Anda di halaman 1dari 21

MENINGKATKAN PENGUASAAN DAN MEMPERKAYA KOSA KATA BAHASA MURID TAHUN 3J DENGAN MENGGUNAKAN PROGRAM SECUBIT LAMA-LAMA JADI

BUKIT DAN PROGRAM JUTAWAN KATA. Pendahuluan


Pendidikan peringkat rendah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi murid. Pada peringkat awal inilah murid-murid perlu menguasai kemahiran asas membaca dan menulis bagi membolehkan mereka berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid pelajar membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan kemahiran menggunakan pelbagai teknik membaca untuk tujuan menimba ilmu pengetahuan dan memperoleh maklumat daripada pelbagai bahan bacaan. Kecekapan berbahasa bagi kemahiran membaca adalah seperti berikut: Membaca secara bersuara/kuat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan juga kelancaran yang sesuai. Memetik isi-isi penting sama ada isi tersurat atau tersirat yang termuat dalam bahan bacaan dengan cepat dan tepat. Memperkaya dan memperluas perbendaharaan kata pelajar supaya dapat meningkatkan daya pengertian dan juga menggunakan perkataan/frasa dengan betul dalam konteks ayat. Mentafsir suatu bahan yang dibaca dengan tepat dan menyatakan tafsirannya dengan menggunakan perkataan sendiri seberapa banyak yang mungkin dengan jelas. Menghayati bahan sastera Melayu dalam bentuk prosa dan puisi hanya melibatkan tahap dua.

Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting diperoleh kanak-kanak walaupun masih di peringkat tadika. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan perbendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan dengan mudah sebelum memasuki Tahun Satu berada dalam kedudukan yang lebih selesa dan menyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang belum menguasainya. Memang belum terlewat untuk kanak-kanak belajar membaca ketika di Tahun Satu, tetapi dengan saiz kelas yang besar dan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak guru dan sekolah, berkemungkinan bimbingan membaca yang tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Ini bererti, kanak-kanak yang lemah membaca mungkin kekal lemah ketika berada di sekolah rendah. Gambaran yang diketengahkan menegaskan bahawa betapa pentingnya kebolehan membaca di kalangan kanak-kanak tadika diberikan perhatian yang sewajarnya. Untuk murid-murid tahap satu amat penting untuk mengetahui makna sesebuah perkataan. Ini membolehkan murid memilih kosa kata yang sesuai untuk membina ayat tunggal dan ayat majmuk. Bertitik tolak daripada pandangan ini, maka satu kajian kes yang meninjau pelbagai aspek kebolehan membaca dan memahami makna di kalangan murid-murid SJK (C) Foon Yew 2, Johor Bahru telah dijalankan. Kajian ini memberi tumpuan kepada tiga aspek, iaitu i. ii. iii. tahap kebolehan membaca masalah yang dihadapi oleh murid dalam memahami makna peranan ibu bapa serta persekitaran murid.

Jenis Masalah
Masalah lazim yang dihadapi oleh murid-murid ialah penguasaan kemahirankemahiran asas mata pelajaran Bahasa Malaysia. Kemahiran-kemahiran yang tersenarai adalah turutan kemahiran-kemahiran asas daripada yang mudah kepada yang lebih sukar berdasarkan tiga peringkat dominan kognitif iaitu pengetahuan, pemahaman dan penggunaan.

Masalah yang sangat ketara dan rumit yang dihadapi oleh murid SJK (C) Foon Yew 2, Johor Bahru adalah dari segi pemahaman makna di mana murid gagal untuk memahami apa yang telah dibacanya. Kegagalan tersebut mengganggu kelancaran pengajaran dan proses pembelajaran murid tersebut.

Kumpulan Sasaran
Seramai 26 orang murid Tahun 3J telah dipilih sebagai responden. Responden ini merupakan golongan murid yang memiliki tahap pembelajaran yang lemah, boleh membaca walaupun tidak lancar serta murid yang gagal menguasai kemahiran membaca. Biasanya melibatkan murid kelas belakang dan murid pemulihan khas.

Tujuan Kajian Dijalankan


Tujuan utama kajian tindakan adalah untuk 1. Mengenal pasti punca murid gagal menguasai pemahaman makna perkataan. 2. Mengenal pasti punca murid gagal membaca dan mengenal perkataan. 3. Mengenal pasti kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca. 4. Menggalakkan guru mencari alternatif baru dalam proses pembelajaran. pengajaran dan

Kaedah Kajian
Batasan Kajian Aspek kemahiran membaca yang ditekankan dalam kajian ini dibataskan kepada beberapa aspek seperti berikut: i. Membaca dengan intonasi yang betul dengan kelancaran yang sesuai.

ii.

Menjawab soalan sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis untuk menguji pemahaman murid dengan menggunakan perkataan sendiri.

Bagi aspek pemahaman kosa kata difahamkan penguasaan murid terutama murid sekolah jenis kebangsaan adalah begitu kurang. Mereka boleh menyebut kosa kata tersebut tanpa mengetahui maknanya

Kaedah Mengutip Data


Pemerhatian Langsung Pemerhatian akan dilakukan terhadap tingkah laku responden dan guru Bahasa Malaysia semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti amalan guru dan sikap responden serta bagaimana mereka memberi respon terhadap pengajaran guru berkenaan.

Transkrip Temubual Transkrip temubual akan digunakan untuk mendapat maklum balas mengenai tahap penguasaan kemahiran membaca responden dan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.

Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian ini merupakan satu kayu pengukuran menyeluruh terhadap tahap kekuatan dan kelemahan murid dalam penguasaan kemahiran asas secara individu.

Latar Belakang Sampel Seramai 26 orang murid dari tahun 3J, Sekolah Jenis Kebangsaan Foon Yew Dua diambil

sebagai responden. Fokus Kajian


Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh muridr saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata. Murid saya mempunyai kosa kata yang sangat terhad. Mereka hanya mampu menggunakan perkataan yang biasa mereka temui dan gunakan semasa di darjah sebelumnya iaitu perkataan yang telah dihafal oleh mereka. Mereka melakukan banyak kesilapan apabila menulis ayat. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah: 1. Kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat. 2. Murid menggunakan kosa kata yang berulang-ulang dalam satu ayat menjadikan ayat itu tidak gramatis. 3. Murid tidak menjawab soalan bina ayat kerana tidak faham maksud perkataan yang diberi. 4. Murid tidak memahami makna perkataan yang diberikan.

Dengan membantu pelajar memperkaya kosa kata, saya yakin pelajar boleh membina ayat yang tepat, jelas dan gramatis. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam Kertas Bahasa Melayu.

Instrumen Kajian
Ujian Perbendaharaan Kata Ujian ini mengandungi 10 item aneka pilihan. Setiap item mempunyai empat pilihan jawapan. Perkataan yang dipilih adalah dalam lingkungan pengalaman kanakkanak berumur 7-9 tahun. Setiap item yang dijawab dengan betul akan diberi satu markah manakala item yang salah atau tidak dijawab tidak akan diberi markah. Ujian ini dijalankan secara berkumpulan dan individu. Beberapa contoh cara menjawab soalan akan diberikan kepada responden sebelum ujian ini dijalankan. Hal ini dibuat untuk menilai pemahaman responden dalam menerima sesuatu arahan. Penulis sendiri akan memeriksa kertas ujian tersebut dan markah yang diperoleh oleh responden akan dicatat. Analisis Ujian Membina Ayat Dalam ujian ini, responden akan diuji tahap kebolehan menulis dan membina ayat dengan lima ayat mudah menggunakan kosa kata tertentu. Panjang setiap ayat di antara lima hingga sepuluh patah perkataan. Bahan untuk ujian ini tidak akan disertakan gambar manakala penggunaan perkataan adalah perkataan yang mudah dan pernah dipelajari responden sebelum ini. Responden dikehendaki memahami makna kosa kata yang disediakan terlebih dahulu. Sebelum ujian dimulakan, peraturan ujian akan dijelaskan kepada responden sehinggalah responden memahami peraturan tersebut. Secara umumnya, masalah yang dihadapi oleh responden adalah seperti berikut: i Tidak memahami atau mengetahui langsung makna kosa kata tersebut.

