Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Lampu adalah satu keperluan dalam kehidupan harian. Kegunaan lampu dalam kehidupan
seharian banyak digunakan terutamanya pada waktu malam. Lampu digunakan bertujuan untuk
memberi cahaya dan menerangi sesuatu kawasan yang gelap. Lampu juga sering digunakan di
rumah, pejabat, sekolah, universiti, jalan raya dan banyak lagi tempat yang menggunakannya.
Seperti yang kita tahu, sekirannya sesuatu kawasan itu tidak mempunyai lampu, kawasan
tersebut akan menjadi gelap dan tidak bercahaya. Apabila sesuatu tempat tidak mempunyai
cahaya atau gelap, banyak kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kes samun,
rogol, curi dan pecah kenderaan terjadi. Perkara sebergini yang tidak ingin terjadi pada
masyarakat terutama pada kaum wanita. Selain itu, sekirannya kawasan tersebut tidak
mempunyai cahaya yang mencukupi, masyakat takut untuk melalui kawasan tersebut.

LATAR BELAKANG MASALAH


Penggunaan lampu adalah perlu walau dimana sekali pun kita berada terutamanya pada waktu
malam dan pada kawasan yang gelap. Lampu pada asasnya dicipta bagi menerangi kawasan yang
gelap. Oleh yang demikian, pengkaji telah mengambil inisiatif untuk mengkaji serta
mengaplikasikan sistem eletrik dengan lebih meluas. Sistem lampu yang ingin dibangunkan oleh
pengkaji adalah sistem lampu jenis Wap Natrium dan pendawaian yang digunakan adalah secara
3 fasa 415V sebagai sumber utama lampu tersebut.
Sistem lampu jenis wap Natrium ini menggunakan 400Watt untuk memberikan kecerahan
yang mencukupi kepada kawasan tempat letak kenderaan di FPTV pada waktu malam. Ini
kerana, terdapat pelbagai aduan yang dibuat disebabkan kawasan tempat letak kenderaan di
FPTV gelap pada waktu malam yang menyebabkan pelajar dan staf bimbang dengan keadaan
tersebut terutamanya pelajar dan staf perempuan. Lampu yang sedia ada tidak sesuai digunakan
di kawasan tempat letak kenderaan kerana lampu digunakan berwarna putih dan tidak dapat
menerangi keseluruhan kawasan letak kenderaan tersebut. Pelbagai kejadian yang tidak diingini
boleh berlaku seperti ragut,percah kenderaan,kecurian dan sebagainya.

Dengan menggunakan sistem lampu jenis Wap Natrium ini,banyak kelebihan yang boleh
dapat seperti, ia dapat menerangi seluruh kawasan tempat letak kenderaan tersebut, dapat
menjimatkan bekalan elektrik serta dapat mengurangkan kerosakan pada semua lampu kerana
menggunakan sistem 3 fasa.

PENYATAAN MASALAH
Daripada rentetan latar belakang masalah, kami telah memutuskan idea untuk mereka bentuk
lampu untuk menerangi kawasan tempat letak kenderaan di FPTV. Ini kerana lampu yang sedia
ada di tempat letak kenderaan FPTV tidak sesuai dan tidak dapat menerangi kawasan tersebut.
Oleh itu, kami telah mengambil keputusan untuk menggunakan lampu jenis wap Natrium untuk
menggantikan lampu yang sedia ada. Maka, pengguna tidak perlu risau dengan kawasan tersebut
kerana lampu yang kami ingin bangunkan dapat menerangi kawasan tersebut.
Dengan penggunaan lampu jenis Wap Natrium ini dapat menerangi keseluruhan kawasan
tempat letak kenderaan di kawasan FPTV dan ia juga menjimatkan kegunaan lampu kerana
dengan menggurangkan lampu yang sedia ada. Lampu yang sedia ada itu tidak dapat menerangi
kawasan tersebut dan bekalan yang digunakan tinggi berbanding jenis wap Natrium yang ingin
di bangunkan. Lampu jenis Natrium ini sering digunakan di jalan raya, di kawasan bandar dan
kawasan awam. Diharap reka bentuk lampu yang akan dibangunkan ini dapat memberi manfaat
kepada pelajar dan staf terutamanya pelajar perempuan yang meletakakna kenderaan pada waktu
malam di kawasan tersebut dan dapat mengurangkan kos bekalan elektrik.

