Anda di halaman 1dari 1

PHNOM PENH - Pemimpin-pemimpin Asean hari ini memutuskan penubuhan

Komuniti Asean pada 31 Disember, 2015 bila Malaysia mengambil alih jawatan
pengerusi Sidang Kemuncak Asean pada tahun itu, kata Datuk Seri Najib Tun
Razak hari ini.
Perdana Menteri berkata tarikh itu dipilih serentak dengan Sidang Kemuncak
Asean 2015 yang dihos oleh Malaysia di samping memberi masa yang cukup
bagi negara-negara anggota Asean membuat persiapan di peringkat kebangsaan
masing-masing.
Pada mulanya, pendapat umum di kalangan rakyat Asean, komuniti itu perlu
ditubuhkan menjelang 1 Januari, 2015.
Komuniti Asean akan berasaskan pada tiga tunggak utama Komuniti PolitikKeselamatan Asean, Komuniti Ekonomi Asean, dan Komuniti Sosio-Budaya
Asean.
Komuniti Asean, antara lain, akan dibentuk berasaskan norma-norma dan nilainilai rantau ini, penubuhan sebuah pasaran tunggal dengan penduduk 600 juta
dan aliran bebas perdagagan dan pelaburan.
Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak
Asean ke 21 di sini, Najib berkata mesyuarat hari ini mengesahkan bahawa 74.2
peratus daripada usaha ke arah pembentukan Komuniti Asean telah dicapai
setakat ini.
Oleh itu, setiap negara anggota perlu menggembleng inisiatif masing-masing
bagi merealisasi matlamat itu, kata beliau.
Mengenai isu Laut China Selatan, Perdana Menteri berkata para pemimpin Asean
mengakui bahawa isu sensitif itu perlu diselesaikan secara damai.
"Asean sedia berunding dengan China dan menyelesaikan isu itu menerusi
rundingan," kata beliau.
Selain China dan Taiwan, empat negara Asean iaitu Filipina, Vietnam, Malaysia
dan Brunei turut membuat tuntutan masing-masing ke atas sebahagian daripada
perairan itu. - Bernama

Anda mungkin juga menyukai