Anda di halaman 1dari 19

HBQE1203

ASUHAN TILAWAH ALQURAN


SEMESTER SEPTEMBER 2014

NO. MATRIKULASI

801219135226001

NO. KAD PENGENALAN

801219135226

NO. TELEFON

016 8655100

PENSYARAH PENILAI

US. Hamilan B Soni

E-MEL

danizrahman80@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SARAWAK LEARNING CENTRE

KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASUHAN TILAWAH


AL QURAN
1.0 Pendahuluan.
Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran Tilawah al-Quran. Kaedah-kaedah ini digunakan bertujuan memastikan pelajar
dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam Tilawah al-Quran iaitu membaca, menghafaz
dan memahami ayat-ayat al-Quran.. Bagi memastikan hasil pembelajaran mengikut aras
tercapai, guru perlu bijak dalam memilih kaedah yang sesuai dengan tahap pelajar.
Penggunaan kaedah yang pelbagai juga dapat menimbulkan minat pelajar untuk membaca,
menghafaz dan memahami al-Quran.

2.0 Talaqqi musyafahah.


Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktikkan oleh Jibril a.s kepada
Rasulullah SAW dikenali sebagai Talaqqi Musyafahah. Caranya Jibril membaca ayat suci
al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh
Jibril.Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah
SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW
kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.

2.1 Talaqqi.
Talaqqi pada istilah ialah pertemuan antara guru dan pelajar secara bersemuka atau
berhadapan. Semasa menyampaikan pengajaran asuhan tilawah al-Quran bahagaian bacaan
dan hafazan, guru berhadapan denganpelajar sama ada seorang dengan seorang atau guru
berhadapan denganpelajar mengikut kumpulan atau secara kelas.
Kaedah ini amat berkesan kerana guru dapat mengesan pelajar yang mempunyai kebolehan
yang tinggi dalam bacaan atau hafazan juga dapat mengesan pelajar-pelajar yang lemah dan
tidak dapat menguasai bacaan al-Quran. Melalui kaedah talaqqi ini, guru dapat memperbaiki
setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar seterusnya dapat membantu pelajar yang tidak
dapat menguasai bacaan al-Quran dengan mengadakan kelas pemulihan ayat al Quran.
Seterusnya, pelajar membaca seperti guru membaca di samping guru membetulkan sebutan
dan bacaan pelajar

2.3 Cara melaksanakan kaedah talaqqi dan musyafahah.

Kaedah talaqqi dan musyafahah dilaksanakan dengan cara guru berhadapan dengan pelajar
atau bersemuka. Guru akan memperdengarkan bacaan ayat al Quran sebagai bacaan contoh
dan meminta pelajarmendengarnya dan memerhati pergerakan bibir dengan teliti. Setelah
bacaan itu diulang oleh guru beberapa kali, guru meminta pelajar membacanya dan guru
mendengar dengan teliti dan membetulkan kesalahan bacaan pelajar sama ada dari segi
makhraj dan hukum tajwid. Kaedah ini berjalan berterusan sehingga tamat surah al Quran
mengikut rancangan mengajar guru pada hari itu.
Cara bersemuka sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara

2.2 Musyafahah.
Musyafahah pada bahasa : gerakan bibir atau sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil
dari pergerakan dua bibir.
Musyafahah dari segi istilah bermakskud guru menyebut huruf dan kalimah dalam ayat alQuran dengan memberi penekanan kepada gerakan bibir, pergerakan bibir guru yang
diperhatikan oleh pelajar semasa mengajar bacaan al Quran. Aktiviti ini bertujuan untuk
menyebut dengan fasih dan betul di hadapan pelajar supaya pelajar dapat mencontohi sebutan
guru berdasarkan pemerhatian mereka kepada gerak bibir guru. Guru boleh mengulang-ulang
sebutan kalimah atau ayat al-Quran dengan meminta pelajar memerhatikan dengan guru
membetulkan sebutan tersebut.
Pelajar menerima pengajaran dengan mendengar sebutan guru danmelihat pergerakan bibir
guru dan menyebutnya. Kaedah ini bermaksud pelajar mendengar bacaan guru sambil
memerhatikan pergerakan bibir guru semasa menyebut kalimah atau amali bagaimana
pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj
huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

2.4 Aplikasi Kaedah Talaqqi dan Musyafahah.


Aplikasi kaedah Talaqqi dan Musyafahah bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayat bacaan)
Hasil pembelajaran aras satu disasarkan kepada semua pelajar yang terdapat dalam kelas,
merangkumi semua tahap pencapaian pelajar iaitu lemah, sederhana dan pandai. Bagi
mencapai hasil pembelajaran aras satu, menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah, guru
memulakan pengajaran dengan membaca ayat-ayat bacaan al-Quran.
- Guru memperdengarkan bacaan al-Quran dari bacaan guru sendiri supaya pelajar dapat
memerhatikan pergerakan bibir dan sebutan guru.