ii Terdapat penggunaan perkataan Bahasa Inggeris dalam binaan ayat mereka.. Berikut merupakan contoh yang diperolehi: Contoh kosa kata pakcik murid menggunakan kosa kata uncle Murid mencampur adukkan kosa kata Inggeris ke dalam ayat mereka. Contoh ayat boleh dilihat seperti di bawah:

Uncle Ali sedang membaca newspaper. Ali sedang sleeping pada waktu malam. Murid juga tidak memahami makna perkataan seperti kata adjektif. Cuba lihat contoh di bawah: Air laut itu berwarna kuning. Angin bertiup deras pada waktu petang. Murid juga menghadapi masalah dalam menggunakan imbuhan. Mereka sedang mengsapu sampah. Emak sedang menuwang air.

Analisis sesi temu bual Seramai lima orang penjaga iaitu ibu dan bapa responden telah ditemubual untuk mendapatkan maklumat mengenai peranan mereka dan persekitaran murid dalam usaha membantu mengajar anak-anak mereka membaca. Temubual dijalankan secara tidak formal dengan menyentuh tiga perkara utama:i. ii. iii. iv. Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka membaca sejak kecik lagi. Peranan ibu bapa tentang kesedaran memahami makna perkataan. Usaha ibu bapa dalam membantu mengajar anak mereka membaca. Persekitaran rumah yang menggalakkan minat anak untuk membaca.

Hasil daripada temubual tersebut, peranan ibu bapa di rumah adalah untuk menggalakkan anak-anak mereka untuk membaca sekurang-kurangnya setengah jam sehari. Selain itu, ibu bapa turut menggalakkan anak-anak mereka membaca dengan membeli bahan-bahan bacaan mudah untuk dibaca di rumah. Namun terdapat beberapa kekangan yang membataskan responden untuk menguasai kemahiran membaca mereka 7

seperti pengaruh bahasa ibunda, sosioekonomi keluarga dan gaya belajar individu semasa berada di rumah. Ia boleh dirumuskan bahawa ibu bapa lebih mementingkan bahasa ibunda berbanding bahasa lain. Bagi mereka cukuplah sekadar boleh bertutur dan mengeja walaupun kurang sempurna. Analisis Pemerhatian Pemerhatian dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai perlakuan guru bahasa Melayu dan sikap responden semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Beberapa kelemahan mengenai amalan guru Bahasa Melayu serta tingkah laku responden semasa proses pengajaran dan pembelajaran telah dikenalpasti. Amalan Guru Bahasa Melayu Berdasarkan pengamatan, kebanyakkan guru lebih berperanan sebagai pemberi maklumat sahaja. Penerangan terhadap teks kurang dilakukan menyebabkan responden gagal untuk memahami petikan tersebut. Hasil daripada pengamatan tersebut dapat dihuraikan seperti berikut: Guru lebih banyak bercakap daripada membincang soalan-soalan yang dikemukakan oleh murid-murid Aspek penerangan petikan terlalu umum menyebabkan murid-murid kurang jelas menjawab soalan pemahaman. Peluang yang diberikan kepada murid-murid untuk menyuarakan pendapat agak berkurangan. Tingkah Laku Murid-Murid Sesi perbincangan secara kumpulan yang dijalankan gagal mencapai sasaran kerana responden tidak bergerak aktif sebaliknya mereka lebih suka membuat kerja secara individual. Situasi berikut memberi gambaran semasa proses perbincangan dilakukan.

