Anda di halaman 1dari 4

Aktiviti 2

: Dunia ku dunia baru

Masa

: 30 Minit

Alatan

: Tiada

Objektif
1.

Memberi peluang kepada peserta berkenalan antara satu sama lain dalam

suasana yang menyeronokkan.


2.

Mengurangkan rasa malu, rendah diri dan takut apabila berada dalam kelompok

yang belum dikenali.

Langkah

1.

Peserta diberi kad yang masing-masing bernombor 1 6.

2.

Setiap nombor akan mewakili satu gerakan tertentu.

3.

Peserta lelaki dan perempuan diminta berbaris sebelum kad diedarkan kepada

mereka. .
4.

Ketua menyatakan bahawa peserta berada dalam dunia baru. Di dunia ini tiada

siapa yang boleh bertutur. Mereka hanya boleh melakukan gerakan yang tertentu.
Mereka semua perlu mencari rakan yang sama jenis untuk membentuk satu
perkampungan.
-

Jenis pertama aksi menangis

Jenis kedua aksi burung terbang

Jenis ketiga aksi ketawa

Jenis keempat aksi garu kepala

Jenis kelima aksi bunyi motor

Jenis keenam aksi bunyi kucing

5.

Apabila bertemu dengan jenis yang sama mereka perlu mengangguk dan cari

rakan lain yang sama jenis.

6.

Ketua memastikan peserta tidak bercakap selain bunyi tertentu.

7.

Jika ada jenis yang tidak menemui jenis yang sama. Maka mereka perlu buat

gerakan itu dan rakan mereka hendaklah menjemput mereka masuk kelompok.

Perbincangan:
1.

Bagaimanakah perasaan peserta menjalankan aktiviti

2.

Bagaimana cara berinteraksi apabila tidak boleh bertutur.

Pengajaran :
Untuk berkenalan dengan seseorang, kita perlu mempunyai sifat peramah, sedia
menghampiri dan tidak menunggu ditegur oleh orang lain.

LDK (Kendiriku)
Aktiviti

Masa

Akukah itu?

30 minit

Alatan

:Kertas A4 dan pen/pensel

Objektif

1. Peserta mengenal diri mereka yang sebenar.


2. Peserta akan dapat menyedari keadaan diri mereka.
3. Timbul keinginan untuk meneroka keadaan diri sendiri.

Langkah
1.

:
Peserta diminta untuk melukis gambar mereka sendiri mengikut kebolehan

masing-masing. (Kecantikan lukisan itu tidak penting)


2.

Peserta diminta tidak duduk terlalu dekat (jarak antara peserta) semasa

melakukan tugas ini.

3.

Letakkan tanda yang mudah untuk kenal pasti lukisan masing-masing.

Tetapi jangan tulis nama pada lukisan tersebut..


4.

Masa diberikan antara 5 7 minit untuk menghasilkan lukisan tersebut..

5.

Ketua akan mengumpul semua lukisan yang telah siap dan kemudian

menyerahkan semula kepada peserta. Tetapi kena pastikan bahawa lukisan yang
dibuat itu tidak diserahkan kepada empunya lukisan.
6.

Peserta diminta untuk mengenal pasti tuan empunya lukisan gambar

tersebut dengan hanya menunjukan sahaja apabila diminta oleh ketua tanpa
bergerak atau bangun dari kerusi.
7.

Bagi peserta yang salah meneka , ketua akan cuba bertanya mengapakah

susah untuk mengenal pasti empunya lukisan gambar tersebut dan bagi yang meneka
dengan betul ketua akan menanyakan sebab mereka bolah meneka dengan betul.
Pengajaran/ Rumusan
1.

Susah

untuk

mengenal

pasti

seseorang

itu

dengan

hanya

melihat

pada luaran sahaja kerana mungkin apa-apa yang dilihat tidak


sama

dengan sikapnya yang sebenar.

2. Orang tidak akan dapat mengenal diri kita jika sekiranya kita sendiri

tidak

kenal siapa diri kita

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,

cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu
menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif
terhadap kehidupan.

AKTIVITI 3 : MENAIKI RAKIT

MASA : 45 minit
ALATAN : Kertas Suratkhabar
OBJEKTIF :
1. Melahirkan semangat kekitaan dikalangan peserta.
2. Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya semangat kerjasama.
3. Membina sikap saling perlu memerlukan bila keadaan terdesak.

PROSEDUR :
1. Fasilitator membentangkan kertas surat khabar di atas lantai.
2. Semua peserta dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut.
3. Fasilitator mengoyakkan keryas surat khabar tersebut sedikit demi sedikit
sehingga
menjadi kecil. Peserta tidak dibenar meletakkan kaki di tempat yang tiada surat
khabar
(lantai).
4. Peserta akan berpaut antara satu sama lain agar tidak jatuh.
5. Peserta yang terjatuh dari 'rakit' dikira batal dan terkeluar. (Asingkan peserta
lelaki dan
perempuan)

FALSAFAH :
1. Menyedarkan peserta bahawa yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
2. Hidup ini banyak dugaan dan cabaran.
3. Perlunya kita berganding bahu untuk mempertahankan maruah dan akhlak kita

Anda mungkin juga menyukai