- Guru mempamerkan ayat-ayat dari surah yang diajar melalui LCD, kad carta atau kad
manila. Setelah mempamerkan ayat-ayat tersebut, guru membaca ayat-ayat tersebut dan
meminta pelajar mengikut bacaan guru.
- Guru meminta pelajar membaca ayat secara kelas, kumpulan dan individu. Semasa pelajar
membaca ayat, guru perlu memerhati dan mendengar dengan teliti sebutan pelajar untuk
mengesan pelajar yang dapat membaca dan pelajar yang masih belum boleh menguasai
bacaan.
- Guru mengumpulkan pelajar dalam kumpulan kecil bertujuan membimbing mereka
membaca dengan bacaan yang betul dari segi sebutan dan tajwid. Guru membaca, pelajar
diminta memerhati gerak bibir guru kemudian mengikut bacaan guru. Guru membetulkan
bacaan pelajar sekiranya terdapat kesalahan dalam sebutan dan tajwid.
Melalui kaedah ini, hasil pembelajaran aras satu dapat dicapai oleh guru dengan berkesan
kerana pelajar dapat membaca ayat al Quran dengan betul mengikut sebutan guru. Guru juga
dapat membetulkan sebutan dan bacaan pelajar semasa menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran. Bagi mencapai hasil pembelajaran aras satu, guru perlu memastikan semua
pelajar dapat membaca ayat yang diajar oleh guru pada hari tersebut. Aplikasi kaedah talaqqi
dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras dua.
-Bagi mencapai hasil pembelajaran aras dua, (pelajar mampu menghafaz ayat dengan betul
dan fasih) guru boleh menggunakan kaedah talaqqi musyafahah ini dengan berpandukan
kepada beberapa langkah semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.
- Guru memaparkan ayat-ayat al Quran di carta atau di LCD, kemudian guru membaca ayat
tersebut. Guru meminta pelajar memerhati gerak bibir guru di samping pelajar melihat ayat
yang tertera di LCD.
- Guru meminta pelajar membaca ayat di LCD sambil guru meneliti bacaan pelajar dari segi
sebutan atau makhraj dan tajwid.
- Setelah guru berpuas hati dengan mutu bacaan pelajar guru meminta pelajar membaca ayatayat tersebut di hadapan kelas.
- Guru perlu memastikan pelajar dapat membaca ayat dengan betul dan fasih.
- Guru boleh menguji pelajar dengan meminta mereka membaca di hadapan kelas atau di
hadapan guru.
Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat bacaan).
Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras tiga (pelajar mampu
membaca ayat dengan bertajwid), guru boleh menyampaikan pengajaran dan pembelajaran
mengikut langkah-langkah tertentu.

- Guru memperdengarkan kepada pelajar ayat bacaan atau ayat hafazan melalui CD. Guru
meminta pelajar memerhati ayat tersebut di mushaf al Quran serta mengikut bacaan secara
perlahan.
- Guru mengulang beberapa kali bacaan ayat tersebut sehingga pelajar dapat menguasai ayat
tersebut. Guru meminta pelajar membaca ayat tersebut secara kumpulan dan individu.
- Guru meminta pelajar yang telah betul bacaannya dari segi makhraj dan tajwid,
memperdengarkan bacaan di hadapan kelas.

3.0 Kaedah Latih Tubi


Kaedah latih tubi adalah satu aktiviti pengulangan fakta atau ayat atau kecekapan yang
dipelajari. Tujuan kaedah ini digunakan adalah supaya pelajar mencapai taraf penguasaan
bacaan dan hafazan di samping menjamin kekekalannya dalam ingatan pelajar. Pelajar dapat
menyebut dengan fasih dan seterusnya dapat melancarkan bacaan mereka dalam al-Quran.
Oleh yang demikian kaedah latih tubi ini amat sesuai bagi mereka yang baru belajar alQuran, malah kaedah ini sememangnya telah diperaktikkan sejak zaman Rasulullah s.a.w.
Saidatina Aisyah telah meriwayatkan hadis yang bermaksud :
Rasulullah s.a.w. suka mengulang-ulang suatu perkara kepada para sahabat sehingga mereka
mendapat fahaman yang sebenar.
Melalui kaedah ini, pelajar dapat menguasai kemahiran bacaan dan mengingat serta
menghafaz ayat al Quran yang telah dipelajari. Pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih
berkesan sekiranya kaedah ini dilakukan secara berturutan dan berulang kali. Kesesuaian
kaedah latih tubi ini dilaksanakan dengan ulangan sebanyak tiga kali. Saidatina Aisyah r.a.
meriwayatkan sebuah hadis lagi yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu-satu ayat dan
kadangkala satu masalah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. diulang sebanyak tiga kali agar
para pendengar cukup jelas untuk memahaminya.
Kaedah latih tubi sangat sesuai digunakan oleh guru kerana melalui kaedah ini guru dapat
mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap pelajar. Kaedah ini juga sangat berkesan
untuk pengajaran tilawah al Quran bahagian hafazan dan boleh digunakan untuk aktiviti
pemulihan bagi pelajar yang tidak menguasai ayat bacaan dan hafazan. Kaedah latih tubi juga
dapat membina keyakinan pelajar untuk menguasai bacaan al-Quran dan menghafaz ayat-ayat
yang diajar guru.

3.1 Aplikasi Kaedah Latih Tubi dalam pengajaran.


Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayat hafazan)
- Guru menayangkan LCD yang mengandungi ayat-ayat al Quran yang akan dipelajari. Guru
membaca ayat tersebut tiga kali dan meminta pelajar mendengar bacaan guru dengan teliti
kemudian mengikut bacaan guru.
- Guru meminta pelajar mengulangi bacaan tiga kali secara kelas dan kumpulan. Untuk
menarik minat pelajar, guru memperdengarkan bacaan al Quran oleh qari yang terkenal dari
cakera padat.
- Guru menggunakan pita rakaman untuk merakam bacaan pelajar kemudian guru
memperdengarkan bacaan tersebut kepada pelajar
- Guru membetulkan kesalahan pelajar dan meminta mereka membaca secara latih tubi
hingga dapat menghafaz ayat dengan betul.
Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat hafazan)
- Guru meminta pelajar membaca ayat secara kelas dan kumpulan. Guru menyoal pelajar
tentang hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca melalui LCD. Guru
menerangkan hukum tajwid yang masih belum dipelajari kepada murid dan menerangkan
cara bacaan bagi hukum tersebut.
- Pelajar membaca ayat mengikut guru dengan bacaan bertajwid yang betul. Pelajar diminta
membaca ayat tersebut secara latih tubi iaitu berulang-ulang sebanyak tiga kali.
- Guru meminta pelajar menghafaz ayat secara individu. Guru perlu memastikan pelajar dapat
menghafaz ayat dengan betul dan bertajwid.
Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat hafazan)
- Guru meminta pelajar membaca ayat yang dipaparkan di LCD, pelajar membaca secara
kumpulan mengikut tahap pelajar.
- Pelajar dalam kumpulan berlatih tubi menghafaz ayat secara berpasangan berperingkatperingkat bermula dengan satu ayat, sehingga dapat menghafaz dengan betul dan fasih.
- Guru meminta pelajar dari kumpulan pandai membaca ayat dengan bertajwid dan meminta
pelajar menyebut nama hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca.
- Guru meminta pelajar menghafaz ayat seorang demi seorang membaca di hadapan guru.
Guru perlu memastikan pelajar menghafaz ayat dengan makhraj yang betul dan bertajwid.

4.0 Kaedah Tasmik


Tasmik adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang bermaksud mendengar. Kaedah
ini digunakan guru dalam pengajaran Tilawah al Quran melalui aktiviti guru mendengar

bacaan pelajar. Kaedah tasmik melibatkan guru dengan pelajar di dalam kelas semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap
pencapaian pelajar dalam penguasaan bacaan dan hafazan al Quran.
Cara pelaksanaan kaedah tasmik, ialah pelajar diminta membaca ayat yang ditentukan oleh
guru dengan suara yang kuat (jahar), di hadapan guru. Guru mendengar bacaan atau hafazan
pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam
bacaannya. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan kesalahan murid.Untuk
menentukan pelajar menguasai tajwid, guru boleh menyoal pelajar tentang hukum bacaan
atau hukum tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.

4.1 Pelaksanaan kaedah Tasmik.


- Guru mendengar dan meneliti bacaan pelajar.
Kedudukan guru adalah berhampiran dengan pelajar dengan keadaan berhadapan atau
bersemuka supaya guru dapat melihat cara pelajar menyebut kalimah atau ayat.
- Pelajar dikehendaki membaca atau menghafaz dengan suara yang nyaring supaya guru
dapat mendengar dengan jelas sebutan dan bacaan pelajar.
- Pelajar membaca secara kumpulan kecil atau individu.

4.2 Kelebihan kaedah tasmik.


- Guru dapat mengesan kelemahan bacaan pelajar dalam waktu yang cepat.
- Guru dapat memperbetulkan bacaan pelajar dengan tepat.
- Guru dapat mengesan dan mengenalpasti tahap kebolehan sebenar pelajar
- Guru dapat memastikan pelajar tidak melakukan kesilapan.
- Guru dapat mendisiplinkan pelajar dengan cara yang berkesan.
Kaedah tasmik sangat sesuai diaplikasikan dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran bahagian
ayat bacaan. Melalui kaedah ini guru dapat mengesan dengan cepat penguasaan pelajar
terhadap ayat bacaan yang diajar. Bagi mencapai hasil pembelajaran seperti yang dirancang,
guru perlu melaksanakan langkah-langkah yang sesuai mengikut aras pembelajaran.

