Globalisasi, walau dikatakan punca banyak gelora and perubahan, mempunyai maksud kesan
kolektif perubahan itu sendiri. Globalisasi (secara khusus perubahan yang kita lihat dalam
kilang, kedai, dan seluruh spektra ekonomi dan cara kehidupan kita) adalah disebabkan
pergerakan empat bentuk modal dalam ekonomi global. Keempat-empat modal ini adalah:
mengenai peranan dan perhubungan kerajaan, koperasi dan individu dalam memaksimakan
kebajikan sosial dalam paradigma globalisasi. Kendatipun, ia jelas bahawa globalisasi
mempunyai aspek ekonomi, politik, budaya dan teknologi yang terikat. Oleh kerana aspekaspek ini adalah kunci kepada kualiti kehidupan seseorang individu, kebaikan dan keburukan
yang menimpa disebabkan globalisasi mewujudkan pertikaian yang kuat.
Aspek ekonomi yang ditekankan dalam globalisasi adalah perdagangan, pelaburan dan
migrasi. Penglobalan perdagangan bermakna bahawa manusia kini mempunyai akses kepada
pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yang tidak pernah dilihat dalam sejarah. Dari
kereta buatan Jerman ke kopi tumbuhan Colombia, dari pakaian China ke kapas Mesir, dari
muzik Amerika ke program computer India, manusia boleh membeli dan memiliki pelbagai
jenis barangan dan perkhidmatan. Globalisasi pelaburan berlangsung melalui pelaburan
langsung asing, dimana syarikat-syarikat asing melabur secara terus aset mereka dalam satu
negara, atau melalui pelaburan tidak terus dimana individu dan institusi membeli dan menjual
aset kewangan negara lain. Migrasi bebas membenarkan individu mencari peluang perkerjaan
dimana ada kekurang tenaga buruh.
Pengkritik perdagangan bebas mendakwa bahawa ini menyebabkan kemusnahan industri asal
suatu negara, alam sekitar dan/atau kehilangan perkerjaan. Pengkritik pelaburan asing pula
berkata bahawa penerimaan skim kewangan ini meyebabkan negara-negara kehilangan
kedaulatan ekonomi mereka dan dipaksa menggubal dasar ekonomi yang bertentangan
dengan kepentingan dan kehendak rakyat mereka. Tambahan pula, syarikat-syarikat yang
melabur dalam satu negara mungkin mendapat terlalu banyak kuasa ekonomi dan politik
berbanding rakyatnya. Akhirnya, migrasi mungkin akan memungkinkan eksploitasi pekerja
daripada negara lain dan penhijrahan beramai-ramai tenaga pakar yang diperlukan daripada
suatu negara. Pengkritik globalisasi juga mengatakan bahawa sistem-sistem ekonomi berbeza
antara negara yang menambah atau mengambil daripada globalisasi mungkin memaksimakan
kebajikan sosial lebih daripada kecekapan dan kesaksamaan.
sekitar. Contoh organisasi antarabangsa yang ditubuhkan untuk menangani masalah ini
adalah Pertubuhan Perdangangan Dunia (WTO), mata wang antara negara Eropah Euro,
Persejutuan Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara dll. Sama ada suatu kerajaan negara
mahu secara sukarela membuka dirinya kepada perhubungan antara-sempadan adalah
persoalan tengah aspek ini.
Aktivis sosial dan organisasi bukan bermotifkan keuntungan seperti Amnesti Antarabangsa
dan Greenpeace juga semakin global dalam skop mereka. Sesetengah daripada organisasi ini
menjadikan aspek ekonomi dan politik globalisasi sebagai satu isu kerana mereka bimbang
bahawa kepentingan ekonomi akan menggugat kebolehan satu negara bangsa untuk
melindungi rakyat mereka daripada eksploitasi ekonomi atau menyokong kerajaan yang
melanggar hak asasi manusia rakyat mereka.
