pergerakan
tersebut .

ii.
iii.

13

Cadangan jawapan
murid:
1.Tepuk tangan
2. hentak kaki

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

2014

3. kenyit mata

i.
ii.
iii.
iv.

4.

i.
ii.

Tepuk tangan
hentak kaki
kenyit mata

pergerakan bukan
lokomotor

Penerangan guru tentang kata kerja


Murid mengenal pasti kata kerja yang terdapat di
Cadangan jawapan:
dalam video
Murid mengeja kata kerja tersebut
1. Membongkok
Murid membina ayat tunggal daripada kata kerja
2. Mengilas badan
tersebut
3. Mengimbang
4. Duduk
Guru membimbing murid membuat kesimpulan dan
nilai murni pelajaran hari ini.
Murid menyanyi semula

Pergerakan lokomotor

PENUTUP
Tugasan menyiapkan alat bantu mengajar berupa video seni dalam pendidikan ini
keseluruhannya telah banyak membantu kami memperolehi pelbagai ilmu baharu dalam
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Dengan terhasilnya video ini kami dapat mempelajari
pelbagai unsur muzik, visual dan pergerakan yang terdapat dalam seni itu sendiri.
Unsur seni dalam pendidikan amatlah penting bagi mewujudkan kepelbagaian dalam
penyampaian ilmu pendidikan di dalam kelas. Unsur seni tersebut bukan sahaja melibatkan lukisan
14

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

2014

berbentuk visual tetapi merangkumi juga seni pergerakan dan seni muzik. Kanak-kanak sebagai
murid memang akan tertarik dengan unsur-unsur seni dan secara tidak langsung dapat menambah
ilmu pengetahuan dalam suasana pembelajaran yang menarik minat mereka.
Kesimpulannya penghasilan alat bantu mengajar seperti ini dan dalam bentuk-bentuk yang
lain adalah amat perlu dan diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran serta dapat
membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Sekian, terima kasih.

KOLABORASI
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
Nama Pelajar

1. Muhamad bin Smail ( 781201-01-5925)


2. Hartini Bt Mohd Noor ( 670823106408 )
3. Noraini Bt Amrang ( 670128016048 )

Kumpulan

PPG (SR) BM 2 Ambilan Jun 2011

Mata Pelajaran

WAJ3073 Seni Dalam Pendidikan


15

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN


Pensyarah

Pn Halidah Bt Md Jedi

TARIKH

PERKARA YANG

CATATAN

10.8.2014

DIBINCANGKAN
Menerima soalan tugasan

T/TANGAN

Tugasan ini perlu

WAJ3073 yang meminta setiap

dihantar selewat-

kumpulan menyediakan JSU,

lewatnya pada

soalan berdasarkan JSU dan

20.09. 2014 dan

skema jawapan

dimuatnaik di portal
OLL IPTI

(Muhamad)

(Hartini)

(Noraini)

12.8.2014

Memahami kehendak soalan

tugasan- perbincangan dengan


ahli kumpulan mengenai

Membuat agihan
tugas

tugasan dan mengagih kerja

Membuat jadual

(Muhamad)

kerja

(Hartini)

(Noraini)

15.8.2014
hingga
20.8.2014

Mencari maklumat dan bahan

dari internet dan mendraf


langkah pelaksanaan

Cetakan maklumat
internet

penghasilan video BBM

Bahan-bahan audio

(Muhamad)

dan video

(Hartini)

(Noraini))

1.9.2014

Membuat rakaman pergerakan

Pembetulan telah
16

2014

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN


hingga

yang diperlukan di dalam video

dilakukan

18.9.2014
Berhubung dengan pensyarah
iaitu Pn Halida bagi

Segala maklumat

2014

(Muhamad)

telah lengkap

Lampiran yang

mendapatkan pandangan dan

perlu telah

khidmat nasihat

dimasukkan

(Hartini)

(Noraini)

20.9.2014

Menghantar tugasan lengkap


kepada pensyarah

Diterima dan
direkodkan

pembimbing.

(Pn Halidah Bt
Md Jedi)

RUJUKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Tahun 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Idris Mohamad, Sharol Lail (2013) Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 1. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Lagu Kanak-Kanak Didi & Friends Kalau Rasa Gembira http://www.youtube.com/watch?v=8SnAJYICU0. Diakses pada 12.30 pm : 9.9.2014
Koleksi Gambar Kartun Kanak-Kanak http://www.fizgraphic.com/2012/03/freebies-doodlemuslimah-kenyit-mata.html diakses pada 12.30 pm : 9.9.2014
17

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

LAMPIRAN

18

2014

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

19

2014

Anda mungkin juga menyukai