4.3 Aplikasi kaedah Tasmik dalam pengajaran.


Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras satu.(Ayat bacaan)
- Guru meminta pelajar membaca ayat yang telah dipelajari secara kelas dan kumpulan secara
kuat dan nyaring.

- Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan kesalahan dalam
bacaan pelajar.
- Guru meminta pelajar membaca ayat secara individu. Pelajar membaca bergilir-gilir secara
individu.
- Guru meneliti bacaan pelajar dan memperbetulkan kesalahan pelajar.
- Guru perlu memastikan semua pelajar dapat membaca ayat dengan betul.
Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras dua (Ayat bacaan)
- Guru meminta pelajar membaca ayat secara kumpulan. Guru mendengar bacaan pelajar
dengan teliti dan memperbetulkan bacaan murid.
- Pelajar diminta membaca ayat secara individu dengan suara kuat di hadapan guru.
- Guru meneliti bacaan pelajar dan membuat pembetulan serta merta kesalahan pelajar.
- Guru menyoal pelajar tentang kalimah dan ayat yang mengandungi bacaan panjang dan
pendek.
- Pelajar menjawab soalan guru secara lisan. Guru memberi bimbingan kepada pelajar
sekiranya murid tidak menjawab soalan guru dengan tepat.
- Guru perlu memastikan pelajar dapat menguasai bacaan dengan betul mengikut hukum
tajwid.
Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras tiga.(Ayat bacaan)
- Guru meminta pelajar membaca ayat secara kumpulan. Pelajar dikumpulkan mengikut tahap
pencapaian. Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti.
- Pelajar diminta membaca ayat secara individu dengan suara kuat di hadapan guru.
- Guru meneliti bacaan pelajar dan membuat pembetulan serta merta kesalahan pelajar.
- Guru menyoal pelajar tentang hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca.
- Pelajar menjawab soalan guru secara lisan. Guru memberi bimbingan kepada murid
sekiranya murid tidak menjawab soalan guru dengan tepat.
- Pada aras ini, guru perlu memastikan pelajar telah dapat menguasai bacaan dengan betul,
fasih dan bertajwid

5.0 Kaedah Soal jawab.


Kaedah soal jawab adalah kaedah yang paling kerap digunakan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini merupakan interaksi dua hala yang melibatkan
pelajar danguru yang memberi kesan positif terhadap kefahaman pelajar terhadap topik atau
pelajaran yang dipelajari kerana mereka berpeluang menyoal guru untuk mendapatkan
penjelasan lanjut mengenai tajuk pelajaran. Kaedah ini telah lama diaplikasikan dalam

Pendidikan Islam. Kaedah ini meransang pemikiran pelajar melalui soalan-soalan yang
diutarakan oleh guru. Soalan-soalan yang diberikan oleh guru ialah sebahagian daripada
interaksi pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah ini menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran berfikir serta memberi tumpuan
terhadap pelajaran dan secara tidak langsung dapat mengelakkan pelajar berfikir tentang
perkara-perkara di luar pembelajaran. Dalam pengajaran tilawah al Quran, guru boleh
menggunakan kaedah ini dalam bahagian hafazan surah. Guru boleh menyoal pelajar tentang
cara bacaan dan hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dipelajari. Sebelum menyoal
pelajar, guru perlu memberikan masa kepada pelajar untuk membaca dan menghafaz ayat
dengan betul. Bagi pelajar yang lemah, guru boleh memberi penerangan tentang hukum
tajwid dan cara bacaan terlebih dahulu.

5.1 Aplikasi kaedah soal jawab dalam pengajaran.


Aplikasi kaedah soal jawab bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayat hafazan)
- Guru mempamerkan carta mengandungi ayat dan meminta pelajar membaca secara senyap.
- Guru membaca ayat dengan kuat dan meminta semua pelajar mengikut bacaan guru.
- Guru mengulang beberapa kali ayat tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan guru
secara kumpulan.
- Guru meminta pelajar mengecam kalimah dan potongan ayat supaya mudah mengingat
untuk aktiviti menghafaz ayat.
- Bersoal jawab tentang hafazan surah dari segi menyambung ayat yang dibaca.
- Guru membaca permulaan ayat dan meminta pelajar menyambung ayat tersebut. Untuk
menarik minat pelajar, guru menyoal pelajar yang paling cepat menghafaz ayat.
- Guru perlu memastikan semua pelajar dapat menghafaz ayat yang dipelajari dengan betul.
Aplikasi kaedah soal jawab bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat hafazan)
- Guru memaparkan ayat hafazan di LCD dan memperdengarkan bacaan dari qari terkenal.
Guru mengulang beberapa kali bacaan tersebut.
- Guru meminta pelajar mengikut bacaan dan seterusnya menghafaz ayat tersebut.
- Guru membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil berpasangan untuk tujuan menghafaz
ayat. Guru meminta pelajar menghafaz berpasangan, pasangan pelajar diminta meneliti
bacaan pasangan masing-masing untuk dan membetulkan jika terdapat kesalahan bacaan
rakan mereka.
- Pelajar diminta memerhati tanda bacaan dan hukum tajwid yang terdapat dalam ayat.

- Guru memulakan sesi soal jawab tentang tanda bacaan dan hukum tajwid. Pelajar menyebut
hukum tajwid dan membaca kalimah yang mengandungi hukum tajwid tersebut. Guru
memperbetulkan sebutan atau bacaan pelajar.
- Pada aras ini, pelajar perlu menguasai bacaan di samping mengenal hukum tajwid yang
terdapat dalam ayat.
Aplikasi kaedah soal jawab bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat hafazan)
- Guru meminta pelajar menghafaz ayat secara kumpulan dan individu dengan suara yang
nyaring. Guru membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.
- Pelajar menghafaz ayat secara berulang-ulang sehingga dapat menghafaz dengan fasih.
- Guru menggunakan kaedah soal jawab untuk memastikan pelajar mengetahui hukum tajwid
yang terdapat dalam ayat, serta menguasai hafazan dengan cara bertajwid.
- Pada aras tiga, guru perlu memastikan pelajar dapat menghafaz ayat dengan betul dan fasih
serta bertajwid
6.0 Kaedah Penerangan.
Kaedah penerangan merupakan kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru.
Maksud kaedah ini ialah, guru memberi penerangan tentang sesuatu tajuk pelajaran atau isi
pengajaran secara lisan. Bagi menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan serta memberi
kefahaman kepada pelajar, guru perlu menggunakan alat bantuan mengajar seperti gambar,
carta atau LCD di samping dapat menarik minat pelajar dalam pelajaran tersebut. Melalui
kaedah penerangan, guru perlu memastikan pelajar dapat memahami penerangan yang
disampaikan oleh guru dalam sesuatu tajuk.
Melaksanakan kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap kedudukan pelajar di dalam
kelas supaya setiap individu dapat melihat guru dan mendengar percakapan guru dengan
jelas. Semasa memberi penerangan, guru perlu bertutur dengan jelas dan terang serta
menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar.

6.1 Pelaksanaan kaedah penerangan.


- Penerangan hendaklah diberikan pada masa yang sesuai seperti ketika menyampaikan
pengajaran baru.
- Guru hendaklah menyampaikan penerangan dengan ringkas dan bernas.
- Setiap penerangan guru perlu diikuti dengan soal jawab secara lisan atau bertulis untuk
menguji kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang telah disampaikan guru.
- Penerangan boleh digabungjalinkan dengan teknik-teknik lain seperti soal jawab,
perbincangan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.

- Kaedah ini sesuai digunakan untuk pengajaran tilawah al Quran bahagian kefahaman.
- Kaedah penerangan sesuai diaplikasikan dalam semua tajuk pelajaran pendidikan Islam.
Guru boleh melaksanakan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran
bahagian kefahaman ayat.
- Murid menyenaraikan isi penting maksud ayat.
Aplikasi kaedah penerangan bagi hasil pembelajaran aras dua.
(Ayat kefahaman)
- Guru meminta pelajar menyebut erti ayat.
- Guru menerangkan tentang isi-isi penting dalam ayat kefahaman ( cara mendapat hidayah
Allah )
- Guru meminta pelajar berbincang dalam kumpulan (ciri-ciri orang yang mendapat hidayah
Allah).
- Pelajar membentangkan hasil perbincangan mengikut kumpulan.
- Guru mengulas dan memberi penerangan tentang hasil perbincangan pelajar.
Aplikasi kaedah penerangan bagi hasil pembelajaran aras tiga.
(Ayat kefahaman)
- Guru memberi penerangan tentang isi pelajaran maksud ayat ( akibat orang yang tidak
mendapat hidayah)
- Guru meminta pelajar menyebut semula isi pelajaran yang telah disampaikan oleh guru.
- Guru meminta pelajar membuat perbincangan dalam kumpulan tentang isi pelajaran (
maksud ayat )
- Murid menyenaraikan isi perbincangan ( ciri-ciri orang yang tidak mendapat hidayah Allah)
- Guru mengulas pembentangan pelajar dan memberi penerangan tentang isi pelajaran
seterusnya (perkara yang perlu dilakukan untuk memperoleh hidayah Allah)
.
6.2 Aplikasi kaedah penerangan dalam pengajaran.
Aplikasi kaedah penerangan bagi hasil pembelajaran aras satu.
(Ayat kefahaman)
- Guru memperdengarkan bacaan contoh melalui pita rakaman
- Pelajar diminta membaca ayat kefahaman yang akan dipelajari. Guru meminta semua
pelajar meneliti kalimah dan ayat yang dibaca.
- Guru menerangkan maksud ayat dengan menerangkan pengertian kalimah.
- Guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai erti ayat dan maksud keseluruhan ayat

7.0 Penutup.
Kaedah-kaedah

yang diperkenalkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran,

keseluruhannya adalah baik dan berkesan bagi setiap guru dalam menyampaikan pengajaran.
Keberkesanan kaedah ini adalah bergantung kepada kebijaksanaan guru menyesuaikannya
dengan tahap pencapaian pelajar serta suasana persekitaran dan hasil pembelajaran yang
hendak dicapai.

Banding Beza Rancangan Pengajaran Pendidikan Islam Tahun 3 KBSR Dengan KSSR

Mata Pelajaran Pendidikan Islam memberi fokus kepada penyampaian ilmu,


kemahiran dan penghayatan islam berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, ke arah
melahirkan murid beriman, berilmu, berakhlak mulia, bertakwa dan beramal soleh. Mata
pelajaran Pendidikan Islam memberi pendedahan kepada murid tentang ilmu pengetahuan,
kemahiran serta nilai yang merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan dan ketatanegaraan.
Selaras dengan matlamat Pendidikan Islam untuk melahirkan muslim yang berilmu, beriman,
berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah
supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa serta menyumbang ke arah
mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan akhirat.

Mata pelajaran Pendidikan Islam

dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) dibahagikan kepada enam bidang iaitu ; asuhan tilawah Al-Quran, akidah, ibadat,
sirah nabawiyyah, adab dan akhlak dan pelajaran jawi manakala dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) empat tajuk iaitu asuhan tilawah Al-Quran, asas ulum syariah, asas
akhlak Islamiah dan jawi.

Rancangan pengajaran Pendidikan Islam KBSR

berdasarkan Sukatan Pelajaran

Tahun Tiga yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan ianya mengalami
transformasi penggubalan mengikut peredaran zaman, kemajuan dan kebolehan intektual
murid dari semasa ke semasa. Manakala pada era KSSR bersandarkan kepada Dokumen
Standard Pendidikan Islam. Dalam menghasilkan rancangan pengajaran harian, ianya
berdasarkan kepada standard kandungan yang spesifik tentang perkara murid yang patut
diketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai dan standard pembelajaran berdasarkan satu penetapan

kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh di ukur bagi setiap
standard kandungan.

Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran, pendekatan belajar KSSR mengunakan


kaedah belajar melalui bermain dan simulasi di samping mengabungjalinkan pendekatanpendekatan pedagogi yang sesuai. Pembelajaran KSSR hendaklah menerapkan eleman
bersepadu seperti Teknologi Maklumat & Komunikasi, keusahawanan serta kreativiti dan
inovasi disisipkan dalam pengajaran guru.

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran (KSSR) dibina sebagai panduan
untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran
Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat
tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Pentaksiran menentukan prestasi murid berdasarkan tafsiran band. Band ialah satu label yang
digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan
bagi tujuan pelaporan individu.Terdapat enam tafsiran band iaitu band satu ( tahu :
mengetahui asas membaca al-Quran, hadis terpilih, menghafaz surah tertentu, mengetahui
asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW dan jawi), Band dua ( tahu, faham :
Memahami asas bacaan al Quran, hadis terpilih, menghafaz surah-surah tertentu, memahami
asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW dan jawi), Band tiga (tahu, faham dan
boleh buat: Mempamerkan kebolehan asas membaca al Quran dan hadis terpilih, menghafaz
surah-surah hafazan, melakukan asas ibadah, adab, memahami asas akidah, sirah Rasululllah
SAW serta boleh membaca dan menulis asas jawi), Band empat ( tahu, faham dan boleh buat
dengan beradab : Mempamerkan kemahiran membaca al-Quran, hadis terpilih, menghafaz
surah-surah hafazan, menghayati asas akidah, sirah Rasulullah SAW, melaksanakan ibadah,
adab tertentu serta mampu membaca dan menulis jawi), Band lima (tahu, faham dan boleh
buat dengan beradab terpuji : Mengaplikasi kemahiran membaca al-Quran dan hadis terpilih,
menghafaz surah-surah hafazan dengan betul, menghayati asas akidah dan sirah Rasulullah
SAW, mengaplikasi ibadah dan adab serta mampu membaca dan menulis jawi dengan baik),
Band enam (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali: Mahir membaca al-Quran
dan hadis terpilih, menghafaz surah-surah hafazan dengan sempurna, menghayati akidah dan

sirah Rasulullah SAW, mengamalkan ibadah dan adab dalam kehidupan harian serta mahir
membaca dan menulis jawi). Penentuan band untuk murid berdasarkan Standard Prestasi
iaitu mengikut tahap perkembangan pembelajaran murid yang di ukur berdasarkan standard
dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan
pembelajarannya melalui deskriptor. Deskriptor merupakan penilaian prestasi murid untuk
murid tahu dan faham standard pelajaran. Deskriptor ditafsirkan melalui evidens melalui
instrumen-instrumen yang di buat oleh guru untuk menguji penguasaan atau pencapaian
murid bagi sesuatu domain. Tahap pentaksiran band Contohnya dalam standard kandungan
Adab Menziarah. Standard pembelajaran

menyatakan hukum berziarah adalah

pentaksiran bagi band satu. Murid perlu menguasai band satu untuk beralih kepada band dua
dan seterusnya secara berperingkat.

Manakala dalam rancangan pengajaran KBSR, hasil pembelajaran murid diukur


berdasarkan aras kebolehan murid.Guru menentukan dahulu keupayaaan murid sebelum
memulakan sesi pembelajaran. Terdapat 3 aras tahap mengukur keupayaan murid iaitu aras
1(lemah), aras 2 ( sederhana), aras 3 ( tinggi), contohnya dalam bab adab menziarah :- aras 1,
seperti menyatakan adab menziarah , aras 2, menerangkan adab-adab menziarah rakan ,
aras 3, menjelaskan adab tidak beradab ketika menziarah rakan.

Kesimpulannya, antara rancangan pengajaran Pendidikan Islam KBSR dan KSSR


tidak ketara perbezaannya kerana ianya berlandaskan falsafah, matlamat dan objektif
Pendidikan Islam yang sama. Perbezaan adalah dari sudut bentuk rancangan pengajaran,
mendeskripsi tahap pengetahuan, kebolehan murid serta pentaksiran dan pendokumentasian
prestasi murid. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) perlu lebih diberi pendedahan
lagi kepada guru, murid dan ibu bapa supaya ianya dapat dilaksanakan dengan baik pada
masa akan datang.

Idea yang relevan menghasilkan murid berkualiti bersandarkan Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia.
Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan
sesebuah negara. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah
dilancarkan untuk melaksanakan hasrat ini. Setiap pembaharuan yang dibuat perlu diberikan
ruang dan peluang dalam pelaksanaanya. PPPM berhasrat untuk melahirkan murid yang

berfikir, mampu berfikir mengenai perkara yang bernilai tinggi dan rajin membaca. Oleh itu,
kerajaan telah menggubal Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk Sekolah
Rendah. KSSR merupakan salah satu agenda dalam sebelas anjakan utama dalam
mentransformasikan negara. KSSR merupakan agenda dalam anjakan pertama untuk
menyediakan kesamarataan akses pendidikan berkualiti antarabangsa. Hal ini, merupakan
hasrat kerajaan Malaysia mengangkat KSSR pendidikan yang bertaraf antarabangsa.

Pendekatan KSSR memberi penekanan kepada sistem pendidikan yang menarik


dan seronok. Dengan cara ini, murid dapat berkongsi pandangan dan pendapat sama ada
pandangan kritikal atau sesuatu yang membina hasil daripada daya fikir mereka sendiri. Hal
ini, akan memberikan ruang inovasi untuk pembinaan jati diri dalam diri mereka. Jika dilihat,
sistem pendidikan KBSR berorientasikan peperiksaan 100 peratus tetapi melalui Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS), ianya memperuntukkan 40 peratus dikhaskan untuk penilaian
berterusan dan baki peratusan untuk penilaian melalui ujian khas. Hal ini, membolehkan
murid belajar dam berfikir secara berterusan. Hal ini merupakan satu perkembangan yang
positif. Saya juga berpendapat bahawa PBS boleh mengubah persepsi murid dan
mengurangkan sikap murid cenderung belajar pada saat-saat akhir sebelum peperiksaan. Oleh
itu, murid akan belajar secara berterusan dan tidak hanya menunggu apabila waktu
peperiksaan semakin hampir.

Oleh hal yang demikian, guru-guru tidak perlu sangat menekankan pembelajaran
berorientasikan peperiksaan semata-mata. Murid perlu diberi pendedahan untuk berfikir dan
melakukan aktiviti yang boleh mematangkan murid contohnya guru boleh mencuba pelbagai
teknik pedagogi seperti teknik lakonan, bercerita, melibatkan murid-murid dengan NGO atau
agensi tertentu. Guru juga perlu melibatkan sepenuhnya murid-murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, kreatif dan berinovasi. Pembelajaran yang menyeronokan
membolehkan murid mengaplikasikan dalam kehidupan seharian dan hal ini terbukti bahawa
hasil PDP berkesan.

Tuntasnya, jelas terbukti bahawa KSSR

telah di rangka dengan sempurna dan

tersusun bagi meningkat dan menjamin mutu pendidikan negara pada masa akan datang.
Setiap perancangan rapi yang disusun haruslah berakhir dengan perlaksanaan yang sempurna.

Maka KSSR ini harus dilaksanakan dengan baik dan terancang, serta mendapat kerjasama
yang jitu daripada semua pihak yang terlibat, ianya bakal mewujudkan persekitaran yang
harmonis di sekolah untuk perkembangan individu dan pada masa yang sama memberi
banyak manfaat serta mampu mengurangkan masalah gejala sosial yang berlaku pada masa
sekarang ini selain memberi transformasi yang positif terhadap pendidikan di Malaysia.
Refleksi
Semasa menjalankan tugasan ini, saya membuat pemerhatian ke atas model-model
pengajaran pendidikan islam yang terdapat dalam modul pedagogi pendidikan islam dan juga
rancangan pengajaran harian untuk murid tahun tiga. Aspek yang diperhatikan adalah
kaedah-kaedah pengajaran Rasullah, Iman Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam
Hanbali, Imam Al-Ghazali dan juga cara menghasilkan sebuah rancangan pengajaran harian.

