Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Individu

Nama

: Norizan Binti Hj.Johari

No. k/p

: 660903-04-5474

Saya telah diberi tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Pentaksiran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah (BMM3103) pada tutriol ke-2 . Di dalam tugasan ini kami
perlu menyiapkan secara berkumpulan dua orang.
Setelah mendapat penerangan panjang lebar daripada pensyarah, kami
memahami apa yang diperlukan daripada tugasan ini. Setelah melakukan
perbincangan, kami telah membahagikan tugasan bagi memudahkan kerja kami dalam
merangka jalan kerja yang ingin dilakukan.
Rakan-rakan banyak membantu apabila kami menghadapi masalah dalam
menyiapkan tugasan ini. Semasa interaksi ke-3, kami mendapat penjelasan panjang
lebar daripada Pensyarah Pn.Norida . Perbincangan dan pertemuan yang diadakan,
akhirnya kami memurnikan kembali kerja kursus kami ini.
Kami sabar dalam menghadapi situasi ini, disamping bebanan kerja di sekoah.
Sebagaimana yang diketahui pada awal tahun, kami sibuk dengan aktiviti kurikulum
dan kokurikulum. Saya perlu melatih murid untuk menyiapkan mereka dalam
Pertandingan Bercerita peringkat kawasan. Melatih murid dalam olahraga untuk
persiapan MSSN dan sebagainya. Sebagai Guru Data dan Setiausaha Peperiksaan,
awal persekolah adalah terlalu sibuk untuk saya mengemaskini data guru dan juga
mendaftarkan murid-murid untuk peperiksaan UPSR.
Walaupun dalam kesibukan mengajar dan belajar , akhirnya, kami dapat
menyiapkan tugasan yang diberi. Setelah selesai kerja kursus ini, kini kefahaman saya
tentang Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah semakin tinggi dan saya akan
mengaplikasikan dalam pengajaran saya supaya pengajaran dan pembelajaran saya
akan lebih menarik minat murid-murid saya.

40

41

Anda mungkin juga menyukai