Anda di halaman 1dari 20

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) DENGKIL, 43800 DENGKIL,

SELANGOR
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

1.0. PENGENALAN

Hari kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan
dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu
disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Sambutan ini perlu
diadakan di semua sekolah . Pelbagai acara akan dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun
kemerdekaan ini seperti melukis Jalur Gemilang, mewarnakan Jalur Gemilang, menyanyi Lagu
Patriotik, mereka topi Jalur Gemilang, Mengenali Budaya di Malaysia dan sebagainya. Oleh itu,
sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara
pada

masa

hadapan

akan

mengerti

dan

menghayati

kebaikannya.

Sambutan hari kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik atau
cinta akan negara. Dengan menyambut hari kemerdekaan di peringkat sekolah dan membuat
aktiviti pada hari tersebut, murid-murid akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah
dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana, tak kenal maka tak
cinta, iaitu murid-murid dan guru-guru akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan
lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam pelbagai aktiviti kreatif sambutan
hari kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung di sekolah.

Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk
perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan
bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat
melihat semua kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan Bajau turut serta
dalam sambutan terebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat
dipupuk

dan

disuburkan

melalui

sambutan

hari

ulang

tahun

kemerdekaan.

Melalui sambutan hari kemerdekaan juga, kita dapat menghargai dan mengenang jasa
pejuang kemerdekaan negara. Kita akan memahami dan menghayati pengorbanan serta
perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu.
Sebagai rakyat negara ini, murid-murid dan juga guru-guru akan sedar dan berazam
untuk mempertahankan kemerdekaan Negara kita sampai bila-bila. Intihanya, hari kemerdekaan
negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat negara ini dengan penuh penghayatan. Oleh itu,
kerajaan hendaklah menjalankan kempen melalui media massa untuk menyedarkan masyarakat
tentang kepentingan sambutan hari kemerdekaan tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep
1Malaysia yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang
mementingkan aspek perpaduan kaum. Sekiranya usaha ini tidak dijalankan, sudah pasti rakyat
negara kita kurang menyedari kepentingan sambutan hari kemerdekaan negara. Sambutan Hari
Kemerdekaan ini sangat penting diadakan di semua sekolah.
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan tanahair, mengasah dan
menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan hubungan dikalangan murid dan juga
guru. Pelbagai aktiviti akan disediakan dalam program ini. Aktiviti- aktiviti tersebut akan
mencungkil bakat murid dan menunjukkan kreativiti masing-masing. Ini adalah satu peluang
keemasan bagi melahirkan murid kreatif dan inovatif.

1.1.MATLAMAT :
Sambutan Hari Kemerdekaan ini bermatlamat menyatupadukan pelbagai kaum di
negara ini dapat dicapai. Dengan mengadakan program seperti ini di peringkat sekolah, akan
memupuk perpaduan melalui proses pendidikan di kalangan generasi muda yang bakal mewarisi
kepimpinan negara, Kementerian Pelajaran sentiasa melakukan usaha berterusan bagi
memastikan matlamat negara kita.

sebenarnya telah pun terjalin di kalangan murid-murid

melalui aktiviti-aktiviti ini secara tidak langsung dan tanpa kita sedari. Inilah yang perlu terus
dipupuk dan dijaga dengan sebaik mungkin kerana murid-murid merupakan bakal pemimpin
negara satu hari nanti. Pihak sekolah dan guru-guru perlulah menggunakan kebijaksanaan serta
lebih kreatif dalam menyusun aktiviti-aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah, serta menjurus
kepada penglibatan semua murid agar matlamat untuk pemupukan perpaduan dapat dicapai.

Selain itu, murid-murid juga perlu terus belajar dan menguasai pelbagai bidang ilmu serta
kemahiran agar dapat membantu mewujudkan sebuah negara yang maju serta dihormati di
seluruh dunia. Program seperti ini akan melahirkan kanak-kanak yang kreaviti dan inovatif.
Kanak-kanak seperti ini akan sentiasa bersedia untuk menhagadapi cabaran dalam hidupan
seharian.

2.0. SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2012

2.1.

TAJUK AKTIVITI KREATIF 1 :

MEREKACIPTA TOPENG DAN TOPI JALUR GEMILANG


Murid tahap satu akan mereka dan mewarna Jalur Gemilang. Murid tahap dua akan mereka dan
menghias topi Jalur Gemilang.

2.2.

TAJUK AKTIVITI KREATIF 2 :

PENGHASILAN JALUR GEMILANG


Murid tahap satu akan menghasilkan Jalur Gemilang dan murid tahap dua pula akan
menghasilkan Logo Satu Malaysia dengan menggunakan kepala parut.

AHLIJAWATANKUASA :
JAWATANKUASA HARI KEMERDEKAAN

Penasihat

En.M.Tamilsekaran BPC.PPT.PJK

Pengerusi

En.S.Rajoo PPA.PJK

Naib Pengerusi

Pn.P.Saroja
En.S.Rajendran PJK

Setiausaha

Cik.Y.Jeyah Mary

Bendahari

Cik.M.Vimala

AJK
Pn.P.Thana
Pn.K.Janegi
Pn.M.Rajini
En.P.Subramaniam
En.Fadli
Pn.Haslinda
Pn.Siti Fatimah
En.K.Subramaniam
En.S.Manisegar
Pn.Yusnita Yunus
En.Mohd Fadli
En.P.Kanagaraju
Pn.Malliga
Pn.Kasturi

SJK(TAMIL) DENGKIL

MEREKACIPTA TOPENG
DAN
TOPI JALUR GEMILANG
YANG KREATIF

3.0.MEREKACIPTA TOPENG DAN TOPI JALUR GEMILANG


3.1. TEMA :
3.2.RASIONAL AKTIVITI :
Aktiviti merekacipta topeng dan topi Jalur Gemilang dapat meningkatkan sensitiviti terhadap
dunia fizikal dan belajar untuk member makna apabila meluahkan emosi. Malah imaginasi yang
difikirkan oleh murid-murid tatkala berfikir secara simbolik cuba digambarkan dalam bentuk
seni yang unik. Aktiviti seni seperti ini juga boleh memperkembangkan kebolehan kreativiti
semulajadi murid-murid kerana proses penghasilan seni misalannya dapat menggabungjalinkan
emosi, social, dan nilai estetika. Ringkasnya, aktiviti kreatif seperti ini merupakan satu
perlambangan grafik awal bagi murid-murid terhadap apa yang ,erela perhatikan dalam
kehidupan seharian. Proses estetika dan daya kreativiti murid-murid boleh dibahagikan kepada
empat, iaitu proses penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan knosepsi. Justeru itu, Hari
Kemerdekaan perlu disambut di setiap tahun. Ia akan menjadi sebagai kayu ukur bagi menguji
kesedaran

murid

terhadap

menghargai

perjuangan

generasi

terdahulu

mendapatkan

kemerdekaan. Sambutan ini akan memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati
diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara. Ia juga akan menerapkan
nilai-nilai murni seperti cintakan tanahair, berdisiplin, dan bekerjasama.
3.3. TARIKH YANG DICADANGKAN :
03.09.2012 hingga 05.09.2012
3.4. TEMPAT :
Tapak perhimpunan, SJK (Tamil) Dengkil

3.5. BILANGAN PELAJAR YANG TERLIBAT :


Murid tahun satu hingga tahun enam
3.6. BILANGAN GURU :
10 orang guru

3.7. DURASI AKTIVITI :


Sambutan Hari Kemerdekaan ini akan bermula pada 7.45 pagi hingga 12.00 tengahari. Aktiviti
akan dijalankan mengikut aturcara yang disediakan.
3.8. JAWATANKUASA PELAKSANA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN :
Penasihat
Pengerusi
Naib Pengerusi

