Anda di halaman 1dari 4

Pada suatu hari yang mulia, ais di dalam kolam telah menjadi cair.

Seekor katak
sudah bangun untuk melompat-lompat cari makanan. Tiba-tiba katak pun melompat
ke dalam air untuk bertelur. Katak menghasilkan telur di dalam air. Telur-telur katak
melekat antara satu sama lain lalu membentuk sekelompok telur. Katak bertelur
berpuluh-puluh sehingga beratus-ratus biji telur. Ini adalah cara semula jadi untuk
memastikan kemandirian hidup spesiesnya kerana walaupun katak bertelur dalam
jumlah yang banyak namun tidak semua telur akan menetas kerana hidupan lain
akan memakan telur-telur katak ini.
Selepas 21 hari tempoh perkembangan, ia akan bertukar menjadi berudu. Berudu
akan membesar sehingga ia berjaya berenang di dalam air. Ini mengambil masa 3
hari hingga 3 minggu. Berudu makan tumbuhan air yang kecil yang melekat pada
tumbuhan air yang lebih besar. Tumbuhan kecil ini dikenali sebagai alga.
Berudu mempunyai ekor yang panjang dan tinggal di dalam air. Ia mudah mati dan
bergantung kepada keupayaannya menyamar bagi melindungi dirinya. Berudu juga
terancam dan ia boleh menjadi makanan bagi hidupan air yang lain. Kadangkala
berudu juga akan mati apabila kolam atau kawasan berair menjadi kering.
Pada masa ini, berudu-berudu bermain dan berenang di dalam kolam dengan
gembira dan seronok. Tiba-tiba, ibu itik pun membawa sekelompok anak-anak itik
berlancong di kolam air berdekatan dengan berudu. Anak-anak itik kuek, kuek, kuek
dan mengikuti ibu itik. Berudu telah melihat situasi ini pun teringat ibu sendiri. Satu
pertanyaan telah dikemukakan oleh berudu-berudu.
Berudu QQ: (menangis) Itik-itik pun ada mak sendiri. Di manakah mama kami, Yoyo.
Berudu Yoyo: Mama mama, saya pun nak mama juga. Di manakah mama saya?
(menangis)
Berudu Dongdong: (menangis) Kami tak ada mama. Kami nak pergi cari mama.
Mama, mama, mama
Berudu masih tidak tahu di mana ibu mereka. Mereka pun berenang ke sisi itik.

Berudu QQ: Mama itik mama itik, ada jumpa mama kami tak? Boleh bagi tau kami di
mana mama kami?
Ibu itik: Oh macam ni, saya pernah jumpa mama anda. Mama anda ada sepasang
mata yang amat besar. Mulutnya besar. Faham tak, berudu-berudu? Jadi, sekarang
kamu semua boleh pergi cari mama kamu.
Berudu-berudu: Terima kasih, mama itik.
Berudu-berudu pun berenang dengan gembira untuk mencari mama. Pada masa ini,
seekor ikan yang besar, mata yang besar dan mulut pun besar pun berenang ke
arah berudu.
Berudu-berudu: Mama mama
Ikan Nemo: Bukan bukan. Saya bukan mama anda. Saya adalah mama ikan. Mama
anda ada empat kaki. Pergilah pergi, cari mama anda di depan lagi.
Berudu-berudu: Terima kasih, mama ikan.
Berudu-berudu pun teruskan usaha berenang dengan gembira untuk mencari mama.
Kini, seekor kura-kura yang mempunyai empat kaki berenang ke arah beruduberudu. Berudu-berudu pun gembira kerana ingat mereka berjaya mencari mama
mereka.
Berudu-berudu: Mama mama
Kura-kura: Bukan bukan. Jangan kacau sayalah. Saya mama kura-kura. Mama anda
mempunyai kulit perut yang berwarna putih, bukan saya. Pergilah depan sikit cari
mama kamu.
Berudu-berudu: Yakah? Terima kasih mama kura-kura, kami akan pergi ke depan
lagi untuk mencari mama.
Kali inilah muncul seekor angsa yang berwarna putih dan cantik. Berudu-berudu pun
berenang ke arah angsa.
Berudu-berudu: (gembira) Mama mama kami dapat jumpa anda.

Angsa: (senyum) Saya mama angsa, bukan mama kamu. Mama kamu pakai baju
berwarna hijau, asyik menyanyi dengan suara kuek, kuek, kuek dan suka
melompat-lompat. Pergilah depan sikit cari mama kamu.
Berudu-berudu: Terima kasih, mama angsa.
Akhirnya, seekor katak berjumpa dengan sekelompok berudu dan lompat ke arah
mereka.
Katak: Baby, babykamu semua ada di sini, mama agak rindu kamu semua.
Jadi, berudu-berudu pun meneliti dan melihat si katak. Ciri-ciri si katak yang
mempunyai mata besar, mulut besar, ada empat kaki, kulit perut yang berwarna
putih dan pakai baju berwarna hijau, asyik menyanyi dengan suara kuek, kuek,
kuek dan suka melompat-lompat.
Berudu-berudu: Mama, mama Kenapa kami semua tidak meyerupai mama?
Katak: Babybaby, kamu semua masik kecil. Kamu semua akan menyerupai mama
nanti tumbuh besar.
Selepas mendengar penjelasan si katak, berudu-berudu pun berasa gembira.
Berudu-berudu: Yeah, kami dapat cari mama kami.
Si katak bermain dan berenang bersama berudu-berudu di dalam kolam.
Selepas 5 minggu, berudu mula berubah. Kaki belakang mula terbentuk, diikuti
dengan kaki hadapan. Kaki hadapan terbentuk di bahagian belakang kepalanya
yang bonjol. Pada peringkat ini, berudu akan berenang ke permukaan air untuk
bernafas. Ekornya juga membantu ia berenang bagi mendapatkan makanan. Berudu
mula makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang reput. Ekor berudu mula
mengecil. Paruparu mula berkembang, untuk membolehkannya hidup di darat
apabila telah sempurna menjadi seekor katak nanti.

Hampir menjadi seekor katak. Lamakelamaan, berudu akan mula

berubah

kelihatan seperti katak. Ia menanggalkan kulit. Mulutnya mula melebar, dan

rahangnya mula hilang. Ekor mengecil, dan kaki membesar. Paruparu semakin
menjalankan fungsinya.
Selepas kira-kira 11 minggu, ia mula berkembang dengan lengkap menjadi katak
yang mempunyai paru-paru, kaki dan tiada lagi ekor. Ia mula keluar dari air. Katak
lebih banyak menghabiskan hidupnya di darat berbanding di dalam air. Katak yang
kecil ni mula makan serangga dan cacing. Ia akan menjadi katak dewasa dan akan
mencari pasangan. Katak betina akan bertelur dan proses ini berulang kembali.

Anda mungkin juga menyukai