Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan Obesiti dan Diabetes

Obesiti
Obesiti adalah merujuk kepada satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu
itu mempunyai lemak berlebihan yang boleh mengancam kesihatan badan. Obesiti kini dianggap
sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Ia adalah penyakit
kronik yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan, terapi dan perhatian yang wajar oleh
pengamal perubatan. Lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan
sebanyak 25%. Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%.
Obesiti boleh di ukur menggunakan pengiraan Body Mass Index (BMI). Sejak 5 tahun
kebelakangan ini, kajian baru membuktikan masalah obesiti ternyata adalah satu penyakit yang
membawa kesan buruk terhadap kesihatan dan menyumbang kepada penyakit-penyakit serius
terutamanya penyakit jantung dan diabetes. Obesiti juga berlaku di sebabkan oleh keturunan atau
genetic, hormon, faktor alam sekitar seperti tabiat budaya dan kekurangan aktiviti fizikal.
Oleh kerana itulah pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet
pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu
tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat
aktif, anda bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menyertai
acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang
dirasakan sesuai dengan keupayaan anda.
Diabetes
Kencing manis merupakan satu penyakit apabila pankreas iaitu salah satu daripada organ
yang penting di dalam badan kita tidak dapat menghasilkan hormon insulin atau, insulin tidak
dapat berfungsi dengan baik. Insulin merupakan sejenis hormon jenis polipeptida yang
dihasilkan oleh kelenjar pankreas. Sel yang menghasilkan insulin pada pankreas adalah dikenali
sebagai sel beta iaitu sejenis sel yang terdapat dalam kelompokan sel yang digelar islet of
Langerhans dalam pankreas. Fungsi utama insulin adalah mengawal keseimbangan tahap
glukosa dalam darah dan bertindak meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel badan.
Kegagalan badan untuk menghasilkan insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi akan
1

menyebabkan glukosa tidak dapat masuk ke dalam untuk digunakan oleh sel-sel badan sebagai
tenaga. Ini akan menyebabkan peningkatan glukosa (gula) dalam darah. Kebocoran salur darah
utama merupakan punca sebenar penyakit kencing manis. Oleh sebab kebocoran tersebut, tenaga
tidak dapat disalurkan dengan sempurna yang mana tenaga akan keluar melalui kebocoran
tersebut mengakibatkan badan menjadi lemah, urat saraf lemah dan mengecut. Malah, organ
pankreas juga tidak mendapat bekalan tenaga yang secukupnya bagi merembeskan insulin dan
mengakibatkannya menjadi tidak aktif dan mengecut. Kadang-kala pengidap kencing manis
tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan
mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu
menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.
Oleh itu , pemakanan memainkan peranan penting dalam mencegah penyakit diabetes ini.
Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi
walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain
kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana
selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah
kerana kadar kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa
pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari
dan bincangkan dengan doktor.

Objektif
Program Kesedaran Obesiti & Diabetes ini diadakan untuk semua warga Universiti
Pendidikan Sultan Idris dan orang awam untuk meningkatkan kesedaran dan seterusnya
mendapatkan maklumat berkaitan obesiti dan diabetes secara lebih mendalam. Hal ini selaras
dengan hasrat Kementerian Kesihatan untuk memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan
sihat tubuh badan secara fizikal dan mental serta prihatin terhadap tanggungjawab bersama
kepada masyarakat dan negara. Penganjuran program ini juga dapat memberi peluang kepada
mahasiswa/i menunjukkan kemampuan serta kebolehan mengorganisasi sesuatu program
kesihatan.

Kebaikan dan Kelemahan Program


Kebaikan Program
Melalui program Kesedaran Obesiti dan Diabetes ini, pelajar telah didedahkan secara
lebih mendalam tentang penyakit obesiti dan diabetes. Seperti yang telah diceramahkan oleh
penceramah, jelas membuktikan bahawa punca wujudnya kedua-dua penyakit ini adalah kerana
pemakanan. Menurutnya, rakyat Malaysia lebih gemar makan dan minum makanan yang
berglukos tinggi. Pelajar juga didedahkan dengan kesan kedua-dua penyakit tersebut. Paparan
gambar kesan penyakit tersebut membuatkan pelajar serius mendengar ceramahnya kerana
masing-masing tidak mahu penyakit ini terjebak dalam diri pelajar.
Selain itu, sesi soal jawab diakhir program juga dilihat sebagai satu pendekatan untuk
pelajar lebih memahami tentang penyakit-penyakit tersebut. Ramai pelajar bertanyakan soalan
berkaitan penyakit obesiti dan juga diabetes.
Kelemahan Program
Antara kelemahan program yang jelas dilihat adalah pengurusan pelajar dalam
mengendali program ini. Ini kerana banyak hal dilakukan disaat akhir, contohnya air mineral
penceramah disediakan setelah separuh perjalanan program berlangsung. Selain itu, saya lebih
berminat jika penceramah tersebut menyelitkan unsur-unsur kelucuan dalam ceramahnya. Ia bagi
membuatkan pelajar tidak bosan dan mengantuk.

Kesimpulan
Program ini dianggap berjaya dari segi pengisiannya kerana semua maklumatnya jelas dan
sampai kepada pelajar. Penceramah tersebut berjaya memberi kesedaran kepada pelajar yang
menghadapi masalah obesiti terutamnya. Melalui program sebegini juga memberi peluang
kepada pelajar untuk belajar mengendali sesebuah program berunsurkan kesihatan. Saya
berharap program sebegini dapat dilaksanakan lagi di lain hari dengan berfokuskan penyakitpenyakit yang melibatkan pelajar.

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai