Anda di halaman 1dari 4

BABAK PERTAMA

Ketika suria memancar terang menusuk kalbu, ketika itulah Cikgu Annie mengeluh panjang
mengenang rutin bergelar pegawai pendidikan bagi anak bangsa yang istimewa di sisi
Tuhan.
Manju, tolonglah jangan buat saya sakit tekak. Tiap-tiap hari cikgu kena bertekak
dengan kamu ni. Dah la tak pandai. menyusahkan pula tu. Buat cikgu sakit hati je. Kan
elok lagi kalau kamu tidak datang ke sekolah. Baik duduk rumah, jaga dapur je. Hishh
hishhh hishhh
Setiap butir tuturan didengarinya namun tiada sebarang riak muka yang diberinya. Jiwanya
meronta kecil lalu berdiam tanpa bicara. Bukannya dibuat-buat pekak, namun itulah
hakikatnya.

Manju

merupakan

seorang

pelajar

berusia

10

tahun

tetapi

tahap

perkembangannya tidak menepati tahap yang sepatutnya. Manju Cuma dapat memahami
bahawa cikgunya yang berkulit putih gebu itu sedang mengamuk akan dirinya. Namun,
apakah sebabnya? Manju tidak dapat memahami bahasa cikgu tadi sedalam itu. Hanya
Tuhan Maha Pencita yang mengetahui sebab kenapa dia dilahirkan sebegitu rupa.
Eh, budak bengong. Kau bawa kotak pensel tu buat apa? Kau bukan nak belajar pun.
Cikgu ajar pun kau tak pandai. Tengok baju kau tu. Cam kain buruk je. Memang kau
tak reti pakai baju kemas-kemas eh? Bagi sini kotak pensel kau. Kau tak payah
berpura-pura nak belajar. Tak ke mana tinggi pun kau belajar
Entah, budak tak sedar diri. Sikit-sikit nak mengangis. Tapi, tau pula jalan sana sini.
Tak reti nk duduk satu tempat. Cam ayam berak kapur pula dibuatnya setiap hari.
Menyakitkan mata memandang je
Suara serau rakan-rakan sekelasnya pula yang kedengaran. Tidak berhati perut sedikit pun
rakan-rakannya itu terhadap dirinya yang tidak seperti kanak-kanak lain. Pernah juga
sesekali Manju menyesali kekurangan dirinya yang bergelar slow-learner , namun teringat
pesanan mendiang ibunya setiap kali dia menyesali kekurangan tersebut.
Manju, Tuhan tidak pernah menyifatkan manusia itu sempurna dari segi sempurna
kaki dan tangannya. Tidak guna sempurna fizikal jika janji pada Tuhan tidak
dikotakan. Tuhan menyifatkan manusia yang sempurna sebagai manusia yang
sempurna akhlak dan rohaniya. Bukan kita meminta untuk diberikan dugaan sebegini,
namun jika diberi kita harus setabah gunung untuk mengharungi detik-detik ini.
Kerana, Tuhan Maha Mengetahui berapa berat yang boleh dipikul oleh kedua-dua
bahu kamu ini.

Manju tersentak dari lamunan ketika mendengar usikan rakannya yang kuat. Begitulah rutin
Manju di kelas 4 Mawar itu saban hari.
BABAK KEDUA
Selamat pagi kelas, ini cikgu baru kamu, Cikgu Mogana yang akan mengajar Bahasa
Melayu menggantikan Cikgu Annie. Sila beri salam kepadanya (GURU BESAR)
Selamat pagi, cikgu
Selamat pagi murid-murid. Sila duduk. Baiklah, cikgu nak kamu memperkenalkan diri
kamu masing-masing dahulu ye
Nama saya Shalini
Nama saya Uma
Nama saya Suganthi
Giliran Manju untuk memperkenalkan diri namun tidak kedengaran sebarang bunyi dari peti
suaranya. Manakan hendak bertutur, Manju tidak pernah bercakap dengan mana-mana
rakan di dalam kelasnya selama ini. Apa yang menonjolkan Manju di dalam kelas ialah
pergerakan kakinya yang tidak pernah penat melangkah.
Ya, siapa nama kamu? Sila memperkenalkan diri kamu
Dia tu cacat, cikgu. Tak boleh cakap. Dia tau jalan je di dalam kelas. Bodoh balal,
cikgu. Hahahahahhaaa
Cikgu Mogana menjeling ke arah pelajar-pelajar tadi dan menegur mereka supaya senyap
dan tidak membuli. Dia tidak memaksa Manju untuk bersuara lagi dan meneruskan
pengajarannya tanpa melengahkan masa lagi. Namun, nun jauh di sudut hatinya, Cikgu
Mogana memikirkan punca kemurungan Manju sebentar tadi. Persoalan itu terbenam
bersama matahari yang melabuhkan tirainya di dalam laut biru di waktu senja.
BABAK KETIGA
Bulan berganti purnama maka tibalah Hari Kualiti di Sekolah Kebangsaan Kubang Pasu, di
mana pelajar-pelajar akan menerima rekod keputusan peperiksaan masing-masing.
Manakala, ibu bapa kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan rendah akan diberi
kaunseling oleh para guru.