Perhubungan budaya juga berkembang melalui globalisasi sementara idea dan gaya fasyen
berkembang melalui perdagangan, perjalanan dan media dengan kepantasan umpama kilat
menyambar. Jenama global seperti Coca-Cola, Nike dan Sony dirujuk secara sama pengguna
seluruh dunia. Satu individu di China boleh minum minuman bergas yang sama dengan
seseorang lagi di Argentina--di penghujung bertentangan glob. Walau bagaimanapun,
perhubungan ini juga boleh mengakibatkan kerenggangan: sebagai contoh fikiran Barat
tentang kebebasan bersuara berlanggaran dengan ajaran agama Islam tentang apa yang
melampaui batas. Kalau tidak pun, pengkritik mengakatan bahawa ini sebenarnya adalah satu
bentuk imperialisme budaya untuk menjaga kepentingan ekonomi.
Satu lagi aspek globalisasi adalah revolusi perubahan teknologi, secara khususnya dalam
bidang pengangkutan dan komunikasi, yang secara langsung membentuk perkampungan
global. Pada tahun 1850 ia mengambil hampir setahun untuk berlayar mengelilingi dunia.
Kini anda boleh menaiki kapal terbang mengelilingi dunia dalam masa satu hari, menghantar
emel kemana sahaja dalam beberapa saat sahaja, atau menjadi satu daripada 1.5 penonton
perlawanan akhir Piala Dunia. Kos pengangkutan kini menurun disebabkan kemajuan
teknologi yang memungkinkan pembukaan pasaran asing kepada perdagangan. Tuna yang
ditangkap di lautan Atlantik Utara umpamanya mungkin dihidangkan dalam satu restoran
sushi di Jepun pada hari keesokannya. Secara mudah, globalisasi mengembangkan segalanya.
Sejarah
Dengan perkataan ini mempunyai makna teknikal dan politik, secara tentunya kumpulan
berlainan mempunyai penakrifan sendiri tentang sejarah "globalisasi". Dalam penggunaan am
dalam bidang ekonomi dan politik ekonomi, ia adalah satu sejarah perkembangan
perdagangan antara negara berdasarkan institusi-institusi stabil yang membenarkan firma
dalam negara berlainan betukar barangan dan perkhidmatan dengan geseran minima.
"Era Pertama Globalisasi" dikatakan beransur-ansur luput dengan permulaan Perang Dunia
Pertama dan runtuh dengan krisis standard emas pada hujung dekad 1920an dan permulaan
dekad 1930an. Negara yang terlibat dalam era globalisasi pada waktu itu berkembang pesat,
termasuk pusatnya Eropah, sesetengah periperinya dan pelbagai benihnya di benua Amerika
dan Oceania. Ketidaksamaan antara negara-negara ini jatuh dengan pergerakan barangan,
modal dan buruh secara bebas antara negara.
Globalisasi pada era selepas Perang Dunia Kedua dipandu oleh pusingan rundingan
perdangangan, pada mulanya dibawah perjanjian GATT (Perjanjian Am Tarif dan
Perdagangan) yang kemudiannya menghasilkan perjanjian-perjanjian untuk memansuhkan
halangan kepada "perdagangan bebas". Pusingan Uruguay memhasilkan satu triti untuk
mencipta Organisasi Perdangangan Antarabangsa atau WTO, untuk menjadi anggota tengah
penyelesaikan pertikaian perdagangan. Perjanjian perdagangan bebas antara negara yang lain,
termasuk beberapa bahagian Triti Maastricht Eropah dan Perjanjian Perdagangan Bebas
Benua Amerika Utara juga ditandatangani dalam tujuan mencapai matlamat menghampuskan
tarif, cukai dan lain-lain halangan kepada perdagangan bebas.
Walau bagaimanapun, dunia semakin berkongsikan masalah dan cabaran yang tidak
mengikut sempadan negara-bangsa, paling ketaranya adalah pencemaran alam sekitar
semulajadi dan gerakan yang dahulunya anti-globalisasi telah menukar menjadi gerakan
untuk gerakan untuk globalisasi dari bawah, yang mencar cara melalui eksperimentasi,
bentuk organisasi sosial yang merentasi negara-bangsa dan demokrasi perwakilan. Dimana
hujah asal yang globalisasi sedang berlangsung boleh dinafikan dengan argumentasi
keantarabangsaan, seperti diatas, kemunculan suatu gerakan antarabangsa tidak boleh
dipertikai dan kita boleh berbincang tentang satu proses benar kearah satu masyarakat global
pelbagai masyarakat. Pengarang lainnya pula mengemukakan hujah bahawa kita kini berada
dalam alam transisi ke satu fasa ketamadunan; bentuk dan ciri-ciri masyarakat global
dipertikaikan dan akan ditentukan dengan pilihan-pilihan yang kita akan buat dalam dekaddekad masa hadapan. Sebagai contoh, Kumpulan Senario Global[3] telah menggariskan
wawasan alternatif masa depan dunia, dengan "kuasa pasaran" atau globalisasi ekonomi
hanya merupakan satu pilihan, diperbandingkan dengan "reformasi dasar", "dunia kubu",
"kegagalan", "eko-komunalisme", dan "paradigma pertahanan baru".
Sesetengah tetap dengan pendirian bahawa globalisasi adalah geografi khayalan; iaitu, satu
alat politik neo-liberalis, yang cuba menggunakan sesetengah imej dan wancana politik dunia
untuk menjustifikasi agenda politik mereka. Pengarang buku-buku seperti No Logo (Tiada
Logo) mendakwa bahawa dengan mengemukakan satu gambaran dunia yang telah
diglobalisasikan, institusi-institusi Bretton Woods boleh menuntut negara-negara membuka
ekonomi mereka kepada liberalisasi dibawah Program Penyesuaian Struktur yang
menggalakkan kerajaan-kerajaan membayai program-program penswastaan sebagai lebih
utama daripada kebajikan sosial dan perkhidmatan awam. [4].
Ciri-ciri
Globaliasi telah dikenal pasti sebagai dalang disebalik beberapa anjakan, dengan
kebanyakannya bermula dari era Perang Dunia Kedua. Ini merangkumi pergerakan komoditi,
mata wang, maklumat dan orang secara lebih kerap di peringkat antarabangsa, serta
perkembangan teknologi, organisasi, sistem perundangan, dan infrastruktur yang
membenarkan pergerakan ini. Kendatipun, kewujudan sesetengah anjakan ini diperdebatkan.
Perebakan dan akses yang lebih baik kepada kepelbagaian budaya, misalnya melalui
ekspot filem Hollywood dan Bollywood. Akan tetapi, budaya yang diimpot boleh
diasimilisasikan kedalam budaya tempatan, dan seterusnya menyebabkan
penghibridan. Bentuk yang paling prominen adalah Kebaratan, tetapi Kecinaan
budaya juga berlaku.
Minat sementara dan budaya pop yang sama di seluruh dunia seperti Doraemon,
Pokemon, Sudoku, Origami, siri Idol, YouTube, MySpace dan pelbagai lagi yang
lain.
Penambahan standard yang digunapakai di peringkat antarabanga seperti undangundang hak cipta dan paten
Tekanan untuk menubuhkan satu mahkamah jenayah antarabangsa oleh gerakangerakan keadilan antarabangsa (lihat Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa).
Pengiktirafan supranasional terhadap hak cipta, sebagai contoh, paten yang dikeluarkan oleh
China akan diiktiraf di Amerika Syarikat
Ahli liberal dan penyokong lain laissez-faire berkata bahawa kenaikan paras kebebasan
politik dan ekonomi dalam bentuk demokrasi dan kapitalisme dalam dunia maju keduaduanya merupakan matlamat dalam dirinya dan juga mewujudkan kekayaan material yang
lebih tinggi. Mereka melihat globalisai sebagai perebakan bermanafaat kebebasan dan
kapitalisme.
peratus kemiskinan mereka yang tinggal di negara membangun (iaitu yang tinggal dengan
hanya berbelanjakan AS$ 1 setiap hari, diubah untuk mengira inflasi dan kuasa membeli)
telah dapat dikurangkan separuh jumlahnya dalam hanya masa dua puluh tahun[7], walaupun
sesetengah kritik berpendapat bahawa faktor variasi yang lebih telus harus dikira bersama[8].