:
:
:

Setiausaha
Pen. Setiausaha
Bendahari

:
:
:

En.M.Tamilsekaran BPC.PPT.PJK
En.S.Rajoo PPA.PJK
Pn.P.Saroja
En.S.Rajendran PJK
Cik.Y.Jeyahmary
Cik.Suganthy
Cik.M.Vimala

AHLI JAWATANKUASA
Siaraya
Pn.K.Janegi
Pn.P.Peramala

Juru acara
Pn.P.Nallammal
Pn.Siti

Peralatan
Cik.M.Vimala
Pn.P.Thana

Dewan/Pentas
Pn.R.Parameswary
Pn.Alaikamah

Jurugambar
En.P.Kanagaraju
Pn.P.Latha

Disiplin
Pn.R.Kasturi
Pn.D.Malliga

Hakim
Cik.Y.Jeyah mary
Pn.Haslinda

Penjaga masa
Pn.Santhima devi

Buku program
En.P.Subramaniam
En.K.Subramaniam

Kad Jemputan
En.Mohd Fadli

Hadiah
Pn.Santhima
Cik.M.Vimala

3.9. TENTATIF PROGRAM :


TARIKH/
ACARA
MASA
03.09.2012
Isnin
Perhimpunan rasmi
8.00 10.00 pagi

TEMPAT

Tapak
perhimpunan

CATATAN

Semua guru
dan murid

04.09.2012
Selasa

Pertandingan
mereka dan Dewan sekolah
mewarna topeng Jalur Gemilang

Tahap 1

8.00 11.00pagi

Pertandingan mereka topi Jalur Kantin sekolah


Gemilang yang kreatif

Tahap 2

3.10. ATURCARA PROGRAM


TARIKH/ MASA

ACARA
Perhimpunan rasmi

7.45pagi 11.00 pagi


03.09.2012
(Isnin)

Kehadiran murid dan guru


Membaca doa
Menyanyi Lagu Kebangsaan
Menyanyi Lagu Negeri dan Lagu Sekolah
Ucapan Guru Bertugas En.P.Kanagaraju
Ucapan Guru Besar En.M.Tamilsekaran
Ucapan tetamu khas
Persembahan murid
Perarakan murid dengan melaung Merdeka.

Pertandingan Jalur Gemilangku


8.00pagi 11.00pagi
04.09.2012
(Selasa)

Taklimat kepada semua murid mengenai pertandingan.


Murid bersedia untuk pertandingan.
Pertandingan bermula.
Pertandingan mereka dan mewarna topeng Jalur Gemilang
Pertandingan mereka topi Jalur Gemilang yang kreatif
Rehat
Penilaian
Hakim memberikan pendapat
Majlis penyampaian hadiah.

3.11. PERSEDIAAN AWAL :


-

Murid perlu diberi taklimat kepada semua murid.

Murid-murid perlu diberitahu tajuk aktiviti yang akan dijalankan. Ini kerana ia akan
memudahkan mereka berfikir kreatif dan menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Bahan bahan keperluan murid seperti warna dan kelapa parut yang dikeringkan perlu
disediakan oleh murid.

Persembahan murid perlu disediakan oleh En.K.Subramaniam sebelum seminggu.

Latihan perarakan akan diberi oleh Pn.P.Peramala dengan kerjasama rakan-rakannya.

Tetamu khas harus diberi kad jemputan sebelum seminggu.

Bendera Jalur Gemilang perlu dikibarkan di semua bangunan di sekolah.

Murid-murid akan diberi taklimat untuk memakai baju uniform yang lengkap.

Memastikan lagu patriotik dimainkan tanpa sebarang gangguan teknikal.

