Anda di halaman 1dari 9

TEKS UCAPAN

YAB TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN


TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
DI PERSIDANGAN PERDANA PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA
2012

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam 1Malaysia.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
YAB Dato Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Yang Berhormat Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Pelajaran I;
Yang Berhormat Dr. Mohd Puad bin Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran II;
Yang Berbahagia Dato Sri Abd. Ghafar bin Mahmud
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;

Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan.

PENGENALAN
1. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi puji dan syukur
ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, dapatlah
kita bersama-sama hadir di Persidangan Perdana Pengetua-pengetua
Malaysia bagi tahun 2012.
2. Saya berasa bangga kerana pada hari ini seluruh pengetua-pengetua
dari segenap pelusuk tanah air dapat berhimpun untuk memperbaharui
tekad dan menyuntik semangat baru bagi melonjakkan mutu pendidikan
negara. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih
dan penghargaan kepada seluruh warga pendidik atas usaha gigih dan
komitmen yang telah dicurahkan kepada usaha untuk mencipta pelbagai
kejayaan dalam arena pendidikan Negara sepanjang tahun 2011.
3. Saya juga

amat berbangga atas usaha

yang diambil untuk

menyediakan satu platform bagi membolehkan para pengetua berbincang


dan bertukar-tukar fikiran secara professional untuk meningkatkan kualiti
pengurusan dan perkhidmatan di sekolah. Persidangan seperti ini sudah
tentulah dapat menghasilkan resolusi dan penyelesaian untuk membantu
meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.
4.Memang tidak dinafikan bahawa

Pengetua memikul

tugas dan

tanggungjawab yang amat besar. Dimensi dan peranan Pengetua semakin


kompleks dan mencabar bagi mencapai hala tuju pembentukan generasi

masa depan yang berkebolehan, berilmu, mencapai tahap penguasaan


teknologi tinggi, berdaya saing, berkemahiran, mempunyai nilai-nilai moral
yang terpuji, mampu menyumbang dan mencipta untuk kemajuan dan
kemakmuran negara.
5. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan telah diberikan satu
peruntukan yang besar iaitu sebanyak 37.28 bilion ringgit dalam
belanjawan tahun 2012. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada YAB Perdana Menteri kerana telah meluluskan peruntukan yang
besar kepada Kementerian Pelajaran dan memberi keyakinan kepada kita
semua sebagai pemangkin utama pembangunan modal insan di Malaysia.
Saya berharap agar peruntukan ini kita belanjakan secara cekap dan
berhemah agar dapat memberi kesan berganda yang positif kepada
pembangunan pendidikan secara menyeluruh.

Hadirin sakalian,
Matlamat pendidikan

1. Sesuatu dasar yang digubal tentunya mempunyai matlamat untuk


dicapai. Dalam konteks pendidikan, dua matlamat penting yang lazimnya
disasarkan ialah untuk membangunkan potensi insan secara menyeluruh
dan memenuhi keperluan sosio-ekonomi negara. Kedua-dua matlamat ini
saling berkait antara satu sama lain. Sesuatu sistem pendidikan yang
bertujuan membangunkan potensi insan secara menyeluruh sudah pasti
akan melahirkan manusia yang bukan sahaja mampu untuk memacu
pembangunan ekonomi negara, tetapi juga mengisi makna kemajuan

dengan nilai-nilai yang luhur. Saya ingin memetik kata tokoh pembaharuan
Islam tersohor, Muhammad Abduh, menegaskan bahawa matlamat asas
pendidikan (al-talm wa al-tarbiyyah) ialah untuk membentuk sahsiah insan
melalui penerapan nilai-nilai murni ke dalam jiwa peribadinya agar ia
menjadi

insan

yang

baik

(rijlan

slihan

nafsih).

