Anda di halaman 1dari 29

KURSUS

MSK 3153
STUDIO PRAKTIS KRAF
GROUP: UPSI 01 (A 131 PJJ)
PENSYARAH: Drs Izzani bin Mat Il
SOALAN: 01

TAJUK TUGASAN:INDIVIDU

Kraf dan Nilai Identiti

NAMA:

ABDUL KHUZIR BIN ABDUL WAHAB


D2010204381
1

Bil.

Isi Kandungan

m/s

1.

Pengenalan Kraf dan


Identiti

3-4

2.

Sejarah Kraf Nusantara

4-7

3.

Tamadun

7-10

4.

Pengenalan Kraf Mengikut


Zaman

10-12

5.

Ciri-Ciri Kraf Mengikut


Zaman

13-22

6.

Nilai Intelektual Di Sebalik


Kraf-KERIS

22-28

7.

Motif dan Identiti

29-30

8.

Lampiran

31-33

9.

Rujukan

34

1. PENGENALAN KRAF DAN IDENTITI


Kraf secara umumnya sering dikaitkan dengan seni, namun ianya memiliki cabangnya yang
tersendiri. Secara umumnya orang menterjemahkan kraf sebagai satu hasil kerjatangan yang
indah dan bermutu. Namun tidak ramai yang melihat kraf dari sudut seni, khususnya seni halus
Sebelum perbincangan tentang kraf secara mendalam ada baiknya kita mengetahui dulu
pengertian seni.Tujuan assignment ini dibuat untuk mengupas secara mendalam tentang kraf dan
identiti bimbingan dari pensyarah sangat dialu-alukan untuk menyiapkan sebuah assignment,
Pemahaman tentang seni secara umum sering kabur disebabkan oleh pemahaman yang kurang
mendalam. Kita sering terkeliru antara seni dan estetika. Kita sering mendengar orang
mengatakan seni itu sesuatu yang indah, seni itu yang disukai ramai (Osborne:1970) seni
adalah imej bentuk perasaan (Osborne:1970) seni adalah satu imej mental yang dinyatakan
dalam bentuk melalui bahan yang terhasil dari karya sebenar dalam fikiran pemerhati (Croce
and Collingwood:1972) dan beratus difinisi tentang seni.
Tetapi bagaimana kita hendak membawa mereka mengetahui seni secara utuh. Apa itu seni yang
sebenar-benarnya seni yang bukan boleh dihayati dengan kata-kata. Untuk itu ada baiknya kita
membawa mereka ke dalam proses penciptaan seni. Dalam proses penciptaan seni, untuk
mencapai tingkat seni ianya harus melalui tiga tahap;
1.1

Tahap penggunaan asas seni seperti unsur seni serta alat dan media yang digunakan.
Tahap ini masih dikatakan tahap estetik.

1.2

Tahap penggunaan prinsip rekaan (pergerakan, keseimbangan, kepelbagaian,


kontra, penegasan dan sebagainya) semasa menghasilkan karya. Tahap ini
juga masih dikatakan tahap estetik.

1.3 Tahap ekspresi (samada ekspresi secara objektif atau subjektif) seniman atau ekspresi
dari karya yang dihasilkan (samada ekspresisecara objektif atau ekspresi subjektif). Tahap
ini baru dikatakan tahap seni.
Jadi di sini dapat difahamkan bahawa pemahaman seni secara umum adalah suasana atau
mood yang diciptakan oleh sesuatu karya seni dan ekspresi seni ini pula tergantung pada
latar belakang pengetahuan estetik pengamat. Sebagai contoh bila kita mendengar sesebuah
3

lagu suasana atau mood yang diciptakan oleh lagu tersebut akan menarik naluri estetik kita
untuk menghayati, itulah yang dikatakan seni.

2.SEJARAH KRAF DI NUSANTARA


Zaman Prasejarah.
2.1.

2.2

Terbahagi kepada 4 tahap atau zaman


a.

Zaman Paleolitik

b.

Zaman Neolitik

c.

Zaman Mesolitik

d.

Zaman Logam

Pengkajian Zaman PraSejarah dan budayanya dikaji oleh ahli arkeologi


a.
i.

Arkeologi ialah kajian terhadap


Artifak tinggalan barangan yang dicipta oleh manusia spt pasu, , pinggan mangkuk,
tembikar,pisau dan lain-lain.

ii.

Ekofak tinggalan sisa makanan, tulang dan tumbuhan

iii.

Feature tinggalan seperti struktur bangunan, dan lubang sampah yang tidak dapat di
ubah.

2.3.

2.4.

Petempatan zaman Paleolitik di Malaysia ialah di:


a.

Tingkayu

b.

Kota Tampan

c.

Gua Niah

d.

Lenggong

Ciri-ciri kehidupan zaman Paleolitik dan Mesolitik


a.

Hidup secara nomad iaitu berpindah randah

b.

Tinggal di tepi tasik, sungai atau gua.


4

c.

Hidup dalam kelompok keluarga secara berkumpulan.

d.

Menyara kehidupan dengan berburu, hasil hutan, dan menangkap ikan.

e.

Peralatan yang digunakan lebih kepada fungsi penggunaan. Tidak kepada nilai
estetika dan seni.

2.5.

Manusia zaman neolitik lebih bertamadun daripada Paleolitik dan mesolitik.Buktinya:


a.

Kehidupannya mula secara kekal dalam kelompok besar wujud masyarakat.

b.

Menyara diri dengan bercucuk tanam spt menanam padi di China, Non Nok Tha
dan Ban Kao di Thailand serta Gua Sireh di Sarawak

2.6.

2.7.

c.

Menternak binatang spt menternak biri-biri di Iraq.

d.

Penciptaan alat mempunyai pelbagai fungsi.

e.

Mencipta tembikar melalui teknik putar spt di Gua Musang.

f.

Wujud pengkhususan kerja banyak masa untuk hasilkan artifak.

g.

Berjaya memikirkan cara melebur logam.

h.

Sistem tukaran barangan kerana mulai ada lebihan makanan

i.

Sistem barter pertukaran barangan

ii.

Cengkerang Cowrie atau siput gerus dibentuk jadi rantai.

Masyarakat Neolitik di Timur Dekat


a.

Wujud pertanian sejak 8000SM

b.

Penternakan biri-biri di Iraq

c.

Di China padi ditanam sejak 8000 tahun lalu

d.

Di Asia Tenggara padi ditanama di Non Nok Tha dan Ban Kao di Thailand 3500SM.

e.

Di Malaysia padi di Gua Sireh Sarawak 4500SM

Zaman Logam terbahagi kepada Zaman Gangsa dan Zaman Besi.


a.

Di Malaysia wujud sekitar 500SM


5

b.

Gangsa dihasil campuran tembaga dan timah.

c.

Di Eropah gangsa mula digunakan sekitar 2300SM 700SM.

d.

Tanah Besar Asia Tenggara Zaman Logam sekitar 1000SM 1500SM Bukti
gendang gangsa di Dongson,Vietnam.

2.8.

Manusia zaman Logam lebih maju daripada Paleolitik,Mesolitik, dan Neolitik.Buktinya


berasaskan ciri-ciri berikut:
a.

Penggunaan logam besi dan kejayaan mencipta rumah dan perahu.

b.

Meneroka lautan dan meningkatkan kegiatan perdagangan maritim.

c.

Perkembangan perdagangan bermula di pesisiran pantai dan kemudian lebih jauh ke


daratan.

d.

Wujud petempatan besar kepada kota pertahanan.

e.

Wujud bandar-bandar besar spt. Jericho (8000SM), Catal Hayuk di Turki ( 6500SM).

f.

Mengetahui cara mengkebumikan mayat dengan bekalan spt makanan, tembikar dan
besi.

3.Konsep Tamadun
3.1Tamadun boleh dimaksudkan dengan:
1.

Madain atau mudun .

2.

Madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.

3.

Civilisation berasal dari Greek civitas bermakna bandar

4.

Peradaban manusia.

5.

Maksud tamadun dari sudut Barat:

a.

Dikaitkan dengan pembangunan lahirah spt dalam aspek kebudayaan penulisan


undang-undang, kesenian dan perbandaran.

b.

Pencapaian lahiriah ialah kayu ukur kemajuan dalam sesebuah masyarakat.


6

c.
6.

Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun.

Maksud tamadun dari sudut Islam:


a.

Merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.

b.

Ibn Khaldun melihat dari aspek kehidupan bandar.

c.

Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan
kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.

7.

Ibn Khaldun nama sebenar Abd Al Rahman Ibn Muhamad.


a.

Lahir di Tunisia

b.

Pemikir yang unggul dan asli sosiologi Islam.

c.

Menganggap kehidupan bandar ialah kehidudpan bertamadun. Terbentu apabila lahir


semangat assabiah atau kekitaan maka lahir semangat tolong menolong dan kerjasama.

d.

Penulisannya berasaskan pengalaman.

e.

Karya sulung Muqadimmah guna istilah

i.

Umran bermakna tanah yang didiami secara tetap, berkembang dan maju.

ii.

Hadarah hidup di bandar yang penuh tatasusila, kesopanan, sopan, adan bermoral
yang tinggi.

iii.
8.

Karyanya jadi rujukan sarjana barat, bidang sosiologi dan sejarah.

Terdapat 6 ciri tamadun iaitu:


a.

Petempatan kekal

i.

Lebih sistematik, tidak berpindah randah.

ii.

Berusaha menternak, bertani, dan mencipta peralatan bagi meningkatkan pengeluaran.

b.

Sistem pemerintahan

i.

Pemerintahan yang bersistem dengan Raja sebagai ketua dianggap mewakili tuhan.

ii.

Adanya sistem perundangan yang mengawal perilaku rakyat, menjaga keamanan dan
kemakmuran.
7

c.

Agama dan Kepercayaan

i.

Manusia mula percaya ada kuasa ghaib yang mengawal sekeliling mereka.

ii.

Wujud kepercayaan animisme dan kemudian politisme dan penyembahan tuhan.

d.

Kehidupan berorganisasi

i.

Wujud lapisan masyarakat yang berperanan spt Raja,pembesar rakyat.

ii.

Dapat aturkan kehidupan yang stabil dan makmur.

e.

Pengkhsusan Kerja

i.

Mengakibatkan peningkatan pengeluaran.

ii.

Berkembangnya pertukaran barangan dan pedagangan.

iii.

Wujud ilmu pengetahuan dan penciptaan teknologi.

f.

Bahasa dan Sistem Penulisan.

i.

Wujudnya bahasa Yunani dan Sanskrit.

ii.

Tulisan hieroglif, cuniefom, ideogram dan piktograf.

iii.

Tersebar ilmu pengetahuan dan perhubungan.

iv.

Digunakan dalam urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undangundang dan hal keagamaan.

Sejarah Nusantara adalah peristiwa peristiwa dan Kerajaan-Kerajaan yang berada di Nusantara
atau Dunia Melayu sebelum penubuhan Malaysia,Singapura,Brunei,Filipina dan Pepublik
Indonesia,Umumnya,sejarah rantau ini dibahagikan kepada zaman purba atau pra sejarah,zaman
Kerajaan Hindu Buddha,Zaman Kerajaan Islam dan akhirnya Zaman kolonial.Selepas zaman
Kolonial,Nusantara berpecah kepada beberapa Negara iaitu
Brunai,Filipina,Indonesia,Malaysia,Singapura dan Timor Timur.
PENGENALAN-CIRI-CIRI KRAF NUSANTARA MENGIKUT ZAMAN
Kerajaan Hindu/Buddha Kerajaan-kerajaan Hindu Buddha utama di Nusantara

Candi Borobudur di pulau Jawa merupakan bukti kekuasaan kerajaan-kerajaan Dharma di


Nusantara.
Ketika awal tarikh Masihi, Nusantara diperintah oleh beberapa kerajaan Buddha dan Hindu.
Agama-agama dharma ini disebarkan oleh pedagang-pedagang India yang belayar ke Nusantara.
Kerajaan Hindu pertama di Nusantara, mengikut catatan pedagang India ialah kerajaan Jawa
Dwipa di pulau Jawa yang wujud sekitar 200 SM. Manakala, mengikut Prasasti Yupa, kerajaan
tertua di nusantara ialah Kerajaan Kutai[1] yang bertarikh 400 SM.
Pada kurun ke 7 hingga kurun ke 14, terdapat dua kerajaan besar iaitu kerajaan Srivijaya dan
kerajaan Majapahit. Kerajaan Srivijaya merupakan kerajaan pertama yang berjaya menyatukan
Nusantara dan membentuk acuan budayanya. Ini diikuti dengan kerajaan Majapahit dari Jawa.
Pengaruh Hindu ini bertahan sehingga abad ke 14 apabila Islam mula memasuki Nusantara
menerusi Sumatra.
Sumatera

Semenanjung Tanah

1. Kerajaan TambayungPulau Bintan abad


Pertengahan 6 -7

Melayu
1. Kerajaan Gangga

2. Kerajaan Srivijaya Pertama Gunung Dempo

Negara

3. Kerajaan Keritang

2. Kerajaan Langkasuka

4. Kerajaan Melayu Jambi/Kerajaan

3. Kerajaan Pan Pan

Dharmasraya/Kerajaan Melayu Lama - Jambi


5. Kerajaan Sekala Brak

4. Kerajaan Kedah Tua


5. Kerajaan Chi
Tu/Kerajaan Tanah Merah

Kerajaan Islam (1500 - sekarang)


Fail:Nusantara islam.JPG
Kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara

Masjid Baitul Rahman, Bandar Aceh. Aceh merupakan pusat tumpuan penyebaran Islam setelah
kejatuhan Melaka.
Islam mula menapak di Nusantara sekitar kurun ke 11 menerusi Sumatra apabila kerajaan Pasai
memeluk agama Islam. Penyebaran awal Islam di Nusantara dilakukan pedagang-pedagang
Arab, Cina, India dan Parsi. Selepas itu, proses penyebaran Islam dilakukan oleh kerajaankerajaan Islam Nusantara melalui perkahwinan, perdagangan tempatan dan peperangan.
Pada kurun ke 14, Kesultanan Melaka berkembang menjadi pusat penyebaran Islam di
Nusantara. Setelah kejatuhan Melaka, pusat penyebaran Islam beralih ke Kesultanan Aceh di
Sumatra. Pada lewat kurun ke 15, Hampir keseluruhan Nusantara sudah memeluk Islam kecuali
di pulau Bali, Filipina dan beberapa kawasan di Borneo, Sulawesi dan Jawa Timur.
Zaman penjajahan Eropah
Zaman penjajahan Eropah bermula apabila Portugis menawan Melaka pada tahun 1511. Pada
tahun 1521, Ferdinand Magellan tiba di Cebu, Filipina dan menjadikan pulau itu sebahagian
10

daripada empayar Sepanyol. Pada tahun 1565, keseluruhan Filipina jatuh ketangan Sepanyol dan
dinamakan Hindia Timur Sepanyol. Pada 1602, Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan dan
pada tahun 1605, Ambon ditawan Belanda daripada tangan Portugis. Inggeris pula mula
menapak di Nusantara apabila Sir Francis Light membuat perjanjian lisan dengan Sultan Kedah
untuk mendapatkan Pulau Pinang. Belanda dan Inggeris kemudiannya bersaing untuk meluaskan
pengaruh di Nusantara dan persaingan ini berhenti apabila Perjanjian Inggeris Belanda 1824
dimaterai. Perjanjian ini dan juga penjajahan Sepanyol merupakan titik penting dalam sejarah
dimana Nusantara mula berpecah belah, daripada sebuah rantau yang bersatu kepada beberapa
negeri mengikut penjajahnya.

5.CIRI-CIRI KRAF NUSANTARA MENGIKUT ZAMAN


Kebudayaan awal di Malaysia adalah kebudayaan zaman Mesolitik dimana nenek moyang orang
Melanesia dan Polinesia di kawasan pasifik masih tinggal di tertutup di gua-gua batu bagi
melindungi diri dari ancaman alam.Mereka mengamalkan kehidupan berburu dan pengumpul
untuk meneruskan kehidupan. Ini dapat dibuktikan dari tinggalan sejarah berbentuk artifak
seperti serpihan tembikar, perkakas hiasan seperti gelang, cincin, sisir batu, tempat memasak dari
tanah yang dikeraskan melalui proses pembakaran. Kebudayaan Hoabinhian ini dikatakan nenek
moyang orang Melayu moden (Peter Bellwood:2000).
Konsep kebudayaan memburu dan menggumpul sangat mempengaruhi bentuk kraftangan
Melayu. Konsep kraftangan bagi masyarakat pemburu dan pengumpul dapat dikategorikan
dalam bentuk kebudayaan fizikal, dimana setiap barangan kraf yang dibuat bertujuan untuk
memerdekakan diri dari kesusahan dan untuk meneruskan kehidupan (Abdul Halim
Nasir:1987,33). Bukti dari peninggalan kebudayaan fizikal sedikit sebanyak dapat dilihat dari
artifak seperti kapak batu dan tombak batu di lenggong Perak. Kebudayaan fizikal ini senantiasa
berubah mengikuti dimensi waktu dan pengaruh. Pengaruh dimensi waktu menjadikan manusia
Homo Sapiens yang dulunya tinggal tertutup di gua-gua mula hidup bebas di kawasan lembah,
paya-paya, dan pesisir sungai. Bentuk kehidupan mereka juga mula berubah, mereka mula
bercucuk tanam, perikanan, meramu makanan dan mereka juga memiliki masa lapang yang lebih
panjang. Perubahan kehidupan mereka telah mempengaruhi bentuk kraftangan yang dihasilkan.
Waktu lapang yang lebih panjang menyebabkan naluri estetik mula muncul dalam kehidupan

11

mereka. Dulunya barangan kraf yang meraka hasilkan lebih mengarah kepada fungsi fizikal
untuk meneruskan kehidupan tetapi kini mereka mula melihat fungsi estetik. Mereka mula
menghias peralatan harian yang mereka gunakan. Ini dapat dibuktikan dari serpihan seramik
yang bercorak yang ditemukan di Gua Cha di Kelantan. Cabaran di alam terbuka juga
memunculkan kekaguman mereka terhadap fenomena alam. Unsur kekuatan alam semulajadi
seperti banjir, petir, hujan dan sebagainya telah memunculkan kekaguman yang membawa
mereka kepada kepercayaan. Kesan dari kepercayaan ini sekali lagi memberi bentuk
baru dalam hasil kraf yang mereka hasilkan. Hasil kraf yang mereka hasilkan selain memiliki
fungsi fizikal dan fungsi estetik mereka juga menyerapkan fungsi kepercayaan. Ini dapat
dibuktikan dari peninggalan zaman Neolitik seperti batu lintar cincin, lukisan gua dan
sebagainya. Penemuan peralatan zaman Neolitik menandakan bukti tentang kesedaran estetik
dalam penciptaan kraftangan Melayu. Kraftangan yang semakin halus dapat dikatakan
bermulanya kesedaran estetik. Penemuan perhiasan yang dibuat dengan tujuan estetik seperti
tembikar berukir yang dihias dengan kulit siput, kulit kerang, keratan buluh dan kayu berukir.
Penggunaan bahan alam sebagai unsur hias berterusan hingga kini, malah masih diamalkan oleh
seniman tembikar Sayong dan Pulau Tiga.
Perjalanan sejarah yang cukup panjang telah mempengaruhi perkembangan kraf di Malaysia.
Sebagai hasil budaya, kraftangan tidak lepas dari struktur sosial budaya dan agama
masyarakat.Sebagai sebuah tamadun, Malaysia telah melalui beberapa pengaruh sosial budaya,
politik dan agama. Pengaruh-pengaruh tersebut secara tidak langsung telah mencorakkan bentuk
dan fungsi kraftangan Malaysia. Perubahan ketara dalam perkembangan kraf di Malaysia setelah
masuknya zaman beragama di Malaysia. Periode Hindu bermula sejak abad ke-1 hingga abad
ke-14.(Abdul Halim Nasir:33). Selama periode Hindu unsur-unsur kebudayaan Hindu meresap
dan menyatu dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Pengaruh Hindu ini memberi kesan yang
mendalam terhadap sosial budaya masyarakat Melayu. Beberapa unsur kebudayaan Hindu
seperti bahasa, kesusasteraan, agama,amalan,adat,perkahwinan,kepercayaan, sihir, busana,
arsitektur dan kriya mempengaruhi kebudayaan Melayu. Pengaruh dari kebudayaan Hindu juga
mempengaruhi perkembangan kraftangan di Malaysia. Selain bentuk kebudayaan fisik, pengaruh
Hindu juga meninggalkan pengaruh sosial kepada kebudayaan di Malaysia. Pengaruh yang
12

paling menonjol terhadap struktur sosial masyarakat Melayu adalah sistem feudal.
Sistemtersebut telah mempengaruhi struktur sosial masyarakat Melayu. Dalam sistem feudal,
struktur sosial masyarakat Melayu dipisah-pisah mengikut status sosial masyarakat. Secara
tradisional masyarakat Melayu dipisahkan kepada dua kelompok. Keturunan bangsawan yang
tinggal di istana terdiri dari golongan raja dan pentadbir istana manakala golongan rakyat biasa
yang tinggal di kampung-kampung, pesisir sungai dan pesisir hutan (Siti zainon Ismail: 13).
Tahap awal perkembangan kraf di Malaysia adalah bentuk kerja sambilan. Kegiatan berseni
dalam masyarakat Melayu awalnya sebagai mengisi masa lapang. Kegiatan mengukir, menenun,
menganyam dan membatik dilakukan pada waktu lapang. Contohnya bagi masyarakat petani,
waktu yang lapang ini biasanya digunakan untuk kegiatan berseni dan penyediaan keperluan
fizikal keluarga, seperti pembuatan alat-alat pertanian, memperbaiki rumah dan lain sebagainya.
Begitu juga dengan masyarakat nelayan, musim tengkujuh digunakan untuk hiburan dan
memperbaiki peralatan perikanan mereka seperti perahu, jaring sebagainya. Kegemilangan
kraftangan bermula semenjak golongan istana atau sultan mengangkat darjat seniman kraf
sebagai seniman istana atau dengan kata lain menjadi pelindung yang menghidupkan kesenian
tersebut (Muhamad Afandi Yahya:103). Kegemilangan kraftangan ini dibuktikan dengan
mengangkat kraftangan sebagai simbol status sebuah pemerintahan. Sebagai contoh seorang raja
yang tidak mempunyai istana yang indah dengan penerapan seni ukirnya dianggap sebagai raja
yang belum sempurna dan kurang martabatnya. Statusnya juga dianggap lebih rendah dari raja
yang mempunyai istana yang berukir.(Abdul Halim Nasir:36). Peranan institusi istana ini telah
mengangkat seni rakyat masuk ke dalam istana merupakan titik awal kegemilangan kraftangan di
Malaysia. Kraftangan bukan lagi dianggap kerja masa lapang. Hasil kraftangan yang
berkonsepken simbol dan budaya masyarakat Melayu mendapat tempat yang istimewa dalam
istana. Seniman kraf yang memiliki kemampauan seni dan kemahiran tangan yang tinggi
diangkat menjadi seniman diraja. Zaman Kesultanan merupakan awal kepada penglompokan
perkampungan seni di Malaysia. Sebagai contoh, di Perak perkampungan kraftangan(masyarakat
kraf) berpusat di Kuala Kangsar, di Kelantan berpusat di Penambang dan beberapa lokasi kraf
yang ada kaitan dengan istana di negeri-negeri yang lain di Malaysia.
Bagi seniman yang telah diangkat sebagai seniman istana pekerjaan kraftangan yang dilakukan
dikaitkan dengan patron-client. Mereka sepenuhnya mengabdikan diri pada raja untuk
melakukan kerja-kerja kraf. Kehidupan mereka tergantung pada bayaran yang diberikan oleh raja
bagi setiap karya yang disiapkan. (Md. Din Jusoh:71). Kedudukan seniman kraf mendapat
13

tempat yang istimewa di dalam istana, kehidupan mereka lebih terjamin, mereka senantiasa
diberi bantuan oleh raja dan atau bangsawan istana. Mereka juga mendapat tempat tinggal di
sekitar istana atau perkampungan seni. Penglompokan perkampungan kraf di zaman
kesultanan ini mempengaruhi kewujudan kraftangan di zaman kesultanan. Sultan sebagai petron
kepada seniman kraf secara tidak langsung mempengaruhi bentuk dan mutu hasil kraftangan.
Konsep golongan bangsawan sebagai tuan telah menyebabkan seniman kraf menuangkan
segala kemampuan yang dimiliki untuk menaikkan nama tuannya. Apabila kraf diletakkan
sebagai simbol status kepada raja peranan seniman kraf semakin besar dan ini merupakan
bermulanya zaman kegemilangan kraf di Malaysia. Sebagai karya seni yang lebih
mengutamakan nilai seni dan simbol status kraftangan istana tidak hanya menekankan aspek
estetiknya sahaja tetapi juga menekankan aspek makna yang tersirat di sebalik hasil karya yang
diciptakan. Hubungan petron-client antara raja dan seniman kraf menyebabkan semua hasil
karya seniman kraf yang diciptakan adalah mutlak hak raja. Corak dan motif yang dibuat tidak
boleh ditiru oleh rakyat biasa. Kraftangan yang terdapat pada istana atau golongan bangsawan
tidak dapat dijumpai di lingkungan rakyat biasa. Penerapan unsur-unsur makna dalam hasil
kraftangan juga itu mempengaruhi bentuk visual karyanya. Ini adalah kerana penciptaan karya
kraf, secara tidak langsung dikaitkan dengan nilai-nilai yang hidup dalam masyarakat golongan
bangsawan. Berbeza halnya dengan kraftangan golongan rakyat biasa. Kewujudan kraftangan
rakyat biasa tidak banyak berubah. Kerja-karja kraf masih lagi berstatus kerja masa lapang. Hasil
kraftangan seperti bubu, dinding buluh, jala, batik, ukiran kayu dan sebagainya berkembang
mengikut fungsi kegunaan. Kalau ada unsur hiasan ia hanya merupakan perkembangan naluri
estetik dan keparcayaan seniman kraf. Perbezaan klompok budaya dari pengaruh Hindu ini
banyak mencorakkan perkembangan kraftangan di Malaysia. Kesan dari perbezaan golongan dan
cara hidup ini mempengaruhi bentuk kraftangan yang dihasilkan di Malaysia. Dua katagori
kraftangan mula wujud di Malaysia, Kraftangan golongan bangsawanan bukan sahaja terkenal
dengan kehalusan dan ketelitian tetapi memiliki nilai makna dan falsafah disebalik hasil
kraftangan. Ukiran kayu, tenunan songket, ukiran logam menjadi simbol golongan bangsawan
yang akhirnya hasil kraftangan istana diangkat sebagai simbol status manakala kraftangan
golongan rakyat biasa masih kasar dan lebih mementingkan pada fungsi gunaan.
Setelah kemasukan Islam di pada awal abad ke-12 di pantai timur dan abad ke 13 di pantai barat
Semenanjung Malaysia, ajaran Islam sedikit demi sedikit melunturkan pengaruh ajaran Hindu di
Malaysia. Islam menjadi pegangan hidup seluruh masyarakat Melayu di Malaysia. Kesan dari
pengaruh Islam ini akhirnya menyingkirkan sedikit demi sedikit pengaruh Hindu dalam
14

masyarakat Melayu. Perubahan pegangan hidup ini telah mengubah struktur sosial dan gaya
hidup masyarakat Melayu Malaysia. Besarnya pengaruh Islam dalam masyarakat mengakibatkan
segala aktiviti masyarakat dikaitkan dengan prinsip dan ajaran Islam. Kesan dari pengaruh
agama Islam ini telah mengubah bentuk dan konsep kraftangan di Malaysia. Secara konseptual,
nilai-nilai keislaman diterapkan dalam hasil kraftangan. Motif-motif fauna digantikan dengan
motif-motif tumbuh-tumbuhan atau stilisasi serta ukiran kaligrafi Islam (Abdul Halim Nasir:34).
Hasil karya yang dikaitkan dengan Islam dan kepercayaan mendapat tempat yang istimewa.
Kebanyakan seniman kraf menuangkan kemahiran krafnya pada istana, masjid dan surau dalam
bentuk ibadat.
Pengaruh revolusi industri di Eropah mendorong berlakunya penjajahan oleh negara-negara yang
lebih maju terhadap dunia ketiga. Malaysia juga tidak terlepas dari pengaruh tersebut. Selama 48
tahun penjajahan Inggeris terhadap Malaysia tidak ada perubahan yang bererti terhadap
kewujudan seni kraf di Malaysia. Zaman penjajahan perkembangan kraf golongan Istana ibarat
hidup segan mati tak mau. Berbeza dengan perkembangan kraf golongan rakyat biasa,
perkembangan kraf golongan rakyat biasa tetap berkembang mengikut keperluan fungsi fizikal.
Pada tahap awal penjajahan Inggeris, tiada usaha-usaha secara nyata dilakukan pentadbir
Inggeris di Malaysia untuk meningkatkan perkembangan kraf. Di sisi lain pula berkurangnya
kekuasaan institusi istana dalam pemerintahan juga membatasi perkembangan kraf di Malaysia.
Institusi istana tidak lagi memiliki kuasa penuh terhadap seniman kraf seperti hubungan petronclient pada zaman kesultanan dulu. Banyak seniman kraf istana meninggalkan pekerjaannya
karena tidak mendapat jaminan ekonomi dari institusi istana. Akibatnya tidak ada perkembangan
yang berarti dalam perkembangan kraf di Malaysia.
Perkembangan yang kurang memuaskan ini juga disebabkan oleh perkembangan pengaruh
penjajahan khususnya Inggris dalam pola kehidupan masyarakat Melayu. Usaha penjajahan
pemikiran yang dilakukan oleh Inggris berhasil mengubah pola hidup masyarakat Melayu.
Kehidupan masyarakat Melayu yang mengagungkan cara hidup barat atau kebudayaan popular
menyebabkan masyarakat Melayu di Malaysia membelakangi pola hidup tradisional. Peralatan
yang menggunakan sains dan teknologi menjadi pilihan bagi golongan elit dalam kehidupan
sehari-hari, akibatnya kesenian tradisi mula terdesak mula tersisih dalam kehidupan masyarakat.
Kurangnya permintaan terhadap hasil kraftangan juga menyebabkan seniman kraf di
15

Malaysia lebih cenderung untuk meninggalkan profesion sebagai seniman kraf. Mereka lebih
cenderung untuk kembali bertani atau menjadi nelayan atau bahkan berhijrah ke kota untuk
mencari pekerjaan yang lebih menguntungkan. Pengaruh penjajahan memperlihatkan satu
pergerakan kearah zaman kegelapan dalam perkembangan seni kraf di Malaysia (Mustafa
Muhammad:96). Generasi penerus menganggap sepi terhadap masa depan kraftangan di
Malaysia. Mereka lebih berminat untuk berhijrah ke kota untuk mencari pekerjaan. Akibatnya,
terjadilah ketidakseimbangan penyebaran kependudukan dan pekerjaan. Tanah-tanah pertanian
dan perikanan menghadapi masalah kekurangan pekerja.
Menyedari hakikat tersebut, pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu mengharapkan
kependudukan dan budaya hidup masyarakat Melayu tidak diganggu. Masyarakat Melayu
seharusnya dikekalkan di desa-desa dan mengamalkan cara hidup bertani, bertukang atau
nelayan.(Mustafa Muhammad: 96). Akhirnya pada tahun 1916 R.O. Winsted memperkenalkan
kursus baru dalam sekolah vernakular Melayu. Kursus baru tersebut adalah kursus pertanian dan
pertukangan yang juga melibatkan seni kraf. Sasaran dari sekolah vernakular Melayu ini untuk
memenuhi asas sosial masyarakat Melayu di desa.
Dengan diperkenalkan kursus pertanian dan pertukangan itu seni kraf mendapat nafas baru
yang menyegarkan. Pelajar sekolah vernakular Melayu yang mendapat perestasi baik mendapat
peluang untuk melanjutkan pendidikan ke tingkat yang lebih tinggi. Untuk merealisasikan tujuan
pendidikan sekolah vernakular Melayu ketingkat yang lebih tinggi, kemudian dikenalkan kursuskursus pertanian dan pertukangan melalui pusat-pusat pengajian tingggi. Pusat pendidikan tinggi
itu antara lain Perguruan Sultan Idris Traning Collage (SITC), Universiti Pertanian Malaysia
(UPM), Institut Teknologi Mara (ITM), dan sebagainya.
Dengan diperkenalkannya kursus pertanian dan pertukangan di pusat pengajian tinggi,
peranan pentadbiran Inggris dalam perkembangan seni kraf di Malaysia sangat besar sekali.
Walaupun kesan fzikal dari peranan tersebut tidak dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat,
tetapi peranan yang dimainkan oleh pemerintah Inggris dapat dikatakan sebagai embrio ke arah
perkembangan baru dalam seni kraf di Malaysia untuk jangka masa yang panjang.Perkembangan
kraf tangan di Malaysia semakin menampakkan perkembangan yang positif setelah
kemerdekaan. Kesedaran tentang semangat nasionalisma dan jatidiri bangsa Melayu
menyebabkan kesenian yang berunsurkan kebangsaan menunjukkan perkembangan yang
memberangsangkan. Walaupun pada peringkat awal kemerdekaan pengaruh budaya popular
masih mempangaruhi masyarakat Malaysia, tetapi usaha-usaha positif telah mula dilakukan oleh
16

pentadbiran baru kerajaan Malaysia. Untuk merealisasikan seni kraf sebagai sebuah industri,
wewenang tersebut diserahkan kepada Rural and Industrial Development Authority atau RIDA
pada tahun 1958.
Setelah Rancangan Malaysia Pertama dilancarkan pada tahun 1966 Majlis Amanah Rakyat
atau MARA mengambil alih tugas RIDA. Tujuan MARA didirikankan adalah untuk
menggalakkan masyarakat Melayu ikut serta dalam bidang perniagaan. Akhirnya bidang seni
kraf dipilih untuk dijadikan industri modern karena majoriti seniman kraf di Malaysia terdiri dari
masyarakat Melayu. Penubuhan Handicraft Development Centre pada tahun 1967 memberikan
khidmat nasihat berbentuk latihan, teknikal, dan keuangan kepada pengusaha dan seniman kraf.
Akhirnya, seni kraf di Malaysia berubah status dari cottage industry menjadi industri moden.
Setelah kraf berkembang menjadi industri moden. Seni kraf Melayu mulai dilirik kembali
oleh masyarakat Melayu. Beberapa jenis kraftangan seperti ukiran, tenunan, batik, dan
sebagainya yang satu masa dulu hampir dilupakan oleh masyarakatnya sendiri, mulai mendapat
nafas baru. Seni kraf tidak lagi dipandang sebagai kegiatan waktu lapang atau sebagai kegiatan
yang berkaitan dengan minat. Untuk memperkukuh kedudukan industri kraf di Malaysia, pada
tahun 1973 kerajaan Malaysia menubuhkan Lembaga Kraftangan Malaysia atau LKM yang
sepenuhnya bergerak dalam usaha memajukan seni kraf di Malaysia. Pada tahun 1979 LKM
diganti dengan nama baru sebagai Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia atau PKKM.
Pendirian PKKM tersebut sepenuhnya dikelola oleh Kementerian Pembangunan Usahawan
Malaysia. Misi pendirian PKKM adalah untuk membangun dan mempromosikan industri seni
kraf di Malaysia. Pendirian PKKM yang awalnya berpusat di Kuala Lumpur, kemudian
berkembang menjadi cawangan-cawangan kecil di setiap negeri di Malaysia.
Untuk merealisasikan misi PKKM Kementerian Pembangunan Usahawan telah mengantar
pelatihnya untuk mendalami bidang-bidang seni kraf yang berkaitan keluar negeri. Negaranegara yang menjadi pilihan antara lain adalah Jepun, Indonesia, Thailand dan Korea. Pelatih
PKKM yang tamat pendidikannya diluar negeri akan dilantik sebagai tenaga pengajar di
cawangan PKKM di tiap negeri. Gabungan dari ciri tersebut menjadikan kraf di Malaysia dapat
dikategorikan dalam dua kelompok makna yang berbeza yaitu seni kraf dan kraf seni.
Kelompok seni kraf lebih berorientasikan pada aspek craftsmanship, gunaan dan keindahan
dalam aspek formal manakala kelompok kraf seni lebih berorientasikan pada seni murni yang
17

mengarah ada aspek kandungan dalam seni seperti makna, estetik, ekspresi dan sebagainya.
Sebagai contoh dalam ukiran kayu ada istilah ukiran kayu dan ukiran kayu halus. Ukiran
kayu adalah karya ukiran yang lebih berorientasikan pada produk dan nilai estetiknya lebih
bersifat formal, manakala ukiran kayu halus lebih berorientasikan pada perasaan yang
mengarah pada emosi dan ekspresi.
6.NILAI INTELEKTUAL DI SEBALIK KRAF
KERIS
PENDAHULUAN
Keris berasal dari rantau Asia Tenggara/Nusantara selatan 300Bc.Terdapat beberapa tafsiran
yang berkait dengan keris.Pada masa dahulu keris mempunyai pengaruh Hindu yang sangat
kuat,dan dipercayai keris berasal dari perkataan Hindu iaitu ngeris yang bermaksud untuk
menikam.Namun begitu setelah berbincang dengan pensyarah pendapat ini adalah salah
Sememangnya keris ialah senjata kebanggaan penduduk Nusantara yang hanya terdapat di
Malaysia, Indonesia, Brunei, selatan Thailand dan selatan Filipina. Namun, disebabkan keadaan
Kepulauan Nusantara yang terpisah antara satu sama lain menyebabkan senjata-senjata
tradisional telah mengalami perkembangan yang berbeza-beza.
Orang Melayu telah menempa dan menggunakan keris serta senjata-senjata lain semenjak lima
ratus tahun dahulu. Antara alat-alat senjata lain ialah parang, pisau, badik, karambit, lembing dan
sebagainya. Sehingga awal abad kedua puluh, kebanyakan senjata Melayu telah ditempa untuk
kegunaan pertarungan, pertahanan diri daripada serangan. Dengan perkembangan kebudayaan
dan sistem sosial, fungsi senjata telah mengalami perkembangan dan perubahan Keris dengan
pemeganggnya berukir dengan bilah yan berombak adalah ikon yang unik dalam sejarah budaya
Melayu Nusantara.Pada abad yang lalu ia berkembang dari berperanan sebagai senjata kepada
kepada lambang status induvidu dalam peradaban sejarah Melayu.Hiraki salasilah budaya
Melayu ditentukan mengikut ukiran dan rekabentuk yang terdapat pada keris zamanberzaman.Dari segi sejarah terdapat keris yang berbeza bentuk,saiz dan kehalusan
ukirannya.Keris yan bersaiz besar semasa Kesultanan Melayu dahulu adalah kepunyaan
Hulubalang DiRaja dan Pahlawan Melayu terbilang.Terdapat keris yang bersaiz kecil yang
dibuat khusus untuk Puteri-puteri DiRaja.Biasanya keris untuk puteri berukir indah tempawan
bagi menaikkan aura kecantikan puteri DiRaja dan halus seni tempawannya yang melambangkan
18