Kebanyakkan murid-murid agak pasif semasa perbincangan secara berkumpulan yang dikendalikan oleh guru. Murid-murid lebih suka mendengar daripada memberi pandangan mereka. Kebanyakkan murid-murid belum bersedia untuk belajar dan menyebabkan perbendaharaan kata mereka kurang secara tidak langsung melemahkan tahap pemahaman mereka. Murid-murid berasa risau dan rendah diri serta berasa takut apabila diminta untuk memberi pandangan mereka. Interaksi Saya Dengan Responden Mereka bersetuju mengatakan bahawa mereka kurang aktif dalam sesi perbincangan secara kumpulan. Saya tidak faham teks yang dibaca, bagaimana hendak menjawab soalannya? Guru tidak banyak menerangkan kandungan teks, selain itu pengajaran agak membosankan. Saya tidak minat mambaca. Analisis Ujian Pra Ujian pra dijalankan ke atas lima orang responden. Mereka dikehendaki membaca dua buah petikan kemudian menjawab soalan pemahaman. Masa diperuntukan ialah 20 minit. Berdasarkan pemerhatian, mereka dapat membaca teks dengan sebutan yang betul. Masalah yang dihadapi oleh mereka dari segi pemahaman kerana mereka tidak dapat menjawab soalan dikemukakan secara bertulis. Selain itu, terdapat juga beberapa kelemahan yang dihadapi seperti berikut: Saya tidak memahami bahasa yang digunakan dalam teks itu. 9

Saya tidak ingat apa yang telah dibaca dan terpaksa mengulang membaca. Saya tidak faham maksud perkataan itu.

Perancangan Tindakan
Berdasarkan kepada analisis awal yang telah diperolehi, masalah kemahiran membaca yang dihadapi oleh responden tersebut ialah dari aspek pemahaman di mana responden gagal untuk memahami petikan yang telah dibacanya. Hal ini berkemungkinan responden kurang memberi tumpuan, lemah daya pemikiran, kurang perbendaharaan kata, mengalami kesukaran untuk mengaitkan pelajaran yang lama dengan pelajaran yang baharu dan kegagalan untuk mengingat kembali. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Responden berkemungkinan sukar untuk memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh penulis kerana terlalu kompleks. Oleh itu, responden memerlukan penjelasan yang lebih daripada gurunya. Adakalanya mereka memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan perlu mengulang semula proses bacaan mereka sehingga menyebabkan mereka berasa jemu kerana kurang memahami isi kandungan petikan tersebut. Empat sesi bimbingan telah dirancang yang memberi fokus kepada proses bimbingan untuk menguasai kemahiran membaca.

Pelaksanaan Tindakan
Empat sesi bimbingan secara individu telah dilaksanakan berdasarkan kaedah bimbingan individu yang telah dirancang. Sesi bimbingan ini tidak dihadkan masanya dan bergantung kepada kebolehan responden. Purata bimbingan untuk setiap responden ialah satu jam untuk setiap sesi. Pemerhatian akan dilakukan ke atas responden tersebut. Semasa bimbingan dilaksanakan, responden dikehendaki merujuki kamus untuk mencari makna perkataan yang terdapat dalam petikan tersebut. Selain itu responden digalakkan membaca dengan nada yang sesuai dan menegaskan penyebutan, intonasi yang betul dan lancar.

10

Maksud petikan tersebut akan diterangkan mengikut perenggan demi perenggan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh responden. Selain itu, isi-isi penting sama ada isu tersurat atau isu tersirat yang terdapat dalam petikan tersebut akan dibincangkan bersama. Setelah selesai perbincangan tersebut, responden dikehendaki menjawab soalan pemahaman. Responden juga akan diberi tugasan membaca peyikan dan membuat ulasan bagi meningkatkan pemahaman mereka terhadap petikan tersebut.