TUJUAN
Tujuan kami memilih untuk memasang lampu di tempat letak kereta pelajar di Fakulti
Pendidikan Teknik dan Vokasional (FPTV) adalah bertujuan untuk memberikan cahaya kerana
dikawasan tersebut tiada lampu. Selain itu, perkara ini boleh mendatangkan bahaya kepada
semua pelajar yang meletakkan kenderaan sekirannya kelas malam terutamanya pelajar
perempuan. Kami akan membangunkan satu projek untuk memasang lampu pada kawasan

tempat letak kereta tersebut supaya kawasan itu dapat cahaya yang mencukupi dan pelajar tidak
berasa bimbang apabila meletakkan kenderaan di tempat letak kereta tersebut. Kami akan
meletakkan tiga tiang lampu dikawasan tempat letak kereta.

OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan kepada penyataan masalah yang telah dinyatakan, objektif bagi reka bentuk lampu
jenis wap natrium adalah seperti berikut:
(i)

Mereka bentuk sistem lampu jenis Wap Natrium yang dapat menerangi kawasan tempat

(ii)
(iii)

letak kenderaan di Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional (FPTV)


Mereka sistem pendawaian yang digunakan untuk lampu jenis wap Natrium
Membangunkan lukisan pendawaian dan pelan lantai dengan menggunakan perisian
Autocad Elektrik.

SKOP KAJIAN
Sistem lampu yang ingin dibangunkan adalah jenis Wap Natrium. Sistem Lampu jenis Wap
Natrium ini hanya boleh menggunakan bekalan 3 fasa iaitu 415V sahaja. Ini kerana, lampu yang
digunakan ini menggukan bekalan masukan yang tinggi dan menggunakan 400Watt. Lampu jenis
ini perlu menggunakan kawasan yang luas kerana saiz lampu ini besar dan mempunyai tiang
yang besar untuk menampung berat dan kestabilan lampu supaya tidak tumbang.
Saranan penggunaan adalah lebih kepada pelajar dan staf di Fakulti Pendidikan Teknik
Dan Vokasioanal (FPTV). Ia juga boleh digunakan di kawasan tempat letak kenderaan di sekitar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kos pembinaan lampu jenis Wap Natrium tinggi tetapi

kos bagi bekalan yang digunakan adalah rendah. Cahaya yang menerangi sesuatu kawasan
tersebut bergantung pada ketinggian lampu dan jumlah lampu yang dipasang.
Selain itu, sistem pendawaian yang digunakan adalah 3 fasa 415V. Ini bagi mengelakan
sekiranya berlaku kerosakan pada sesuatu fasa, ia tidak menjejaskan lampu yang menggunakan
fasa yang berbeza.

KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil daripada kajian yang dijalankan ini dapat membantu banyak pihak terutamanya pelajar dan
Staf FPTV dan pengguna lain yang meletakan kenderaan di kawasan letak kenderaan FPTV pada
waktu malam. Diantara kepentingan kajian ini adalah:
(i)

Hasil pembangunan reka bentuk projek ini dapat membantu masalah pelajar dan staf

(ii)

meletak kenderaan pada waktu malam.


Pembangunan reka bentuk projek ini dapat menyelesaikan masalah kecurian dan

(iii)

sebagainya yang di hadapi oleh pengguna.


Dengan membangunkan sistem pendawian jenis ini, ia dapat menggurangkan kos
kegunaan bekalan elektrik dan menggurangkan kerosakan yang dihadapi.

JENIS LAMPU JALAN YANG DIGUNAKAN DI FPTV

Jenis lampu jalan yang sedia ada di FPTV agak kurang baik kadar pencahayaan nya, ini kerana ia
tidak mampu untuk menerangi tempat meletak kenderaan di FPTV secara amnya. Dengan kadar
cahaya yang tidak begitu cerah, dikhuatiri akan berlaku pelbagai masalah, contohnya kehilangan
kenderaan, ia juga boleh mengundang ke arah kemaksiatan atau pun melakukan perkara terkutuk
di tempat yang gelap.

CADANGAN PERTUKARAN LAMPU DI FPTV

Lampu yang ingin kami cadangkan adalah dengan menggunakan lampu jenis wap natrium
tekanan tinggi Sylvania. Lampu ini mempunyai daya ketahanan yang tinggi serta mudah
diselenggarakan, selain daripada itu juga lampu dari jenis wap natrium tekanan tinggi Sylvania
ini mempunyai keamatan cahaya sebanyak 300 lux, di mana ia mampu menerangi separuh

padang bola sepak dan mempunyai cahaya yang sangat cerah. Ia juga menggunakan tenaga
elektrik sebanyak 400watt. Gambar dibawah menunjukkan contoh kawasan yang diterangi
dengan lampu jenis wap natrium ini.

KEBAIKAN

1. Kebaikan utama pemasangan lampu jalan termasuklah peningkatan tahap keselamatan


jalan raya serta penurunan kadar jenayah.
2. Peningkatan tahap keselamatan jalan raya
Kajian telah membuktikan bahawa keadaan gelap telah menjadi antara penyumbang
utama kepada jumlah kemalangan jalan raya yang tinggi, terutamanya yang melibatkan
pejalan kaki; pejalan kaki adalah 3 hingga 6.75 kali lebih berisiko berdepan kemalangan
jalan raya semasa gelap berbanding semasa terang

Lampu jalan didapati berupaya

mengurangkan kemalangan melibatkan pejalan kaki sehingga lebih kurang 50%

3. Penurunan kadar jenayah


Sistem pencahayaan yang sangat baik mampu mengurangkan kadar jenayah terutamanya
yang melibatkan jenayah harta-benda seperti samun, ragut, curi kenderaan serta pecah
masuk kediaman. Menurut Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
dan Polis Diraja Malaysia, pemasangan lampu jalan terbukti mampu mengurangkan
kadar jenayah terutamanya di kawasan bandar dan perumahan.

KEBURUKAN

1. Keadaan rabun malam atau kehilangan penglihatan malam disebabkan refleks


akomodasi mata pemandu menjadi ancaman utama. Setelah pemandu keluar dari
kawasan gelap ke kawasan yang diterangi cahaya lampu jalan, anak mata pemandu
dengan pantas mengecut untuk menyesuaikan mata dengan cahaya yang lebih terang,
tetapi setelah meninggalkan kawasan cahaya tersebut, keupayaan anak mata untuk

menyesuaikan kembali dengan cahaya yang lebih malap adalah lebih perlahan, jadi
pemandu memandu dengan penglihatan yang kurang baik. Semasa pemandu semakin
meningkat usianya, pemulihan mata menjadi lebih perlahan, maka masa serta jarak
memandu di bawah keadaan penglihatan kurang baik semakin meningkat.

2. Voltan terbiar menimbulkan kebimbangan di banyak kawasan bandar. Voltan terbiar


terhasil akibat kebocoran voltan elektrik pada tiang lampu, menjadikan tiang lampu
menjadi "hidup" dengan arus elektrik yang berpotensi untuk mencederakan atau
membunuh sesiapa sahaja yang menyentuhnya. Sesetengah bandar raya menggunakan
teknologi Penutup Perlindungan Keselamatan yang melindungi orang ramai daripada
risiko renjatan elektrik serta membunyikan siren amaran serta mengelipkan lampu untuk
memberi amaran kepada orang awam apabila terdapat kebocoran arus elektrik pada tiang
lampu.

LUKISAN PENDAWAIAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN LAMPU JALAN DI


FPTV

LUKISAN BENTANGAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN LAMPU JALAN DI


FPTV

Anda mungkin juga menyukai