Anda di halaman 1dari 1

SEJARAH PEMBENTUKAN ASEAN

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) mula dibentuk dengan penubuhan


sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Persatuan Asia Tenggara (Association of
Southeast Asia atau ASA) yang dianggotai oleh Filipina, Malaysia dan Thailand pada tahun
1961. ASA merupakan asas kepada pembentukan ASEAN sekarang.
Akibat daripada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pertikaian berlaku
khususnya antaraIndonesia dan Filipina yang menganggap pembentukan Malaysia sebagai
satu bentuk penjajahan baru. Ini kerana mereka mendakwa Sabah dan Sarawak merupakan
sebahagian daripada negara mereka.
Oleh kerana pertikaian tersebut, munculnya slogan Ganyang Malaysia yang membawa
kepadakonfrontasi pada 1965-1966 oleh Indonesia. Selepas tamatnya konfrantasi tersebut,
semua negara-negara Asia Tenggara bersepakat untuk mewujudkan persefahaman untuk
memberi ruang kepada semua negara-negara terbabit bersatu dalam perkara yang
melibatkan kepentingan bersama.
Maka, pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin - Menteri Luar Indonesia, Filipina, Malaysia,
Singapura danThailand
(Adam Malik, Narciso R. Ramos, Tun Abdul Razak, S.
Rajaratnam dan Thanat Khoman) - duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar
di Bangkok, Thailand dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai
"Deklarasi ASEAN".[1]
Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai
kemerdekaan.[3]
Hanya selepas 11 tahun kemudian barulah ASEAN menerima anggota baharu.
Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995.[4] Laos dan Myanmarmenjadi
anggota dua tahun kemudiannya, iaitu pada 23 Julai 1997.[5] Walaupun Kemboja sudah
menyertai ASEAN bersama-sama Myanmar dan Laos, negara itu terpaksa menangguh
disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Kemboja menyertai semula ASEAN pada
30 April 1999.[6]
Papua New Guinea diberikan status negara pemerhati pada 1976 dan pemerhati khas pada
1981.[2]Sejak kemerdekaan Timor Leste pada Mei 2002, ASEAN telah banyak membantu
negara baru ini. Timor Leste telah dijemput untuk hadir dalam beberapa mesyuarat ASEAN.
Walaubagaimanapun, Timor Leste masih dilantik sebagai negara pemerhati.

Anda mungkin juga menyukai