Anda di halaman 1dari 38

HALAMAN JUDUL

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

JABATAN ILMU PENDIDIKAN, INSTITUT PENDIDKAN GURU KAMPUS


TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRU.

PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

: ........................................

Nama Penulis

: ANBUCHELVI A/P KANNAN

Tarikh

: 10 MAC 2011

PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

: ........................................

Nama Penulis

: ARIVALAGAN A/L RAJA MANICKAM

Tarikh

: 10 MAC 2011

PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

: ........................................

Nama Penulis

: MOHANAH A/P JAYAKUMARAN

Tarikh

: 10 MAC 2011

ISI KANDUNGAN
NO

PERKARA

1.

PENGHARGAAN

2.

PENGENALAN

3.

HASIL ANALISIS
KONSEP DAN MATLAMAT FPK DAN FPG

4.

MUKA SURAT

8 14

FPG DARI PERSPEKTIF CABANG-CABANG FALSAFAH

15 17

CIRI-CIRI GURU YANG KOMPETEN.

18 20

PERANAN GURU TERHADAP MURID

21- 24

IMPLIKASI FPG TERHADAP KEJAYAAN FPK.

25 - 26

I.

REFLEKSI KENDIRI

27

II.

BIBLIOGRAFI

34

III.

BORANG KOLABORASI

37

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Tuhan yang Maha Esa dengan limpah
dan kurnianya kami dapat menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK)

yang diberikan dengan baik. Oleh itu, melalui

kesempatan ini kami ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang telah memberi pandangan serta sumbangan yang
tidak terhingga kepada kami pensyarah mata pelajaran Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) iaitu En. Abdul Razak Bin Kaprawi yang memberikan tunjuk ajar
dan sokongan kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini. Beliau banyak
menyumbangkan idea dan tenaganya untuk menerangkan saya tentang kehendak
soalan kerja kursus ini. Walaupun pada mulanya, kami menghadapi sedikit masalah
dengan memahami tajuk tersebut tetapi selepas mendapat penjelasan daripada
pensyarah, kami dapat memahami dengan lebih baik dan teliti.
Kedua, ucapan penghargaan dan terima kasih ini kami tujukan kepada pembantu
Pusat Sumber Serambi Ilmu, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim.
Mereka telah mengizinkan kami untuk merujuk buku-buku yang terdapat di dalam
perpustakaan dan mereka juga telah mengizinkan kami mengguna kemudahan ICT
seperti komputer dan mesin fotostat. Buku-buku di pusat sumber amat membantu kami
untuk menyiapkan kerja kursus kami dengan lebih cepat.
Tidak lupa juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas
kami yang telah banyak memberikan idea dan kongsi maklumat dengan kami tanpa
sebarang masalah untuk menyipkan tugasan ini.
Akhir sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah jabatan
ilmu pendidikan, dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih.

PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna,
semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK
ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan
mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan
pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah
melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektualSosial yang
sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih
utama antara kelima-lima unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih
penting daripada intelek atau sebaliknya.
Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu


untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan,

berketrampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap


keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

1.KONSEP DAN MATLAMAT FPK DAN FPG.

1.1 DEFINISI FALSAFAH PENDIDIKAN

Falsafah ialah suatu cara pemikiran yang analitis. Pendidikan pula melibatkan
konsep- konsep asas, sama ada dari segi teori atau praktik. Maka dengan itu, dapatlah
diperkaitkan bahawa perhubungan antara falsafah dengan pendidikan ialah suatu cara
pemikiran yang analitis yang digunakan untuk menjelaskan konsep-konsep asas dalam
pendidikan. Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ( FPK , 1988 ). Falsafah Pendidikan kebangsaan yang dinyatakan berikut
akan menentukan arah haluan asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan
rancangan dalam bidang pendidikan terkini.

Falsafah pendidikan menekankan nilai-nilai unggul dan nilai-nilai murni bagi


membangunkan potensi individu untuk mencapai kesejahteraan hidup yang baik.
Falsafah pendidikan yang mampu membentuk wawasan sosial, moral dan etika yang
dinamik akan dapat mencorakkan perkembangan, perubahan dan kemajuan individu
serta masyarakat. Wawasan hidup yang ideal , bermoral, dan beretika dapat melahirkan
insan yang mempunyai kekuatan sahsiah dan keterampilan diri. Pembinaan diri sangat
penting dipupuk melalui proses persekolahan dan pendidikan dengan menekankan
nilai-nilai akhlak dan moral, etika dan kerohanian, sosial dan estetika. ( Prof . Madya Dr.
Al . Ramaiah, 1992 )
Falsafah hidup dan kehidupan murni yang diidamkan tidak mungkin terserlah dan
terlaksana tanpa pendidikan. Justeru itu, kehidupan dan pendidikan terikat dan berkait
rapat. Pendidikan yang lengkap dan bermutu dapat menjamin pembentukan individu,
masyarakat dan bangsa yang kuat dan mulia.

Bangsa dan juga negara yang kuat serta mulia tidak hanya bergantung kepada
kekuatan fizikal yang bercorak kebendaan dan teknologi. Ini sahaja tidak mencukupi
kerana bangsa itu juga harus membina kekuatannya di atas asas-asas budaya ilmu
pengetahuan, akhlak mulia, keyakinan diri yang teguh, semangat tanggungjawab serta
pengorbanan diri yang tinggi. Perkara ini adalah selaras dengan fahaman confucius
tentang pendidikan iaitu Pendidikan adalah satu proses memupuk kesempurnaan
tingkah laku manusia yang boleh dicapai melalui amalan-amalan seperti bersopan
santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih
muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara (Confucius, 551-479 BC).
Pendek kata pendidikan yang disediakan harus dapat memenuhi pembangunan diri
insan secara lengkap meliputi rohani, intelek dan jasmani.

1.2 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun dan
dikenali di arena antarabangsa. Justeru, agak penting bagi kita mempunyai Falsafah
Pendidikan tersendiri. Menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1998, Falsafah
Pendidikan Negara telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi
nagara. Kini Falsafah Pendidikan Negara

dikenali sebagai Falsafah Pendidikan

Kebangsaan . Falsafah Pendidikan Kebangsaan menentukan arah haluan, asas dan


sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan
prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Ia menggabungkan
matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan
yang tekal, jelas dan logik.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk menjelaskan secara rasional
amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan trend pendidikan
9

masa hadapan ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982 ) . Falsafah Pendidikan


Kebangsaan sememangnya ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia dan berlandaskan
ideologi kebangsaan yang menerapkan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Rukun Negara merupakan usaha kerajaan untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini.
Dasar Ekonomi Baru merupakan suatu usaha kerajaan Malaysia bagi mewujudkan
perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan dalam bidang ekonomi, sosial,
kebudayaan, penempatan dan sebagainya. Dasar Pendidikan Kebangsaan pula
merupakan satu dokumen yang mengandungi pernyataan dasar dan strategi
pelaksanaan agar dapat dijadikan garis panduan bagi semua pihak yang terlibat dalam
bidang pendidikan ( Sufean Hussin, 1996) .

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada usaha berfikir yang


rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah
dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan , termasuk Rukun Negara. FPK
ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara yang agak
panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan
perkembangan dunia Islam dan pembangunan Negara Malaysia.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandugi idea dan pandangan yang
rasional terhadap pendidikan. Fungsi asas Falsafah Pendidikan ialah memberi panduan
dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem
pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat Pendidikan negara. (Mok Soon
Sang ,2010),
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakarpakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluankeperluan individu, masyarakat dan negara.

10

1.3 MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat Falsafah


Pendidikan Kebangsaan

adalah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna

supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna . Dengan perkataan lain,
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
sempurna dan memiliki serta menghayati beberapa ciri yang penting. Antara cirinya
yang ditekankan ialah percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama, dan
negara dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu serta memupuk perpaduan di
kalangan rakyat berbilang kaum di negara kita. ( Abu Bakar Nordin, 2003)

Dalam konteks ini, prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan
keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ia ada
Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Oleh itu, manusia
harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah dan bertanggungjawab kepada
Tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkan alamnya.
Matlamat Falsafah Pendidikan Negara akan tercapai jika dapat malahirkan rakyat
yang percaya dan patuh kepada Tuhan. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
juga menekankan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Rakyat yang berilmu
pengetahuan didefinasikan sebagai

rakyat yang memiliki sikap suka membaca,

cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat diri dan orang
lain.Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki sikap
mencintai ilmu pengetahuan dan gemar membaca. Sementelahan itu, mereka juga
sentiasa berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan.
Sejajar dengan itu, matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga untuk

melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilan. Rakyat yang mempunyai ilmu


11

pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan


negara. Mereka bukan sahaja mampu melaksanakan tugas dalam jangka masa yang
singkat tetapi juga dengan cekap dan sempurna. Rakyat Malaysia yang berketrampilan
merupakan rakyat yang mempunyai kemahiran yang sesuai dalam pelaksanaan
tugasnya dan dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna (Sharifah
Alwiah Alsagoff, 1984).
Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah melahirkan
rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Rakyat yang memiliki tingkah laku

yang

bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam kehidupan


hariannya adalah contoh rakyat yang berakhlak mulia. Rakyat yang berakhlak mulia
akan sentiasa mengetahui yang mana nilai baik dan mana yang buruk. Mereka juga
dapat menyedari kesan dan akibat daripada perbuatan baik buruk.

Falsafah Pendidikan Negara juga bermatlamat melahirkan rakyat Malaysia yang


bertanggungjawab.

Rakyat yang

mempunyai tanggungjawab yang sempurna

terhadap Tuhan, bangsa dan Negara, dan melaksanakan tugasnya dengan cekap ,
bersih

dan

amanah

adalah

rakyat

yang

digelar

sebagai

bertanggungjawab.Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

rakyat

yang

ialah rakyat yang

menyedari tugas dan tanggungjawab adalah satu amanah dan kewajipan. Mereka juga
sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran.
Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berikutnya ialah melahirkan
rakyat yang memilik sahsiah yang seimbang dan sepadu. Melalui perkembangan
potensi individu secara menyeluruh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram
untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
Rakyat Malaysia yang memiliki sahsiah yang baik dan sepadu mempunyai daya
ketahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup dari semasa ke semasa.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bermatlamat melahirkan Rakyat Malaysia yang dapat
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara . (Sufean Hussin, 1996 ) Rakyat yang dapat memberi sumbangan dapat
12

memupuk semangat kerjasama, kekitaan, perpaduan, muhibah, toleransi dan hormat.


Mereka juga dapat menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk perkembangan dan
kemajuan negara. Inilah antara matlamat Falsafah pendidikan Negara yang patut
dicapai melalui sistem pendidikan negara.

