Anda di halaman 1dari 10

SGDU6043

LEGAL ASPECT IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

NORHAZLIDA BINTI MOHD RAZALI


MALIZA BINTI MAZLAN

Sejak akhir-akhir ini guru besar sekolah kebangsaan XYZ sangat bimbang dengan Key
Performance Indeks (KPI) yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Mengikut KPI
tersebut, sekolah ini

hendaklah mencapai sasaran 100% dalam peperiksaan UPSR. Pada

pendapat guru besar ini, sasaran yang ditetapkan adalah tidak logik kerana terdapat seorang
murid yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Selain itu terdapat lima
orang murid yang sangat lemah dalam mata pelajaran Matematik dan juga bermasalah dalam
disiplin. Kelima- lima murid ini sering bergaduh serta tidak mahu belajar. Walaupun begitu guru
besar sekolah XYZ tidak putus asa. Dia sentiasa memikirkan bagaimana masalah ini dapat
diatasi dan akhirnya dia memperoleh satu penyelesaian iaitu mengadakan Program Khas
Matematik pada bulan Julai, Ogos dan September. Program khas ini ialah menggunakan mata
pelajaran Kajian Tempatan, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan
Jasmani untuk mata pelajaran Matematik. Keputusan ini telah dibawa ke dalam mesyuarat
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan mesyuarat telah sebulat suara bersetuju dengan
cadangan guru besar. Ekoran keputusan mesyuarat tersebut, beliau memutuskan tidak akan
membenarkan seorang murid yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira menduduki
peperiksaan UPSR. Tidak lama selepas Program Matematik

berlangsung, tiga orang nazir

sekolah datang membuat pemeriksaan ke atas program khas ini, tetapi guru besar telah tidak
membenarkan tiga orang Nazir sekolah berkenaan masuk ke kawasan sekolah dengan mengunci
pagar.
Situasi di atas adalah gambaran suasana di sebuah sekolah dimana seorang guru besar
telah mengambil keputusan yang drastik bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melalui
persetujuan didalam mesyuarat yang telah diadakan. Masalah murid yang tidak pandai membaca
dan menulis serta murid yang lemah dalam mata pelajaran Matematik memberi tekanan kepada
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Page 1

SGDU6043
LEGAL ASPECT IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

NORHAZLIDA BINTI MOHD RAZALI


MALIZA BINTI MAZLAN

guru besar kerana peperiksaan UPSR akan berlangsung dalam tempoh yang singkat. Persatuan
Ibu bapa dan Guru (PIBG) tidak mempunyai kuasa dalam menggugurkan mata pelajaran yang
telah ditetapkan dalam Kurikulum Kebangsaan dan guru besar XYZ telah melakukan tiga
kesalahan besar yang bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 , Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Tatatertib dan Kelakuan) 1993 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan.
Mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Bahagian 1(2) tafsiran Institusi

Pendidikan ertinya sekolah atau mana-mana tempat lain, dimana dalam menjalankan kerja
sesuatu organisasi atau institusi, orang lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih.
Kurikulum Kebangsaan ertinya Kurikulum yang ditetapkan. Ini bermaksud kurikulum sekolah
di Malaysia tertakluk kepada akta dan tidak boleh diubah melainkan parlimen menggubal akta
baru bagi menggantikan akta terdahulu. Pendidikan Rendah ertinya kursus pengajian pada
peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti
dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun.
Kesalahan pertama guru besar XYZ ialah beliau telah memutuskan untuk mengadakan
Program Khas Matematik pada bulan Julai, Ogos dan September yang mana waktu mata
pelajaran Kajian Tempatan, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan
Jasmani digunakan. Bagi memastikan Program Matematik ini berjalan lancar, guru besar telah
menggugurkan empat mata pelajaran lain yang tidak tersenarai dalam lima subjek utama UPSR.
Keputusan tersebut adalah tidak wajar walaupun Program Matematik dapat meningkatkan
prestasi murid namun

keputusan menggunakan waktu mata pelajaran Kajian Tempatan,

Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 dan
Peraturan- peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Page 2