3.12. PERALATAN :
Borang penilaian pertandingan En.P.Subramaniam
Siaraya, Buku Program , dan Kad jemputan perlu disediakan sebelum dua hari.
Hadiah perlu disediakan sebelum seminggu oleh guru berkenaan.

3.13.BAHAN-BAHAN :
Kertas lukisan, pensel warna, kertas warna dan alatulis perlu disediakan oleh murid.

3.14. KOSTUM :
Murid-murid akan memakai baju uniform pada hari tersebut. Guru-guru diminta memakai baju
batik.
3.15. MUZIK :
Lagu Patriotik akan disediakan oleh guru bertugas.

3.16. LIRIK :
Lirik Lagu Patriotik akan disediakan oleh guru bertugas pada hari tersebut. Murid akan diberikan
lirik pada hari tersebut.

3.17. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN :

Sebagai langkah pertama, tempat yang sesuai bagi menjalankan aktiviti-aktiviti ini
perlu disediakan. Murid-murid perlu diberi tempat yang bersesuaian, selesa dan luas yang
mencukupi untuk menjalankan aktiviti masing-masing. Contohnya, bagi murid-murid yang
membuat topeng perlu diberi tempat yang kondusif dan luas seperti dewan sekolah. Bagi murid
yang merekacipta topi akan ditempatkan di kantin sekolah.
Langkah kedua ialah, murid-murid akan diberi taklimat mengenai aktiviti-aktiviti
yang akan dijalankan. Murid-murid perlu menyediakan apa yang diperlukan untuk menjalankan
aktiviti aktiviti ini. Pelbagai contoh dari tahun lepas akan ditunjukkan kepada murid-murid.
Guru yang mengajar matapelajaran pendidikan seni visual akan membimbing murid untuk
menjalankannya dengan berjaya.
Langkah ketiga ialah, Pertandingan perlu dimulakan seperti dirancang. Guru-guru
perlu sentiasa mengawasi pertandingan yang sedang berjalan. Guru perlu memastikan semua
murid-murid mempunyai bahan-bahan yang mencukupi. Makanan perlu disediakan kepada
semua murid. Selepas tamat pertandingan makanan perlu diberikan kepada murid. Murid akan
bersarapan sebelum Majlis penyampaian murid bermula. Persiapan dewan akan dibuat oleh guruguru bertugas. Guru yang bertugas untuk hadiah perlu menyediakan hadiah-hadiah yang
mencukupi untuk pemenang.

SJK(TAMIL) DENGKIL

PENGHASILAN LOGO
JALUR GEMILANG
DENGAN MENGGUNAKAN
KELAPA PARUT

4.0

PENGHASILAN LOGO JALUR GEMILANG DENGAN MENGGUNAKAN

KELAPA PARUT
4.1. TEMA :
4.2.RASIONAL AKTIVITI :
Perandingan Penghasilan Logo Jalur Gemilang ini adalah satu aktiviti yang kreatif dan
inovatif. Murid akan merekacipta pelbagai Logo Jalur Gemilang mengikut imaginasi sendiri. Ini
adalah satu peluang keemasan bagi murid untuk menunjukkan bakat mereka. Aktiviti kreatif
seperti melukis dan mewarna akan membantu perkembangan murid-murid darisegi persepsi,
fizikal, emosi, kognitif dan perkembangan umum. Murid-murid yang selalunya melakukan
aktiviti kreatif seperti ini mampu melihat dunia menerusi kaca mata sendiri. Dengan sedikit
galakan dan motivasi, murid-murid mampu berkarya dengan lebih baik. Tujuan kedua aktiviti
seperti ini dijalankan kerana ia akan menjadi sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid
terhadap menghargai perjuangan generasi terdahulu mendapatkan kemerdekaan. Sambutan ini
akan memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa
tanggungjawab kepada sekolah dan negara. Ia juga akan menerapkan nilai-nilai murni seperti
cintakan tanahair, berdisiplin, dan bekerjasama.
4.3. TARIKH YANG DICADANGKAN :
06.09.2012 hingga 07.09.2012
4.4. TEMPAT :
Tapak perhimpunan dan kantin sekolah
4.5. BILANGAN PELAJAR YANG TERLIBAT :
Murid tahun lima dan enam
4.6. BILANGAN GURU :
Semua guru

4.7. DURASI AKTIVITI :


Pertandingan akan diadakan pada 05.09.2012. Aktiviti akan dijalankan mengikut aturcara yang
disediakan. Majlis penutupan akan diadakan diadakan pada 06.09.2012.
4.8. JAWATANKUASA PELAKSANA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN :
Penasihat
Pengerusi
Naib Pengerusi

:
:
:

Setiausaha
Pen. Setiausaha
Bendahari

:
:
:

En.M.Tamilsekaran BPC.PPT.PJK
En.S.Rajoo PPA.PJK
Pn.P.Saroja
En.S.Rajendran PJK
Pn.M.Rajini
En.S.Padmanathan
Pn.R.Sellam

AHLI JAWATANKUASA
Siaraya
Pn.K.Janegi
Pn.P.Peramala

Juru acara
Pn.P.Nallammal
Pn.Siti

Peralatan
Cik.M.Vimala
Pn.P.Thana

Lagu Patriotik
Pn.R.Parameswary
Pn.Alaikamah

Jurugambar
En.P.Kanagaraju
Pn.P.Latha

Disiplin
Pn.R.Kasturi
Pn.K. Janegi

Hakim
Cik.Y.Jeyah mary
Pn.Haslinda

Penjaga masa
Pn.R.Uma Devi

Buku program
En.P.Subramaniam
En.K.Subramaniam

Kad Jemputan
En.S.Ravishangar

Hadiah
Pn.Santhima
Cik.M.Vimala

4.9. TENTATIF PROGRAM :


TARIKH/
ACARA
MASA
05.09.2012
Rabu
Pertandingan penghasilan
8.00 10.00 pagi Gemilang

06.09.2012
Khamis

Majlis
penutupan
penyampaian hadiah

TEMPAT

Jalur Tapak
perhimpunan

dan Dewan sekolah

CATATAN

Semua
murid

Semua
murid dan
guru

8.00 11.00pagi

4.10. ATURCARA PROGRAM


TARIKH/ MASA

ACARA
Pertandingan Jalur Gemilangku

7.45pagi 11.00 pagi


05.09.2012
(Rabu)

Taklimat kepada semua murid mengenai pertandingan.


Murid bersedia untuk pertandingan.
Pertandingan bermula.
Penghasilan Jalur Gemilang
Rehat
Penilaian
Hakim memberikan pendapat

Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutupan


8.00pagi 11.00pagi
06.09.2012
(Khamis)

Ucapan Guru Bertugas


Ucapan Guru Besar
Hari Penyampaian Hadiah
Bersurai

4.11. PERSEDIAAN AWAL :


-

Murid perlu diberi taklimat kepada semua murid.

Murid-murid perlu diberitahu tajuk aktiviti yang akan dijalankan. Ini kerana ia akan
memudahkan mereka berfikir kreatif dan menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Bahan bahan keperluan murid seperti warna dan kelapa parut yang dikeringkan perlu
disediakan oleh murid.

Persembahan murid perlu disediakan oleh En.K.Subramaniam sebelum seminggu.

Latihan perarakan akan diberi oleh Pn.P.Peramala dengan kerjasama rakan-rakannya.

Tetamu khas harus diberi kad jemputan sebelum seminggu.

Bendera Jalur Gemilang perlu dikibarkan di semua bangunan di sekolah.

Murid-murid akan diberi taklimat untuk memakai baju uniform yang lengkap.

Memastikan lagu patriotik dimainkan tanpa sebarang gangguan teknikal.