2. Pembentukan modal insan cemerlang ini selaras dengan gagasan 1


Malaysia yang dihasratkan oleh YAB Dato Seri Najib bin Tun Haji Abdul
Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat 1 Malaysia ialah gagasan untuk
membina

kekuatan

melalui

perpaduan

nasional

dan

semangat

kebersamaan. Lapan nilai aspirasi yang menjadi teras gagasan 1 Malaysia


iaitu budaya ilmu, intergriti, ketahanan, kesetiaan, kebijaksanaan, budaya
ketepatan, budaya berprestasi tinggi dan budaya inovasi merupakan nilainilai teras yang perlu disemai dan dibajai sebagai budaya kehidupan rakyat
Malaysia demi memacu kejayaan yang lebih hebat pada masa hadapan.
Aspirasi negara terhadap pengetua sebagai menjana modal insan
cemerlang menuntut komitmen yang tinggi daripada semua para pengetua.
Generasi pelapis yang kini berada di bangku sekolah perlu diterapkan
dengan kelapan-lapan nilai ini secara berkesan dan terancang oleh para
pengetua dengan dibantu oleh warga pendidik yang berada di sekolah
masing-masing. Oleh itu saya menyeru kepada para pengetua agar
member kefahaman kepada anak buah masing-masing akan falsafah dan
prinsip keserakanan yang saya yakin mampu mempercepat proses
pencapaian kecemerlangan secara bersama. Prinsip keserakanan harus
wujud

dalam

diri

setiap

pendidik

supaya

diterjemahkan dalam satu kefahaman bersama.

aspirasi

negara

dapat

2. Dalam usaha kita untuk melonjakkan kemajuan dan kemakmuran


negara ke tahap yang lebih tinggi, kita mestilah sentiasa berusaha bukan
sahaja untuk meningkatkan akses kepada pendidikan, tetapi memperluas
akses kepada pendidikan berkualiti. Oleh sebab, core business di sekolah
ialah pengajaran dan pembelajaran, kita haruslah memupuk kepimpinan
dalam bidang pengajaran dan pembelajaran iaitu kepimpinan intruksional,
serta

memberi

bermatlamat.

tumpuan

Para

kepada

pengetua

pengajaran

haruslah

dan

menggalakkan

pembelajaran
para

guru

mewujudkan ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif


supaya budaya inovasi dan kreatif dapat dipupuk dan disuburkan dalam
kalangan

anak

didik.

Di

samping

itu,

para

guru

mesti

boleh

mengimplentasikan kaedah pendidikan yang tepat iaitu strategi pengajaran


dan pembelajaran yang digunakan memerhatikan situasi, kondisi dan
karakter seseorang, sehingga nilai-nilai murni dapat ditanam dan
dijelmakan dengan baik dalam diri anak didik. Saya yakin dengan
kewibawaan para pengetua untuk memperkasa kualiti para guru di sekolah
masing-masing dalam mempersiapkan diri anak didik agar menjadi insan
yang cekal dan berupaya mengharungi tuntutan dan perubahan arus
globalisasi.
Tuan-tuan dan puan-puan,
NKRA PENDIDIKAN
1. Sebagai Menteri Peneraju Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
bagi Sektor Pendidikan, saya bertanggungjawab memastikan kesemua
sasaran yang ditetapkan di bawah lima bidang kecil NKRA pendidikan iaitu,

enrolmen pra-sekolah, program literasi dan numerasi (LINUS), sekolah


berprestasi tinggi (SBT), tawaran baru ataupun Baiah untuk pengetua dan
guru besar dan program penambahbaikan sekolah dapat dicapai. Sukacita
saya ingin maklumkan di sini bahawa sasaran untuk kesemua sub-NKRA
tersebut telah melepasi sasaran 2011. Kita telah berjaya meningkatkan
enrolmen pra-sekolah kepada 76.3 peratus, 97.5 peratus murid telah
menguasai kemahiran literasi dan 96.8 peratus menguasai kemahiran
numerasi, 52 buah sekolah telah dinobatkan sebagai sekolah berprestasi
tinggi dan 304 buah sekolah berjaya melonjakkan prestasi di bawah
Program Pembangunan Sekolah. Oleh kerana tahun ini adalah tahun
terakhir untuk kita mencapai kesemua sasaran NKRA Pendidikan, saya
berharap agar semua warga pendidik dapat melipatgandakan usaha untuk
memastikan semua sasaran yang telah ditetapkan dapat dicapai. Saya
yakin dengan semangat dan iltizam semua pihak, serta dengan izin Allah
s.w.t., kita mampu untuk melakukannya.