1.4 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN GURU ( FPG)


Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Falsafah Pendidikan
Guru yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber
inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru:

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin

1.5 MATLAMAT PENDIDIKAN GURU


Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka Matlamat
Pendidikan Guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional,
sosial dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai
keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian
tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21

13

DEB
RUKUNEGARA

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Negara


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(Gabungan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan)

Menghasilkan individu secara menyeluruh, bersepadu, seimbang dan


harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


Jenis guru yang dihasratkan

14

2.0 FPG DARI PERSPEKTIF CABANG-CABANG FALSAFAH.

Falsafah boleh dibahagikan kepada empat cabang, iaitu metafizik, axiologi,


epistemologi, dan logik.

Metafizik yang

Epistemologi

berkaitan

yang

dengan kajian

berkaitan

realiti

dengan teori
ilmu

KONSEP
FALSAFA
Logik yang
kajian nilai dan
aspek moral
aksiologi

berkaitan
dengan
penaakulan

15

Cabang falsafah pertama iaitu metafizik membawa peranan guru sebagai agen
perubahan dalam dunia pendidikan yang dinamik.Dalam FPG ia berbunyi menjamin
perkembangan individu; memelihara masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin . Guru adalah dipertanggungjawab untuk memberi
pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas kendiri muridnya.pada masa kini,
masyarakat perindustrian yang maju dalam teknologi sedang mengalami perubahan
pesat. Oleh itu pendidikan di sekolah juga memainkan peranan sebagai agen
perubahan dengan memodenkan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan
kemajuan.Guru yang bersifat dinamik adalag guru yang sentiasa responsif dan
berupaya menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan perubahan dari semasa
ke semasa.( Mok Soon Sang ,2010), Hanya guru yang bersifat dinamik dapat
menangani cabaran- cabaran baru yang sering timbul. Hanya guru dinamik, beriltizam,
responsif dan bersedia menerima perubahan akan berkebolehan memainkan
peranannya sebagai agen perubahan dengan berkesan , demi memenuhi aspirasi dan
kehendak individu, masyarakat dan negara.
Cabang falsafah kedua ialah epistemologi yang terdapat dalam FPG iaitu

berpandangan progresif dan saintifik.Cabang ini mengutamakan ilmu yang


sentiasa berkembang lanjutan penemuan baru dan inovasi.Ilmu merupakan alat yang
utama dan mengandungi nilai yang berharga kepada manusia, kerana ilmu dapat
mengubah diri manusia daripada jahil kepada pengetahuan, bebal kepada cerdik,
mundur kepada maju dan derita kepada bahagia. Tanggungjawab guru untuk
memperoleh ilmu baru agar tidak tidak ketinggalan zaman. Guru memikul
tanggungjawab terhadap masyarakat sebagai agen sosialsasi dan penyebar budaya
ilmu yang mebawa perkembangan dan kemajuan sekolah dan masyarakatnya.
Seterusnya ialah aksiologi.Dalam FPG pula ialah berpekerti mulia;
menunjukkan aspirasi negara; menyanjung warisan kebudayaan negara .Guru
sebagai rol model dan teladanyang baik iaitu bermoral, beretika, bersifat profesional
dan sebagainya.Dalam hal ini, guru harus sentiasa berpakaian kemas, berkelakuan
baik, bersopan santun , berbudi bahasa, sentiasa menepati masa, rajin dan mempunyai
sikap positif terhadap tugas-tugas yang diamanahkan.Sebagaiman yang kita ketahui,
16

tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu
pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah
murid-murid.Ini meliputi berbagai-bagai aspek perkembangan dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani supaya murid-murid menjadi insan yang berilmu pengetahuan ,
bermoral tinggi, harmonis dan seimbang.
Cabang terakhir dalam falsafah ialah logik. Ciri yang terdapat dalam FPG
ialah"berpandangan progresif dan saintifik". Amalan penaakulan logik dalam
menjalankan tugas profesional dan rutin harian pengajaran dan pembelajaran serta
peningkatan diri secara profesional demi menjamin mutu profesion perguruan dan
kualiti guru.Kecekapan guru menjalankan tugas akan mewujudkan suasana sosioemosi
yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai
untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Menurut Dr. Jamiliah
Ahmad, seorang pensyarah pendidikan, intelektual merupakan pendidik yang
memainkan peranan sebagai agen transformasi, berfikiran tajam, mempunyai dedikasi
kepada nilai intelek dan memperhebatkan perkembangan daya murid-murid.Dia
memahami dan bertanggungjawab terhadap apa, bagaimana serta hasil pembelajaran
yang diajar
Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi
penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
ke arah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta
kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna, Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat
untuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan merupakan pemantapan pemikiran tentang pendidikan di Malaysia.
Falsafah ini menetapkan arah haluan yang perlu ditujui dan sebagai satu falsafah ia
dirasakan mempunyai keutuhan dan ketahanan yang berkekalan buat sepanjang masa
dalam konteks masyarakat Malaysia. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
sepatutnya dijadikan teras keseluruhan pendidikan di negara ini, daripada pendidikan
prasekolah sehinggalah ke perigkat pengajian tinggi.

17

3.0 CIRI-CIRI GURU YANG KOMPETEN.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kompeten membawa maksud


cekap, berwibawa dan terlatih. Jadi, guru yang kompeten dapat didefinisikan sebagai
guru yang terlatih, berwibawa dan mempunyai kecekapan bukan hanya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, malah di luar bilik darjah itu sendiri. Tugas
seorang guru bukan sahaja mengajar, tetapi turut meliputi tugas lain seperti mengelola
aktiviti pelajar, mengurus organisasi, mengurus jawatankuasa dan bekerjasama dengan
guru lain dalam melaksanakan agenda-agenda pendidikan di sekolah. Oleh yang
demikian, guru-guru perlu mempunyai kemahiran-kemahiran bukan sahaja kemahiran
mengajar, tetapi juga kemahiran mengurus, memimpin, berkomunikasi dengan
berkesan dengan guru lain, mampu menyelesaikan masalah, serta mempunyai etika
kerja yang tinggi (Nashuha, 2009).Guru yang kompeten bukan sahaja mampu mengajar
murid dengan cemerlang, tetapi juga mempunyai keterampilan diri yang meyakinkan,
berpegang dengan prinsip kerja yang tekun, serta bijak menempatkan diri dalam
kalangan komuniti sekolah. (Erdiana, 2006). Dipercayai bahawa guru yang mahir dalam
segala aspek selain aspek pengajaran bakal menjadi guru yang berkaliber serta
memenuhi hasrat pendidikan negara yang mahukan para guru mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam segenap aspek.

Guru-guru harus mempunyai kemahiran insaniah kerana ini akan cuba untuk
meningkatkan nilai tambah diri dengan pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja
dalam aspek mengajar, malah aspek-aspek yang berada di luar lingkungan pengajaran
bilik darjah. Kesepaduan antara elemen-elemen kemahiran insaniah ini akan dapat
melahirkan insan guru yang bijak berkomunikasi, bijak menyesuaikan diri dengan
persekitaran, serta berupaya menterjemahkan kemahiran insaniah ini untuk memberi
sumbangan yang bermakna terhadap sekolah khususnya dan dunia pendidikan amnya
(Rozanis, 2006).

18

Guru seharusnya mempunyai segala kemahiran generik yang bersesuaian


dengan keperluan pendidikan masa kini di samping ilmu pengetahuan berkaitan
matapelajaran yang diajar. Menurut Mok Soon Sang (2003), penggunaan dan
penerapan kemahiran generik secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran
amat bergantung kepada penguasaan kemahiran pengintergrasiannya dengan
kemahirankemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan,
kemahiran belajar, kemahiran menilai dan menaksir dalam pengajaran, dan tidak
kurang pentingnya kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Ahmad (2005)
dalam perutusan sempena Hari Guru 2005 menyatakan, perkembangan dan kemajuan
dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasai pelbagai kemahiran generik,
seperti, kemahiran berfikir, kemahiran mengguna dan mengintegrasikan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran, kemahiran belajar, dan kebolehan menguasai bahasa
kedua dengan baik.
Seterusnya, guru guru haruslah peka terhadap perkembangan pendidikan dan
teknologi terkini. Semakin hari semakin meningkatnya pendidikan dan teknologi di
negara kita. Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini
yang berkait. Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari
semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman yang berubah kepada penggunaan
teknologi semata-mata dalam bilik darjah. Setiap guru juga perlu bersedia menerima
sebarang perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan
masa kini. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia
pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui online. Para guru pada hari
ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan
kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi
satu bangsa yang maju. Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita
berhadapan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian, malah
kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup seperti penggunaan pengangkutan
berasaskan teknologi (LRT), perkhidmatan bank ( kad ATM), telekomunikasi (telefon
bimbit), hiburan ( VCD), pembayaran bil secara online ( Myeg) dan lain-lain. Guru
haruslah bijak dalam penggunaan teknologi yang menjadi sebahagian daripada amalan
19

biasa supaya menarik minat murud di dalam bilik darjah. Oleh itu, profesion keguruan
harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan
teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.
Kemahiran dan pengetahuan yang wujud pada guru menjadikan mereka guru
yang berkualiti. Guru yang berkualiti sangat penting dalam memastikan agenda
kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. Penegasan ini
dapat dilihat dalam Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 (2006) yang menyatakan
peranan pendidikan sangat penting dalam usaha membangunkan modal insan yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020.
Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif,
berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru,
mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia
global yang sering berubah-ubah.

20

4.0 PERANAN GURU TERHADAP MURID


Peranan Yang Boleh Dimainkan Oleh Guru Selaras Dengan Falsafah
Pendidikan Guru

PERANAN GURU SEBAGAI PENDIDIK

Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan


pengetahuan dalam mata pelajaran , khasnya mata pelajaran KSSR, serta
pengetahuan ikhtisas keguruan

Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah


Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, prgresif dan berdisiplin

Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan


kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru

Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru


yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi
tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan

Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk


merangsang perkembangan pelajar
21

Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk menentukan arah haluan ,asas dan
sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru : Guru yang berpekerti
mulia,berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara
serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin. Matlamat utama Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk menghasilkan
guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku;
menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai
kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad
ke-21.
Peranan yang boleh dimainkan oleh guru selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru
ialah guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan
dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KSSR, serta pengetahuan ikhtisas
keguruan. Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru
diharapakan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari
penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Guruguru hendaklah lebih
cekap berbanding dengan murid-murid sama ada dari segi pendidkan ataupun lain
daripada pendidikan seperti isu semasa, penggunaan ICT, memahiri sesuatu
kemahiran dan sebagainya. Guru perlu memastikan bahawa dirinya mempunyai
pengetahuan luas dan kemahiran yang tinggi. Bidang pendidikan sentiasa berkembang
dan