4.12. PERALATAN :
Borang penilaian pertandingan En.P.Subramaniam
Siaraya, Buku Program , dan Kad jemputan perlu disediakan sebelum dua hari.
Hadiah perlu disediakan sebelum seminggu oleh guru berkenaan.

4.13. BAHAN-BAHAN :
Alat tulis, Warna air, kelapa parut yang dikeringkan oleh murid.

4.14. KOSTUM :
Murid-murid akan memakai baju uniform pada hari tersebut. Guru-guru diminta memakai baju
batik.
4.15. MUZIK :
Lagu Patriotik akan disediakan oleh guru bertugas.

4.16. LIRIK :
Lirik Lagu Patriotik akan disediakan oleh guru bertugas pada hari tersebut. Murid akan diberikan
lirik pada hari tersebut.

4.17. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN :

Langkah-langkah pelaksanaan ini perlu dibuat untuk menjadikan sambutan ini berjalan
dengan jayanya. Setiap guru yang diberi tugas perlu menjalankan tugas yang diamanahkan.
Langkah-langkah ini, akan mendorong sambutan ini berjalan dengan lebih lancar.
Sebagai langkah pertama, tempat yang sesuai bagi menjalankan aktiviti-aktiviti ini
perlu disediakan. Murid-murid perlu diberi tempat yang bersesuaian, selesa dan luas yang
mencukupi untuk menjalankan aktiviti masing-masing. Contohnya, Pengagihan tempat untuk
murid menghasilkan Jalur Gemilang perlu dibuat sebelum sehari.
Langkah kedua ialah, murid-murid akan diberi taklimat mengenai aktiviti-aktiviti
yang akan dijalankan. Peraturan pertandingan perlu diberitahu kepada murid-murid. Tambah
lagi, Murid-murid perlu menyediakan apa yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti aktiviti
ini. Pelbagai contoh dari tahun lepas akan ditunjukkan kepada murid-murid. Guru yang mengajar
matapelajaran pendidikan seni visual akan membimbing murid untuk menjalankannya dengan
berjaya.
Langkah ketiga ialah, Pertandingan perlu dimulakan seperti dirancang. Guru-guru
perlu sentiasa mengawasi pertandingan yang sedang berjalan. Guru perlu memastikan semua
murid-murid mempunyai bahan-bahan yang mencukupi. Makanan perlu disediakan kepada
semua murid. Selepas tamat pertandingan, makanan perlu diberikan kepada murid.
Majlis Penyampaian Hadia Sambutan Hari Kemerdekaan akan dibuat pada hari
khamis. Ibubapa perlu dijemput ke Majlis ini. Persiapan dewan akan dibuat oleh guru-guru
bertugas. Guru yang bertugas untuk hadiah perlu menyediakan hadiah-hadiah yang mencukupi
untuk pemenang.