Penilaian Dan Refleksi


Berdasarkan daripada kajian yang telah dilakukan, pada peringkat Ujian Pra, kebanyakkan murid gagal untuk membaca petikan dengan lancar. Namun, setelah diberi bimbingan dan peneguhan, keadaan ini berubah walaupun tidak mencapai seratus peratus tahap memuaskan. Hal ini terbukti bahawa murid yang lemah dapat dipertingkatkan tahap bacaan mereka jika diberi bimbingan yang berterusan daripada guru dan ibu bapa mereka. Proses bimbingan ini akan bertambah menarik sekiranya guru, rakan sebaya dan ibu bapa mereka turut membantu golongan yang lemah ini untuk menguasai kemahiran membaca mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri mereka semasa proses pembelajaran dilakukan di dalam kelas biasa. Guru-guru pula perlulah membentuk satu proses pembelajaran yang kreatif bagi menggalakkan minat murid untuk belajar. Penggunaan teknologi maklumat sedikit sebanyak dapat memantapkan lagi daya pemahaman murid melalui gambar-gambar yang dikaitkan dengan tajuk pelajaran. Secara tidak langsung, ia dapat memberikan banyak pengalaman terutamanya kepada guru-guru baharu bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran murid khususnya kepada murid-murid yang lemah.

Penilaian Dan Refleksi Berdasarkan Pemerhatian


Secara keseluruhannya, hasil kajian ini dapat meningkatkan tingkahlaku serta keyakinan diri responden untuk menjawab soalan serta dapat mengubah sikap negatif mereka kepada sikap positif. Mereka juga dapat menumpukan perhatian sewajarnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Mereka lebih yakin terhadap diri

11

sendiri dan berani untuk berinteraksi di dalam kelas.Murid juga perlu dibekalkan dengan kosakata yang disertakan dengan makna dalam bahasa ibunda mereka.

Penilaian Dan Refleksi Berdasarkan Maklum Balas Daripada Temu Bual


Berdasarkan temubual dengan responden, data-data menunjukkan bahawa mereka setuju kaedah bimbingan individu adalah lebih berkesan jika dibandingkan secara berkumpulan. Kaedah ini juga dapat meningkatkan kefahaman mereka dalam memahami isi kandungan sesuatu petikan. Hal ini seterusnya dapat membantu mereka menjawab soalan pemahaman dengan penuh keyakinan. Berikut menunjukkan respon responden terhadap bimbingan individu: Saya diberi kebebasan dan peluang untuk memberi pendapat dan ini akan menambahkan lagi kefahaman saya mengenai petikan tersebut Dalam proses bimbingan secara individu, guru telah menerang perkataan yang sukar difahami. Ini membantu saya memahami secara keseluruhan teks tersebut. Penerangan perenggan demi perenggan memudahkan saya untuk memahami isi kandungan. Saya tidak perlu menjawab soalan dengan meneka sahaja. Sesi bimbingan yang diberikan amat jelas, mudah diikuti dan difahami. Contohcontoh yang diberikan sesuai dengan tahap kemampuan saya. Teknik-teknik untuk menjelaskan isi kandungan adalah sangat mudah diikuti kerana saya diberi peluang untuk bertanyakan soalan apabila saya menghadapi sebarang keraguan dan masalah.

12

Saya dikehendaki merujuk kamus untuk mencari makna sesuatu perkataan. Ini menambahkan kosa kata serta daya ingatan saya terhadap perkataan tersebut.