SGDU6043
LEGAL ASPECT IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

NORHAZLIDA BINTI MOHD RAZALI


MALIZA BINTI MAZLAN

Menurut seksyen 18(2) Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan dibawah subseksyen(1)


hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangkakan diperolehi oleh
murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing dan hendaklah termasuk mata
pelajaran teras yang dinyatakan dalam jadual dan apa-apa mata pelajaran yang ditetapkan.
Tertakluk kepada subperaturan (3)(2)(a) kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan
akan mengandungi mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam jadual 1 dan 5. Berdasarkan
jadual 1, mata pelajaran teras peringkat rendah ialah Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina bagi murid di SJKC, bahasa Tamil bagi murid di SJKT, Matematik, Sains, Kajian
Tempatan, Pendidikan Islam bagi murid yang menganut Agama Islam dan Pendidikan Moral
bagi murid yang tidak menganut Agama Islam.
Dalam keadaan hari ini, ramai guru besar yang membuat keputusan yang tidak selari
dengan Akta Pendidikan 1996 dengan mewujudkan Jadual Anjal setiap kali tiba musim
peperiksaan. Subjek utama peperiksaan diberi keutamaan dengan mengenepikan mata pelajaran
lain serta hak murid untuk belajar mata pelajaran lain dinafikan demi kepentingan sekolah.
Merujuk kepada Peraturan 2, Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)
1997, tafsiran mata pelajaran teras ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam jadual 1 dan
5 yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan sekolah
swasta. Jadual waktu ertinya suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar
kepada murid pada tiap hari persekolahan dalam suatu penggal persekolahan yang mana
dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru
yang akan mengajar mata pelajaran itu. jadual waktu yang diluluskan ertinya jadual waktu
yang diluluskan oleh Menteri.

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Page 3

SGDU6043
LEGAL ASPECT IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

NORHAZLIDA BINTI MOHD RAZALI


MALIZA BINTI MAZLAN

Tertakluk kepada subperaturan 3(4) peruntukan waktu minimun seminggu untuk mata
pelajaran yang diajar dibawah kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di
subperaturan (2) adalah dinyatakan dalam jadual 11 hingga 15. Dalam jadual 11 Peraturanperaturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, peruntukan waktu minimun seminggu
sekolah rendah (minit) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral ialah 180
minit serta Kajian Tempatan ialah 120 minit. Jika kes seperti ini dilaporkan dan dipanjangkan ke
mahkamah oleh ibu bapa dan disabitkan kesalahan, guru besar sekolah XYZ boleh dikenakan
tindakan penalti dibawah Akta Pendidikan 1996 seksyen 135, penalti am (1) seseorang yang
melakukan kesalahan dibawah akta ini yang baginya tiada penalti yang diperuntukkan dengan
nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua duanya dan (2) seseorang yang melakukan
kesalahan di bawah akta ini boleh, dalam hal suatu kesahan yang berterusan, apabila disabitkan,
dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan
kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah akta ini berkenaan
dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. Tindakan beliau juga
berlawanan dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Perkara
4 (2)(f) iaitu seorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah dan (g) seorang pegawai
tidak boleh tidak bertanggunggjawab.
Kesalahan kedua guru besar sekolah kebangsaan XYZ ialah telah tidak membenarkan
seorang murid yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira menduduki peperiksaan UPSR.
Dengan cara mengurung murid berkenaan, beliau telah menafikan hak murid tersebut untuk
mengambil peperiksaan. Tindakan guru besar ini telah berlawanan dengan Akta Pendidikan
1996. Merujuk kepada seksyen 2, tafsiran murid ertinya seseorang, tanpa mengira umurnya,
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Page 4

SGDU6043
LEGAL ASPECT IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

NORHAZLIDA BINTI MOHD RAZALI


MALIZA BINTI MAZLAN

yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan disuatu institusi pendidikan. sekolah
kebangsaan ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan (a) yang
menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun, dan (e) yang
menyediakan murid bagi apa-apa peperiksaan sebagaimana yang ditetapkan.
Berdasarkan seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 sekolah hendaklah menyediakan murid
bagi peperiksaan yang ditetapkan. Tiap-tiap sekolah hendaklah menyediakan murid-muridnya
bagi peperiksaan yang ditetapkan oleh atau dibawah akta ini atau mana-mana peraturan yang
dibuat dibawah akta ini melainkan jika dikecualikan selainnya oleh atau dibawah akta ini.
Maksud menyediakan ialah: mendaftarkan murid untuk peperiksaan, mengajar dan memastikan
murid menduduki peperiksaan. Sekiranya guru besar tidak membenarkan seorang murid
menduduki peperiksaan dengan mengurungnya, perbuatan tersebut boleh diklasifikan sebagai
kes jenayah dibawah kategori penderaan fizikal. Beliau seharusnya berfikir secara realistik dan
tidak terburu-buru dalam membuat tindakan. Mengambil kira peranan guru sebagai In locoparentis di sekolah atau sebagai ibu bapa sementara,

masa depan murid perlu menjadi

keutamaan berbanding menjaga reputasi sekolah yang bersifat sementara.