Jangka hayat rakyat negara membangun telah digandaduakan semenjak Perang Dunia Kedua
dan mula merapatkan jurang antara negara maju dimana pembaikan tidak begitu menonjol.
Mortaliti kanak-kanak telah turun di semua kawasan dunia.[9] Ketidaksamaan pendapatan
beransur musnah.[10]
Demokrasi telah merebak dengan jayanya dengan hampir tiada negara tanpa hak mengundi
sejagat pada tahun 1900 ke 62.5% semua negara seratus tahun kemudian pada tahun
2000.[11]
Kadar populasi dunia yang tinggal di negara dimana per-kapita bekalan makanannya kurang
daripada 2,200 kalori (9,200 kilojoule) setiap hari turun daripada 56% pada pertengahan
dekad 1960an ke kurang daripada 10% menjelang dekad 1990an.
Antara tahun 1950 dan 1999, literasi global naik dari 52% kepada 81% dengan wanita
sebagai golongan yang meraih manafaat paling banyak. Literasi golongan wanita sebagai
berbanding literasi golongan lelaki meningkat dari 59% pada tahun 1970 ke 80% pada tahun
2000.
Peratus kanak-kanak dalam pemburuhan menuruh dari 24% pada tahun 1960 ke 10% pada
tahun 2000.
Terdapat anjakan serupa untuk kuasa tenaga, kereta, radio dan telefon per kapita, dan juga
kadar penduduk yang mempunyai akses kepada air bersih.[12]
Namun, sesetengah daripada pembaikan ini mungkin tidak berlaku disebabkan globalisasi,
atau mungkin tampa globalisasi sebagaimana berlaku kini atau kesan negatifnya yang
dibantah gerakan keadilan dunia.
Sesetengah pro-kapitalis juga kritikal terhadap Bank Dunia dan IMF, dengan mengemukakan
hujah bahawa mereka merupakan bureau kerasuahan yang dikawal dan dibayai negara dan
bukan badan koperat. Banyak pinjaman telah diberikan kepada diktator yang tidak
Yang lainnya, seperti Senator Douglas Roche Orde Kanada hanya melihat globalisasi sebagai
sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan menyokong pembentukan institusi seperti
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipilih secara langsung untuk
memantau bandan antarabangsa yang tidak dipilih secara langsung.
Pendapat anti-globalisasi
Pengkritik aspek ekonomi globaliasi berhujah bahawa globalisasi bukanlah, seperti
penyokongnya dakwa, suatu proses yang mengalir secara semulajadi dan tidak dapat disekat
oleh sebab sebab ekonomi semua orang. Pengkritik secara lazimnya menekankan bahawa
globalisasi adalah suatu proses yang dimeditasi oleh kepentingan mustahak para elit, dan
secara lazimnya pendekatan alternatif dasar-dasar dan institusi-institusi berlainan wujud,
yang boleh mengendalikan tuntutan bermoral kelas pekerja dan miskin di seluruh dunia,
disamping juga kebimbangan alam sekitar dalam cara yang lebih saksama.Dalam istilah
migrasi global yang berkontroversi pula, pertikaian berpusingkan kedua-dua penyebab, iaitu
sama ada jika dan setakat apa ia adalah sukarela atau tidak sukarela, perlu atau tidak perlu;
dan juga kesannya, sama ada ia bermanfaat atau tidak, dan sebagainya. Penyokong
beranggapan bahawa migrasi hanyalah satu proses dimana pekerja kolar putih dan biru boleh
pergi dari satu negara ke satu negara lain untuk menawarkan perkhidmatan mereka, manakala
pengkritik lazimnya menekankan kesan-kesan negatif seperti pencabulan sekuriti ekonomi,
politik dan alam sekitar, dan memetik satu kesan yang dinota, iaitu pertalian antara migrasi
dan perkembangan kawasan sesak bandar. Mengikut "Cabaran Kawasan Sesak Bandar" (The
Challenge of Slums), satu laporan habitat PBB pada tahun 2003, "ciri-ciri kitaran kapitalisme,
dengan penambahan permintaan bagi buruh mahir berlawanan buruh tidak mahir, dan kesan-
kesan negatif bagi globalisasi khususnya, dentuman dan letupan global yang menggalakan
pertumbuhan ekonomi yang tidak sama serta pengagihan kekayaan baru yang tidak rata
menyumbang kepada pertumbuhan yang besar kawasan sesak".Program Penyediaan Tempat
Tinggal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]</ref>
Pelbagai aspek globalisasi dilihat sebagai berbahaya kepada aktivis kepentingan umum dan
pundukung negara nasionalis kuat. Pergerakan ini tidak mempunyai nama. "Anti-globalisasi"
adalah istilah yang paling disukai media dan boleh menyebabkan berlakunya kekeliruan,
kerana lazimnya para aktivis menentang aspek atau bentuk khusus globalisasi, tapi bukan
globalisasi per se. Para aktivis sendirinya, sebagai contoh, Noam Chomsky, telah berkata
bahawa nama ini tidak membawa makna kerana tujuan pergerakan ini adalah untuk
menglobalisasikan keadilan. Memang, Gerakan Keadilan Antarabangsa adalah satu nama
yang sering diperkatakan. Ramai aktivis juga bersatu dibawah slogan "dunia lain adalah
mungkin", yang memberi kepada peningkatan nama seperti altermondialisme (secara tafsiran
dunia-lain-adalah-mungkin-isme) dalam bahasa Perancis.
Terdapat pelbagai jenis variasi "anti-globalisasi". Pada amnya, pengkritik mendakwa bahawa
hasil globalisasi tidak seperti yang dijanji apabila cubaan untuk meningkatkan perdagangan
bebas bermula, dan bahawa ramai institusi terlibat dalam globalisasi tidak mengambil kira
kepentingan negara miskin, kelas pekerja dan alam sekitar dalam agenda mereka.
Argumentasi ekonomi oleh ahli teori perdagangan bebas mendakwa bahawa perdagangan
bebas tidak berhad akan membawa manafaat kepada yang mempunyai lebih banyak
keumpilan kewangan (iaitu yang kaya) dengan diperbelanjaan yang miskin.
Ramai aktivis "anti-globalisasi" melihat globalisasi sebagai promosi agenda koperat yang
mahu tetap menyekat kebebasan invididu dalam nama keuntungan. Mereka juga mendakwa
bahawa autonomi dan kuasa entiti koperat yang semakin besar juga semakin membentuk
polisi politik negara-negara bangsa.
Sesetengah lagi pula berhujah bahawa globalisasi mengenakan ekonomi berdasarkan kredit
dan seterusnya menghasilkan peningkatan hutang kerajaan yang tidak stabil dan krisis
hutang.
Krisis kewangan di negara-negara Asia Tenggara yang bermula dalam ekonomi berhutang
Negara Thai dan terus menular ke Malaysia, Indonesia dan Korea Selatan dan seterusnya
dirasai diseluruh dunia, mendemonstrasikan risiko-risiko baru dan volatiliti dalam pasaran
global yang kerap bertukar. Pakej-pakej 'pertolongan' IMF yang mengenakan syarat-syarat
politik (seperti pengenaan sekatan terhadap perbelanjaan kerajaan) dilihat sebagai pengkritik
sebagai cubaan mencabuli kedaulatan negara dalam bentuk neo-penjajahan. Aktivis antiglobalisasi menunjuk kepada peleburan-peleburan ini sebagai bukti kos tinggi kemanusiaan
oleh ekonomi global yang tidak bertimbang rasa.
Bantahan utama terhadap globalisasi tampa had (kapitalisme laissez-faire neoliberal) dikawal
oleh kerajaan-kerajaan dan apa yang didakwa sebagai quasi-kerajaan seperti Dana Kewangan
Antarabangsa dan Bank Dunia, dan seterusnya tidak dipertanggungjawabkan kepada
penduduk yang mereka perintah dan sebaliknya lebih mewakili kepentingan badan koperat.
Ramai persidangan antara menteri perdagangan dan kewangan di negara-negara pusat
Satu lagi kumpulan yang lebih konservatif adalah para nasionalis pendukung kuat negara dan
menentang globalisasi sebagai memusnahkan peranan negara dalam politik global dan
menunjuk kepada pertubuhan bukan kerajaan sebagai mengambil semakin banyak kuasa
negara-negara individu. Para penyokong waran ini adalah Pat Buchanan dan Jean-Marie Le
Pen.
Gerakan ini amat meluas merangkumi kumpulan gereja, puak-puak pembebasan kebangsaan,
parti politik sayap kiri, aktivis lindungan alam sekitar, kesatuan petani, kumpulan antiperkauman, ahli anarki, mereka yang menyokong pertempatan semula dan lain-lain.
Kebanyakannya adalah bersifat reformasi (mahukan kapitalisme yang lebih berkemanusiaan)
manakala lainnya bersifat revolusi (mahukan satu sistem yang lebih berkemanusiaan daripada
kapitalisme). Ramai telah mengeluh kekurangan kesatuan dan arah dalam gerakan ini, tetapi
sesetengah seperti Noam Chomsky mendakwa bahawa kekurangan ini mungkin merupakan
satu kekuatan.
Block quote
Globalisme, jika hanya aspek ekonominya yang diggariskan, boleh dikatakan bertentang
dengan nasionalisme ekonomi dan keperlindungan. Ia berkait kapitalisme dan neoliberalisme.
Ia berkongsi beberapa ciri-ciri dangan keantarabangsaan dan sering digunakan sebagai kata
ganti dengannya, walaupun sesetengah lebih suka menggunakan globalisasi untuk
menekankan hakisan negara bangsa atau sempadan kebangsaan.
Membuat perhubungan antara dua tempat atas skala global. Pada hari ini, semakin banyak
tempat-tempat di seluruh dunia dihubungkan antara satu sama lain dalam bentuk yang
sebelumnya tidak dapat dibayangi. Dalam istilah geografi, proses ini dikenali sebagai
perhubungan kompleks, dimana semakin ramai tempat-tempat dihubung dalam semakin
banyak cara. Arjun Appadurai mengenalpasti lima jenis perhubungan global:
Skop manusia: pergerakan orang, termasuk pelancong, pendatang, pelarian, dan pejalan
bisnes.
Skop idea: perebakan global idea-idea dan ideologi-ideologi politik. Sebagai contoh, Green
Peace telah menjadi gerakan alam persekitaran global.
Skop kewangan: pergerakan mata wang yang sering dipandu pasaran wang yang
diperhubung, pertukaran stok, dan pasaran komoditi.
Skop media: penyebaran global imej-imej bawaan media yang muncul pada skrin komputer
kita serta akhbar-akhbar, televisyen dan radio.
Sukatan globalisasi
Setakat mana satu negara-bangsa atau budaya telah diglobalisasikan dalam tempoh satu tahun
sehingga baru-baru ini disukat dengan menggunakan proksi-proksi mudah seperti pergerakan
perdagangan, migrasi, atau pelaburang asing secara langsung. Satu lagi pendekatan yang
lebih sophisticated untuk menyukat globalisasi adalah indeks yang diperkenalkan badan
pemikir Swiss KOF baru-baru ini. Indeks menyukat tiga dimensi utama globalisasi: ekonomi,
sosial dan politik. Sebagai tambahan kepada tiga indeks-indeks menyukat ketiga-tiga dimensi
ini, satu indeks menyeluruh globalisasi dan sub-indeks merujuk kepada pergerakan ekonomi
yang tulen, halangan ekonomi, data tentang perhubungan peribadi, data tentang pergerakan
informasi, dan data mengenai jarak antara budaya dikira. Data baru terdapat setiap tahun bagi
122 negara. Mengikut indeks, negara yang paling berglobalisasi adalah Amerika Syarikat
diikuti oleh Sweden, Canada dan United Kingdom, manakala negara-negara paling kurang
globalisasinya adalah Togo, Chad dan Republik Afrika Tengah.[13]