Anda di halaman 1dari 1

Asam pedas ikan senangin jam 5 petang, kenapa pulak macam tu namanya.

Ini kerana che mat


masak petang tadi. Mula2 memang dah malas nak masuk dapur dah, sebeb sebelum tu che mat
ada buat kek (yang tu entri kemudian yea). Che mat guna ikan senangin kurang lebih 500 gram
beratnya (seekor). Seperti biasa, che mat tanya dulu nak masukkan apa, terung atau sawi jeruk,
dan sawi jeruk menjadi pilihan bonda. Ada masa serius, bosan juga memasak ni, tapi kita kena
fikir satu saja, lakukan kerja memasak sebagai salah satu 'tanggungjawab', insha Allah, kita
akan rasa tenang. Satu lagi tebiat che mat kalau masak, tak suka ramai2 sangat, sebab jadi
kekok dan mula aku lupa macam2...err, biasalah bukan profesional gitu lah...Resipi asam pedas
seperti berikut...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan senangin (kurang lebih 500 gram)
1 pokok sawi jeruk
2 kuntum bunga kantan
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1 kiub pati ikan bilis (optional)
3/4 camca besar pes asam jawa
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
1/2 inci halia
1.2 inci belacan, dibakar
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Ikan senangin dibuang sisiknya, kerat pada 5 bahagian, cuci bersih dan perap dengan jus
limau kasturi selama 15 minit, cuci kembali dan toskan. Sawi jeruk dicuci, kerat kecil dan
rendam. Bunag kantan dibelah 2 setiap 1. Ketepikan.
2. Panaskan 1/3 cawan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga
harum dan bawang menjadi perang. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak sekejap.
Tambah cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (kurang lebih 700ml).
Kacau dan biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna), sawi jeruk dan bunga
kantan. Biar mendidih dan masukkan ikan tadi. Perasakan dengan garam secukupnya dan
sedikit gula. Kacau perlahan dan masak hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh
matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

Anda mungkin juga menyukai