Anda di halaman 1dari 39

Pendahuluan

1. Text penterjemahan ini adalah penterjemahan Sun Tzi Art of War daripada teks
asalnya dalam bahasa Cina. Penterjemahan ini dilakukan dengan pendekatan yang
mementingkan ketepatan maksud dari segi hurufiah tanpa menjejaskan
kebolehbacaannya. Pendekatan ini diambil supaya masalah over-tafsir dapat
dielakkan.

2. Text ini merupakan draft pertama dan masih memerlukan pengeditan. Salah satu
masalah dalam penterjemahan ialah hasilnya tidak dapat difahami oleh pengguna
bahasa sasaran yang asli. Saya telah berusaha penuh supaya hasil penterjemahan
ini boleh difahami oleh pengguna bahasa sasaran yang asli. Tetapi semakan masih
perlu di buat sebelum text ini diterbitkan.

3. Text terjemahan Sun Tzi Art of War dalam bahasa Inggeris yang digunakan
sebagai bandingan adalah daripada laman web http://ctext.org/school-of-themilitary

Bab 1: Rancangan
1. Sunzi berkata, ketenteraan merupakan perkara besar bagi sesebuah Negara. Ia
tempat yang menentukan hidup mati. Dao (hikmah) yang menentukan wujud
lenyap. Perkara ini tidak harus diabaikan.

2. Perkara ini(ketenteraan) harus dikira berdasarkan lima unsur. Lima unsur ini
harus dikira supaya situasi sebenar dapat diduga. Yang pertama, kemoralan, Yang
kedua, langit(musim dan cuaca). Yang ketiga, tanah(geografi). Yang kelima,
kepanglimaan. Yang kelima, fa (tatacara dan disiplin).

3. Kemoralan menyebabkan rakyat bersepakat dengan pemerintah. Dengan itu,


mereka sanggup mati dan hidup bersama pemerintah, malahan tidak takut pada
bahaya.

4. Unsur langit adalah berkaitan dengan siang dan malam, panas dan sejuk, serta
peralihan musim.

5. Unsur tanah adalah berkaitan dengan jauh dan dekat, genting dan tidak genting,
luas dan sempit, hidup dan tidak hidup(mudah keluar masuk atau tidak)

6. Kepanglimaan adalah berkaitan dengan kebijaksanaan, kejujuran, kasih sayang,


keberanian dan ketegasan.

7. Fa (tatacara dan disiplin) adalah berkaitan dengan formasi askar, birokrasi, dan
juga perbelanjaan.

8. Lima perkara ini harus diketahui oleh semua panglima. Orang yang
mengetahuinya akan menang manakala orang yang tidak mengetahuinya akan
kalah.

9. Untuk mengetahui situasi sebenar,perkara berikut harus dikira:


a. Siapakah raja yang lebih bermoral?
b. Panglima siapa yang lebih berkebolehan?
c. Pihak siapa yang berkedudukan baik dari segi geografi dan masa?
d. Pihak siapa yang undang-undangnya terlaksana dengan baik?
e. Askar siapa yang lebih kuat?
f. Siapakah yang adil dalam memberi hukuman dan memberi ganjaran?
Dari situ, saya akan tahu siapa yang akan menang dan kalah. Jika seorang
panglima mengguna akal saya, dia pasti akan menang. Maka simpanlah dia di sisi.
Jika seorang panglima enggan mengguna akal saya, dia pasti akan kalah. Maka
singkirlah dia.
10. Sesudah mendengari manfaat daripada akal saya, maka fokuslah pada shi sebagai
bantuan tambahan di luar. Shi, maksudnya membuat penyelerasan mengikut
keperluan.

11. Ketenteraan ialah muslihat. Kalau mampu, tunjukkanlah semacam tidak mampu.
Kalau nak guna satu cara, tunjukkanlah semacam tidak mahu menggunanya.
Kalau dekat , buatlah semacam jauh. Kalau jauh, buatlah semacam dekat.

12. Umpanlah musuh dengan sedikit kebaikan. Tawanlah musuh semasa dia dalam
keadaan kelam-kabut. Buat persediaan jika musuh mantap. Mengelak jika musuh
kuat. Sejukkan semangat musuh jika semangat musuh berkobar-kobar. Riakkan
musuh jika musuh rendah diri dan bersikap cermat. Buatlah musuh letih bergerak
jika musuh dalam keadaan diam dan selesa. Hasut musuh jika mereka dalam
hubungan yang baik. Seranglah musuh semasa dia tidak bersedia. Bertindaklah
dalam keadaan tidak terjangka-jangka. Semua ini rahsia kemenangan untuk
militer dan tidak harus disebarkan.

13. Jangkaan boleh menang akan terhasil jika pengiraan dalam rancangan ketenteraan
banyak. Jangkaan tidak boleh menang akan terhasil jika pengiraan dalam

rancangan ketenteraan sedikit. Pengiraan yang banyak maksudnya menang.


Pengiraan yang sedikit maksudnya kalah. Apatah lagi dengan tidak membuat
pengiraan? Saya dapat melihat menang dan kalah dengan merujuk kepada perkara
ini.

Bab 2: Melancarkan Peperangan

1. Dalam melancarkan peperangan, biasanya memerlukan seribu buah pedati perang,


seribu buah kereta pengangkutan, seratus ribu orang askar dan juga operasi logistik
sejauh seribu batu. Perbelanjaan luar dan dalaman (dalam negara dan di medan
peperangan), perbelanjaan untuk tetamu(untuk persahabatan antara negara),
perbelanjaan untuk cat dan getah, perbelanjaan untuk perisai dan kenderaan,
jumlahnya boleh sampai seribu dinar sehari. Hanya dengan itu, tentera seratus ribu
orang boleh digerakkan.

2. Setelah melancarkan peperangan, senjata askar akan tumpul jika kemenangan tak
sampai-sampai. Jika menyerang kota, tenaga akan semakin kurang. Jika
mendedahkan tentera di luar dengan lama, perbelanjaan dalam negeri akan menjadi
suntuk. Apabila askar lemah, senjata tumpul, tenaga kurang, barangan kurang,
hulubalang yang lain akan mengambil kesempatan untuk bangkit. Keadaan ini sukar
dibereskan walaupun oleh seorang yang bijaksana. Oleh itu, biar nampak kurang
bijak tetapi cepat. Tak pernah pun wujud bijak tetapi lambat. Tiada negara yang
mendapat manfaat daripada peperangan yang lama.

3. Jika seseorang tidak tahu keburukan menggunakan tentera, semestinya dia tidak
tahulah kebaikan menggunakan tentera. Orang yang bijak menggunakan tentera tidak
mengerah askar secara berulang kali dan mengangkut makanan secara berulang kali.
Peralatan diambil dari dalam negeri manakala makanan diambil daripada musuh.
Dengan itu, makanan tentera sentiasa cukup.

4. Negara menjadi miskin kerana tenteranya bergerak ke tempat yang jauh. Gerak jauh
akan menyebabkan rakyat menjadi miskin. Tempat yang dekat dengan tentera akan
mengalami inflasi. Inflasi menyebabkan rakyat menjadi miskin. Apabila miskin
Negara akan meningkatkan kadar cukai. Tenaga berkurangan dan harta kehabisan.

Negara semakin tidak berharta. Harta rakyat akan hilang 7 per 10. Perbelanjaan
negara, penggantian kenderaan yang rosak dan kuda yang sakit, baju besi dan topi,
busur dan panah , tombak dan perisai, lembu dan kereta, akan hilang sebanyak 6 per
10.

5. Panglima yang bijak akan mendapat makanan daripada pihak musuh. Mengguna
makanan daripada musuh sebanyak 1 zhong(ukuran isipadu) samalah seperti
mengguna makanan sendiri sebanyak 20 zhong. Rumput (untuk kuda) daripada
musuh seberat 1 dan(ukuran isipadu) samalah seperti rumput sendiri sebanyak 20 dan.

6. Demi mendorong askar membunuh, bangkitkanlah kemarahan mereka. Demi


mendorong askar mendorong barangan musuh, berilah ganjaran kepada mereka.

7. Dalam perang pedati, jika berjaya merampas 10 buah pedati, berilah ganjaran kepada
askar pertama yang merampas pendati. Kemudian, tukarlah panji-panji pada pedati
dan memasukkannya ke dalam barisan sendiri. Jika berjaya menawan askar pihak
lawan, peliharalah mereka kemudian menggunakan mereka. Inilah yang dimaksudkan
sebagai menang lagi menjadi semakin kuat.
8. Tentera adalah mengutamakan kemenangan bukannya kelamaan. Panglima yang
arif tentang ketenteraan adalah orang yang menentukan hidup mati rakyat, selamat
bahaya Negara.