UNSUR-UNSUR KREATIVITI DALAM AKTIVITI

Setiap murid memiliki sifat kreatif dalam jiwa masing-masing. Kreativiti murid boleh
dikenalpasti semasa mereka melaksanakan aktiviti-aktiviti seni seperti ini. Dengan aktivitiaktiviti seperti ini, akan menjadi motivasi kepada setiap murid. Ia akan akan mendorong muridmurid untuk menguji kemampuan dan kemahiran mereka.
Merekacipta topeng boleh dikategorikan dalam kraf 2 dimensi. Dalam kraf 2 dimensi
ini berbentuk panjang dan lebar. Contoh lain kraf dua dimensi ini ialah kad ucapan dan kolaj.
Manakala, merekacipta topi boleh dikategorikan dalam kraf tiga dimensi. Ini adalah berbentuk
panjang, lebar dan tinggi. Kesemua kraf ini akan dapat membantu murid-murid
memperkembangkan motor kasar dan motor halus.
Justeru itu, Aktiviti-aktiviti kreatif ini akan dapat membantu murid-murid merekacipta
sesuatu dengan menggunakan idea masing-masing. Kreativiti murid-murid bermula dengan
berimaginasi, mengeluarkan idea, mererokai dan membuat keputusan daripada proses aktiviti
seni yang dilaksanakan. Sepanjang aktiviti-aktiviti ini berjalan, murid-murid mencuba dan
manipulasi bahan bagi meningkatkan kreativiti mereka.
Sepertimana yang dikatakan, aktiviti-aktiviti yang telah disediakan dalam Sambutan
Hari Kemerdekaan ini akan mendorong murid-murid berupaya untuk merangsang menghasilkan
idea baru serta menyelesaikan masalah yang wujud sepanjang proses aktiviti seni secara kreatif.
Proses ini juga akan membantu murid-murid berfikir, menghasilkan karya seni yang unik dan
mencungkil bakat seni seseorang murid.
Murid-murid yang menyertai aktiviti-aktiviti kreatif ini akan berfikir kreatif untuk
menang dalam pertandingan. Murid-murid juga seronok dengan mengambil bahagian dalam
aktiviti- Mereka akan pemikiran kreatif meliputi imaginatif, keberanian, perkembangan idea
dan merekacipta.

IMAGINASI
Imaginatif meliputi imaginasi yang mencapah berdasarkan pengalaman dan kemahiran sintesis
cantuman idea-idea sedia ada. Contohnya, aktiviti penghasilan Logo Jalur Gemilang dengan
menggunakan kelapa parut. Murid akan berimaginasi dahulu sebelum menghasilkan logo
tersebut. Mereka juga akan memilih warna yang sesuai, saiz logo dan tema logo yang dihasilkan.
Imaginasi ini merupakan sesuatu unsur yang perlu ada pada setiap murid. Dengan ini murid akan
cuba menyelesaikan semua masalah yang dihadapi dalam kehidupan sehariannya.
KEBERANIAN
Aktiviti kreatif seperti ini akan melahirkan keberanian dalam setiap diri murid. Contohnya,
aktiviti merekacipta Logo Jalur Gemilang. Murid perlu berani mengambil keputusan untuk
menghasilkan sesuatu yang terbaik. Murid-murid akan berani menyelesaikan masalah yang
timbul dalam kehidupan sehariannya. Mereka juga akan bertanggungjawab terhadap keputusan
yang diambil oleh mereka sendiri. Dengan ini juga murid-murid akan berani menghadapi
pelbagai risiko dan akan menyelesaikannya dengan mudah.
PERKEMBANGAN IDEA
Pada umumnya, kanak-kanak mempunyai kecenderungan dan minat secara semulajadi terhadap
aktiviti-aktiviti seni visual dan seni persembahan yang dapat meningkatkan kreativiti mereka.
Aktiviti merekacipta topeng dan topi adalah sesuatu yang terbaik untuk membantu
memperkembangkan idea kanak-kanak. Ini juga akan mendorong murid-murid untuk berfikir
yang terbaik daripada yang lain. Mereka akan cuba dapatkan idea baru daripada pelbagai
sumber. Dengan ini murid akan memperluaskan idea masing-masing untuk menghasilkan
sesuatu yang terbaik.
MEREKACIPTA
Merekacipta meliputi penghasilan idea baru dan reka cipta berdasarkan alternatif. Murid-murid
akan merekacipta sesuatu benda dengan kreatifnya sendiri. Pada masa yang sama, Murid akan
berfikir untuk mencipta sesuatu yang baru. Ini akan menjadi peluang kepada seseorang murid
untuk menunjukkan bakatnya dalam pelbagai bidang. Kanak-kanak yang ingin merekacipta

sesuatu yang baru akan sentiasa bersedia untuk menerima pelbagai cabaran dalam kehidupan
sehariannya.

NILAI-NILAI MURNI YANG DAPAT DIPERKEMBANGAN DALAM AKTIVITI


KREATIF

Anda mungkin juga menyukai