Kejadian yang sama turut berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia contohnya pada tahun
2011, tiga orang murid daripada sekolah Kebangsaan Bintangor, Sarawak dan lima orang murid
dari Sekolah Kebangsaan Teluk Sara, Baling, Kedah telah dinafikan hak untuk menduduki
peperiksaan UPSR. Murid terbabit telah dikurung untuk mengelakkan mereka daripada
menghadiri peperiksaan. Kejadian yang sama berulang kembali pada tahun 2012 di Sekolah
Kebangsaan Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung Selangor. Mengikut kenyataan akhbar dari
(blog tidak rasmi) guru besar dari sekolah terbabit telah menyalahkan sistem pendidikan negara
yang hanya mementingkan kelulusan dan prestasi yang cemerlang di dalam peperiksaan.
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Page 5

SGDU6043
LEGAL ASPECT IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

Kebanyakan

NORHAZLIDA BINTI MOHD RAZALI


MALIZA BINTI MAZLAN

sekolah berlumba-lumba untuk menghasilkan sebilangan ramai murid yang

mendapat bilangan A di dalam semua mata pelajaran dan murid yang di kategorikan lemah
atau lembam dihalang dari menduduki peperiksaan. Imbuhan dan ganjaran dijanjikan kepada
sekolah-sekolah yang mencapai target seperti baiah dan lawatan ke luar negara. Walau apapun
alasan yang diberikan, hal ini tidak wajar sama sekali dilakukan kerana ia amat jelas
menganaktirikan murid berkenaan semata-mata untuk menaikkan nama sekolah. Memetik
kenyataan akhbar pada 29 september 2011, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata pengetua atau guru besar yang didapati bersalah akan memberi kesan negatif
kepada petunjuk prestasi mereka (KPI) dan tindakan menghalang murid dari menduduki
peperiksaan adalah salah dan melanggar hak murid tersebut. Beliau juga menyalahi Peraturanperaturan Pegawai Awam (Tatatertib dan Kelakuan) 1993 Perkara 4 (2) (d) iaitu seorang
Pegawai Awam tidak boleh berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama
atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.
Kesalahan ketiga yang dilakukan ialah menghalang tiga orang nazir datang ke Sekolah
XYZ untuk membuat pemeriksaan ke atas Program Khas Matematik. Walaubagaimanapun guru
besar telah tidak membenarkan tiga orang nazir berkenaan masuk ke kawasan sekolah dengan
mengunci pagar. Beliau telah mengganggu dan mengendalakan tugas nazir yang datang dengan
tujuan pemantauan ke atas sekolah. Tindakan guru besar adalah bertentangan dengan Akta
Pendidikan 1996.
Guru besar tidak mempunyai kuasa untuk menghalang tugas rasmi nazir kerana mereka
berhak meminta apa-apa dokumen yang berkaitan pada bila-bila masa yang dirasakan perlu.
Seperti kes di sekolah XYZ, nazir berhak meminta dokumen berkaitan Program Matematik yang

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Page 6

SGDU6043
LEGAL ASPECT IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

NORHAZLIDA BINTI MOHD RAZALI


MALIZA BINTI MAZLAN

sedang berjalan. Nazir adalah wakil kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
memastikan sistem pendidikan negara berjalan seiring dengan kurikulum yang telah ditetapkan.
Menurut Akta Pendidikan 1996 seksyen 2, tafsiran Ketua Nazir ertinya ketua nazir
sekolah yang dilantik dibawah subseksyen 6(1). Seksyen 6(3) semua nazir sekolah yang dilantik
dibawah subseksyen 2 hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan ketua nazir sekolah.
Sekiranya nazir terbabit membuat laporan mengenai tindakan guru besar terbabit, beliau
boleh diambil tindakan tataterbib oleh pihak lembaga tatatertib dan penalti dikenakan jika
disabitkan kesalahan. Seksyen 121 Kuasa am nazir sekolah. Bagi maksud membuat pemeriksaan
ke atas institusi pendidikan di bawah seksyen 117 ketua nazir atau nazir sekolah ( dalam
seksyen ini disebut Nazir) boleh