status manakala untuk gadis-gadis biasa keris berperanan untuk menjaga keselamatan si gadis.
Walaupun mengalami banyak perubahan senjata ini masih mengekalkan ciri-ciri senjata
pertarungan dahulu kala dengan meniitikberatkan keaslian dan buatan yang halus. Tetapi kini,
fungsinya telah bertukar menjadi barang keramat yang mempunyai kuasa yang harus dihormati,
barang yang dipuja, lambang ikatan keluarga, tanda jasa, tanda pangkat dan kuasa, barang
mewah dan akhirnya dianggap sebagai karya seni. Senjata-senjata ini telah melalui masa
perkembangan yang cukup lama sebelum mempunyai bentuk dan fungsi seperti sekarang. Oleh
itu, terdapat pelbagai jenis senjata sesuai dengan seni serantau.

PANTUN
TAMING SARI KERIS TERBILANG
SENJATA MELAYU TURUN TEMURUN
KERIS PUSAKA LAMBANG GEMILANG
MENJADI KEBANGGAAN TURUN TEMURUN
-KHUZIR

KEGUNAAN SARUNG, HULU DAN PANGKAL KERIS

19

6.NILAI INTELEKTUAL DI SEBAIK KRAF - KERIS


Unsur ghaib
Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain digunakan sebagai alat
berperang, mempertahankan diri, hiasan dan ia juga dikaitkan dengan unsur-unsur alam ghaib.
Sesetengah masyarakat mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat
membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya. Kelok-kelok yang dibentuk
20

pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya
imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif.
Pada kebanyakan senjata seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta beberapa
rumpunan yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir indah serta diberikan
nama-nama tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri,Kepala Gajah, Anak Ayam Teleng dan
lain-lain. Tidak ketinggalan juga dengan sarung atau rangka yang kebiasaannya diperbuat
daripada kayu yang baik seperti teras nangka, tempinis, kayu kemuning, raja kayu dan
sebagainya. Kesimpulannya, senjata tradisional Melayu sememangnya mempunyai keunikan
tersendiri.
Peranan Keris lebih dari senjata.
Keris juga telah menonjolkan cirri-ciri intelektual masyarakat Melayu dahulu kala sebagai
contoh mereka telah pandai mengimpal beberapa logam,Kimpalan antara nikel dan logam lain
dapat membentuk corak yang dikenali sebagai Pamor atau Damsyik,Nilai intelektual mereka
bukan itu saja malah mereka telah pandai menggunakankan air kelapa dari yang muncul sebelah
barat yang lebih mempunyai kuasa untuk menghidupkan Pamor menjadikan keris mempunyai
ciri-ciri yang menarik dan unik pada keris.Masyarakat Melayu pada masa itu sudah pandai
menggunakan logam dan ini adalah bukti nilai intelektual masyarakat.

Keris sebagai pakaian Di Raja.


Keris sebagai salah satu perhiasan pakaian Di Raja ia juga menjadi perhiasan yang digunakan
oleh pembesar-pembesar di sesebuah negeri apabila majlis Pertabalan Kesultanan Melayu hingga
ke hari ini.Keris akan digunakan bersama sepersalinan baju Melayu bertekad benang emas dan
bersamping untuk duduk di atas takhta.Keris juga menjadi salah satu hiasan untuk pengantin
lelaki sebagai pelambangan gagah perkasa.Keris yang dibuat khusus untuk sultan atau raja
biasanya akan menggunakan pandai besiuntuk membuat sebilah keris yang ditempa dan diukir
dengan begitu rapi serta dihiasi dengan batu permata dan sangat artistik.
Sebagai Tangkal atau Azimat.
Mengikut kajian saya,terdapat unsur KeTuhanan untuk menjaga keselamatan si pembawa keris
,sebagai tangkal untuk menjaga diri dari musuh dan makhluk halus seperti jin dan
21

syaitan.Sebagai contohnya sebelum kedatangan agama Islam di rantau Nusantara.Agama Hindu


mempengaruhi budaya Nusantara maka tidak hairanlah terdapat banyak keris yang ulu kerisnya
diukir dengan patung Dewa Hindu sebagai pelindung dari makhluk jahat.Selepas kedatangan
Islam keris tidak lagi diukir berbentuk Tuhan Hindu malah ciri-ciri keislaman telah
mempengaruhi seni pembuatan keris ,termasuklah ukiran ayat suci Al-Quran pada keris.
Menjaga Keturunan /Status
Masayarakat Melayu lama meletakkan keris sebagai perlambangan kepada keturunan atau
salasilah keluarga pada kebiasaanya anak sulung akan menyimpan Keris Keturunanyang
menjadi lambang kepada sesuatu keturunan seperti anak Raja,Bendahara,laksamana dan
sebagainya.Pada masa dahulu juga orang melayu yang kuat berpegang kepada adat akan
menempah pada pandai besikhusus sebagai pemberian seperti hari lahir,akil
baligh,penurunan /pemberian harta dan perkahwinan.Anak yang baru lahir akan diberikan
sebilah keris ianya bukan bermakna untuk membunuh dan menumpahkan darah tetapi
berperanan sebagai simbol untuk menjaga keturunan serta menjalankan tanggungjawab menjaga
nama baik keluarga.
Bahan Pemujaan
Orang Melayu pada zaman dahulu mempercayai keris pusaka yang berusia ratusan tahun
mempunyai kuasa sakti tertentu,untuk ritual yang dikatakan keris yang ditempa dengan tahi
besi.tahi bintang Berjaya unuk menakutkan makhluk halus dan mempunyai semangat
tersendiri.Sesetengah masyarakat melayu kuno mempercayai keris boleh dijadikan bahan
pemujaan dan apabila ritual pemujaan dijalankan ada keris yang boleh terbang sendiri atau
boleh berdiri tegak dengan jampi serapah.Sejata Traditional ini mempunyai unsur mistikyang
sukar dipercayai namun mengikut rujukan saya ia tidak boleh diragui dan terpulang kepada
persepsi individu.
Keris Sebagai Senjata Teknologi
Menurut Haryono Hanyo Guritno 69 dari Indonesia menyatakan keris mempunyai imej teknologi
sebelum terciptanya senjata lain seperti lembing,panah,pistol dan sebagainya .Kimpalan
beberapa logam membentuk corak yang dikenali sebagai Pamor atau Damsyik menjadikan
keris mempunyai ciri-ciri yang menarik dan unik pada keris.
Keris sebagai medium perubatan alternatif
22

