Anda di halaman 1dari 13

CADANGAN INTERVENSI BAGI

MENGATASI MASALAH BACAAN


Disediakan oleh :
Afifah Fazeera Bacho
Luqman Hakim
Ronney Dulasik
Vianica Jimal

~Masalah Bacaan~
Kemahiran membaca merupakan asas
untuk memahami proses pembelajaran yang lebih
kompleks. Proses membaca memerlukan urutan yang
berulang-ulang bagi memastikan para pelajar dapat
memahami apa yang sedang mereka baca serta
menguasai proses bacaan tersebut .

Masalah Bacaan~
Tidak dapat membunyikan huruf dengan betul dan salah sebutan.

Cara Mengajar Menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi


Kata (KGBK) :

~Kaedah Gabungan Bunyi Kata menyenaraikan beberapa


abjad vokal dan konsonan yang perlu diajar mengikut
tertibnya. Huruf vokal yang mula-mula diajar ialah a i u
dan susunan konsonan berikut;
bkcstmngljhyfwqvz
~Untuk menjelaskan kaedah ini, Isahak Harun (1979)
menggariskan beberapa langkah berikut;

i. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi tiga huruf vokal a, i


dan u. Dengan menggunakan kad imbasan. Buat latihan
membunyikan huruf itu beberapa kali, selang seli.

ii. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf


konsonan, misalnya b, dan k. dengan menggunakan kad
imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya murid dapat
menyebutkan bunyi tiap-tiap simbol itu dengan jelas.
iii. Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal
supaya menjadi suku kata.
ba bi bu
da di du
ka ki ku

Seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang


bermakna;
da da dada
ba ba baba
bu bu bubu
ku ku kuku

~Ulang ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua


perkataan menjadi ayat dan latih murid-murid
membacanya:
dada baba
bubu baba
kuku baba

iv. Perkenalkan gabungan lain;


a da ada
a ku aku
ku da kuda
bu ku buku
bu ka buka

Suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada


beberapa perkataan di atas;
baba ada buku
baba ada kuda
baba ada bubu
baba buka buku
Kemudian gantikan baba dengan aku dan ulang
membacanya. Seterusnya baca ayat-ayat berikut;
kuda dia
kuda baba
kuda aku/ ku

Gantikan kuda dengan buku, kuku dan ulang bertubi-tubi


dengan kad imbasan.
v. Perkenalkan gabungan bunyi lain seterusnya.

i bu ibu
bu di budi
u da uda
budi ibu
budi ibuku
budi uda
da a dia
ka ki kaki
kaki dia
kaki ibun
kaki kuda

Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan


berbagai-bagai perkataan yang dicipta;

ibu buku buku uda


baba uda bubu
udaku ada kuda
dia kaki kuda
vi. Seterusnya, bolehlah pula diperkenalkan bunyi
konsonan yang lain mengikut susunan yang telah
ditetapkan. Galakkan murid-murid mengenal sendiri
perkataan-perkataan baru dengan membuat latih tubi.

~Selain itu, prinsip yang perlu diingati ketika menggunakan kaedah ini
adalah;
i. Memperkenalkan terlebih dahulu vokal dan konsonan yang kerap
digunakan dalam ejaan Bahasa Melayu, kemudian baru perkenalkan
yang kurang digunakan. Hal ini bermakna tidak perlu memperkenalkan
huruf dan bunyi mengikut susunan biasa dalam abjad (a-z).
ii. Susunan nama-nama huruf dan cara menulis huruf besar boleh
dibuat secara tidak langsung kemudian.
iii. Tidak perlu memisah-misahkan dengan jauh dan jelas antara
langkah mengajar bunyi huruf, bunyi suku kata dan sebutan perkataan.
Boleh digabungkan dalam satu pelajaran.
iv. Memerlukan latihan membunyikan dan memandang huruf, suku kata
dan perkataan tertulis. Dengan itu penggunaan kad imbasan dan
papan hitam amat diperlukan.

vii. Akhir sekali, perkenalkan bunyi gugusan dalam ejaan bahasa


Melayu seperti;
ng bising, datang, sayang
nga nganga, singa
sy, sya syarat , syarikat
gh (gha) nyanyi, nyaring, punya
v. Kaedah ini juga cuba untuk mengurangkan penggunaan
gambar kerana mengganggu tumpuan murid membunyi dan
memandang lambing-lambang bunyi, suku kata dan perkataan
dengan cepat.
Hal ini bertujuan supaya murid-murid mendapat kemahirankemahiran asas untuk membaca sendiri perkataan-perkataan
baru dan seterusnya bahan-bahan bacaan secara berperingkatperingkat.

vi. Latihan dan ulangan yang munasabah dan beragam


amatlah penting untuk mengukuhkan kemahiran.

vii. Latihan menulis bolehlah dilakukan selepas tiap-tiap


latihan membaca. Latihan menulis berdasarkan perkataanperkataan yang dibaca supaya boleh meneguhkan
kemahiran membaca.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai