Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara

Kejohanan Balapan dan Padang


SMK CHERAS JAYA KALI KE -7
Di
Stadium UKM
Pada :
5 Julai 2011 (Selasa)

Bismillah
Assalam..
Salam Hormat
Salam Kasih
Salam Ukhwah
Salam Satu Malaysia
Yang berusaha,
Puan Rozita Bt Ahmad

Pengetua

Puan Sofia Nor Molhit

PK

En. Othman Bin Omar

PK HEM

Puan Anita Mazlina Azman Arash

PK Kokurikulum

En. Termizi Mohd Tahir

PK Petang

En. Azahari Mohd Yusop

PK PK

Yang dihormati
Guru-guru Kanan,
guru-guru, ibu bapa
pelajar-pelajar dan seterusnya warga SMK Cheras Jaya yang dikasihi sekalian
Selamat datang diucapkan ke KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK
CHERAS JAYA KALI KE-7 tahun 2011.
Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua sekali lagi kita
dipertemukan dalam acara Tahunan Sekolah pada tahun ini. Sukacitanya kami ingin
merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga di atas kehadiran
hadirin hadirat sekalian bagi memeriahkan lagi temasya sukan kali ini.

PERARAKAN PERBARISAN
Hadirin hadirat yang dimuliakan..
Sebentar lagi akan berlangsung perarakan masuk kontigen-kontigen yang diketuai
oleh Saudara Muhammad Shafie .............................. selaku Ketua Kontigen
Kejohanan Balapan dan Padang SMK Cheras Jaya.
Dikuti oleh perarakan masuk bendera kejohana yang dibawa oleh 5 orang pengakap
Seterusnya perarakan masuk kontigen-kontigen daripada 5 rumah sukan yang
membawa bersama bendera rumah masing-masing.

1)

Memulakan perarakan perbarisan pada pagi ini kontigen dari rumah


HELANG yang diketua oleh .........................................................
Terbang helang tinggi di angkasa
Hinggap sebentar di pohon bidara
Semangat Helang gagah perkasa
Ingin menggengam kilauan juara

2)

Seterusnya kontigen rumah BAYAN yang diketuai oleh ................


Bayan membiru umpama lautan
Tabah meredah gelora menjelang,
Bayan bangkit bersama harapan
Pastikan pingat dibawa pulang.

3.

Kontigen seterusnya ialah rumah MERAK yang diketuai oleh


........................................................
Merak merah semarak api
Semangat juang tak pernah hilang
Pertahan juara sudahlah pasti
Biar sampai berputih tulang.

4.

Kontigen keempat ialah rumah KENYALANG yang diketuai oleh


.......................................................
Kenyalang menguning warnanya gemilang
Rona diraja penaung negeri,
Semangat kental terus berjuang,
Takkan mengalah menyerah diri.

5.

Akhir sekali ialah kontigen rumah JENTAYU yang diketuai oleh


....................................................
Patah sayap bertongkat dada
Itulah semangat wira Jentayu

Mengerah kudrat selagi daya


Di gelanggang ini pingat diburu.
DOA
Sebelum acara bermula, pohonkan doa ke hadrat yang Esa. Majlis
mempersilakan Ustaz Shahriman Said untuk memimpin bacaan doa.
UCAPAN PENGETUA
Hadirin dan hadirat sekalian, sekarang marilah kita mendengar pula
ucapan perasmian Kejohanan Balapan dan Padang yang akan
disampaikan oleh Puan Rozita Binti Ahmad Pengetua SMK Cheras Jaya
Terima kasih sekalung budi atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Dengan ini rasmilah sudah Kejohanan Balapan dan Padang SMKCJ kali ke7.
MENAIKKAN BENDERA
Seterusnya, ialah upacara menaikkan bendera kejohanan. Diminta hadirin
sekalian berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu sekolah.
LAFAZ IKRAR
Meneruskan acara ialah bacaan lafaz ikrar yang akan disampaikan oleh
Ketua Kontigen iaitu Saudara ..........................................................
Diminta semua ketua kontigen yang mewakili rumah masing-masing
mengiringi Ketua Kontigen untuk acara lafaz ikrar ini.
PERARAKAN KELUAR
Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan.
Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak
keluar ke khemah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini.

Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk


bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi

Pungutan Mata Setakat Ini


Jentayu

413

Kenyalang

383

Merak

353

Bayan

350

Helang

347

MENURUNKAN BENDERA KEJOHANAN


Selesai sudah

upacara penyampaian hadiah. Kini Bendera Kejohanan akan

diturunkan dengan rasminya sebagai tanda berakhirnya Kejohanan

Olahraga

Tahunan kali ke 58.


(anggota PENGAKAP menurunkan bendera dan tampil ke pentas untuk
penyerahan bendera)

Seterusnya majlis menjemput Puan Pengetua, Rozita Binti Ahmad untuk menerima
bendera kejohanan yang akan diserahkan oleh ........................................... Bendera
ini akan disimpan dan akan dikibarkan semula pada kejohanan yang akan datang,
InsyaAllah.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU


Akhir kata dari kami berdua,
Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa, Syabas untuk semua dan
Majulah Sukan SMK Cheras Jaya demi menyahut seruan 1 Murid 1 Sukan. Sukan
untuk kecergasan, sukan untuk semua.
Wabillahitaufik wslmk wrt
BERSURAI

Anda mungkin juga menyukai