Perbomohan dan perubatan traditional masih menjadi pegangan orang melayu zaman berzaman
hingga ke hari ini.Sekiranya mereka tidak Berjaya untuk mengubati penyakit dengan rawatan
moden di hospital mereka akan mendapatkan rawatan traditional sebagai rawatan
alternatif.Bukan semua penyakit yang boleh disembuhkan oleh perubatan moden.Bolehkah
perubatan moden mengubati penyakit yang agak mistik?jawapannya terpulang kepada andaian
individu namun perubatan traditional ini di percayai berjaya untuk menyembuhkan penyakit
seperti dirasuk hantusakitangin roh,sakitsantauhilang semangat dan gila.Kebanyakkan
bomoh traditional akan menggunakan keris bagi menjalankan ritual perubatan traditional di
samping alat-alat lain kemenyan,buah limau nipis,bertih,pulut kuning,setanggi dan lainlain.Keris kepala mayatdigunakan oleh bomoh bagi tujuan mengubati penyaki mati pucukatau
lemah tenaga batin.Bomoh hujan pula akan menggunakan keris sebagai elemen dalam spiritual
mereka, keris Kembang Kacang/Belalai gajah diperlukan oleh bomoh hujan jika dipanggil untuk
menghalang hujan apabila keraian di istana atau majlis perkahwinan.

7.MOTIF DAN IDENTITI KRAF


Seni kraftangan merupakan sesuatu perlakuan atau kerja yang dihasilkan daripada kreativiti atau
daya cipta menggunakan tangan.Kebiasaannya seni kraf tangan di negara ini lebih tertumpu
kepada kemahiran seseorang bagi menghasilkan produk berasaskan teknik tertentu sama ada
ukiran, jahitan, lakaran mahupun anyaman.Di negara ini juga kebanyakan kraf tangan yang
dihasilkan amat sinonim dengan identiti masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan
agama.Tidak kira dari segi anyaman, ukiran mahupun motif atau corak yang digunakan selalunya
akan dikaitkan dengan identiti sesuatu bangsa.Kraf tangan yang dianggap tradisional di negara
ini termasuk batik, ukiran kayu, penghasilan wau, labu sayong,ukiran besi dan tembaga,keris,
anyaman manic dan sebagainya.
Kraf tangan telah menjadi satu identiti di sesebuah negeri contohnya apabila kita berbicara
tentang Wau Bulan dan Batik kita tentu teringatkan Negeri Kelantan,Labu Sayong tentu
teringatkan Negeri Perak,Seni tembikar tentu kita ingatkan Pasu Sarawak dan lain-lain lagi.
Boleh dikatakan kebanyakan negeri di negara ini mempunyai produk kraf tangan tertentu yang
melambangkan identiti masyarakat tempatannya.Kebanyakan hasil kraf diakui amat halus dan
mempunyai nilai tersendiri bagi mereka yang begitu meminati seni kraf.Peredaran masa
23

membawa seni kraf ke tahap yang lebih membanggakan.Bukan hanya menjadi kebanggaan
masyarakat tempatan malah kegilaan golongan pelancong dari luar negara untuk dijadikan
cenderamata.Maka tidak hairanlah jika ramai yang sanggup berbelanja besar demi memiliki
sesuatu produk kraf untuk dijadikan sebagai hiasan rumah.Dalam bidang pendidikan misalnya,
kepentingan seni kraftangan turut diberi tumpuan menerusi subjek seni di sekolah bagi
memastikan masyarakat di negara ini tidak cetek dalam menghasilkan kraf biarpun sekadar
anyaman.
Kraf Tradisional juga telah menjadi lambang identiti sesebuah Negara contohnya telah di cetak
di wang-wang kertas dan duit syiling seperti Wau Bulan,Gasing,Batik dan Kain Songket.Identiti
sesebuah Negara contohnya Keris telah diletakkan pada Jata Negara Malaysia.

Keris telah menjadi lambang Identiti pada Jata Negara Malaysia

24

Motif ukiran kayu,Batik,tekad Benang emas danWau Bulan pada wang Kertas Malaysia
8.LAMPIRAN

25

ILLUSTRASI OLEH: ABD.KHUZIR BIN ABD. WAHAB


GAMBAR-GAMBAR KOLEKSI KERIS

KERIS PENYALANG/PANJANG

KERIS BUGIS PATANI

26

KERIS ALANG

KERIS BUGIS SINGA BARONGAN

KERIS LURAH UTARA

KERIS TAJONG PATANI LOK 11

GAMBAR-GAMBAR KOLEKSI KERIS

KERIS ANAK ALANG SEMENANJUNG

KERIS PANDAI SARAH PATANI

27

KERIS MELELA

KERIS SEPUKAL KELANTAN

KERIS JAWA LOK 10

KERIS JAWA LOK 13

9.Rujukan
1. Modul Kraf Seni Dr. Izzani.UPSI
2. Modul Seni Visual untuk kanak-kanak bermasalah Pembelajaran-Profesor Madya
Hj.Iberahim Hassan UPSI.
3. Seni dan Seniman ,Esei-Esei Seni Halus-Zakaria Ali-Dewan Bahasa dan Pustaka
Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus.S.H Nasr.Dewan Bahasa dan Pustaka.1989
4. Burckhardt,

Ibrahim Titus, Peranan Seni Halus dalam Pendidikan Muslimin,

Falsafah kesusasteraan dan Seni Halus, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1992.
5,

Warisan Seni Bina Dunia Melayu,Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi.UTM Skudai 2004

Rujukan Sesawang
28

1.
2.
3.
4.

Ms.wikipedia.org/wiki/
www.kraftangan.gov.my
www.kosmo.com.my
http;//bp.blogspot.com

29

Anda mungkin juga menyukai