Bab 3: Strategi
1. Sunzi berkata, dalam berperang, yang lebih baik ialah menundukkan sebuah
negara dalam keadaan sempurna. Yang kurang baik ialah menghancurkan sebuah
negara. Yang lebih baik ialah menundukkan seketumbukan tentera dalam keadaan
sempurna. Yang kurang baik ialah menghancurkan seketumbukan tentera. Yang
lebih baik ialah menundukkan sekumpulan tentera dalam keadaan sempurna.
Yang kurang baik ialah menghancurkan sekumpulan tentera. Yang lebih baik
ialah menundukkan sepasukan askar dalam keadaan sempurna. Yang kurang baik
ialah menghancurkan sepasukan askar. Berperang seratus kali, menang seratus
kali bukanlah yang terbaik daripada yang baik. Menundukkan tentera musuh
tanpa berperang adalah yang terbaik daripada yang baik.

2. Panglima yang terbaik menundukan musuh dengan strategi, panglima yang kedua
baik menundukkan musuh dengan cara diplomasi, panglima yang ketiga baik
menundukkan musuh dengan tenaga askar, panglima yang paling buruk
menundukkan musuh dengan menyerang kota musuh. Menyerang kota
merupakan cara yang diambil hanya dalam keadaan terpaksa. Membuat kayu
pelantak, kerera fenwen1, dan menyediakan segala peralatan mengambil masa
tiga bulan. Membuat juyin2 pula mengambil tiga bulan lagi. Panglima tidak dapat
bersabar maka dia mengarah askar untuk naik tembok seperti semut. Oleh itu,
askar yang terbunuh adalah sebanyak satu per tiga. Tetapi, kota pula tidak ditawan.
Inilah bencana daripada menyerang kota.

3. Orang yang pandai menggunakan askar dapat menundukkan askar musuh tanpa
berperang dan menawan kota musuh tanpa menyerangnya. Dia menghancurkan
negeri orang tanpa pepereangan yang lama. Dia merebut kuasa di atas bumi
dengan memelihara kesempurnaan sendiri. Oleh itu, tenteranya tidak menjadi

Sejenis kereta empat roda yang di bawah terbuka, yang di atas tertutup, yang berfungsi untuk
melindungi askar semasa mendekati tembok kota.
2
Longgokan tanah yang dibuat di tepi tembok kota demi memudahkan askar naik ke atas tembok.

lemah tetapi manfaat penuh dapat diperolehi. Inilah pendekatan menundukkan


musuh dengan strategi.

4. Dalam berperang, haruslah mengepung musuh jika bilangan askar sendiri adalah
lebih 10 kali ganda daripada musuh. Haruslah menyerang musuh jika bilangan
askar sendiri adalah lebih 5 kali ganda daripada musuh. Haruslah memecahkan
musuh jika bilangan askar sendiri adalah lebih dua kali ganda daripada musuh.
Haruslah bertempur dengan musuh jika bilangan askar sendiri adalah sama
banyak dengan musuh. Haruslah melarikan diri jika bilangan askar musuh adalah
lebih banyak daripada sendiri. Haruslah mengelak diri jika tentera musuh adalah
lebih kuat daripada sendiri. Tentera yang lemah tetapi degil pasti akan ditawan
oleh tentera yang lebih kuat.

5. Panglima merupakan penyokong kepada negara. Jika sokongannya sempurna,


negara akan menjadi kuat. Jika sokongannya ada cela, maka negara akan menjadi
lemah. Panglima akan menjadi bahaya kepada raja dalam tiga keadaan.

i. Tidak tahu bahawa tentera tidak boleh mara, tetapi mengarah


tentera untuk mara. Tidak tahu bahawa tentera tidak boleh undur,
tetapi mengarah tentera untuk undur. Inilah yang diperi sebagai
mengikat tentera.
ii. Tidak arif tentang hal ehwal tentera tetapi campur tangan dalam
pentadbiran tentera sehingga askar menjadi keliru.
iii. Tidak tahu tentang birokrasi tentera tetapi campur tangan dalam
pelantikan pegawai tentera sehingga askar berasa curiga.
Apabila askar menjadi keliru dan berasa curiga, kesusahan bagi seorang raja akan
sampai. Inilah yang diperikan sebagai mengucar-kacirkan tentera dan menghalau
kemenangan.
6. Terdapat lima perkara yang merupakan tanda kemenangan.
i. Orang yang tahu tentang boleh perang atau tidak akan menang.

ii. Orang yang tahu tentang cara mengguna askar yang banyak dan
cara mengguna askar yang sedikit akan menenng.
iii. Tentera yang pihak atasannya dan pihak bawahannya bersatu hati
akan menang.
iv. Tentera bersedia yang berperang dengan tentera tidak bersedia
akan menang.
v. Panglima berkebolehan yang tidak terkongkong oleh raja akan
menang.
Lima perkara ini boleh diguna untuk mengagak siapa akan menang.

7. Bak kata, orang yang tahu tentang diri dan tahu tentang lawan tidak pernah kalah
dalam seratus kali perang. Orang yang tidak tahu tentang lawan tetapi tahu
tentang diri akan menang sekali dan kalah sekali pada setiap dua kali berperang.
Orang yang tidak tahu tentang diri dan tidak tahu tentang lawan pasti akan kalah
pada setiap kali berperang.

Bab 4: Xing (Bentuk)


1. Sunzi berkata, orang yang pandai berperang akan menjadikan diri seorang yang
tidak dapat dikalahkan kemudian menunggu sehingga musuh berada dalam
keadaan dapat dikalahkan. Sifat tidak dapat dikalahkan ada pada diri manakala
sifat dapat dikalahkan ada pada musuh. Orang yang pandai berperang dapat
berusaha ke arah tidak dapat dikalahkan tetapi tidak dapat menjadikan musuh
berada dalam keadaan pasti dapat dikalahkan. Oleh itu, kemenangan sesuatu
yang dapat keketahui tetapi tidak dapat diusahakan.

2. Apa yang dikatakan tidak dapat dikalahkan ialah taktik bertahan. Yang boleh
dikalahkan ialah taktik menyerang. Mengambil taktik bertahan maksudnya
kekuatan tidak mencukupi. Mengambil taktik menyerang maksudnya mempunyai
kekuatan yang berlebihan. Orang yang pandai bertahan dapat berselindung di
bawah bumi. Orang yang pandai menyerang dapat bergerak di atas langit (tempat
yang tinggi). Oleh itu, mereka dapat melindungi diri dan mendapat kemenangan
total.

3. Dapat menjangka kemenangan seperti yang dijangka orang ramai bukanlah


sesuatu yang paling baik. Dapat menang dan mendapat pujian orang ramai juga
bukanlah sesuatu yang paling baik. Hal ini seumpama dapat mengangkat bulu
tidaklah bermaksud kuat, dapat nampak bulan dan matahari tidaklah bermaksud
baik penglihatan, dapat mendengar bunyi guruh tidaklah bermaksud baik
pendengaran.

4. Orang yang pandai berperang pada masa kuno mengalahkan musuh yang mudah
dikalahkan. Oleh itu, orang yang pandai berperang sentiasanya tidak terpuji atas
kebijaksanaan dan juga atas keberanian. Sebab, mereka menang dengan tidak
melakukan kesilapan. Tindakan orang yang tidak melakukan kesilapan dibina atas
keadaan pasti menang. Mereka mengalahkan musuh yang semestinya akan kalah.

5. Tentera yang berperang sebelum memastikan dirinya akan menang pasti akan
kalah.

6. Orang yang pandai menggunakan tentera sentiasa membaiki kualiti moral dan
juga disiplin. Oleh itu, mereka dapat meramal kemenangan dan kekalahan.
Tatatadbir askar mengambil kira:
a. Keluasan tanah
b. Kuantiti bekalan
c. Jumlah askar
d. pengimbangan antara musuh dengan diri.
e. Peluang kemenangan.

7. Keluasan tanah menghasilkan kuantiti bekalan. Kuantiti bekalan menghasilkan


jumlah askar. Jumlah askar menghasilkan pengimbangan antara musuh dengan
diri. Pengimbangan antara musuh dengan diri menghasilkan peluang kemenangan.

8. Tentera yang akan menang dalam keadaan seperti yi (ukuran berat: 480 liang)
lawan dengan zhu(ukuran berat : 24 liang). Tentera yang akan kalah dalam
keadaan seperti zhu lawan yi.

