Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN 2

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL


Pendidikan Moral di sekolah menengah adalah untuk membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan Negara serta masyarakat global.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL


Objektif mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid:
OM1 Memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia;
OM2 Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arah
mengekalkannya;
OM3 Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara
Malaysia yang demokratik;
OM4

Mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan

OM5

Mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai
murni masyarakat Malaysia.

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2

PERNYATAAN STANDARD

BAND
1

Mempunyai pengetahuan asas moral dan penerapan nilai-nilai untuk berakhlak mulia.

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman moral serta penerapan nilai-nilai untuk berakhlak mulia.

Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral serta mempraktikkan nilai-nilai untuk berakhlak
mulia.

Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul serta mempraktikkan nilai-nilai untuk
berakhlak mulia secara tertib, iaitu berlandaskan peraturan dan undang-undang.

Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul dan tepat serta mengamalkan nilai-nilai untuk
berakhlak mulia secara tertib dalam pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma
masyarakat.

Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul dan tepat serta mengamalkan nilai-nilai untuk
berakhlak mulia secara tertib, tekal dan berterusan dalam pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan
undang-undang serta norma masyarakat.

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2

ASPEK/DOMAIN

BAND

DESKRIPTOR

Menyatakan tindakan yang sesuai berdasarkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia


bagi bidang perkembangan diri, kekeluargaan dan alam sekitar dalam situasi
berkaitan dengan betul.

Menjelaskan tindakan yang sesuai berdasarkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia


bagi bidang perkembangan diri, alam sekitar dan patriotisme berdasarkan situasi
berkaitan dengan betul dan tepat.

Mengaplikasi tindakan yang sesuai berdasarkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia


bagi bidang perkembangan diri, alam sekitar, hak asasi manusia dan demokrasi
dalam situasi berkaitan dengan betul.

Menganalisis tindakan yang sesuai berdasarkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia


dalam bidang perkembangan diri, kekeluargaan, dan hak asasi manusia dalam
situasi berkaitan dengan betul dan tepat.

Menilai sesuatu tindakan berdasarkan niat dan akibat berdasarkan nilai-nilai untuk
berakhlak mulia bagi bidang perkembangan diri, demokrasi serta keamanan dan
keharmonian dalam pelbagai situasi dengan betul dan berkesan.

Menilai sesuatu tindakan berdasarkan niat dan akibat berdasarkan nilai-nilai untuk
berakhlak mulia bagi bidang perkembangan diri, demokrasi serta keamanan dan
keharmonian dalam pelbagai situasi dengan betul dan berkesan secara tekal dan
berterusan.

KOGNITIF

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2

ASPEK/DOMAIN

PENGHAYATAN /
PENGAMALAN NILAI

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2

BAND

DESKRIPTOR

Menerima dan menunjukkan persetujuan dalam pergaulan dengan warga sekolah


bagi nilai berikut dengan baik:
Kasih sayang
Keadilan
Kebebasan bersuara
Sikap keterbukaan

Memberi respons dalam pergaulan dengan warga sekolah bagi nilai berikut
dengan jelas dan baik:
Toleransi
Kebebasan bersuara
Sikap keterbukaan
Hidup bersama secara aman
Saling membantu dan bekerjasama
Hemah tinggi

Boleh menunjukkan perlakuan dalam pergaulan dengan warga sekolah bagi nilai
berikut apabila disuruh:
Kasih sayang
Keadilan
Kebebasan bersuara
Sikap keterbukaan
Saling membantu dan bekerjasama

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2

Boleh menunjukkan perlakuan dalam pergaulan dengan warga sekolah bagi nilai
berikut dengan rela hati dan tertib:
Toleransi
Kasih sayang
Keadilan
Kebebasan bersuara
Sikap keterbukaan
Hidup bersama secara aman
Saling membantu dan bekerjasama
Hemah tinggi

Boleh mengamalkan nilai berikut dengan rela hati dan tertib dalam pergaulan
dengan warga sekolah dalam pelbagai situasi:
Kasih sayang
Keadilan
Kebebasan bersuara
Sikap keterbukaan
Hidup bersama secara aman

Boleh mengamalkan nilai berikut secara tekal dan berterusan dalam pergaulan
dengan warga sekolah dalam pelbagai situasi:
Toleransi
Kasih sayang
Sikap keterbukaan
Hidup bersama secara aman
Saling membantu dan bekerjasama
Hemah tinggi

Anda mungkin juga menyukai