Anda di halaman 1dari 2

Transgender bertentangan Islam

ISMANIZA AHMAD
20 November 2014 | Sinar Harian

Datuk Hamidah Osman

<1/1>
IPOH - Isu transgender dibimbangi menjadi titik tolak kepada penerimaan amalanamalan hak asasi liberal Barat yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat negara ini
selain bertentangan dengan ajaran Islam.
Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, apa
yang berlaku kini amat mengelirukan malah larangan tersebut jelas jika dilihat dari
aspek agama Islam.
Bagaimana kita hendak mengaku Malaysia negara Islam sedangkan transgender iaitu
perbuatan luar tabii dibenarkan dalam undang-undang negara, katanya kepada Sinar
Harian semalam.

Beliau berkata, kerajaan perlu tegas dalam isu ini dan mengkaji semula perlembagaan
serta undang-undang untuk diselaraskan kembali.
Hamidah berkata, umat Islam perlu bangun untuk mempertahankan undang-undang
larangan kepada transgender ini.
Kelmarin, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan istilah transgender
tidak wujud sebagai mewakili golongan tertentu sebaliknya ia hanya satu perasaan
yang dibuat-buat.
Harussani berkata, hakikat tersebut turut diakui oleh pakar-pakar psikologi yang
mengakui tidak wujud istilah sedemikian.
Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Perkembangan Wanita Gugusan Manjoi,
Selamah Mohd Din secara peribadi berpendapat golongan ini perlu diberi peluang
untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Katanya, dia kurang pasti sama ada golongan ini berminat untuk menyertai persatuanpersatuan wanita yang ada namun sekiranya ada mungkin boleh dipertimbangkan.
Mereka datang dengan cara baik, kita layan dengan baik. Cuba usahakan untuk
bimbing mereka ke jalan yang benar. Jika dibiarkan mungkin mereka terus hanyut dan
melakukan perkara yang tidak elok.
Perkara-perkara ini mungkin sukar untuk diterima oleh ahli persatuan malah
perbuatan mereka salah di sisi agama Islam. Apa yang penting doakan mereka agar
dapat berubah dan bersyukur dengan apa yang ALLAH jadikan, katanya.
Artikel Berkaitan

Transgender bertentangan Islam

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan


pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi
pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Anda mungkin juga menyukai