Seperti biasa, Manju telah gagal dalam semua mata pelajarannya. Sesampai sahaja di
rumah, Manju telah dimarahi teruk oleh ayahnya.
Ayah tak faham la apa masalah kamu ni. Cuba tengok kakak kamu tu. Beza dua
tahun je dari kamu. Tapi, keputusan peperiksaannya tidak pernah menurun. Ayah
bangga dengannya. Mak kamu dah lama meninggal. Kamu dua orang je yang menjadi
harapan ayah sekarang ni. Tapi, kamu ni asyik gagal je dalam semua mata pelajaran.
Kalau macam ni, dah dewasa nanti kamu nk buat apa? Makan pasir? Minum angin?
Ayah tak nak tengok lagi muka kamu. Kamu pergi la mana-mana. Jangan nak beraniberani datang kat depan ayah lagi. Ayah benci kamu
Tangisan air mata menemani Manju sepanjang malam. Hanya itulah penawar hati yang
boleh diajak berbicara buat masa itu.
BABAK KEEMPAT
Cikgu Mona memulakan pengajarannya seperti biasa.
Baiklah murid-murid, sekarang ni cikgu nak kamu tulis karangan yang bertajuk
Pengalaman Pahit Yang Pernah Saya Alami. Cikgu tak nak ada yang meniru ye
Semua pelajar giat menyenaraikan isi dan menulis karangan. Tiba-tiba, Cikgu Mogana
tersentuh dengan aktiviti yang dilakukan oleh Manju. Manju tidak menulis karangan yang
disuruhnya malah, dia sedang melukis sesuatu. Cikgu Mogana meneliti butiran lukisan
tersebut. Manju melukis situasi di mana seorang kanak-kanak sedang memegang buku
rekod dan seorang lelaki dewasa memegang rotan serta terdapat seorang kanak-kanak
perempuan di belakangnya.
Setelah tamat waktu, Cikgu Mogana berjumpa dengan Manju secara individu dan
menanyakan rasional lukisan tersebut. Lama Manju berdiam diri dan kemudian dia
menjawablah bahawa ia merupakan situasi ayahnya memarahinya tempoh hari.
Cikgu Mogana terpesona dengan bakat yang dimiliki oleh Manju secara semula jadi. Mulai
hari itu, Cikgu Mogana semakin memahami punca tingkah laku Manju dan mendekatinya
secara individu dalam proses pengajaran saban hari. Makin lama, Manju semakin
menyayangi cikgunya dan menjadi rajin berusaha tanpa mengendahkan kekurangan yang
ada pada dirinya.
Ketika hari berganti bulan, tibalah sambutan Hari Guru. Pelbagai pertandingan telah
dianjurkan seperti pertandingan mewarna, melukis poster, menulis karangan dan
mendeklamasikan sajak. Cikgu Mogana memujuk Manju supaya melibatkan diri dalam

pertandingan melukis poster dengan menghadiahkannya peralatan melukis. Manju hanya


mengganguk sebagai tanda setuju bagi pujukan tersebut.
Tibalah hari keramat yang dinanti-nantikan. Pertandingan melukis poster pun bermula.
Manju melayangkan fikirannya ke atas awan biru memikirkan butiran lukisan yang bakal
dihasilkannya. Lalu, dia menggengam berus lukisannya dan melakarkan isi hatinya.
_________________________________________________________________________
(lakonan- para peserta melukis, juri menyatakan masa sudah tamat, juri menganalisis
lukisan)
Perhatian warga dewan Maka dengan keputusan muktamad para juri, adalah
diumumkan bahawa Johan bagi pertandingan melukis poster ialah adik Manju A/P
Muruhan dari kelas 4 Mawar.
Air mata membasahi pipi Manju. Dia memeluk erat Cikgu Mogana sebagai tanda terima
kasih. Pengacara mengangkat tinggi lukisan Manju. Manju telah melukis potret Cikgu
Mogana. Cikgu Mogana cukup terharu dengan lukisan tersebut.
Selamat Hari Guru Cikgu, terima kasih untuk semua
Terima kasih Manju. Tidak pernah cikgu menerima hadiah yang sebegitu
ikhlas.Cikgu bangga dengan kamu
Rakan- rakan yang pernah membulinya memberikan tepukan gemuruh dan memeluk Manju.
Detik tersebut mengakhiri nostalgia pahit Manju dan menjadi permulaan yang baru.

Merah- Cikgu() / GB(x)


Biru- Pelajar()
Hijau- Ibu( Vhaissnavi)
Oren- Ayah(x)
Ungu- Pengacara Majlis( Vhaissnavi)
Hitam- Pencerita (Jeevitha)

Anda mungkin juga menyukai