Tuan-tuan dan Puan-puan,


Sekolah Berprestasi Tinggi
1.Bagi menggalakkan budaya kecemerlangan di sekolah kerajaan
mensasarkan 20 buah sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi
(SBT) pada tahun 2010 dan sehingga 2012 sebanyak 66 buah sekolah
telah diiktiraf sebagai SBT di Malaysia. Pemilihan SBT dibuat berdasarkan
tahap kecemerlangan akademik dan pencapaian pelajar termasuk disiplin,
kebersihan, aktiviti kokurikulum dan penguasaan bidang keutamaan
sekolah SBT juga bertujuan untuk mengangkat kualiti pencapaian institusi

pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntibiliti serta


membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masingmasing (pemusatan dalam aspek kurikulum dam anggota perkhidmatan).
Selain itu, SBT ialah wadah untuk menghasilkan pelajar cemerlang bertaraf
antarabangsa dan yang mempunyai personaliti dalam semua bidang.
Impaknya

adalah

kecemerlangan

untuk

dan

menjadikan

inspirasi

kepada

SBT

sebagai

penanda

sekolah-sekolah

lain

aras
untuk

membangunkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi melalui


bimbingan dan jaringan antara sekolah-sekolah tersebut, sekaligus
melonjakkan pencapaian pelajar secara keseluruhan di negara kita. Inilah
pada hemat saya, cabaran sebenar kepada para pengetua di negara ini
untuk menghasilkan SBT dalam kelompok sekolah di Malaysia. Samasamalah kita berdoa agar negera kita mampu menghasilkan SBT berkat
kesungguhan dan usaha keras tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Hadirin sekalian,
Tawaran Baru kepada Pengetua dan Guru Besar
1. Sub NKRA ini diperkenalkan sebagai peransang kepada Pengetua dan
Guru Besar untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah masing-masing.
Dapatan kajian yang dijalankan oleh McRelmen dapati bahawa pemimpin
sekolah mempunyai impak yang tinggi ke atas pencapaian murid.
Pemimpin sekolah yang berkesan boleh meningkat pencapaian pelajar
sebanyak lebih 0.1% sisihan piawai. Penekanan diberikan kepada
pencapaian Pengetua dan Guru Besar supaya Pengetua dan Guru Besar
menyedari kepentingan mereka dalam peningkatan prestasi murid murid.
Oleh itu ,bagi Pengetua dan Guru Besar yang Berjaya melonjakkan

kecemerlangan sekolah, maka ganjaran kewangan dan bukan kewangan


diberikan sebagai menghargai usaha yang telah mereka laksanakan.

PENUTUP
1. Cabaran yang bakal kita hadapi sepanjang tahun 2012 ini amat kritikal
kepada kejayaan kita sebagai warga pendidik untuk mencapai sepenuhnya
sasaran-sasaran yang telah ditetapkan di bawah NKRA pendidikan. Selain
itu, pelaksanaan dasar-dasar baru seperti Pentaksiran Berasaskan
Sekolah, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan
2. Disini saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua warga pendidik yang telah berusaha memerah
keringat dalam menjayakan pelbagai program pendidikan pada tahun 2011.
Tanamkanlah tekad dan iltizam untuk terus mendaki puncak kejayan. Bagi
tahun 2012, saya berharap lebih banyak jalinan kerjasama dengan semua
pihak dapat dibuat bagi memastikan penambahbaikan dan pemantapan
sistem pendidikan negara tercapai. Yang berat sama dipikul, yang ringan
sama dijinjing. Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam
menjayakan matlamat menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada
rakyat dan mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia di negara kita.
Semoga usaha kita akan sentiasa diberkati Allah SWT dan segala
perancangan kita akan berjalan dengan lancar, inshaAllah.
2. Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada tuan-tuan dan puan-puan
untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan sekolah. Saya berharap agar
tuan-tuan

dan

puan-puan

sebagai

pemimpin

sekolah

akan

terus

memberikan khidmat yang cekap dan berkesan, sekali gus menjana

potensi pelajar ke tahap yang optimum. Saya menyeru kepada ahli


persidangan sekalian agar menggunakan segala kesempatan dan ruang
perbincangan yang ada dalam persidangan ini untuk menghasilkan natijah
yang

boleh

dijadikan

garis

panduan

dalam

usaha

meningkatkan

kecemerlangan pendidikan. Akhir sekali, saya mendoakan semoga


persidangan ini beroleh kejayaan dan keberkatan Allah s.w.t.
Selamat Maju Jaya dan Selamat Bersidang
Wabillahi

al-taufiq

wabarakatuh.

walhidayah

wassalamualaikum

warahmatullahi

Anda mungkin juga menyukai