Anda di halaman 1dari 2

Laporan Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan Kali Kedua 2010 SJKC Foon Yew

2 Johor Bahru: Peranan Guru Di Bawah Konsep 1 Malaysia

Tarikh: 3April 2010


Tempat: Bilik Kuliah SJKC Foon Yew 2

Pengenalan
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri
mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu
matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini
perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju,
selamat dan makmur. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi
memastikan rakyat Konsep 1 Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara
asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat
menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. 1 Malaysia juga akan
mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat
sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian
diutamakan.
Agenda
Slot pertama kursus dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Guru Besar.
Ceramah tersebut berkisar tentang konsep 1 Malaysia. Penerapan konsep sedemikian amat
penting untuk semua guru-guru SJKC Foon Yew 2. Pendidikan memainkan peranan yang
penting dalam membentuk sahsiah murid-murid. Semangat perpaduan perlu diterapkan dalam
diri kanak-kanak sejak mereka masih kecil lagi. Guru Besar mengharapkan agar semua guru
dapat memainkan peranan yang penting untuk menjayakan konsep yang telah diperkenalkan
oleh Perdana Menteri. Slot kedua pula dijalankan sesi tayangan powerpoint dan sesi bersoal
jawab antara para guru dan pentadbir. Peranan pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat
penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah
berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan
ketenteraan. Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India

hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.


Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai
bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.
Kehadiran
Semua guru telah menghadiri kursus ini yang dikelolakan oleh pihak pentadbiran
sekolah. Semua guru dapat memberikan kerjasama yang baik kepada program yang
dijalankan oleh pihak sekolah. Ia bukan sekadar program pihak sekolah sahaja tetapi
merupakan satu program yang dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi memenuhi 7 hari
berkursus dalam setahun.

Disediakan Oleh:

Disemak Oleh:

_________________

________________

Mohd Hafiz Mat Hassan

Chong Su Min

Penolong Penyelaras LDP

Guru Penolong Kanan 1

SJKC Foon Yew 2

SJKC Foon Yew 2

Disahkan Oleh:
_______________
Wong Wei Choon
Guru Besar
SJKC Foon Yew 2

Anda mungkin juga menyukai