Saya mendapati pelbagai kaedah pengajaran dan penyampaian ilmu yang digunapakai
oleh model-model antara kaedah yang digunapakai ialah teknik berkhutbah, bercerita,
perbincangan,soaljawab, kuliah, imlak, halaqah, hafalan, latih tubi,nasihat dan lain-lain.
Kaedah-kaedah pengajaran ini telah diaplikasikan oleh Rasullah dan para Imamiah dalam
menyampaikan dakwah dan ilmu mereka.

Setelah selesai melakukan tugasan ini, saya mendapati dan menyedari kepentingan
kaedah model-model pengajaran yang diaplikasikan oleh Rasullah dan para Imamiah.
Kaedah-kaedah ini sangat berguna untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik ini
boleh diaplikasikan untuk pembelajaran Pendidikan Islam khususnya. Kaedah ini boleh
dinaiktarafkan mengikut peredaran dan keperluan murid. Contohnya, aplikasi teknik bercerita
yang dilakukan oleh Imam Malik, boleh diaplikasikan dengan teknik lakonan dan simulasi.
Hal demikian kerana, murid di peringkat sekolah rendah sangat menyukai teknik ini dan
mereka mudah memahami dan mengingati pelajaran dan merangsang murid untuk seronok
belajar.

Saya sedar pendekatan yang ditonjolkan oleh Rasullah dan para Imamiah adalah
pendekatan yang sangat baik dan perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan yang ditonjolkan harus diperhalusi dan diaplikasikan oleh guru-guru.
Memandangkan guru-guru sekarang lebih senang menggunakan kaedah pengajaran sehala
berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran dua hala.

Seterusnya, dalam menghasilkan sebuah rancangan pengajaran tahun tiga KSSR, saya
telah belajar cara penyediaan rancangan pengajaran harian yang betul dan menepati standard
KSSR. Saya telah berkolaborasi dengan guru-guru Pendidikan Islam yang mengajar kelas
KSSR untuk menunjuk ajar saya dalam menghasilkan rancangan pengajaran harian KSSR
yang betul. Banyak ilmu dan input yang berguna untuk saya seperti penggunaan teknik
pedagogi dan psikologi untuk mengajar.

Saya mendapati juga terdapat perbezaan dari sudut penulisan rancangan pengajaran
harian antara KSSR dan KBSR. Namun, isi pelajaran hampir sama antara KBSR dan KSSR.
Dalam penghasilan RPH pula, guru-guru perlu menyediakannya sebelum memulakan sesi
PDP, dan perlu menyediakan rancangan yang betul berdasarkan kemampuan murid tersebut
dan juga tahap kebolehan dan kemampuan murid. Hal ini, supaya murid tidak bosan dengan
PDP yang menggunakan teknik dan rancangan pengajaran yang sama.

Oleh hal itu, sebagai seorang guru, saya akan cuba sedaya upaya menghasilkan
rancangan pengajaran yang baik supaya penyampaian ilmu sampai kepada murid-murid saya.
Seterusnya, menggunakan pendekatan pedagogi dan psikologi yang betul untuk pengajaran
saya dan menjalankan tanggungjawab sebagai guru dengan sewajarnya.

Sebagai kesimpulan, tugasan ini memberi banyak input yang berguna untuk menjadi
seorang guru yang kreatif dan berinovasi untuk membentuk sesi pengajaran dan pembelajaran
yang menarik.

Rujukan

Ahmad Mohd Salleh ( 2011), Kurikulum, Metadologi dan Pedagogi Pengajian Islam : KPLI
j-QAF. Selangor : Oxford Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mohd Kamal Hassan.1988. Pendidikan Dan Pembangunan Satu Perspektif Bersepadu. Kuala
Lumpur: Penerbitan Nurin Enterprise.

Ainon Mohd.Abdullah Hassan.2003. Guru Sebagai Pendorong Dalam Bilik Darjah.


Bentong, Pahang: Penerbitan PTS Publication, Siri Motivasi.

Modul Pedagogi Pendidikan Islam j-QAF 2012.

Mok Soon Sang. (2008). Pedagogi untuk pengajaran dan Pembelajaran.Perak : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Manual Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pendidikan


Malaysia. http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-20132025._(2007) Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Tahun
Tiga. Putrajaya : Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral.

Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam Tahun 3.

Dokumen Standard Prestasi KSSR Tahun 3.

Laman web Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/.

Protal Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia ( Pentaksiran


Berasaskan Sekolah )

http://www.moe.gov.my/lp/index.php/component/content/article/53/216-pentaksiranberasaskan-sekolah.

Anda mungkin juga menyukai