Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Pertanian merujuk kepada penggunaan tenaga manusia ke atas alam sekitar dengan
bertujuan menjadikan tumbuh-tumbuhan dan haiwan itu bermanfaat dan mampu memenuhi
kehendak serta keperluan manusia (Minderhoko, 1948). Menurut pandangan Kaslan Tohir,
pertanian merujuk kepada cabang penghasilan di mana terdapat perubahan bahan-bahan tidak
organik kepada bahan organik dengan bantuan tumbuh-tumbuhan atau haiwan. Proses ini
bersifat produktif atau saling boleh diperbaharui sepanjang masa (Kaslan Tohir, 1952).
Sektor pertanian telah menjadi suatu aspek yang penting dalam pembangunan
sosioekonomi di Malaysia. Kegiatan pertanian pada masa dahulunya hanya terhad kepada
aktiviti pertanian sara diri dan tradisional. Tanaman industri seperti tanaman getah mula
diperkenalkan pada tahun 1887 apabila benih getah telah ditanam di Kuala Kangsar, Perak.
Dengan tertubuhnya, Institut Penyelidikan Getah pada tahun 1926 telah menjadi pencetus
utama Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadi pengeluar utama getah asli di dunia
untuk beberapa kurun sehinggalah berakhirnya tahun 1980-an. Hal ini telah menyumbang
kepada pendapatan Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) yang telah meningkat daripada
RM3.6 bilion pada tahun 1985 kepada RM6.8 bilion pada tahun 1995, peratus peningkatan
adalah sebanyak 5.6%. Malah, berlaku juga peningkatan jumlah kawasan tanaman sawit iaitu
dari 1.5 juta hektar pada tahun 1985 kepada 2.5 juta hektar pada tahun 1995. Dalam tempoh
10 tahun ini sedikit sebanyak menunjukkan kemampuan industri tanaman sawit menjana
perkembangan ekonomi negara melalui pembukaan tanah untuk kegiatan tanaman tersebut.
Selaras dengan perkembangan tersebut, maka lahirlah institusi-institusi pembangunan
kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensiagensi pembangunan wilayah bagi tujuan menggiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk
tanaman industri. Hal ini juga dilaksanakan bagi mencapai matlamat untuk membasmi
kemiskinan dalam perancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Selain itu, agensi-agensi khusus

seperti FAMA (1965), Bank Pertanian Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga
Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971),
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian
Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi
yang lain telah ditubuhkan bagi menyediakan kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit
dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasaran malah menggiatkan lagi pembangunan
sektor pertanian.
Sejak pelaksanaan Dasar Pertanian Negara 1(DPN) yang bermula pada 1984 dan DPN
2 mulai 1992, kadar pertumbuhan sektor pertanian telah mencatatkan purata tahunan
sebanyak 3.2%. Pada tahun 1995, jumlah nilai tambah pertanian telah meningkat kepada
RM16.2 bilion dari 10 tahun sebelumnya iaitu RM11.9 bilion pada tahun 1985. Nilai eksport
barangan pertanian pula telah menunjukkan peningkatan dari segi pertumbuhan purata
tahunannya sebanyak 9.8% iaitu RM 13.9 bilion pada tahun 1985 kepada RM 35.4 bilion
pada tahun 1995.

PENUBUHAN FEDERAL AGRICULTURAL MARKETING AUTHORITY (FAMA)

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA


(Federal Agricultural Marketing Authority) ialah sebuah agensi pemasaran yang ditubuhkan
di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Setelah penubuhannya,
pelbagai perkhidmatan telah dirangka dan disediakan kepada para petani dan penternak di
negara ini.

Pelbagai program dan projek diperkenalkan untuk meningkatkan mutu dan kualiti
hasil pertanian sama ada untuk dieksport atau hasil pertanian yang diimport dari negara luar.
Jadi, FAMA bertanggungjawab untuk menentukan kualiti yang dibenarkan untuk menerima
hasil pertanian dari luar negara atau menjual hasil pertanian negara kita ke luar negara.
Inisiatif yang dirangkan oleh agensi kerajaan ini bertujuan untuk member manfaat kepada
para petani yang ingin memasarkan hasil tanaman mereka. Selain itu, sekiranya hasil tanaman
tersebut dipasarkan ke luar negara, secara langsung ia juga mendatangkan keuntungan kepada
negara. Begitu juga dengan ternakan, ia perlu sihat dan bebas daripada ancaman penyakit
sebelum dipasarkan.

Oleh yang demikian, tahap kualiti pertanian negara dapat dijaga dan distabilkan
selaras dengan kehendak dunia yang menginginkan tanaman hijau yang bebas daripada
ancaman serangga perosak atau racun tanaman yang berupaya mendatangkan kanser kepada
kita. Dengan itu, perlunya FAMA untuk menentukan sama ada hasil pertanian tersebut
selamat untuk dipasarkan atau tidak.

FUNGSI FAMA DALAM MEMBANTU SEKTOR PERTANIAN

Setiap agensi kerajaan mempunyai fungsi atau tugas-tugasnya yang tersendiri seperti
mana yang telah ditetapkan. Jadi, FAMA juga mempunyai fungsi yang tersendiri dalam
bidang pertanian.

Fungsi pertama FAMA ialah menyelaras aktiviti-aktiviti pemasaran pertanian sama


ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan kerajaan. Dalam hal ini, FAMA berkuasa
terus ke atas pemasaran yang berlaku dalam pihak kerajaan atau swasta. Mereka perlu
mengetahui dan membuat pemeriksaan terhadap hasil pertanian yang ingin dipasarkan oleh
pihak-pihak berkenaan. Pemantauan yang dilakukan oleh FAMA penting untuk menentukan
kualiti hasil pertanian tersebut sebelum ianya dipasarkan ke tempat lain.

Fungsi kedua FAMA pula memperbaiki sistem pemasaran dan memperluaskan serta
memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil pertanian Malaysia. Dalam hal ini, pihak FAMA
ingin memajukan pasaran baru untuk memperkenalkan hasil pertanian yang baik di bawah
kelolaan FAMA. Dengan ini, orang ramai akan lebih yakin untuk membeli hasil pertanian
selepas ia dijamin kualitinya oleh FAMA. Promosi turut diadakan seperti banner dan poster
untuk menggalakkan orang ramai untuk membeli hasil pertanian keluaran FAMA. Iklan juga
dipaparkan di televisyen untuk mempromosikan hasil pertanian tempatan kepada seluruh
rakyat Malaysia.

Bagi meningkatkan lagi tahap kualiti buah-buahan dan juga mempromosikan buahbuahan berkualiti kepada para pembeli, jenama Malaysias Best telah diperkenalkan.
Dengan itu, pembeli tidak lagi perlu menggunakan kaedah tradisional untuk memilih buahbuahan yang dibeli sama ada dengan menggunakan cara menggoncang, memicit menghidu
atau merasa buah-buahan tersebut sebelum membeli. Program nasional ini dilaksanakan oleh
Kemeneterian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensinya FAMA. Hasil pertanian
yang berada di bawah jenama ini menjalani sistem pemilihan yang ketat sejak dari bjih benih
lagi sehingga buahnya.

Kemudian, FAMA juga berfungsi untuk bekerjasama dengan pihak swasta dan agensi
kerajaan bagi mewujudkan sistem pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan. Dalam hal
ini wujudnya Agrobazar Kedai Rakyat untuk menjual hasil pertanian yang dihasilkan oleh
orang kampung dalam harga yang telah ditetapkan. Dengan adanya medium ini, segala hasil
pertanian yang ada dapat dijual dengan sistematik. Para penjual juga dapat memaksimumkan
keuntungan mereka hasil daripada jualan tersebut.

Selain itu, FAMA juga berperanan untuk membangunkan dan memajukan pengurusan
yang cekap di dalam industri pertanian berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau
pemprosesan hasil-hasil pertanian. Dengan itu, pihak FAMA telah mewujudkan Pasar Tani.
Petani atau pengeluar perlu memasarkan hasil keluaran mereka kepada pembeli atau
pengguna. Oleh itu, Pasar Tani menjadi Medan Pertemuan Pengeluar-Pengguna telah
menjadi institusi pemasaran yang utama di negara ini. Pasar Tani ini dilancarkan pada 31
Januari 1985 di Johor Bharu. Dengan wujudnya Pasar Tani ini, diharapkan lebih ramai petani
bersikap lebih responsive dilahirkan serta

mempercepatkan proses

pembangunan

sosioeonomi masyarakat tani iaitu selaras dengan Dasar Pertanian Negara (DPN).

Fungsi terakhir FAMA ialah melibatkan secara langsung di dalam industri pertanian
terutamanya di dalam aktiviti pemasaran dan pemprosesan hasil-hasil pertanian. Dengan
penglibatan pihak FAMA, para petani dapat meningkatkan jualan mereka dan menjamin
kualiti hasil pertanian setelah mendapat kerjasama dan bantunan daripada FAMA. Selain
daripada dapat meningkatkan pendapatan mereka, para petani juga dapat memajukan serta
meningkatkan kualiti hasil keluaran pertanian mereka.
Institusi FAMA dijangka mampu meningkatkan keupayaan untuk pemasaran hasilhasil pertanian melalui pembangunan pusat pengedaran, pusat pengumpulan dan peningkatan

bilangan pasar tani sebanyak 50 buah di seluruh negara sebagai tambahan kepada 230 yang
sedia ada. Bagi merealisasikan tujuan tersebut, sebanyak RM39 juta telah diluluskan oleh
kerajaan pada tahun 2008. Tambahan pula, daripada jumlah ini, disediakan juga wang
pusingan urus niaga sebanyak RM25 juta bagi membolehkan pembelian hasil pertanian.

HALANGAN DALAM MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN

Masalah Kekurangan Tenaga Buruh


Dalam sektor pertanian di Malaysia pada masa ini, masalah utama yang sering kali
dihadapi adalah masalah kekurangan tenaga buruh bagi menggerakkan sektor ini ke tahap
yang lebih optimum. Hal ini demikian kerana, pada umumnya golongan muda yang menjadi
tunjang pembangunan negara kurang berminat untuk menceburi dan bergiat dalam bidang
pertanian. Mereka menganggap sektor ini adalah sektor yang tidak popular dan tidak mampu
menghasilkan pulangan yang lumayan. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Persatuan
Peladang Bersatu Malaysia (UPAM), jumlah dan bilangan ladang yang yang mengalami
masalah tenaga buruh di Semenanjung Malaysia semakin meningkat tahun demi tahun.
Peratusan menunjukkan tenaga kerja yang berumur 55 tahun ke atas adalah sebanyak 21.4%
dari keseluruhan. Manakala saiz dan keluasan tanah yang diusahakan adalah bersaiz kecil dan
agak kurang ekonomik, iaitu berjumlah hanya 65% daripada jumlah pesawah yang
mengusahakan tanaman padi mempunyai keluasan tanah kurang dari 1 hektar sahaja.

Masalah Tanah Yang Tidak Diusahakan (Tanah Terbiar)


Masalah tanah terbiar ini adalah juga satu cabaran besar yang dihadapi oleh sektor
pertanian di Malaysia. Contohnya pada tahun 1981, tanah terbiar yang tidak diusahakan oleh
pemilik tanah adalah seluas 890 000 hektar di seluruh semenanjung Malaysia. Daripada
jumlah ini, seluas 160 863 hektar dan adalah terdiri dari tanah sawah, manakala tanah bukan
sawah adalah seluas 728 127 hektar. Seterusnya pada tahun 1986, jumlah tanah terbiar telah
mencatatkan penurunan iaitu kepada 553 372 hektar yang merangkumi tanah sawah seluas
125 256 hektar adalah tanah sawah dan selebihnya iaitu 428 117 hektar tanah adalah tanah
bukan sawah. Namun pada tahun 1987, tanah terbiar yang dicatatkan menunjukkan
peningkatan semula. Pada tahun tersebut, sejumlah 654 413 hektar tanah terbiar yang
merangkumi 89 399 hektar adalah terdiri dari tanah sawah manakala selebihnya iaitu 565 014
hektar adalah tanah bukan sawah (Abd. Malik dan Mohaini, 1992). Pada tahun 1990, tanah
terbiar yang wujud telah mencatat penurunan mendadak iaitu kepada 57 597 hektar sahaja
(Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia 1994).

Cabaran Di Peringkat Antarabangsa


Sektor pertanian negara juga menghadapi cabaran besar di peringkat antarabangsa.
Selepas penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), kedudukan dan survival sektor
pertanian Malaysia menjadi semakin sengit dan mencabar. Hal ini demikian kerana faktor
liberalisasi dalam perdagangan antarabangsa menyebabkan persaingan dalam sektor pertanian
menjadi semakin sengit. Sektor pertanian boleh terjejas jika tidak mampu bersaing dari segi
produktiviti pertanian dengan negara lain. Malaysia perlu meningkatkan daya pengeluaran
jika mahu terus bersaing dalam sektor pertanian. Hal ini memberi cabaran besar kepada

negara untuk terus memperkasakan sektor pertanian di malaysia ke satu tahap yang lebih
tinggi dari biasa.
Ketika krisis kewangan yang melanda Asia pada tahun 1997 yang dicetuskan oleh George
Soros, imbangan dagangan makanan telah mengalami defisit sebanyak RM 4.7 bilion pada
tahun 1997 berbanding dengan tahun 1994 iaitu sebanyak RM 2.2 bilion. Jumlah defisit ini
terus meningkat untuk beberapa tahun terutamanya tahun 2001, defisit yang dicatatkan
adalah sebanyak RM 5.7 bilion. Nilai ringgit yang jatuh telah menyebabkan harga untuk
mengimport input pertanian dan bahan makanan telah meningkat dengan ketara. Situasi
tersebut telah merencatkan dan memberi kesan negatif kepada perkembangan sektor
pertanian negara pada masa itu. Pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan
ternakan) dan input pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada
1990. Pada tahun 1997 (Januari-Oktober) importnya adalah RM9.1 bilion. Malaysia
mengalami defisit dalam perdagangan makanan (termasuk makanan binatang) dan input
pertanian. Ini bermakna terdapat lebihan aliran keluar wang negara bagi membiayai import.
Pada tahun 1996 eksportnya adalah sebanyak RM4.2 bilion, dan pada 1997 (Januari-Oktober
1997) adalah RM4.5 bilion. Ini bermakna defisit dalam perdagangan makanan dan input
pertanian ialah RM6.3 bilion pada 1996, dan RM4.6 bilion pada 1997.

Anda mungkin juga menyukai

  • 50 Tips Pikat Lelaki
    50 Tips Pikat Lelaki
    Dokumen2 halaman
    50 Tips Pikat Lelaki
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Madu
    Madu
    Dokumen3 halaman
    Madu
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Talkin
    Talkin
    Dokumen4 halaman
    Talkin
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Petua TIDUR Rasulullah S.A.W
    Petua TIDUR Rasulullah S.A.W
    Dokumen1 halaman
    Petua TIDUR Rasulullah S.A.W
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • ASDR
    ASDR
    Dokumen8 halaman
    ASDR
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Siti - Meriah Aidil Fitri
    Siti - Meriah Aidil Fitri
    Dokumen1 halaman
    Siti - Meriah Aidil Fitri
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Aaa
    Aaa
    Dokumen8 halaman
    Aaa
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • The Bird Who Wouldn Fly
    The Bird Who Wouldn Fly
    Dokumen5 halaman
    The Bird Who Wouldn Fly
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Kuliah 3
    Kuliah 3
    Dokumen3 halaman
    Kuliah 3
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Kuliah 2
    Kuliah 2
    Dokumen2 halaman
    Kuliah 2
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Ooke
    Ooke
    Dokumen3 halaman
    Ooke
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Kuliah 1
    Kuliah 1
    Dokumen3 halaman
    Kuliah 1
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Contohskriptemubual
    Contohskriptemubual
    Dokumen2 halaman
    Contohskriptemubual
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • Doa-Doa Untuk Diamalkan
    Doa-Doa Untuk Diamalkan
    Dokumen8 halaman
    Doa-Doa Untuk Diamalkan
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat
  • BKA Lesson 8 Temuramah
    BKA Lesson 8 Temuramah
    Dokumen12 halaman
    BKA Lesson 8 Temuramah
    Noemi Chambers
    Belum ada peringkat