Cadangan
Menyedari bahawa terdapat perbezaan individu dari segi keupayaan dan kebolehan mereka, murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis perlulah di bimbing dari peringkat awal supaya mereka tidak terasa diabaikan dan terus tertinggal dalam pelajaran. Fenomena ini tidak boleh di pandang ringan kerana ia melibatkan satu jangka masa panjang bagi murid tersebut dalam pelajaran dan boleh menjejaskan prestasi peperiksaan mereka. Ketidakupayaan mereka dalam menguasai kemahiran asas akan menyebabkan mereka gagal menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Pemupukan minat membaca perlu ditanam dalam diri murid-murid seawal usia dua tahun sebelum dia bersedia untuk membaca pada peringkat tadika. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik kad imbasan yang boleh mendatangkan minat membaca dan merangsang minda anak-anak mereka. Guru haruslah menggalakkan murid-murid mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan dibuat secara paksaan. Pujian dan lain-lain bentuk hadiah juga perlu diberikan kepada murid-murid yang lemah. Saban hari kita hanya memberikan penghargaan kepada murid yang cemerlang sahaja. Ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa rendah diri dan hilang keyakinan diri di kalangan murid yang lemah. Kategori hadiah yang diwujudkan mestilah turut melibatkan semua kumpulan kebolehan murid. Memotivasikan murid dengan memberi penyedaran kepada mereka betapa pentingnya pelajaran masa ini dapat mengubah persepsi mereka terhadap dunia pendidikan. Secara tidak langsung, sikap mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih positif. Motivasi ini boleh diberikan sebagai satu set induksi sebelum sesuatu pelajaran hendak dimulakan ataupun semasa penutupnya. Ia pula 13

hendak sentiasa diberikan dari semasa ke semasa dan bukan hanya apabila menjelang peperiksaan sahaja. Ataupun menunggu apabila diadakan kem motivasi. Murid-murid yang kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapa mereka berkemungkinan kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang dapat mendisplinkan serta menggalakan mereka untuk mentelaah buku-buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki bagi meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid yang lemah. Ibu bapa juga digalakkan membawa anak mereka melawat ke kedai-kedai buku atau perpustakaan awam. Selain itu benarkan anak menconteng perkataan-perkataan mudah dalam buku atau kertas-kertas kosong. Sesekali cabar anak meniru huruf atau perkataan daripada majalah, buku, poster atau sebagainya. Layanilah anak jika dia bertanyakan sesuatu perkataan yang tertulis. Peranan ibu bapa dan persekitaran keluarga dalam membantu anak-anak belajar membaca juga perlu diterapkan dalam setiap keluarga. Hasil daripada sesi temubual mendedahkan beberapa perkara yang berhubung dengan peranan ibu bapa dan persekitaran keluarga dalam membantu anak belajar membaca iaitu: Didapati membaca dengan kuat kepada anak yang diamalkan oleh kebanyakan ibu bapa tetapi tidak kerap bilangan waktunya. Hampir semua ibu bapa menyediakan buku cerita untuk anak mereka sama ada menerusi pembelian atau pinjaman. Abang atau kakak kepada responden yang sudah bersekolah juga memainkan peranan dalam membantu mengajar mereka membaca. Ibu bapa yang anaknya sudah lancar membaca didapati suka berbincang tentang pengalamannya dalam membimbing anak membaca dan berbangga akan kejayaan anaknya. Kebanyakan ibu bapa yang ditemubual menganggap adalah penting untuk anak belajar membaca dan boleh membaca, walaupun masih di peringkat tadika. Masih ada ibu bapa yang tidak menyediakan buku cerita untuk anak apatah lagi membaca kuat kepada anak. Hal ini perlu diperbaiki bagi memudahkan proses pembelajaran anak yang lemah. 14

Program Secubit Lama-lama Jadi Bukit


Program ini merupakan satu cadangan kaedah penyelesaian terhadap meningkatkan penguasaan murid memahami makna perkataan. Sebagai permulaannya kelas 3J dipilih untuk terlibat di dalam program ini.

