Anda di halaman 1dari 1

SAYANGILAH BILIK SEGAR (BS) KITA

BS di sekolah adalah salah satu kemudahan khas bagi murid-murid dan guruguru menggunakannya. Kebersihan BS di sekolah menjadi perkara yang sangat
sensitif bagi ibu bapa dan para pelajar. Ada ibu bapa daripada golongan elit inginkan
BS yang bersih tetapi tidak mengizinkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti
menjaga kebersihan tandas. Oleh itu sikap hidung tinggi ini harus dibendung jika
inginkan BS yang bersih. Orang tua-tua pernah berkata, berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing menepati usaha kerjasama antara guru dan murid untuk berganding
bahu menjaga kebersihan BS di sekolah. Tegasnya usaha mengekalkan kebersihan
BS dapat memupuk sifat cinta akan kebersihan dan semangat bersatu padu,
bersesuaian dengan kata pepatah, bersatu teguh, bercerai roboh.
BS yang bersih dan ceria turut melambangkan keperibadian sesebuah
sekolah. Kebersihan juga adalah tunjang kepada keimanan. Janganlah kita
merosakkan kemudahan, melakukan vandalisme kerana itu akan merugikan diri kita
sendiri. Sayangilah BS seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Janganlah
kerana marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar.

Segala luahan emosi

dipaparkan di dinding-dinding BS hingga mencacatkan pandangan mata pengunjung


yang melihatnya.
Secara tuntasnya, semua pihak mestilah berusaha untuk mengekalkan
kebersian tandas di sekolah agar kebersihan tandas dapat dikekalkan . Dalam hal
ini, tandas sekolah akan menjadi lebih selesa untuk digunakan oleh murid-murid.
Orang

bijak

pandai

pernah

berpesan,

kalau

tidak

dipecahkan

ruyung,manakan dapat sagunya , jika tandas tidak bersih ,persekitaran sekolah


akan tidak ceria.Oleh itu,semua pihak sewajarnya bersama-sama menjaga
kebersihan tandas.

Anda mungkin juga menyukai