mengalami

perubahan

mengikut

tuntutan

zaman,

perkembangan

pesat

percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia


telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Guru diibaratkan sebagai
golongan yang cerdik pandai serta berkelulusan tinggi. Guru hendaklah sempurna dari
segi ilmu pengetahuan supaya

dapat memberi ilmu yang banyak kepada anak

muridnya.
Peranan lain ialah mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Dalam
22

situasi itu, guru dikatakan atau muncul sebagai pendidik kepada kanak-kanak,
pembimbing dan sebagai penasihat kepada masyarakat. Guru haruslah berusaha untuk
mendidik seseorang murid dengan sempurna iaitu melalui menggunakkan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian di dalam kelas supaya
memudahkan kefahaman murid.Selain menjalankan tugas dalam bilik darjah, guru juga
mempunyai perananperanan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya, guru
diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam
pembentukan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi
pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi teladan
kepada masyarakat. Di dalam sebuah masyarakat yand sedang membangun, guru juga
diharapkan menjadi agen pembahruan bagi masyarakatnya. Guru sentiasa berusaha
menanam sikap, nilai dan ilmu pengetahuan kepada generasi baru ke arah yang ingin
dibentuk oleh masyarakat. Guru juga boleh memberi sumbangan cergas untuk
meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat. Untuk
mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan,
guru

hendaklah

berusaha

melengkapkan

diri

dengan

strategi-strategi

P&P.

Di samping itu, guru-guru perlu menyemai dan memupuk amalan nilainilai


murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah
Pendidikan Guru. Peranan mengajar dan mendidik adalah gabungan usaha untuk
mencerna minda dan membentuk peribadi pelajar. Ketinggian ilmu yang disulami nilai
murni ialah ciri modal insan yang diingini untuk merealisasikan wawasan negara.
Pelajar pada hari inilah yang bakal menjadi pemimpin, baik pemimpin negara,
organisasi, persatuan, mahupun keluarga. Kejayaan pelajar adala manifestasi kejayaan
guru dalam menerapkan ajaran dan menyemaikan didikannya. Lantas kepada gurulah
disandarkan harapan negara untuk mempunyai warganegara yang cinta akan bangsa
dan negaranya, kuat jati dirinya, serta mampu mengharugi sebarang cabaran dari segi
ekonomi, sosial, dan budaya. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan
para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal
yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan
dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu. Dalam perubahan23

perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga
perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum
pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu
diterapkan dalam pengajaran. Guru-guru dikehendaki mematuhi kod eitka demi
menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesionnya.

Selain daripada itu,guru hendaklah menyempurnakan tanggungjawab dan


akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya
bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. Akauntabiliti keguruan
bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang
guru.

Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti keguruan membawa maksud

tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.

Akauntabiliti atau tanggungjawab

seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi bidang pekerjaan, sekolah,


tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan. kesedaran terhadap akauntabiliti
akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
yang telah diamanahkan kepadanya. Oleh itu, ia perlu dihayati oleh semua guru di
negara ini. Sekiranya seseorang itu mengabaikan akauntabilitinya, maka ia tidak akan
dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan akan gagal melahirkan insan
pelajar yang benar-benar lengkap dari segi ilmu dan peribadi yang baik. Hal tersebut
akan menjatuhkan martabat profesionalisme keguruan negara kita.
Akhirnya, guruguru perlu menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta
nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar. Guru-guru harus menambah
pengetahuan dan berkongsi maklumat mengenai bahanbahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai. Guru boleh berkongsi dan bertukar-tukar idea mengenai
bahan mengajar seperti media yang digunakan, teknik pengajaran, serta pengajaran
berpandukan kemahiran pelajar. Penggunaan alat bantuan mangajar hendaklah
dipraktikkan. Misalnya televisyen, tayangan slaid, dan komputer mungkin menarik minat
para pelajarnya. Penggunaan teknologi sebegini dapat membantu pelajar untuk
memahami sesuatu subjek dengan lebih mudah dan jelas.

24

5.0 IMPLIKASI FPG TERHADAP KEJAYAAN FPK.


Pertama, Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dapat melahirkan sahsiah guru yang
baik dari segi berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral dan sebagainya. Justeru,
guru dapat melahirkan rakyat Malaysia berakhlak mulia yang diterapkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Individu itu akan mempunyai perwatakan diri yang
baik,berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip moral. Ini meliputi
berbagai-bagai aspek perkembangan dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
supaya murid-murid menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi,
harmonis dan seimbang.Jadi, guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap murid,
ibu-bapa, masyarakat, dan negara bagi memastikan sistem penyamapaian ilmu,
kemahiran, dan nilai yang berkesan.

Keduanya ialah, FPG dapat menjamin perkembangan individu. Peranan guru


dari segi perkembangan diri dan perkembangan murid secara menyeluruh. Tugas dan
tanggungjawab guru bukan hanya terbatas dalam tertumpu kepada penyampaian ilmu
dan kemahiran sahaja malahan pembentukan modal insan itu juga perlu diberi
perhatian yang serius.(Choong Lean Keow,2010). Adalah diharapkan agar generasi
muda menjadi individu yang berkembang secara menyeluruh dan seterusnya berupaya
menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa, dan tenaga mereka demi keluarga,
masyarakat dan negara.

Seterusnya, FPG juga dapat melahirkan guru yang berpandangan progresif dan
saintifik. Mereka harus berkembang mengikut peredaran zaman yang kini memberi
penekanan kepada sains dan teknologi serta berusaha agar tidak ketinggalan dari segi
profesional. Mereka hendaklah bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat dalam
bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan
komunikasi. Sehubungan itu, mereka seharusnya bersedia untuk menimba ilmu dan
kemahiran-kemahiran baru berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, kemudian
berani dan sanggup melaksanakan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
25

bilik darjah bagi mata pelajaran yang diajar. J.M.Cooper berpendapat bahawa guru
yang berkesan ialah guru yang memperoleh ilmu pengetahuan khusus dan kemahiran
mengajar.

Selain itu,FPG juga menonjolkan guru-guru yang besedia menjunjung apirasi


negara. Guru mempunyai tanggungjawab yang penting untuk membawa perubahan
dan peningkatan dalam aspek perpaduan rakyat, ekonomi negara, kestabilan politik,
keamanan negara, dan sebagainya. Dalam hal ini, Standard Guru Malaysia (SGM) turut
memaikan peranan dalam pembangunan model insan yang berupaya untuk memberi
sumbangan ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Guru juga
bertanggungjawab untuk membina negara bangsa seperti yang terdapat dalam pelan
Induk Pembangunan Pendidik (PIPP) yang dilancarkan oleh Bekas Perdana Menteri,
Datuk Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi (KPM, 2006). Guru perlu berusaha
membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal patriotik
dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan
kesenian.(Mok Soon Sang, 2010).

Kesimpulanya, maka ternyata bahawa FPG sememangnya memainkan


peranan dalam membawa kejayaan FPK.Oleh itu, kita harus berganding bahu dalam
hal ini demi kepentingan negara terutamanya dalam melahirkan generasi muda yang
berkualiti. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri
individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan
individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri
manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli
keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak
mulia, dan berbakti.

26

REFLEKSI
KENDIRI

27

REFLEKSI :ARIVALAGAN A/L RAJA MANICKAM

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Pertama sekali saya ingin menggunakan peluang keemasan ini untuk berterima
kasih kepada Tuhan Maha Esa kerana dengan limpah dan kurnianNya saya dapat
menyiapkan tugasan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini tepat pada masa yang
ditetapkan dengan baik.

Saya juga ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah
pembimbing Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu En. Abdul Razak Bin kaprawi yang
memberi peluang kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Menurut tugasan ini kami
dikehendaki menyiapkan satu tugasan yang bertajuk Peranan Guru Menurut Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) Dalam Mendidik Murid Selaras Dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dalam tugasan itu kami dikehendaki melihat pelbagai
aspek-aspek seperti konsep dan matlamat FPK dan FPG,FPG dari perspektif cabangcabang falsafah, ciri-ciri guru yang kompeten, peranan guru terhadap murid, dan
implikasi FPG terhadap kejayaan FPK.

Setelah mendapat kertas tugasan itu, saya dengan segera membaca dan
memahami segala isi kandungannya. Selepas itu, saya mula mencari bahan-bahan
atau maklumat yang berkaitan dengan tajuk tugasan bersama rakan-rakan saya.
Pertama sekali saya meluangkan masa saya di Pusat Sumber untuk mencari maklumat.
Setelah mendapat maklumat saya mula menyusun dan menaipkannya. Saya juga telah
berjumpa dengan pensyarah kami iaitu En. Abdul Razak Bin Kaprawi untuk
mendapatkan penjelasan tentang essai itu.

Setelah mendapatkan semua maklumat saya sekali lagi menyusun semula


maklumat tentang FPK dan mula menaipkannya. Dengan izin Tuhan saya dapat
menyiapkan tugasan ini dengan baik dan cemerlang.

28

Daripada tugasan ini saya menimba dan mengetahui maklumat tentang Falsafah
Pendidikan Kebangsaan Peranan Guru Menurut Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Dalam Mendidik Murid Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Jikalau semua guru berganding bahu dan menjalankan tugas masing-masing dengan
baik dan cemerlang maka sesuatu sekolah itu dapat melahirkan murid-murid

yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berdasarkan dengan
kepercayaan dan kepatuhan Tuhan.

Akhirnya,saya dengan beraninya menyatakan bahawa daripada tugasan ini saya


mendapat banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Semoga pengalaman ini
menjadi panduan dalam hidup saya dan dapat mengaplikasikan pengalaman ini dalam
proses Pengajaran dan Pembelajaran semasa saya mengajar di sekolah. Sekali lagi,
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menolong
saya secara langsung mahupun tidak lansung dalam menyiapkan tugasan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi semester 1 tahun 2011.

Sekian terima kasih.

29

REFLEKSI ANBUCHELVI
Saya diberi Kerja Kursus Pendek(KKP) untuk subjek Falsafah dan Pendidikan di
Malaysia berkaitan dengan Peranan Guru Menurut Falsafah Pendidikan Guru(FPG)
Dalam Mendidik Murid Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna. Saya juga ingin berterima kasih kepada pensyarah pembimbing saya
Tuan.Hj.Abdul Razak bin Kaprawi yang telah memberi penjelasan dan maklumat
berkaitan dengan KKP ini.
Kehendak tugasan ini adalah kami perlu menerangkan tentang konsep dan
matalamat FPK dan FPG dari perspektif cabang-cabang falsafah, ciri-ciri guru yang
kompeten, peranan guru terhadap murid, dan implikasi FPG terhadap kejayaan FPK.
Saya telah memperolehi pelbagai maklumat yang berkaitan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Saya telah memperolehi
maklumat dengan ahli kumpulan saya