9. Orang yang menang dapat melancarkan gerakan tentera seperti melepaskan air
bah dari gunung yang tinggi. Inilah Xing(bentuk/faktor luaran)

Bab 5: Shi (Kuasa)


1. Sunzi berkata, mengurus tentera yang ramai adalah seperti mengurus tentera yang
sedikit. Hal ini berkaitan dengan persoalan memecah-pecahkan jumlah yang besar.
Melawan musuh yang banyak adalah seperti melawan musuh yang sedikit. Hal ini
berkaitan dengan cara untuk memberi arahan. Apa yang menyebabkan tentera
tidak kalah adalah berkaitan dengan qi (pelik) dan zhen (normal). Keadaan
serangan tentera adalah seperti menghentam telur dengan batu adalah berkaitan
dengan xu(kosong/lemah) dan shi (berisi/kuat)

2. Semasa berperang, tentera bertempur dengan musuh secara zhen (normal/muka ke


muka) tetapi mencapai kemenangan melalui qi(pelik/gerakan tentera dari tempat
yang tidak terjangka). Akal orang yang pandai menggunakan cara qi (pelik)
adalah tidak terhingaan seperti langit dan bumi, tidak terputus-putus seperti
sungai.

3. Yang bermula lagi selepas berakhir ialah matahari dan bulan. Yang hidup kembali
selepas mati ialah empat musim. Bunyi tidak lebih daripada lima jenis. Tetapi
perubahan daripada lima bunyi ini adalah tidak dapat habis didengar.

4. Warna tidak lebih daripada lima jenis. Tetapi, perubahan daripada lima warna
adalah tidak dapat habis dilihat. Rasa adalah tidak lebih daripada lima jenis.
Tetapi, perubahan daripada lima rasa adalah tidak dapat habis dirasa. Formasi
tentera adalah tidak lebih daripada qi dan zhen. Tetapi kombinasi daripada qi dan
zhen adalah tidak terhingga. Qi dan zhen adalah saling berganti seumpama kitaran
yang tiada pangkal hujungnya. Siapakah yang dapat memahaminya secara tuntas?

5. Kederasan air dapat menggerakan batu, inilah yang dimaksudkan sebagai


shi(kuasa). Burung yang garang dapat menyambar mangsa dengan tepat kerana jie
(kejituan waktu). Orang yang pandai berperang mempunyai shi yang bahaya, jie

yang cepat. Shinya seperti busur yang ditarik penuh, jienya seperti terlepasnya
panah dari busur silang.
6. Dalam suasana kucar-kacir, tidak harus kalam-kabut. Dalam suasana kacau-bilau,
formasi harus bulat(sempurna) supaya tidak kalah. Kelam-kabut adalah hasil
daripada keteraturan, kekecutan adalah hasil daripada keberanian, kelemahan
adalah hasil daripada kekuatan. Keteraturan dan kelam-kabut adalah ditentukan
oleh organisasi. Keberanian dan kekecutan adalah ditentukan oleh shi(kuasa).
Kekuatan dan kelemahan adalah ditentukan oleh Xing(faktor material)

7. Orang yang pandai menggerakkan musuh dapat buat musuh bergerak mengikut
kekeliruan yang dikenakan. Apabila mengumpan musuh, musuh akan terumpan.
Gunalah manfaat(umpan) untuk menggerakkan musuh. Tunggulah kedatangan
musuh dengan askar yang sudah bersedia.

8. Orang yang pandai berperang mengharapkan shi(kuasa) dan tidak mengharapkan


manusia. Dia mampu memilih orang yang betul dan dapat memanfaatkan
shi(kuasa) . Orang yang pandai memanfaatkan shi(kuasa), dapat mengarahkan
tentera seperti mengerakkan batu dan balak. Batu dan balak bersifat diam apabila
selamat, gerak apabila bahaya, berhenti jika berbentuk segi empat, bergerak jika
berbentuk bulat. Shi (kuasa) bagi orang yang pandai berperang adalah seperti
menggerakan batu bulat di atas gunung yang tinggi.

Bab 6: Muslihat
1. Sunzi berkata, orang yang sampai di medan peperangan dahulu keadaannya aman.
Orang yang sampai di peperangan kemudan adalah penat. Oleh itu, orang yang
pandai berperang dapat menggerakkan musuh dan tidak digerakkan oleh musuh.
Apa yang dapat menyebabkan musuh datang kepada diri ialah kebaikan. Apa
yang menghalang musuh datang kepada diri ialah keburukan. Jika musuh aman,
maka haruslah memenatkan dia. Jika musuh kenyang, maka haruslah
melaparkannya. Jika musuh diam maka bolehlah gerakkannya.

2. Keluarlah di tempat yang musuh tak boleh sampai. Pergilah tempat yang tidak
terjangka oleh musuh. Berjalan seribu batu tetapi tidak penat adalah kerana
berjalan di tempat yang tiada musuh. Serangan yang pasti berjaya ialah serangan
ke atas tempat yang tidak ditahan. Pertahanan yang pasti kukuh ialah pertahanan
yang termasuk tempat yang biasanya tidak diserang. Orang yang pandai
menyerang dapat buat musuh tidak pasti di mana harus bertahan. Orang yang
pandai bertahan dapat buat musuh tidak pasti ke mana harus menyerang. Seni!
Sehinggalah tidak berbentuk. Bermisteri! Sehinggalah tidak berbunyi! Dengan
cara itu, dapatlah seseorang menjadi tuan kepada nasib musuh.

3. Serangan yang tidak dapat bertahan ialah serangan ke atas xu(kelemahan).


Berundur tetapi tidak dapat dikejar adalah kerana lajunya laju yang tidak dapat
dicapai. Musuh memilih akan bertempur dengan kita walaupun berada di tempat
yang tinggi, lembah yang dalam jika serangan kita kena pada tempatnya yang
wajib diselamatkan. Jika kita tidak ingin bertempur, sekadar membuat garisan di
atas tanah pun boleh jadi garisan pertahanan. Musuh tidak dapat bertempur
dengan kita adalah kerana dia telah dialihkan ke tempat yang lain.

4. Jika musuh mendedahkan diri tetapi diri kita pula tidak, maka ia bermaksud diri
kita dapat bertumpu dan musuh pula berpecah. Diri kita bertumpu menjadi satu
tetapi musuh pula pecah kepada sepuluh. Dengan itu keadaan menjadi 10 serang

satu.(Diri 10, musuh 1 kerana musuh sudah berpecah). Diri kita menjadi ramai
dan musuh pula menjadi sedikit. Oleh itu, dapatlah kita menyerang askar musuh
yang sedikit dengan askar yang banyak. Daripada itu, musuh yang bertempur
dengan kita adalah sedikit.

5. Tiada siapa tahu tempat mana yang ingin kita jadikan tempat bertempur dengan
musuh. Kerana tidak tahu, persediaan musuh akan menjadi banyak. Apabila
persediaan musuh menjadi banyak maka musuh yang akan bertempur dengan diri
kita menjadi kurang. Jika bersedia di depan, maksudnya askar di belakang akan
menjadi kurang. Jika bersedia di belakang, maksudnya askar di depan akan
menjadi kurang. Jika bersedia di kiri, maksudnya askar di kanan akan menjadi
kurang. Jika bersedia di semua tempat, maksudnya askar di semua tempat akan
menjadi kurang. Orang yang askarnya kurang ialah orang yang bersedia untuk
serangan orang lain. Orang yang askarnya banyak ialah orang yang buat orang
bersedia untuknya.

6.

Jika tahu tempat dan masa bertempur, maka dapatlah berperang dengan musuh
walaupun jaraknya seribu batu. Jika tidak tahu tempat dan masa bertempur, maka
yang kiri tidak dapat menyelamatkan yang kanan, yang kanan tidak dapat
menyelamatkan yang kiri, yang depan tidak dapat menyelamatkan yang belakang,
yang belakang tidak dapat menyelamatkan yang depan. Dalam keadaan ini,
bagaimana jika yang jauh berada di tempat yang berjarak berpuluh-puluh batu,
dan yang dekat pula berada di tempat yang berjarak bebeberapa batu?

7. Menurut pengiraan saya, walaupun askar Negara Yue adalah banyak tetapi tidak
berguna untuk memperoleh kemenangan. Bak kata, kemenangan sesuatu yang
dapat diusahakan. Walaupun askar musuh banyak, tetapi boleh menjadikannya
tidak dapat bertempur.

8. Dengan merancang, dapatlah tahu kelebihan dan kekurangan sesuatu akal.


Dengan merangsang musuh, dapatlah tahu prinsip gerakan musuh. Dengan

mengintip musuh, dapatlah tahu tempat hidup mati(kelemahan yang paling


buruk) musuh. Dengan mencuba musuh, dapatlah tahu bandingan antara
kekurangan dan kelebihan diri dan musuh.
9. Permainan muslihat yang paling tinggi ialah tidak berbentuk (muslihat yang
tidak dapat dikesan). Tidak berbentuk, maka pengintip yang berada di tempat
paling dalam juga tidak dapat mengintipnya dan orang yang bijaksana tidak dapat
menduganya. Apabila meletak kemenangan yang disebabkan muslihat di depan
khalayak, khalayak juga tidak dapat tahu apakah gerangannya. Semua orang tahu
saya menang dengan mengguna muslihat tetapi tidak tahu bentuk muslihat yang
menyebabkan kemenangan. Muslihat yang menyebabkan kemenangan tidak akan
diguna secara berulang kali. Muslihat adalah berubah-ubah secara tidak terhingga.

10. Ketenteraan adalah seperti air. Mengelak tempat tinggi dan menuju ke tempat
bawah merupakan sifat air. Muslihat ketenteraan bermaksud mengelak tempat
yang kuat dan menyerang tempat yang lemah. Air membentuk aliran dengan
mengikut tanah(geografi), tentera membentuk kemenangan dengan mengikut
keadaan kemenangan. Dalam ketenteraan tiada situasi yang tetap manakala air
tiada bentuk yang tetap. Mereka yang memperoleh kemenangan kerana dapat
mengikut perubahan musuh boleh diperikan sebagai sakti(hebat). Antara lima
unsur tiada unsur yang sentiasa menjadi dominasi. Antara empat musim tiada
musim yang tidak beralih. Antara hari siang ada yang panjang dan ada yang
pendek. Bulan ada yang mati dan ada yang hidup. (bulan penuh dan bulan sabit)

Bab 7: Perebutan
1. Sunzi berkata, Apa yang susah dalam menggerakkan tentera: daripada panglima
menerima arahan daripada raja, mengerahkan rakyat dan membentuk tentera,
sehinggalah dua pihak berkhemah dalam keadaan saling mengancam, ialah
merebut kedudukan yang baik. Susahnya merebut kedudukan yang baik letak
pada menukar yang bengkok menjadi yang lulus dan juga menukar keburukan
menjadi kebaikan. Oleh itu umpanlah musuh supaya menerusi jalan yang bengkok.
Orang yang tahu tentang menukar yang bengkok kepada yang lurus dapat sampai
di sesuatu tempat lebih awal walaupun bertolak lebih lewat. Merebut kedudukan
yang baik ada manfaatnya dan juga ada bahayanya.

2. Menggerakkan tentera dengan kelengkapan dan bekalan sekali untuk merebut


kedudukan yang baik adalah mustahil untuk tercapai. Menggerakan tentera
dengan membuang bekalan pula akan menyebabkan kerugian dari segi bekalan.
3 orang panglima yang utama mungkin akan ditangkap jika semua tentera
menggulung baju perisai, berjalan siang malam dan cepat untuk sampai
kedudukan yang baik di tempat yang sejauh seratus batu. Askar yang kuat akan
mendahului pasukan manakala askar yang lemah akan berada di belakang.
Biasanya hanya satu per sepuluh daripada askar akan sampai tepat pada masanya.

3. Menggerakan tentera sejuah lima puluh batu untuk mencapai kedudukan yang
baik akan menyebabkan seorang panglima utama hilang (tertawan/dibunuh).
Biasanya hanya separuh daripada askar akan sampai tepat pada masanya. Jika
menggerakan tentera sejuah 30 batu untuk mencapai kedudukan yang baik pula,
hanya dua per tiga daripada askar akan sampai tepat pada masanya. Tentera akan
hancur jika tiada peralatan, tiada makanan dan tiada bekalan. Jika tidak tahu
tentang niat sebenar seseorang raja, janganlah berpakat dengannya. Jika tidak tahu

tentang bentuk muka bumi, janganlah menggerakkan tentera. Orang yang tidak
menggunakan pemandu tidak akan dapat kelebihan dari segi kedudukan.

4. Tentera didirikan atas muslihat, digerakkan oleh manfaat dan berubah atas prinsip
pecah dan gabung. Kelajuannya seperti angin, gerakannya rapat seperti hutan,
serangannya seperti api, pertahanannya tidak berganjak seperti gunung, sifat tidak
terduganya seperti waktu mendung, tindakannya seperti guruh. Semasa menjarah
pecahkan pasukan. Selepas mendapat sesuatu wilayah, pecahkan pasukan untuk
mempertahankan manfaat yang diperolehi. Semasa bertindak haruslah membuat
pertimbangan tentang mana yang lebih penting. Orang tahu tentang taktik lurus
bengkok akan menang. Inilah prinsip dalam merebut kedudukan yang baik.

5. Menurut prinsip pengurusan ketenteraan: kata-kata tidak boleh sampai, maka


perlulah menggunakan gong dan gendang. Penglihatan mata kasar tidak boleh
sampai, maka perlulah menggunakan panji-panji. Gong, gendang dan panji-panji
merupakan mata dan telinga bagi seluruh tentera. Apabila tindakan tentera sudah
diselaraskan, maka askar yang berani tidak boleh mara dengan seorang diri. Askar
yang kecut tidak boleh berundur dengan seorang diri. Inilah cara untuk
menggerakan kumpulan manusia yang ramai. Pada waktu malam, banyakkan
guna api dan gendang. Pada waktu siang, banyakkan guna panji-panji. Inilah
menukar penglihatan dan pendengaran askar.

6. Semangat tentera musuh boleh dirampas. Hati panglima musuh juga boleh
diambil. Semangat pada waktu awal adalah tinggi. Semangat pada waktu tengah
adalah rendah. Semangat pada waktu lewat pula adalah sudah hilang. Orang yang
pandai menyerang akan akan mengelak musuh yang bersemangat tinggi dan
menyerang musuh yang tiada semangat ataupun rendah semangat. Inilah cara
untuk mengurus semangat. Menyambut kekacauan dengan ketertiban dan
menyambut kebisingan dengan kesenyapan merupakan cara untuk mengurus hati.
Tunggulah kedatangan tentera musuh dari jauh di tempat yang dekat. Sambutlah

kedatangan musuh yang penat dalam keadaan aman. Sambutlah kedatangan


musuh yang lapar dalam keadaan kenyang. Inilah cara untuk mengurus tenaga.
Janganlah menyerang pasukan yang panji-panjinya didirikan dengan teratur dan
tegak. Janganlah menyerang tentera yang saiznya besar. Inilah prinsip untuk
berubah.

7. Janganlah menyerang pasukan yang panji-panjinya didirikan dengan teratur dan


tegak. Janganlah menyerang tentera yang saiznya besar. Inilah prinsip untuk
berubah. Cara untuk menggerakkan askar ialah: Jangan menyambut serangan
musuh yang datang dari atas gunung. Jangan menentang musuh yang dibelakangi
bukit. Jangan mengejar tentera musuh yang berpura-pura lari. Jangan menyerang
musuh yang semangatnya berkobar-kobar. Jangan termakan umpan tentera musuh.
Jangan menghalang tentera musuh yang sedang berundur. Berilah sedikit jalan
keluar kepada tentera musuh yang sedang dikepung. Jangan terlalu mendesar
tentera musuh yang kalah dan sedang berlari. Inilah cara untuk mengguna tentera.

Bab 8: Sembilan Perubahan


1. Sunzi berkata, dalam tatacara peperangan, panglima menerima arahan daripada
raja kemudian mengerahkan rakyat dan membentuk tentera. Jangan berkhemah di
tempat yang sukar dilalui. Jalinlah hubungan dengan negeri berhampiran jika
berada di tempat yang strategic. Jangan singgah di tempat yang bahaya. Capailah
kemenangan melalui strategi jika berada di tempat yang mudah dikepung.
Berperanglah bermati-matian jika berada di tempat mati(tempat yang sukar
keluar masuk). Sesetengah jalan adalah tidak boleh dilalui. Sesetengah tentera
adalah tidak boleh diserang. Sesetengah kota adalah tidak boleh ditempuh.
Sesetengah tempat adalah tidak boleh direbut. Sesetengah perintah raja adalah
tidak boleh dituruti.

2. Panglima yang tahu tentang manfaat daripada kefleksibelan ialah panglima yang
arif tentang ketenteraan. Panglima yang tidak tahu tentang manfaat daripada
keflesibelan tidak dapat kelebihan geografi walaupun tahu tentang bentuk muka
bumi. Orang yang mengurus askar tetapi tidak tahu seni kefleksibelan tidak akan
memperolehi kebaikan daripada tenaga manusia walaupun memiliki lima
kebaikan.

3. Seorang yang bijaksana pasti akan mempertimbangkan kebaikan dan keburukan.


Pernahnya mempertimbangkan kebaikan menandakan yang diusahakan sesuatu
yang boleh dipercayai. Pernahnya mempertimbangkan keburukan pula
menandakan bahaya dapat dielak. Hulubalang akan tunduk jika dikenakan bahaya.
Hulubalang akan penat jika dikenakan urusan. Hulubalang akan gerak jika
dikenakan kebaikan.

4. Dalam berperang, jangan harap tentera musuh tidak datang. Berharaplah pada
persediaan diri untuk berhadapan dengan musuh. Jangan harap musuh tidak
menyerang. Harapkanlah pertahanan diri ialah pertahanan yang tidak boleh
dipecah.

5. Terdapat lima bahaya bagi seorang panglima.

a. Yang terlalu berani akan dibunuh.


b. Yang terlalu kecut akan ditawan.
c. Yang terlalu cemas akan dihina.
d. Yang terlalu bermoral akan dihina.
e. Yang terlalu sayang kepada rakyat akan runsing.

Lima perkara ini kesalahan bagi seorang panglima dan bencana dalam berperang.
Keadaan tentera tumpas dan panglima dibunuh adalah disebabkan lima perkara ini.
Oleh itu, hal ini harus diberi perhatian.

Bab 9: Pergerakan
1. Sunzi berkata, dalam menempatkan tentera dan menghadapi musuh, haruslah
perhatikan perkara seperti yang berikut. Pasukan tentera harus menjauhi gunung
yang tinggi dan mendekati lembah yang berair. Berkhemahlah di tempat yang
tinggi dan menghadap ke arah matahari. Jangan bertempur dengan askar yang
turun dari tempat yang tinggi. Inilah prinsip bagi tentera yang berperang di tempat
yang bergunung. Selepas melintasi air(sungai atau tasik), haruslah berjauhan
dengan air.

2. Apabila musuh datang dengan melintasi air, jangan bertempur dengan musuh
dalam air tetapi menunggu sehingga separuh daripada mereka telah melintasi air.
Ini adalah lebih baik. Jika ingin bertempur dengan musuh, janganlah menyambut
kedatangan musuh di tempat yang dekat dengan air. Beradalah di tempat yang
tinggi dan menghadap matahari. Jangan berada di tempat yang bertentangan
dengan arah aliran air. Inilah prinsip bagi tentera yang berada di tempat
berhampiran dengan air.

3. Elakkan diri daripada kawasan berpaya. Keluar dari tempat berpaya dengan
segera dan jangan singgah di situ. Jika bertempur dengan musuh di kawasan
berpaya, susurilah rumput air dan belakangilah pokok. Inilah prinsip bagi tentera
yang berada di kawasan berpaya. Apabila berada di tempat yang rata, sayap kanan
harus berada di tempat yang lebih tinggi. Depan rendah dan belakang tinggi.
Inilah prinsip bagi tentera yang berada di tempat yang rata. 4 prinsip
menempatkan tentera ini, merupakan kekunci Maharaja Huangdi mengatasi empat
maharaja yang lain.

4. Semua tentera adalah suka pada tempat yang tinggi dan tidak suka pada tempat
yang rendah, suka pada tempat yang terang dan tidak suka pada tempat yang

gelap. Dengan itu tentera dapat menjaga kesihatan kerana berada di tempat yang
kaya (dengan bekalan). Tentera akan menang jika tidak diserang penyakit.
Apabila menduduki bukit, haruslah menduduki tempat yang menghadap kea rah
matahari. Sayap kanan harus dibelakangi cerun. Inilah kebaikan untuk tentera dari
segi geografi. Apabila hujan turun di kawasan hulu dan nampak ada buih di atas
sungai tunggulah air menjadi tenang sebelum melintasinya.
5. Jangan mendekati kawasan seperti lembah dalam yang mempunyai sungai yang
deras, kawasan lekuk yang empat arahnya tinggi, kawasan gunung yang
mudah masuk tetapi sukar keluar, kawasan hutan yang tebal, tempat rendah
yang berbecak, lembah sempit antara dua gunung. Tempat ini harus dilalui
dengan cepat dan sebaik-sebaiknya tidak mendekatinya. Biarlah musuh
mendekatinya manakala tentera sendiri menjauhinya. Biarlah diri kita berdepan
dengan kawasan ini tetapi musuh membelakanginya.
6. Jika di tempat berhampiran dengan tentera terdapat kawasan berbukit dan berair,
kolam, rumpun, hutan, tempat berselindung, maka haruslah periksa betul-betul.
Ini merupakan tempat bersembunyi bagi pengintip.

7. Apabila musuh sudah dekat tetapi berdiam-diam, maka ini bermaksud musuh
yakin kerana adanya kelebihan dari geografi. Apabila musuh berada di jauh tetapi
mencabar dir kita, maksudnya dia ingin kita mara. Jika musuh berkhemah di
tempat yang mudah dicapai maksudnya dia sedang mengumpan diri kita.

8. Bergoyangnya pokok maksudnya musuh sedang mara. Apabila nampak tempat


berselindung yang dibuat daripada rumput maksudnya musuh ingin mengelirukan
diri kita. Apabila nampak burung terbang maksudnya musuh sedang menghendap.
Apabila nampak binatang lari bertempiaran, maksudnya musuh sedang mara
secara beramai-ramai. Apabila nampak debu terbang dengan tinggi, maksudnya
pendati sedang mara. Apabila nampak debu terbang rendah dan bersebar dengan
luas, maksudnya askar jalan kaki sedang mara. Apabila nampak debu terbang
bersebar maksudnya musuh mara dengan menarik ranting kayu. Apabila debu

terbang secara sekali-sekala, maksudnya musuh sedang memantau bentuk muka


bumi.

9. Ungkapan yang lemah-lembut dan nampak adanya persediaan bertempur


maksudnya musuh merancang untuk mara. Ungkapan yang keras dan nampak
adanya persediaan untuk mara maksudnya musuh merancang untuk berundur.

10. Apabila nampak pedati ringan keluar dulu dan bergerak ke dua sayap, maksudnya
musuh sedang membentuk formasi. Apabila didatangi wakil musuh tanpa
diundang yang ingin berdamai maksudnya ada muslihat. Apabila nampak musuh
mendedahkan askar maksudnya musuh ingin bertempur. Apabila nampak musuh
mara setengah undur setengah, maksudnya musuh ingin mengumpan diri kita.
Apabila Nampak askar musuh berdiri dengan menyandar pada tombak,
maksudnya askar musuh sudah lapar. Apabila nampak askar musuh minum air
secara terus(tidak masuk ke dalam botol) selepas mengambil air, maksudnya
mereka sudah dahaga.

11. Apabila nampak musuh tidak mara walaupun terdapat kebaikan di depan,
maksudnya musuh telah penat. Apabila Nampak burung hinggap di atas khemah
musuh, maksudnya khemah musuh sudah dikosongkan. Apabila terdengar jeritan
pada waktu malam, maksudnya askar musuh ketakutan. Apabila nampak khemah
musuh kelam-kabut, maksudnya panglima musuh sudah hilang kewibawaannya.
Apabila Nampak panji-panji musuh dikibarkan dengan tidak teratur maksudnya
tentera pasukan musuh kelam-kabut. Apabila Nampak pegawai tentera musuh
marah-marah maksudnya keseluruan tentera musuh sudah rasa bosan.

12. Apabila nampak musuh menyembilih kuda dan makan dagingnya, maksudnya
tentera musuh sudah kehabisan makanan. Apabila Nampak musuh tidak
menggantung bekas air dan tidak pulang ke khemah, maksudnya musuh sudah
sampai di jalan buntu. Apabila panglima bercakap dengan askar dengan nada
rendah maksudnya askar sudah hilang keyakinan terhadap dirinya. Apabila

panglima mengganjar orang bawahannya tanpa berhenti maksudnya panglima ini


sudah kehabisan akal. Apabila panglima menghukum orang bawahannya tanpa
berhenti maksudnya dirinya berada dalam kesukaran. Panglima yang garang
kepada orang bawahan terlebih dahulu tetapi takut orang bawahan memberontak
pada kemudian merupakan panglima yang amat tidak bijak.

13. Apabila didatangi wakil musuh yang bercakap baik, maksudnya musuh ingin
berdamai. Apabila tentera musuh mendatang dengan muka yang garang tetapi
tidak menyerang dan tidak pula berundur, haruslah berhati-hati.

