Anda di halaman 1dari 5

GURU DAN ALAM PENDIDIKAN

Guru sebagai pengamal ilmu

Ilmu yang diperolehi oleh guru mesti diamalkan untuk manfaat diri, masyarakat dan Negara.

Mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan ilmu yang baik, meninggikan
adab murid serta memberi petunjuk ke arah jalan yang benar.

Perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya,


bersumbangsaran dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru.

Mempraktikkan dan memperkembangkan ilmu untuk tujuan-tujuan kebajikan, perkhidmatan dan


sumbangan.

Guru sebagai pengamal kemahiran


Guru yang mempunyai kemahiran professional yang tinggi:
Menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak
selaras dengan falsafah pendidikan negara.
Cekap menjalankan tugas-tugas pengajaran, bimbingan dan aktiviti kokurikulum berlandaskan
amalan-amalan teori pendidikan.
Mencari jalan menambah ilmu dan kemahirannya untuk meningkatkan kecekapannya dalam
pengajaran dan peka terhadap perkembangan profesionalnya.
Tidak mengabaikan tugas-tugas sosialnya terhadap masyarakat.
Mempunyai dedikasi yang tinggi serta mengambil berat tentang murid-muridnya.

Guru sebagai pembentuk nilai

Membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan menjadi insan yang mempunyai
nilai-nilai murni yang tinggi.
Menyampaikan nilai-nilai moral, nilai-nilai agama, nilai-nilai terminal, nilai-nilai instrumental, dan
tatasusila kepada murid-muridnya.
Menanam kesedaran, kefahaman dan keyakinan dalam murid-murid serta semangat

mencintakan nilai-nilai suci.


Menyebarkan ilmu dan sentiasa berusaha menunjukkan kepada anak muridnya isu-isu yang

bermoral dan betul supaya murid-murid akan mempunyai peribadi yang seimbang dalam
pemikiran dan tindakan.

Menjadi role model yang akan diteladani oleh para murid serta orang di sekelilingnya.

Guru sebagai pendidik

Memperkembangkan potensi murid-murid daripada semua aspek JERI (jasmani, emosi, rohani,

dan intelek).
Diberikan amanah untuk mendidik generasi yang baru.

Melengkapkan diri dengan ilmu pendidikan yang terkini dan canggih.


Menghasilkan rakyat yang dapat berfikir dengan kritis dan kreatif.
Berdasarkan kurikulum emergent (terkini), peranan pendidik kini sudah berubah kepada
seorang pemudahcara dan pembimbing.

Guru sebagai agen sosialisasi

Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan sahaja, tetapi perlu memupuk sikap, nilai

dan sahsiah murid-murid yang sempurna selaras dengan kehendak masyarakat.


Guru mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat dan boleh menggunakan statusnya

untuk menyebarkan nilai-nilai positif kepada ahli masyarakat.


Guru perlu memastikan bahawa perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid adalah
sejajar dengan nilai dan norma serta kehendak masyarakat.

Guru sebagai agen perubahan


Malaysia menghadapi arus kemajuan dan cabaran dalam abad ke-21.
Justeru, keperluan terhadap pembentukkan akhlak mulia di kalangan murid semakin mendesak

memandangkan masalah-masalah sosial yang timbul selari dengan kepesatan kemajuan dunia.
Masalah-masalah disiplin di peringkat persekolahan seperti ponteng, merokok dan

penyalahgunaan dadah dapat ditangani sekiranya guru berjaya membina kesepaduan antara
ilmu dan pembentukkan akhlak yang mulia dalam diri murid-murid.
Guru harus berperanan sebagai agen perubahan dalam system pendidikan di mana ia harus

mengubah daripada stail pengurusan dan kepimpinan yang bersifat autokratik kepada
demokratik.
Peranan guru sebagai agen perubahan perlu berasaskan perkara-perkara berikut:
(a) Mengubah
daripada
strategi
berpusatkan
guru
kepada
pemusatan murid.
(b) Guru
mengamalkan
sifar
penyayang
terhadap
murid,
rakan
ketua, staf sokongan dan sekolah.
(c) Guru juga perlu bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia
untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan.

strategi
sejawat,

Guru sebagai penggerak masyarakat

Guru perlu memperbaharui ikrar dan azam mereka untuk menggunakan segala tenaga dan
keupayaan yang ada pada diri mereka untuk membantu membangunkan bangsa Malaysia yang
bersatu dan berbudaya ilmu.
Guru berperanan sebagai penggerak utama ke arah menghasilkan perubahan-perubahan besar
yang perlu dilakukan demi mencorakkan masa depan rakyat Malaysia.

Guru mempunyai kuasa istimewa untuk membentuk budaya, minda, nilai, sikap dan watak
remaja negara yang bakal menentukan nasib masyarakat pada masa hadapan.

Guru sebagai Pembina Negara


-

membantu pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka


dilihat dari aspek kesedaran keguruan adalah mulia
berakhlak mulia, mempunyai semangat berjuang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan
bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan Negara
Pembina generasi cemerlang

Guru sebagai penyebar ilmu


a)
b)
c)
d)
e)
f)

mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan berkemahiran daripada pelbagai disiplin
dalam kurikulum sekolah
memiliki sifat:
amanah,
dedikasi,
komited pada tugas,
ikhlas,
sanggup berkorban masa dan tenaga
sikap suka membantu

g) menyampaikan ilmu kepada murid-murid

Peranan guru penyayang


-

dapat mewujudkan murid yang mengamalkan budaya penyayang


melahirkan murid yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui perdedahan hidup
masyarakat sejagat

bertimbang rasa dan penyayang dapat melahirkan murid yang bersahsiah matang.

Guru sebagai pakar rujuk


-

Memiliki ciri ciri berikut:

a) Kecemerlangan peribadi
b) Kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran
c) Kecemerlangan kerja
d) Kecemerlangan komunikasi
e) Kecemerlangan potensi
Dari segi pengetahuan dan kemahiran, pakar :
Peka dan prihatin kepada keperluan dan kebajikan murid
Bijak mengurus masa, bahan, sumber, alat P &P

Menyediakan program tindakan susulan


Dari segi komunikasi, pakar:
Perintis sesuatu usaha dan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan
Dari segi kerja, pakar:
Meningkatkan hasil pembelajaran menerusi peningkatan minat dan penglibatan murid
Menerusi kejayaan dalam membimbing murid
Dari segi potensi, seorang guru sebagai pakar;
Guru yang berwawasan
Belajar untuk meningkatkan kerjaya
Terlibat dalam kursus, seminar dan khusus
Menyumbang tenaga dan kepakaran kea rah kejayaan sekolah

Guru sebagai mentor


-

harus mudah didampingi oleh murid


peranan : mengurangkan kekeliruan murid
memberi penyelesaian masalah yang berkesan kepada murid
menunjukkan empati kepada masalah menteenya
kemahiran mendengar yang baik

Guru sebagai pengurus


-

menguruskan pengajaran dan rutin bilik darjah serta aktiviti murid-murid

sebagai pengurus di sekolah dan di dalam bilik darjah


menguruskan persediaan mengajar membolehkan dia mengajar secara teratur
menguruskan perancangan penilaian
menguruskan rutin bilik darjah dan tingkah-laku murid

Guru sebagai penyelidik


-

sentiasa meningkatkan kualiti pengajarannya


menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan amalan P &P
menggunakan alat Bantu mengajar serta mengkaji keberkesanannya
menjalankan penyelidikan dengan kaedah kes, soal-selidik, pemerhatian, temubual dsb

Guru sebagai patriot


-

melahirkan jitu semangat patriotisme dalam kalangan murid


menerapkan semangat patriotisme dengan mengendalikan program mingguan Bahasa Melayu
dan kempen-kempen

Guru sebagai pengamal reflektif

sentiasa membuat pertimbangan dan pemikiran yang mendalam sebelum membuat


pertimbangan dan pemikiran yang mendalam
supaya murid-murid memperolehi kemahiran berfikir kritis dan kreatif
Pengertian: satu aktiviti pengajaran yang dirancang oleh guru untuk menggalakkan muridmuridnya untuk membuat pemikiran inkuiri dan kritis serta kreatif
Proses pengajaran :
Guru melibatkan murid dalam proses penyelesaian masalah yang spesifik
Murid mengaitkan idea yang hendak dikaji dengan pengalaman yang sedia ada
Murid mengemukakan soalan kendiri dalam menyelesaikan masalah
Murid mengusuli hipotesis dan andaian berkaitan dengan situasi penyelesaian masalah
Murid mengemukakan kemungkinan penyelesaian yang wajar
Murid menilai kemungkinan penyelesaian masalah secara kritis dan kreatif
Tindakan susulan
Guru menyuruh murid menyediakan portfolio refleksi untuk menyimpan maklumat mengenai
soalan penyelesaian masalah
Murid membuat penulisan reflektif dan mencadangkan tindakan susulan yang sesuai
Murid mendapat bimbingan daripada guru
Maka, wujud kolaborasi antara guru dan murid dan pakar dalam bidang tertentu

Anda mungkin juga menyukai