Cara Pelaksanaan 1. Guru mengumumkan sepatah perkataan sehari berserta definisi dan contoh ayat sebelum sesi P & P berjalan. 2. Murid mencatat dalam buku catatan khas. 3. Guru menampal perkataan pada papan kenyataan. 4. Guru meminta murid mengaplikasikan penggunaan perkataan dalam karangan dan bina ayat serta ejaan yang ditulis seminggu sekali 5. Murid akan mengumpulkan setiap ayat dan contoh perkataan yang diberikan. 6. Murid juga disuruh membaca dan menghafal perkataan yang diberikan. 7. Ayat dan perkataan yang dikumpulkan akan dijadikan seperti buku skrap. 8. Murid yang berjaya mengumpul bahan yang diberikan dari awal hingga akhir akan diberikan ganjaran. 9. Setiap minggu murid akan menghantar tugasan ini untuk disemak oleh guru. 10. Guru juga akan bersoal jawab tentang perkara yang telah diajar. 11. Markah akan diberi sekiranya murid dapat menjawab. 12. Murid yang tidak dapat menjawab akan didenda dengan menyalin semula ayat sambil membacanya. 13. Pada penghujung semester murid akan diberikan ujian untuk menguji tahap penguasaan murid.

15

Program Jutawan Kata


Cara Pelaksanaan 1. Guru meminta pelajar mencatat perkataan sukar daripada teks yang dibaca serta mencatat perkataan tersebut dalam buku catatan. 2. Murid merujuk kamus untuk mengetahui maksud dan mencatatkannya dalam buku catatan. 3. Murid membina ayat berasaskan perkataan yang dicari maksud setiap minggu. 4. Selepas 4 minggu guru menggabungkan semua perkataan yang dikumpul oleh 26 orang murid serta mencetakkannya untuk diedarkan kepada semua murid. 5. Murid akan mencatat kosakata menggunakan format yang diberikan . 6. Murid akan menghafal setiap makna kosakata yang diberikan. 7. Latihan akan diberikan setiap 2 minggu sekali. 8. Murid-murid akan diberikan ujian bagi menguji tahap penguasaan murid. 9. Format pengisian kosakata seperti yang ditunjukkan di bawah. Kosakata Bahasa Melayu Makna Dalam Bahasa Cina

Murid diajar formula di bawah bagaimana hendak menulis ayat dengan mudah dan senang. Frasa Nama Ali Lim Kata Kerja mencuci bermain Objek cawan bola Keterangan di dapur di padang

16

Penutup

Penguasaan kemahiran asas membaca adalah aset utama untuk mendapat ilmu dan pengetahuan. Budaya ini harus dipupuk dengan baik sejak kecil lagi. Kebanyakan kanakkanak yang gagal menguasai kemahiran asas membaca boleh diajar melalui pelbagai strategi pembelajaran yang kreatif. Kemahiran asas membaca dikalangan kanak-kanak gagal dikuasai sekiranya ibu bapa kurang memberi perhatian dalam soal pelajaran serta kurang motivasi yang diberikan kepada anak mereka. Menyedari bahawa kebolehan menguasai kemahiran membaca merupakan satu aspek yang amat penting, maka kegagalan murid menguasainya perlu diatasi dan dibasmi sejak dari awal lagi sebelum masalah ini menjadi lebih kronik dan berterusan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, guru bahasa di sekolah rendah, khasnya, perlulah memberikan perhatian yang serius dan mengambil inisiatif untuk mengatasi sebaik mungkin masalah yang dihadapi. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa kajian tindakan ini

menunjukkan hasil yang memuaskan. Sebagai seorang guru sepatutnya sentiasa membuat kajian tindakan sebagai salah satu usaha menambahbaikkan proses pengajaran yang sedia ada.

17

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, murid-murid menunjukkan pencapaian yang baik dalam ujian membaca dan membina ayat yang telah dijalankan. Namun masih terdapat sekumpulan kecil yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran asas membaca dan memahami makna khasnya mendekod perkataan yang tidak dikenali. Murid-murid ini juga mempunyai pengetahuan am yang terhad serta perbendaharaan kata yang kurang. Berhubung dengan peranan ibu bapa dan persekitaran murid pula, kebanyakan ibu bapa telah menyediakan buku-buku bacaan untuk anak mereka. Namun, masih ramai yang kurang membaca dengan kuat kepada anak mereka mungkin tidak menyedari faedahnya. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk dijadikan bahan renungan serta rujukan kepada guru, ibu bapa dan pihak-pihak lain yang berkepentingan dalam proses membimbing anak-anak mereka menguasai kemahiran membaca dan pentingnya mereka memahami makna perkataan itu.

18

BIBLIOGRAFI
Abdul Halin Abdul Jalid, 1987. Panduan Kesihatan Kanak-kanak. Berita Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Abdullah Hassan, 1987. Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Kamarudin Hj. Husin, 1986. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Penerbitan Sarjana (M) Sdn.Bhd. Selangor Koh Boh Boon, 1980. Pengajaran Bahasa Malaysia. Utusan Publication, Kuala Lumpur. Koh Boh Boon, 1981. Pengajaran Pemulihan Dalam Bahasa Malaysia. Utusan Publication, Kuala Lumpur. Mohd.Hilmi Haji Ismail, 1982. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Safiah Osman (1990). Kanak-kanak dan pembacaan Dlm. Membaca : Satu Pengenalan. (Safiah Osman , Ed.) ms . 20-45. Berita Publishing Sdn . Bhd, Kuala Lumpur. Sofiah Hamid. (1983). Bacaan Bahasa Malaysia di Peringkat Sekolah Rendah, Utusan Publication, Kuala Lumpur

19

Lampiran
PULAU LANGKAWI Pulau Langkawi sebuah pulau yang indah dan terletak di negeri Kedah. Pulau Langkawi dikeliling oleh pulau-pulau kecil dan menjadi tumpuan para pelancong. Pelbagai kemudahan telah disediakan. Antaranya ialah hotel, kenderaan dan bot. Pulau Langkawi juga terkenal dengan peninggalan sejarahnya, iaitu Makam Mahsuri. Mengikut sejarah, Mahsuri telah menyumpah Pulau Langkawi menjadi padang jarak, padang tekukur selama tujuh keturunan.

1. 2. 3. 4. 5.

Di negeri manakah letaknya Pulau Langkawi ? __________________________________________________________________ Apakah kemudahan yang disediakan di Pulau Langkawi ? __________________________________________________________________ Apakah yang membuatkan Pulau Langkawi terkenal ? ___________________________________________________________________ Siapakah yang dijatuhi hukuman bunuh ? ___________________________________________________________________ Berapak lamakah Pulau Langkawi disumpah oleh Mahsuri ? ___________________________________________________________________

20

SWEE BEE YANG BAIK HATI Pada suatu hari, Swee Bee menaiki bas pergi ke bandar. Tidak berapa lama kemudian, bas itu berhenti dan seorang perempuan tua pun naik. Perempuan tua itu kelihatan tidak sihat. Dia berdiri terhuyung-huyang di dalam bas. Tiada seorang pun yang sudi memberikannya tempat duduk. Swee Bee berasa amat kasihan melihat perempuan itu. Dia terus berdiri dan mempersilakan perempuan tua itu duduk. Perempuan itu tersenyum dan terus duduk. Dia mengucapkan terima kasih. Swee Bee menceritakan peristiwa itu kepada ibu dan bapanya. Mereka memuji perbuatan Swee Bee yang baik itu.

1. 2. 3. 4. 5.

Ke manakah Swee Bee hendak pergi ? ___________________________________________________________________ Apakah kenderaan yang dinaki Swee Bee ? ___________________________________________________________________ Kenapakah perempuan tua itu berdiri terhuyung-hayang ? ___________________________________________________________________ Apakah perasaan Swee Bee terhadap perempuan tua itu ? ___________________________________________________________________ Siapakah yang memuji perbuatan Swee Bee itu ? ___________________________________________________________________

21

Anda mungkin juga menyukai