14. Ketenteraan tidak mementingkan banyaknya askar tetapi mementingkan sikap


tidak terburu-buru dan juga sikap berusaha penuh dalam menduga tentera musuh.
Orang yang tidak berfikir dan memandang rendah pada musuh pasti akan ditawan
oleh musuh.

15. Menghukum askar sebelum mereka rapat dengan kamu akan menyebabkan askar
tidak setia pada kamu. Apabila mereka tidak setia, maka sukarlah untuk
mengguna mereka. Jika askar berkenaan tidak puas selepas dihukum walaupun
sudah rapat dengan kamu, maksudnya askar ini tidak boleh dipakai. Maka
didiklah askar dengan bahasa, selaraskan tindakan mereka dengan disiplin.
Dengan itu, kesetiaan daripada mereka boleh diperolehi. Apabila pendidikan
dilaksanakan secara konsistent, askar-askar akan terima. Jika pendidikan
dilaksanakan secara tidak konsistent, askar-askar tidak akan terima. Panglima
yang melaksanakan pendidikan secara konsistent akan mempunyai hubungan
yang harmoni dengan askar.

Bab 10: Bentuk Muka Bumi


1. Sunzi berkata, bentuk muka bumi terbahagi kepada tong, gua, zhi, yi (genting),
xian(bergunung-ganang), yuan (jauh).

2. Tong bermaksud tempat yang boleh dilalui dengan bebas oleh diri dan juga oleh
musuh. Apabila berada di tempat ini, dudukilah tempat yang lebih tinggi dan lebih
terang, serta memastikan kelancaran jalan pengangkutan bekelan.

3. Gua bermaksud tempat yang mudah pergi tetapi sukar untuk balik dari situ.
Berkaitan dengan bentuk muka bumi ini, kemenangan akan mudah dicapai jika
musuh tidak bersedia. Tetapi, jika musuh bersedia dan kemenangan tidak dicapai
selepas pergi maka jadi sukarlah kerana tempat ini sukar untuk balik.

4. Zhi bermaksud tempat yang sedemikian: Sesiapa yang keluar dulu akan jatuh
susah. Semasa berada di tempat ini, janganlah keluar walaupun musuh
menawarkan sesuatu kebaikan. Umpanlah musuh dengan berpura-pura berundur.
Apabila tentera musuh sudah keluar setengah, maka seranglah dia. Inilah tindakan
yang baik.

5. Mengenai tempat yi (genting), jika diri kita sampai dulu haruslah membuat
persediaan dan menunggu musuh. Jika musuh sampai dulu, jangan menyerang
jika musuh bersedia. Jika musuh tidak bersedia, maka seranglah dia.

6. Mengenai tempat xian(bergunung-ganang), jika diri kita sampai dulu maka


haruslah menduduki tempat yang tinggi dan terang kemudian menunggu
kedatangan musuh. Jika musuh sampai dulu, maka umpanlah musuh supaya
berganjak daripada tempat yang tinggi. Janganlah menyerangnya.

7. Jika diri kita berada di tempat yang jauh daripada musuh dan kekuatan musuh
adalah setanding dengan diri kita, maka bertempur dengannya adalah tidak

bermanfaat. Enam perkara ini merupakan prinsip utama bagi bentuk muka bumi.
(Memahaminya) merupakan tanggungjawab seorang panglima. Ia tidak boleh
diabaikan.

8. Tentera boleh menghadapi keadaan seperti ini: zhou, chi, xian, beng, luan, bei.
Enam perkara ini bukan bencana alam tetapi kesalahan panglima.

9. Zhou bermaksud dalam keadaan kekuatan antara diri dengan lawan adalah
setanding tetapi askar bertindak satu lawan sepuluh.

10. Keadaan askar kuat tetapi pegawai lemah, namanya chi.


11. Keadaan pegawai kuat tetapi askar lemah, namanya xian.

12. Beng bermaksud pegawai marah dan tidak mengikut arahan, kemudian bertempur
dengan musuh dengan mengikut rasa dalam keadaan kebolehan mereka tidak
diketahui oleh panglima mereka.

13. Keadaan panglima lemah sehingga disiplin longgar, pendidikan kabur, arahan
berbolak-balik, formasi tentera kelam-kabut, namanya luan.

14. Keadaan panglima gagal menduga kekuatan musuh sehingga menyerang musuh
yang banyak dengan askar yang sedikit, menyerang yang kuat dengan yang lemah
dan gagal meletak askar yang kuat di depan, maksudnya bei.

15. Inilah enam keadaan yang mengundang kekalahan. Ini tanggungjawab bagi
seorang panglima dan tidak harus diabaikan.

16. Bentuk muka bumi dapat membantu tentera. Kemangan dapat dicapai dengan
menduga musuh. Mengira bahaya, kesukaran, dekat dan juah merupakan
dao(hikmah) bagi seorang panglima. Orang yang tahu mengenainya dan
menggunakan untuk berperang akan menang. Orang tidak tahu mengenainya akan

kalah jika berperang. Apabila dao(hikmah) peperangan menunjukkan


kemenangan adalah pasti, peperangan adalah dibolehkan walaupun raja tidak
mahu beperang. Apabila dao(hikmah) peperangan menunjukkan kemenangan
tidak dapat dicapai, peperangan tidak dibolehkan walaupun raja ingin berperang.
Tidak mengidamkan pujian apabila mara ke depan. Tidak elak daripada
tanggungjawab apabila berundur. Apa yang dipentingkan ialah rakyat terlindung
dan kepentingan raja terjaga. Inilah orang yang paling berharga bagi seseroang
negara.

17. Jika kamu menganggap askar sebagai bayi, mereka akan sanggup mengikut kamu
pergi ke lembah yang dalam. Jika kamu menganggap askar sebagai anak sendiri,
mereka akan sanggup mati bersama kamu. Askar yang enggan diarah walaupun
sudah diberi layanan yang baik malahan kelam-kabut dan tidak dapat diurus
seperti seorang anak manja adalah askar yang tidak boleh diguna.

18. Peluang menang adalah separuh jika kita tahu diri kita boleh menyerang tetapi
tidak tahu sama ada musuh boleh diserang atau tidak. Peluang menang adalah
separuh juga jika tidak tahu sama ada diri kita boleh menyerang atau tidak
walaupun sudah tahu musuh boleh diserang. Peluang menang masih separuh jika
sudah tahu musuh boleh diserang, diri kita boleh menyerang tetapi tidak tahu
sama ada bentuk muka bumi adalah susuai untuk berperang atau tidak. Orang
yang tahu prinsip ketenteraan tidak hilang arah semasa bergerak dan tindakannya
adalah tidak terhingga. Bak kata, kemenangan tidak layu jika tahu tentang diri dan
tahu tentang musuh. Kemenangan akan jadi sempurna jika tahu tentang langit dan
tahu tentang bumi.

Bab 11: Sembilan Tanah


1. Sunzi berkata, dalam ilmu peperangan mengakui adanya tanah shan, tanah qing,
tanah zhen, tanah jiao, tanah qu, tanah zhong, tanah pi, tanah wei, dan tanah shi.

2. Wilayah sendiri yang dijadikan tempat berperang oleh seorang hulubalang,


namanya tanah shan.

3. Tempat yang tidak jauh di dalam wilayah orang lain tetapi masih berada di dalam
wilayah orang lain, namanya tanah qing.

4. Tempat yang memberi manfaat kepada pihak yang berjaya merebutnya, namanya
tanah zhen.

5. Tempat yang boleh ditujui oleh pihak diri dan boleh didatangi pihak lawan,
namanya tanah jiao.

6. Tempat bertemunya sempadan tiga buah negara dan sesiapa yang berjaya
merebutnya akan mendapat sokongan negara-negara lain, namanya tanah qu.

7. Tempat yang berada di jauh dalam wilayah orang lain dan harus melalui kubukubu musuh untuk sampai, namanya tanah zhong.

8. Tempat yang terdapat gunung, hutan, curam, halangan, paya ataupun tempat yang
sukar dilalui, namanya tanah pi.

9. Tempat yang harus melalui laluan yang sempit untuk sampai dan jalan baliknya
pula berbelit-belit, yang membolehkan musuh yang sedikit menyerang tentera
kita yang banyak, namanya tanah wei.

10. Tempat yang mematikan mereka yang tidak berperang dengan cepat, yang
menghidupkan mereka yang berperang dengan cepat, namanya tanah shi.

11. Apabila berada di tanah shan, jangan bertempur. Apabila berada di tanah qing,
jangan berhenti bergerak. Apabila berada di tempat zhen, jangan menyerang.
Apabila berada di tempat jiao, jangan memutuskan barisan. Apabila berada di
tanah qu, jalinlah hubungan dengan negara-negara yang lain. Apabila berada di
tanah zhong, jarahlah tempat itu. Apabila berada di tanah pi, laluinya dengan
cepat. Apabila berada di tanah wei, gunalah strategi untuk mencapai kemenangan.
Apabila berada di tanah shi, bertempurlah dengan musuh.
12. Orang yang pandai berperang pada zaman kuno dapat buat musuh berada dalam
keadaan barisan depan tidak bersambung dengan barisan belakang, pasukan
pecahan dan pasukan induk tidak saling bergantung, pegawai dan askar tidak
saling menyelamat, orang atasan dan orang bawahan tidak bergabung, askar-askar
berpecah dan tidak bertumpu, barisan tidak teratur walaupun sudah bergabung.
Jika keadaan adalah menepati kepentingan diri, maka bertindaklah. Jika keadaan
tidak menepati kepentingan diri, maka berhentilah.
13. Orang menanya: Apa harus buat jika musuh datang dengan bilangan yang ramai
sekali dengan panglimanya? Jawab saya: Rampaslah benda yang paling
disayanginya(benda yang paling penting baginya), maka dia akan tunduk. Prinsip
utama peperangan ialah cepat. Ambilah kesempatan apabila pihak lawan lalai.
Seranglah tempat yang tidak ditahan oleh musuh daripada laluan yang tidak
terjangka olehnya.

14. Sebagai dao(hikmah) bagi tentera pendatang yang pergi ke wilayah musuh,
tentera pendatang harus bertumpu apabila berada di jauh dalam wilayah musuh.
Dengan itu, mereka tidak akan dikalahkan oleh tuan rumah (musuh yang
menahankan wilayah sendiri). Jarahlah desa yang kaya dengan hasil supaya
makanan tentera sentiasa mencukupi. Jagalah tenaga tentera dan jangan terlalu
berpenat supaya semangat dan tenaga dapat dikumpul. Buatlah gerakan askar dan

rancangan kamu sesuatu yang tidak dapat diduga. Letaklah askar di tempat yang
tiada jalan keluar. Hal ini supaya mereka tidak berundur walaupun diancam oleh
kematian. Dalam keadaan ini mereka akan berusaha penuh.

15. Askar akan hilang ketakutannya jika berada dalam kesukaran yang keamatan.
Pertahanan akan jadi kukuh jika tiada jalan keluar. Barisan akan menjadi rapat
jika mereka berada di jauh dalam wilayah musuh. Mereka akan berjuang bermatimatian jika tiada cara lain.

16. Apabila arahan diturunkan, mereka yang duduk menangis sehingga baju dibasahi
air mata manakala mereka yang berdiri menangis sehingga dahi dibasahi air mata.
Apabila mereka diletak ke dalam tempat yang tiada jalan keluar, mereka akan
berani seperti Chu dan Gui.

17. Orang yang pandai berperang adalah seperti Shuiran. Shuiran sejenis ular di
Gunung Chang. Jika kepalanya dihentam, ekornya akan sampai. Jika ekornya
dihentam, kepalanya akan sampai. Jika bahagian tengahnya dihentam, kepala dan
ekornya akan sampai sekali.
18. Jika saya ditanya, adakah cara berperang boleh buat seperti Shuiran?. Saya
akan jawab, boleh. Pada masa dahulu, orang negeri Wu adalah bermusuh
dengan orang negeri Yue. Apabila mereka berada di sebuah kapal yang sama dan
bertemu dengan ribut, mereka saling menyelamat seperti tangan kanan dan tangan
kiri. Dalam keadaan ini, askar tidak takut walaupun kuda diikat dan roda pedati
sudah ditanam. Keberanian askar selaras seperti satu. Hal ini berkaitan dengan
pengurusan. Disebabkan faktor geografi askar yang lemah dan yang kuat dapat
dimanfaatkan sekali . Orang yang pandai berperang dapat menyatukan askar-askar
sehingga menjadi seperti seorang individu. Semua ini akan berlaku dalam
keadaan terdesak.

19. Seorang panglima harus dapat menjaga kerahsiaan dengan berdiam diri dan
mengurus askar-askar dengan adil. Dia dapat mengaburi penglihatan dan
pendengaran askar supaya dia tidak tahu apa-apa. Dia dapat mengubah-ubah
urusan dan rancangan supaya orang tidak dapat mengesan rancangan sebenar. Dia
dapat menukar-tukar tempat tinggal dan perjalanan supaya tidak diduga oleh
orang lain.

20. Apabila tarikh bertindak diturunkan, keadaan adalah seperti tangga dibuang
selepas memanjat ke tempat yang tinggi. Apabila sudah masuk ke wilayah musuh,
keadaannya seperti panah yang telah dilepaskan. (Mengarah askar) adalah seperti
menggembala kambing. Kambing tidak tahu apa-apa apabila disuruh pergi dan
disuruh datang. Mengumpulkan askar kemudian meletaknya di tempat yang
bahaya merupakan urusan seorang panglima. Perubahan-perubahan daripada
sembilan keadaan ini, kebaikan mara dan berundur dan psikologi askar adalah
sesuatu yang tidak boleh diabaikan.

21. Semasa menyerang wilayah orang lain, tentera akan menjadi zhuan
(bertumpu/berfokus) jika berada di tempat yang jauh dari sempadan. Tentera akan
menjadi shan(tersebar/tidak bertumpu) jika berada di tempat yang dekat dari
sempadan. Keadaan masuk ke wilayah orang lain untuk beperang namamnya
juedi. Tempat yang berhubung ke merata tempat namanya tanah qu. Tempat yang
di dalam wilayah negeri musuh dan jauh dari sempadan namanya tanah zhong.
Tempat yang berada di dalam wilayah negeri musuh tetapi dekat dari sempadan
namanya tanah qing. Tempat yang belakangnya terdapat halangan dan depannya
pula sempit, namanya tanah wei. Tempat yang tidak berhubung ke mana-mana
namanya tanah si.

22. Oleh itu, apabila berada dalam keadaan shan (sebar/tidak bertumpu), saya akan
menyatukan semangat askar-askar. Apabila berada di tanah qing, saya akan
memastikan pasukan tentera saling bercantum. Apabila berada di tanah zhen, saya
akan menggesa barisan di belakang supaya cepat. Apabila berada di tanah jiao,

saya akan mengukuhkan pertahanan. Apabila berada di tanah qu, saya akan
menjalinkan hubungan baik dengan negara lain. Apabila berada di tanah zhong,
saya akan memastikan bekalan makanan tidak terputus. Apabila berada di tanah
pi, saya akan meminta tentera supaya melaluinya dengan cepat. Apabila berada di
tanah wei, saya akan menyumbat semua jalan masuk. Apabila berada di tanah shi,
saya akan tunjukkan ketekadan dan kesediaan untuk berkorban.
23. Psikologi seorang askar adalah seperti demikian: akan bertahan bermatianmatian jika dikepung, akan bertempur bermatian-matian dalam keadaan terdesak,
akan menurut arahan jika berada dalam keadaan yang teramat bahaya.

24. Jangan berpakat dengan seseorang raja jika tidak tahu rancangannya yang sebenar.
Jangan menggerakkan tentera jika tidak tahu keadaan gunung dan hutan, paya
halangan dan bahaya. Jika tidak mengguna pemandu, manfaat daripada bentuk
muka bumi tidak boleh dicapai. Jika tidak tahu tiga perkara ini, maka tentera
berkenaan bukanlah tentera bagi seorang raja yang gagah.

25. Apabila tentera bagi seorang raja yang gagah menyerang sesebuah negara, rakyat
negara berkenaan tidak akan sempat dikerah. Apabila ancaman tenteranya
dikenakan pada negara musuh, negara yang lain tidak berani menjalinkan
hubungan dengannya. Oleh itu, dia tidak perlu menjalinkan hubungan dengan
negara-negara lain di bawah langit dan tidak perlu memupuk pengaruhnya di
negara-negara lain di bawah langit. Dia mengembangkan cita-cita sendiri dan
mengenakan ancaman tentera kepada negara lain. Dengan itu, kota musuh boleh
ditawan dan negara musuh boleh digulingkan.

26. Memberi ganjaran dengan sistem di luar kotak, menurunkan arahan yang tidak
dapat diduga. Menggerakkan tentera yang ramai seperti menggerakan seorang
individu. Apabila menyerahkan tugasan kepada askar, janganlah beritahu tentang
tujuan sebenarnya. Gerakkanlah askar dengan memberitahu manfaat daripada
gerakan itu. Jangan memberitahunya tentang bahayanya. Letaklah dia di tempat

yang bahaya supaya dia masih ada selepas melalui bahaya. Letaklah dia di situasi
yang mati supaya dia hidup selepas melalui situasi ini.