(a) pada bila-bila masa memasuki sesuatu institusi

pendidikan; dan (b) menghendaki pengerusi lembaga pengelola atau pengelola atau mana-mana
orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu atau guru atau
pekerja atau orang yang ditemui di institusi pendidikan itu (i) mengemukakan bagi
pemeriksaannya jadual waktu, sukatan pelajaran yang diajarkan atau yang akan diajarkan atau
apa-apa buku,

bahan,

dokumen,

atau barang yang berhubungan dengan atau yang pada

pendapat nazir itu mungkin ada hubungan dengan pengajaran yang dijalankan di institusi
pendidikan itu atau perguruan institusi pendidikan itu; dan (ii) memberikan kepada nazir itu apaapa maklumat yang berhubungan dengan pengajaran di, atau pengelolaan, institusi pendidikan
itu, yang diminta oleh nazir itu, dan yang pengerusi, pengelola, atau orang lain yang
bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu, guru, pekerja atau orang itu
mempunyai kuasa untuk memberikan.

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Page 7

SGDU6043
LEGAL ASPECT IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

NORHAZLIDA BINTI MOHD RAZALI


MALIZA BINTI MAZLAN

Menurut seksyen 134 Kesalahan dan Penalti berhubungan dengan nazir seseorang (a)
menghalang atau menggendalakan ketua nazir atau nazir sekolah dalam menjalankan mana-mana
kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 121(b) enggan mengemukakan mana-mana jadual
waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen atau barang, atau enggan memberikan
maklumat dengan melanggar subperenggan 121(b) (ii); atau (c) memberikan apa-apa maklumat
yang palsu dalam apa-apa perkara yang material atau dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak
percayai adalah benar, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda
tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun
atau kedua-duanya. Guru besar XYZ juga telah menyalahi Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Tatatertib dan Kelakuan) 1993 pindaan Tahun 2002 bahagian 11 perkara 4(1) (i) seseorang
pegawai tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh
ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.
Kesimpulan dari kejadian yang berlaku di sekolah XYZ, sebagai seorang pentadbir
disebuah sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia, guru besar tidak boleh sewenangwenangnya membuat keputusan dalam menentukan perjalanan pendidikan di sekolah dimana dia
ditugaskan kerana semua sekolah di Malaysia tertakluk dibawah akta ,yang telah termaktub.
Sistem pendidikan disemua sekolah adalah berdasarkan Kurikulum Kebangsaan yang telah
diputuskan dalam parlimen dan tidak akan berubah selagi tiada akta baru yang digubal bagi
menggantikan akta terdahulu. Tindakan guru besar harus berpandukan Akta Pendidikan 1996,
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Tatatertib dan Kelakuan) 1993 dan Peraturan-peraturan
Pendidikan. Guru besar tidak boleh melangkaui tanggungjawab dan etika sebagai penjawat
awam. Tindakan menggugurkan

mata pelajaran yang telah ditetapkan dalam Kurikulum

Kebangsaan boleh merencatkan hasrat kerajaan dalam melahirkan individu yang seimbang dari
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Page 8

SGDU6043
LEGAL ASPECT IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

NORHAZLIDA BINTI MOHD RAZALI


MALIZA BINTI MAZLAN

segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Menafikan hak murid untuk menduduki
peperiksaan juga jelas tidak bermoral dan beretika kerana tidak memberi peluang kepada murid
untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka. Guru besar seharusnya memberi kerjasama
yang penuh kepada nazir yang datang memantau kerana nazir adalah sebagai penasihat kepada
guru besar dan wakil kepada kerajaan.

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Page 9

SGDU6043
LEGAL ASPECT IN EDUCATIONAL MANAGEMENT

NORHAZLIDA BINTI MOHD RAZALI


MALIZA BINTI MAZLAN

BIBLIOGRAFI

Bibliography
UNDANG-UNDANG, L. P. (2014). AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550), PERATURANPERATURAN DAN KAEDAH-KAEDAH TERPILIH. SELANGOR:
INTERNATIONALLAW BOOK SERVICES.
MOHD. ISMAIL OTHMAN. (2008).UNDANG-UNDANG UNTUK PENGETUA DAN GURU
BESAR .KUALALUMPUR: PTS PROFESSIONAL

WWW.BHARIAN.COM.MY
HTTP:/WWW.KOSMO.COM.MY/2012

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Page 10

Anda mungkin juga menyukai