dari pelbagai sumber seperti buku rujukan,

laman web dan sebagainya. Kami mengemukakan draf tugasan kami kepada
pensyarah kami dan beliau membetulkan kesilapan yang terdapat dalam tugasan kami.
Saya telah mempelajari pelbagai maklumat berkaitan tajuk tugasan ini. Menurut
FPK, guru berperanan untuk memperkembangkan potensi seseorang individu secara
menyeluruh dan bersepadu. Sebagai seorang bakal guru saya akan mencungkil bakat
anak murid saya untuk mengetahui minat mereka terhadap sesuatu bidang. Tujuan
utama FPK adalah untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi, jasmani dan sosial. Selain itu, tujuan FPK adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berketerampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Saya sebagai


seorang bakal guru perlu melahirkan insan yang seimbang untuk menjamin
kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan juga negara. Saya perlu merealisasikan
tujuan FPK untuk melahirkan anak jati negara yang berpandangan jauh.
FPG

pula

menekankan

tentang

seorang

guru

yang

berpekerti

mulia,

berpandangan progresif dan saintifik bersedia menjunjung aspirasi negara serta


30

menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan


memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Sebagai seorang bakal guru saya perlu berpengetahuan luas dan mengetahui isu-isu
semasa kerana ia merupakan persediaan bagi diri saya untuk menjawab soalan yang
dikemukakan oleh anak murid di sekolah. Selain itu, saya juga harus berdisiplin untuk
menunjukkan persepsi seorang guru yang baik.
Di samping itu, saya juga menghadapi kesukaran untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya tidak dapat memahami tajuk tugasan dengan jelas dan merujuk kepada
pensyarah sebelum mengumpulkan maklumat. Saya juga menghadapi kesukaran untuk
menaip esei dalam Bahasa Melayu. Saya akan mempertingkatkan penguasaan Bahasa
Melayu dengan membaca surat khabar, majalah dan sebagainya.
Akhir sekali, saya mendapati bahawa tugasan ini amat mencabar bagi saya dan
akan menjadikan panduan bagi diri saya untuk menyiapkan tugasan yang bakal
diterima. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa cabaran tersebut merupakan
cabaran yang bakal saya temui di sekolah dan saya perlu mengetahui cara untuk
mengatasinya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang
memberi sokongan secara langsung dan tidak langsung.
Sekian, Terima Kasih.

31

REFLEKSI MOHANAH

Salam Sejahtera dan salam satu Malaysia

Saya Mohanah A/P Jayakumaran dari opsyen MT/ BI/ BT ingin berterima kasih
kepada tuhan kerana limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus yang
telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan. Saya dengan rasa berbesar hati
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Tn. Hj. Abd Razak bin Kaprawi yang banyak memberi tunjuk ajar kepada
saya untuk menyiapkan kerja khusus ini. Menurut tugasan ini kami dikehendaki
menyiapkan satu tugasan yang bertajuk Peranan Guru Menurut Falsafah Pendidikan
Guru (FPG) Dalam Mendidik Murid Selaras Dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Dalam tugasan itu kami dikehendaki melihat beberapa aspekaspek seperti konsep dan matlamat FPK dan FPG,FPG dari perspektif cabang-cabang
falsafah, ciri-ciri guru yang kompeten, peranan guru terhadap murid, dan implikasi FPG
terhadap kejayaan FPK.

Tidak dilupakan juga kepada rakan sekumpulan saya iaitu Arivalagan A/l Raja
Manickam dan Anbuchelvi A/P Kannan yang banya membantu, saling berkerjasama
dan memberi komitmen yang baik sepanjang melaksanakan tugasan ini serta rakanrakan yang saling membantu mencari maklumat. Setelah mendapat kertas tugasan itu,
saya dan ahli kumpulan saya dengan segera membaca dan memahami segala isi
kandungannya. Selepas itu, kami mula mencari bahan-bahan atau maklumat yang
berkaitan dengan tajuk tugasan bersama-sama. Beberapa sumber telah membantu
kami menyiapkan tugasan kami. Pertama sekali saya meluangkan masa saya di Pusat
Sumber untuk mencari maklumat. Setelah mendapat maklumat kami mula menyusun
dan menaipkannya selepas menagihkan tugasan kami sama rata. Kami juga telah
berjumpa dengan pensyarah kami iaitu En. Abdul Razak Bin Kaprawi untuk
mendapatkan penjelasan tentang essai itu.

32

Setelah mendapatkan semua maklumat kamisekali lagi menyusun semula maklumat


tentang FPK dan mula menaipkannya. Dengan izin Tuhan saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan baik dan cemerlang.

Memasuki semester satu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)


merupakan satu perkara yang agak mencabar dalam kehidupan saya. Hal ini kerana,
pengajian di semester satu lebih sibuk berbanding semasa di semester satu, dua dan
tiga PPISMP menyebabkan sesi pembelajaran menjadi padat. Pada semester ini,
semua tugasan dan kerja kursus telah diagihkan kepada semua guru pelatih pada
masa yang serentak dan mesti dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Jadi
saya menggunakan tempoh masa ada dengan sebaiknya bagi menyiapkan tugasantugasan yang diberikan.

Melalui tugasan yang diberikan secara berkumpulan ini, saya dapat mengetahui
dengan lebih mendalam tentang Profesion Keguruan . Selain itu,saya juga dapat
mempelajari betapa pentingnya seorang guru dan tugas seorang guru. Hal ini sedikit
sebanyak dapat memberi input kepada saya untuk berdepan di hadapan pelajar yang
akan saya ajar pada masa hadapan..

Sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan ini, banyak pengalaman yang saya


perolehi sama ada yang menggembirakan dan menyedihkan. Pembahagian kumpulan
memang tidak terdapat sebarang masalah. Kami juga mengalami masalah
pemerolehan ilmu kerana tajuk kami agak susah untuk mendapatkan maklumat. Jadi
kami bersama berganding bahu untuk mencari maklumat. Kami berpegang kepada
pepatah Melayu, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Banyak yang
saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini iaitu erti kesungguhan melakukan
kerja, kesabaran, bekerjasama dan keprihatinan.
Sekian, terima kasih.

33

BIBLIOGRAFI

BUKU
Abdul Rahman Aroff Zakaria Kasa.( 1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan, Penerbit
Fajar Bakti. Petaling Jaya

Abu Bakar Nordin.( 2003 ). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum,Quantum Books.


Tajung Malim

Azni Bin Jaafar. ( 2006). Penyelidikan Menjana Keilmuan ( Jurnal Pendidikan). Institut
Perguruan Tun Hussin Onn. Batu Pahat. Johor.

Amir Hasan Dawi. ( 2001 ). Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan,Quantum Books.


Tanjung Malim

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala
Lumpur: DBP

Ee Ah Meng. ( 1988). Pendidikan Di Malaysia. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya

Faridah bte Manaff. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Haji Hamdan B. Sheikh Tahir. (1975 ). Pendidikan Hari Ini Untuk Hari Esok. Nurin
Enterprise. Kuala Lumpur

Hargreaves . D. (1975). Social Relations In A Secondary. London. Routledge And


Kegan Paul.

34

Hussein Hj. Ahmad. (1993) . Pendidikan Dan Masyarakat.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010. KPM. Putrajaya.

Lim Khong Chiu. ( 2002). Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Institut
Aminuddin Baki. Pahang.

Megat Zakaria, Megat Aman Zahiri. (2007). Hubungan Antara Kemahiran Generik
Dengan Jantina, Pengkhususan Dan Pencapaian Guru-Guru Pelatih UTM

Mohd Fariiqul Amin Mohd Rosli. (2009). Persepsi Pelajar SPI Terhadap Amalan
Kemahiran Insaniah Dalam Pembelajaran. Projek Sarjana Muda UTM.

Mohd. Salleh Lebar. (1998). Perubahan Dan Kemajuan Pendidikan Di Malaysia. Nurin
Enterprise. Kuala Lumpur

Mok Soon Sang. (2003). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (komponen 3: Profesionalisme
Keguruan) Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd,. Subang Jaya

Mok Soon Sang (2010), Falsafah Pendidikan kurikulum dan profesionalisme Keguruan.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.,Puchong.

Nur Nashuha Shafain. (2009). Kepentingan Penguasaan Kemahiran Generik Di


Kalangan Pelajar Tahun Akhir 4 SPH (Perdana) Fakulti Pendidikan, UTM
Sebagai Persediaan Bakal Guru Di Sekolah. Projek Sarjana Muda UTM.

35

Prof. Madya Dr. Al. Ramaiah. (1992). Kepimpinan Pendidikan-Cabaran Masa Kini. IBS
Buku Sdn. Bhd. Petaling Jaya

Rashidi Azizan. ( 1994). Jurnal Pendidikan Guru. Selangor. Masa Enterprise.

Rozanis Mustapa. (2006). Kepentingan Kemahiran Generik di Kalangan Bakal Pendidik.


Projek Sarjana Muda UTM.
Sharifah Awiah Alsagoff. (1984). Falsafah Pendidikan. Heinemann Educatinal Books
Ltd. Petaling Jaya

Sufean Hussin. (1996). Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

MAJALAH
Hashim Bin Ab. Rahman. (2004). Majalah Wawasan. PSPN Kedah Darul aman.

INTERNET

Ahamad Sipon (2005), Perutusan Hari Guru 2005, Online :


http://www.moe.edu.my/hariguru/perutusanKPPM.htm

36

REKOD KOLABORASI
NAMA PELAJAR

: ANBCHELVI A/P KANNAN (911004-10-6070)


ARIVALAGAN A/L RAJA MANICKAM (900814075153)
MOHANAH A/P JAYAKUMARAN (910105-08-5286)

OPSYEN

: 1 PISMP MT/BI/BT 2011

MATA PELAJARAN

: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN( EDU 3101)

PENSYARAH

: EN.ABDUL RAZAK BIN KAPRAWI

TARIKH

PERKARA YANG
DIBINCANGKAN

CATATAN

T/TANGAN

12.08.10

Tugasan perlu dihantar


Menerima soalan tugasan daripada
selewat-lewatnya 7 Mac (En. Abdul Razak)
pensyarah mata pelajaran.
2011

16.08.10

Memahami kehendak soalan

Mengadakan perbincangan (Anbu)


(Arivalagan)
bersama rakan.
(Mohanah)

18.08.10

Mencari bahan di perpustakaan dan Menyimpan


internet
maklumat

semua

(Anbu)
(Arivalagan)
(Mohanah)

Menyusun maklumat

23.08.10

Menyediakan draf

(Anbu)
Menganalisis maklumat
berdasarkan kehendak
(Arivalagan)
tugasan
Menaip draf
(Mohanah)

26.08.10

Segala maklumat telah


lengkap
Mengemaskini dan menghantar
hasil tugasan kepada pensyarah
Lampiran yang perlu (En. Abdul Razak)
telah dimasukkan
37

38

Anda mungkin juga menyukai