27. Apabila tentera terjerumus dalam keadaan bahaya, barulah dia dapat mengatasi
kekalahan. Urusan seorang askar ialah menduga musuh, kemudian berjuang
dengan sepenuh tenaga, lalu membunuh panglima dari jarak yang jauh. Bak kata,
kemahiran dapat menjadi sesuatu terjadi.

28. Apabila sampai hari membuat rancangan, hancurkan semua pas keluar masuk di
sempadan dan sekatlah penggerakan duta luar. Buatlah pengiraan di dalam balai
untuk menentukan rancangan. Apabila musuh terbuka pintunya, haruslah masuk
dengan segera.

29. Rampaslah benda yang disayangi oleh musuh dan jangan membuat janji dengan
mereka untuk bertempur pada tarikh tertentu. Jangan terikat sangat pada
rancangan dan berubahlah mengikut perubahan musuh . Pada permulaan,
ambillah sikap diam seperti seorang dara dan apabila pintu musuh terbuka
bertindaklah seperti arnab yang terlepas sehingga musuh tidak sempat untuk
bertahan.

Bab 12: Serangan Api

1. Sunzi berkata, terdapat lima cara dalam serangan api. Yang satu, membakar orang.
Yang kedua, membakar khemah. Yang ketiga, membakar kenderaan pengangkut
barang. Yang keempat, membakar gudang. Yang kelima, membakar peralatan
pengangkutan. Kebakaran tercetus dengan bersebab. Oleh itu, peralatan membuat
api harus disediakan pada setiap masa. Membuat api ada masanya, mencetuskan
kebakaran ada harinya. Waktunya ialah waktu cuaca kering. Harinya ialah apabila
bulan berada di zodiak ji, bi, yi, dan zhen. Apabila bulan berada di zodiak ini,
maksudnya angin akan meniup.

2. Semasa melancarkan serangan api, haruslah bersedia untuk menghadapi lima


keadaan.
a. Apabila kebakaran tercetus di dalam markas musuh, haruslah berkordinasi
dengan serangan dari luar.
b. Apabila kebakaran tercetus tetapi pihak musuh senyap, maka tunggulah
dan jangan menyerang.
c. Bergantung kepada kemarakan api, serang kalau keadaan mengizinkan,
jangan serang kalau keadaan tidak mengizinkan.
d. Kebakaran boleh dicetuskan dari luar. Dalam keadaan ini, tidak perlulah
menunggu orang dalaman. Bakar dengan menurut waktunya.
e.

Apabila api dilepaskan mengikut tiupan angin, janganlah menyerang dari


arah bertentangan. Jika angin bertiup lama pada waktu siang, maksudnya
angin tidak akan bertiup pada waktu malam.

Tentera harus tahu lima perkara ini dan tunggulah waktu yang sesuai untuk
membakar. Kemenagan akan menjadi jelas jika serangan dibantu dengan api.
Serangan akan menjadi kuat jika dibantu dengan air. Air dapat menghalang
musuh tetapi tidak dapat memusnahkan musuh.

3. Mereka yang sudah menang tetapi tidak mengukuhkan kemenangan adalah sial.
Keadaan ini dinamai feiliu. Bak kata, Raja yang bistari akan memikirkannya.
Panglima yang baik akan membaikinya. Jangan bergerak jika tiada manfaat.
Jangan menggunakan askar jika kemenangan tidak boleh dicapai. Jangan
berperang jika keadaan tidak bahaya. Raja tidak boleh melancarkan peperangan
kerana perasaan marah. Panglima tidak boleh mengadakan pertempuran kerana
perasaan bengang. Bertindak jika perkara berkenaan ada manfaatnya. Berhenti
jika perkara berkenaan tiada manfaatnya. Kemarahan boleh berubah kepada
kegembiraan, kebengangan boleh berubah kepada keceriaan. Negara yang lenyap
tidak akan wujud kembali. Nyawa yang hilang tidak akan hidup kembali. Oleh itu,
raja dan panglima harus ingat pada hikmah ini. Inilah dao(hikmah) untuk
menyelamatkan negara dan memelihara tentera supaya dalam keadaan sempurna.

Bab 13: Pengintip


1. Sunzi berkata, mengadakan tentera berjumlah 100 ribu orang dan mara ke tempat
sejauh seribu batu memerlukan belanja seribu dinar sehari dan belanja ini
daripada kerajaan dan juga rakyat. Keadaan hiruk-pikuk berlaku di dalam dan di
luar negara dan orang sibuk di atas jalanan. Dengan itu, isi rumah yang tidak
dapat bekerja adalah seramai 700 ribu buah. Keadaan ini berlanjutan selama
beberapa tahun demi merebut kemenangan pada suatu hari. Orang yang tidak tahu
tentang keadaan musuh kerana ingin menjimat kos mengupah pengintip kerana
sayang kepada harta, adalah orang yang amat tidak bermoral. Dia bukan panglima
yang baik bagi orang lain, pembantu yang baik seorang raja dan bukan tuan
kepada kemenangan.

2. Raja yang bistari dan panglima yang bijak dapat mencapai kemenangan sebaik
sahaja bertindak dan berjaya menonjolkan diri daripada khalayak. Hal ini adalah
kerana mereka tahu(tentang keadaan musuh) terlebih dahulu daripada orang lain.
Pengetahuan ini tidak boleh bersumberkan dewa dan hantu, tidak boleh
bersumberkan analogi, tidak boleh bersumberkan pengiraan zodiak tetapi harus
bersumberikan orang, yakni orang yang tahu tentang keadaan musuh.

3. Pengintip ada lima jenis: pengintip tempatan, pengintip dalaman, pengintip


songsang, pengintip mati dan pengintip hidup. Apabila lima jenis pengintip
bertindak sekali, tiada sesiapa tahu rahsia operasinya. Inilah yang dikatakan
sesuatu yang sakti dan merupakan benda berharga bagi seorang raja.

4. Pengintip tempatan merupakan orang tempatan yang digunakan sebagai pengintip.


Pengintip dalaman merupakan pegawai dalam kerajaan musuh yang digunakan
sebagai pengintip. Pengintip songsang merupakan pengintip musuh yang
digunakan sebagai pengintip sendiri. Pengintip mati merupakan pengintip yang
menyebarkan maklumat palsu kepada musuh. Pengintip hidup pula pengintip
yang membawa balik maklumat(daripada markas musuh )

5. Dalam ketenteraan, orang yang paling rapat merupakan pengintip, ganjaran yang
paling lumayan diberi kepada pengintip, rahsia yang paling rahsia tidak lain
daripada pengintipan. Orang yang tidak bijak tidak dapat menggunakan pengintip,
orang yang tidak bermoral tidak dapat menggerakkan pengintip, orang yang
sikapnya tidak cermat tidak dapat maklumat yang sahih daripada pengintip. Seni!
Semua perkara melibatkan pengintip. Jika operasi pengintipan terdedah sebelum
bermula, pengintip dan orang yang mendedahkannya harus diberi hukuman mati.

6. Nama panglima, penolong panglima, pegawai berita, penjaga pintu dan penjaga
bagunan harus dikenal pasti oleh pengintip sebelum menyerang tempat yang ingin
diserang, menyerang kota yang ingin ditawan dan membunuh orang yang ingin
dibunuh. Pengintip musuh yang mengintip diri kita harus dicari kemudian
merasuahnya dengan wang dan memujuknya. Daripada itu, pengintip songsang
boleh digunakan. Daripada maklumat pengintip songsang, pengintip tempatan dan
pengintip dalaman dapat digunakan. Daripada maklumat pengintip songsang,
pengintip mati boleh menyebarkan maklumat palsu kepada musuh. Daripada
maklumat daripada pengintip songsang, pengintip hidup dapat membawa balik
maklumat tepat pada masanya. Raja harus tahu tentang lima jenis pengintip ini.
Kekuncinya ada pada pengintip songsang. Oleh itu, pengintip songsang harus
diberi ganjaran yang lumayan.

7. Kebangkitan dinasti Yin adalah disebabkan oleh Yi Zhi yang berada dalam
kerajaan Xia. Kebangkitan dinasti Chou adalah disebabkan oleh Lu Ya yang
berada dalam kerajaan Yin. Jika raja dan panglima yang bijak dapat menggunakan
orang yang cerdik sebagai pengintip, pasti akan memperoleh kejayaan besar.
Pengintip merupakan kekunci dalam ketenteraan. Pergerakan tentera adalah
bergantung pada mereka.

Anda mungkin juga menyukai