Anda di halaman 1dari 3

guys,hope you enjoy this story and take the moral value of that..

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"


Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran
usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.. TV sedang
menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang
sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu
dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya
yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya.
Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah
adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir
kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman
sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika terngiang-ngiang bicara lunak Qis.itu yang ditakdirkan.
Bimbinglah Qis, Qis
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke
pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan
tenangsayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai
wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin
isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri
lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk
menambah cawangan lagi satu.bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia,
hanya senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"
"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham," Qistina mengalih
pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri

pertama membuli isteri kedua.


Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa
dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.
Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik.
Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya.
Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering
dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba
mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf
Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu
Aliyah.pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya
Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu
jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan
padasentiasa mengiringi jejak langkahmu.
Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang
mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan.
Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi,
Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum
termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan
Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera
Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg
muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian
nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyahdibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir,

sayangkan Abg....
Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah Tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini
penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya
lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping
tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang
ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya,lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah
sayangkan Abg.... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari
wanita yang setanding dengan
Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!
MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah selamanya... You would only appreciate things when you lost it..dengan apa yg
kita ada.

Anda mungkin juga menyukai

  • BKA Lesson 8 Temuramah
    BKA Lesson 8 Temuramah
    Dokumen12 halaman
    BKA Lesson 8 Temuramah
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • 50 Tips Pikat Lelaki
    50 Tips Pikat Lelaki
    Dokumen2 halaman
    50 Tips Pikat Lelaki
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Siti - Meriah Aidil Fitri
    Siti - Meriah Aidil Fitri
    Dokumen1 halaman
    Siti - Meriah Aidil Fitri
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • ASDR
    ASDR
    Dokumen8 halaman
    ASDR
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Petua TIDUR Rasulullah S.A.W
    Petua TIDUR Rasulullah S.A.W
    Dokumen1 halaman
    Petua TIDUR Rasulullah S.A.W
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • ASDR
    ASDR
    Dokumen8 halaman
    ASDR
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Talkin
    Talkin
    Dokumen4 halaman
    Talkin
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Aaa
    Aaa
    Dokumen8 halaman
    Aaa
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • The Bird Who Wouldn Fly
    The Bird Who Wouldn Fly
    Dokumen5 halaman
    The Bird Who Wouldn Fly
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Kuliah 3
    Kuliah 3
    Dokumen3 halaman
    Kuliah 3
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Kuliah 2
    Kuliah 2
    Dokumen2 halaman
    Kuliah 2
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Ooke
    Ooke
    Dokumen3 halaman
    Ooke
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Kuliah 1
    Kuliah 1
    Dokumen3 halaman
    Kuliah 1
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Contohskriptemubual
    Contohskriptemubual
    Dokumen2 halaman
    Contohskriptemubual
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Doa-Doa Untuk Diamalkan
    Doa-Doa Untuk Diamalkan
    Dokumen8 halaman
    Doa-Doa Untuk Diamalkan
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat