Anda di halaman 1dari 29

Jabatan Pendidikan & Kemanusiaan

DBE 1112
FALSAFAH PENDIDIKAN
MINGGU I

TAJUK : Pengenalan Falsafah Sepintas Lalu


OBJEKTIF : Di akhir pelajaran ini, pelajar akan dapat
memahami dan mendalami:
1. Tujuan mempelajari falsafah
2. Gunanya kepada guru

PENGENALAN FALSAFAH:

APA GUNANYA KEPADA GURU?


DAPAT MEMBERI ARAH & PANDUAN
KEPADA GURU UNTUK:
1. Memilih matlamat pendidikan
2. Kaedah pendidikan
3. Tujuan pendidikan

CARA MEMILIH MATLAMAT PENDIDIKAN!

Mengkaji pandangan dan pendapat ahli-ahli falsafah


terdahulu dan masa kini. Dengan mengkajinya guru
boleh menilai setiap isi bagi menentukan:
1.
2.
3.
4.

Dirinya sebagai pengajar/guru


Sistem pendidikan yang di amalkan
Kedudukan pelajarnya
Kurikulum yang digunakan.

SUPAYA GURU:

1. Mempunyai kepercayaan-kendiri
dalam profesionnya.
2. Mempunyai keyakinan-kendiri
F.P - menghurai konsep-konsep yang abstrak
( tidak dapat dilihat dengan pancaindera
Kamus Dewan Bahasa.)

CONTOH FALSAFAH

Falsafah ITTHO

BERUSAHA SECARA BERTERUSAN


UNTUK MEMPERDALAM, MENGAMAL,
MENYEBAR DAN MEMANAFAATKAN
ILMU BAGI KESEJAHTERAAN SEJAGAT.

HURAIAN:

Konsep bekerja sebagai ibadah menyedarkan


kita untuk sentiasa merancang setiap pelakuan
atau pekerjaan ke jalan yang diredhai Allah.
Perlakuan atau pekerjaan yang tidak berpedom
kan keredhaan Allah boleh membawa mudarat
dan menjadi sia-sia.

Kesedaran ini mempunyai pengertian halus


bagi mempengaruhi niat, sikap, tindakan
dan amalan yang berpunca daaripada diri
setiap individu. Dengan niat untuk mendapat
kan kedhaan Allah, manusia sentiasa terkawal
oleh ciri-ciri unggul dan murni yang lahir dari
dalam diri sendiri seperti beretika,berakhlak
mulia, jujur, berhemah tinggi dan berwawasan.
Dengannya terbendung sebarang kecenderungan
tidak sihat yang boleh mencemarkan maruah
dan martabat diri manusia sebagai makhluk
berakal.

Mencari atau mendalami ilmu di tuntut oleh


agama dan menjadi asas perlanutan tamadun
manusia. Umat yang maju dalam bidang ilmu
pengetahuan, berjaya mengatur kehidupan
yang baik, mampu menangani perubahan dan
dihormati di kalangan masyarakat antarabangsa.
Kecenderungan mencintai ilmu membawa
manusia untuk sentiasa memperdalami berbagai
cabang ilmu pengetahuan serta menghasilkan
penemuan baru melalui kegiatan penyelidikan.
Manusia yang memiliki ilmu haruslah menyebar,
mengamal dan memanafaatkannya bagi
kesejahteraan sejagat. Sesungguhnya ini adalah
fungsi utama ITTHO dalam melahirkan tenaga
pengajar teknologi yang berkemahiran tinggi,
berinovasi dan berdaya kepimpinan.

Kesemuanya ini adalah usaha berterusan bagi


membayangkan bahawa kita semua mengejar
kemajuan dan berhadapan dengan berbagai
situasi dan masalah terkini. Usaha berterusan
menimba dan mendalami ilmu juga membayang
kan bahawa proses pendidikan adalah satu proses
yang berjalan sepanjang hayat, sentiasa membuka
peluang untuk setiap individu memaksimumkan
potensinya.

Maksud memanfaatkan ilmu bagi kesejahteraan


sejagat menyeru agar manusia Berilmu menunai
kan tanggungjawab (fardu kifayah) yang memper
tingkatkan kualiti kehidupan umat manusia
keseluruhannya .Sewajarnyalah orang-orang yang
berilmu tampil ke hadapan menjadi pemimpin ,
mempelopori perubahan dan memotivasikan orang
lain untuk memperbaiki keadaan diri mereka atau
keadaan umat manusia amnya .

Contoh 2 :
FALSAFAH PENDIDIKAN
NEGARA
(Satu
Huraian)
Pengenalan:
Huraian pernyataan FPN bertujuan bagi
memperjelaskan lagi pernyataan Falsafah
agar dapat difahami dengan lebih mudah.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan


ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi Jasmani,
Emosi, Rohani dan Intelek, berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung-jawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara

KONSEP FALSAFAH.

1.1

PENGERTIAN FALSAFAH

Asalnya daripada perkataan YUNANI TUA PHILOSOPHIA


Maksudnya cinta kepada pengetahuan atau hikmah
Falsafah bukan hikmah, tetapi ia merupakan cinta terhadap
hikmah dan usaha atau cara untuk mendapatkannya.

Rendall & Buchler (1970) :

Menyatakan bahawa setiap definisi yang


di buat sebenarnya mencerminkan kebudayaan
individu yan mendefinisikannya.

Omar Mohammad Al-Toumy Al-Syaibany (1979)


- Setiap ahli falsafah berusaha mencari hakikat sesuatu,
berusaha menautkan sebab dan akibat dan berusaha
mentafsirkan pengalaman manusia.

Russell (1946)
- falsafah adalah antara TEOLOGI dan SAINS.
( Teologi adalah ilmu katuhanan dan agama )

( Sains adalah fizikal dan kemanusiaan )

Seperti teologi, falsafah mengandungi spekulasi


tentang perkara-perkara yang belum nyata atau tepat.
Tetapi sebaliknya sains pula menggunakan taakulan
untuk membuktikan sesuatu.
Taakulan : kebolehan berfikir dengan lojik
( Kamus Dewan ).
Maka : Falsafah adalah TAAKULAN dan SPEKULASI

Schofield (1972)
- Menyatakan bahawa falsafah adalah satu proses menyoal.
Adakah semua soalan merupakan soalan-soalah falsafah?
Tidak,
Sebab setiap soalan yang diajukan boleh dijawab
melalui dua langkah:

1. Soalan yang boleh dijawab terus melalui pengalaman


dan ujikaji
2. Soalan yang memerlukan jawapan secara
perbincangan, duduk dan berfikir.

Bagi bentuk soalan 2 sebentar tadi,


Ia memerlukan pakar rujuk atau bahan rujuk. Bagi
teologi Islam akan menggunakan Al-Quraan dan
Hadis Nabi , bagi kristian akan menggunakan kitab
Injil bagi membuat rujukan.
Maka jika spekulasi diterap/tautkan ke dalam sains,
maka terhasillah falsafah sains.
Jika taakulan diterapkan dalam agama, maka terciptalah
falsafah agama. Dari itu dengan menggunakan spekulasi
dan taakulan boleh juga terhasil pelbagai falsafah lain
seperti falsafah undang-undang, falsafah politik, falsafah
pendidikan dan sebagainya.

SIAPAKAH YANG BERFALSAFAH?

Menurut FROST (1955) - setiap orang adalah ahli falsafah


Samada seorang petani, orang kampung, orang bank,
pemimpin dan sebagainya.
Tetapi perbezaan tetap ada jika semua orang
merupakan ahli falsafah.

SHARIFAH ALWIAH ALSAGOFF (1984)


- ada perbezaan antara orang biasa dengan ahli
falsafah berfalsafah.

Sebab !!!!!!!!!!!!
Setiap ahli falsafah dapat membentuk idea dengan
lengkap, logik, tekal dan akhirnya idea itu disebarkan.

PENGERTIAN FALSAFAH - SATU RUMUSAN

Falsafah bererti sesuatu yang terletak diantara sains


dan teologi.

Falsafah memerlukan penyiasatan yang menyeluruh,


*komprehensif dan logik tentang aktiviti manusia dalam
perlbagai bidang seperti agama, sains, seni dan pendidikan
Soalan-soalan falsafah perlu : bertafakur, berspekulasi,
mentaakul dan berteori untuk mendapatkan jawapan.
* komprehensif ialah lengkap, luas dan menyeluruh.

1.1

TUJUAN FALSAFAH

Howick (1971)
Falsafah berusaha mencari pandangan yang komprehensif
mengenai manusia dan alam jagat.

Falsafah juga boleh dikaitkan dengan kebolehan


berfikir dengan *kritis bagi mengatasi masalah
yang abstrak, soalan yang mantap dan jawapan
yang rasional.

Tujuan falsafah..

Akhirnya Falsafah bertujuan memberi arah,


panduan dan prinsip untuk memilih matlamat,
kaedah dan tujuan disamping mencari kebenaran.
*

Kritis Ialah tidak menerima atau manurut sahaja


dgn tiada mempertimbangkannya sendiri.

PENDEKATAN FALSAFAH

Meneliti istilah FALSAFAH sebagai satu aktiviti.

KNELLER (1971) :
Aktiviti falsafah terbahagi kepada 3 cara atau stail
1. Falsafah spekulatif

2. Falsafah preskriptif
3. Falsafah analitik

Falsafah Spekulatif

Merupakan satu proses mencari susunan dan


keseluruhan yang tidak hanya kepada sesuatu
item atau pengalaman tertentu, tetapi untuk
semua pengetahuan dan pengalaman.
Mencari kesepaduan pemikiran dan pengalaman.

Falsafah Preskriptif

Cuba menetapkan standard bagi mempertimbangkan


nilai, kelakuan dan mennghargai seni. Kajiannya
sekitar baik dan buruk, betul dan salah serta cantik
dan hodoh.
Sentiasa berusaha untuk mencari dan mengesyorkan
prinsip-prinsip bagi menentukan pakah tindakan dan
kualiti yang berfaedah dan kenapa ia harus begitu?

Falsafah Analitik

Banyak menumpukan kepada perkataan


dan maknanya.

Ia juga menganalisis kenyataan-kenyataan


spekulatif dan preskriptif.

Anda mungkin juga menyukai