Anda di halaman 1dari 2

TEMA

KEMASYARAKATAN
TAHUN
4 TEKAD
TAJUK
Cerianya Tamanku
MASA
9.30 10.30 pagi
STANDARD PEMBELAJARAN
3.3.3
Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan yang bertumpu
dan bercapah dengan betul.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i.
membina ayat berdasarkan soalan pemahaman yang bertumpu dan
bercapah.
ii.
menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman yang bertumpu dan
bercapah.
AKTIVITI
1.
Murid ditunjukkan alat menjaga kebersihan dan berbincang tentang
kegunaan alatan tersebut dan kaitannya dengan menjaga kebersihan.

2. Guru membimbing murid menamakan dan menulis pada papan tulis tentang
alatan lain yang sesuai digunakan untuk menjaga kebersihan kawasan rumah
dan taman dan menyatakan sumber kewangan untuk menjayakan aktiviti
gotong-royong.

3.
Murid membaca petikan yang dipaparkan pada skrin dengan sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul dan membina jawapan untuk soalan yang
dikemukakan oleh guru berdasarkan petikan yang dibaca.

4.
Murid menggarisi isi petikan yang menjadi jawapan pada paparan skrin
dengan menggerakkan kursor.

5.
Murid menulis jawapan pemahaman menggunakan ayat yang gramatis
berdasarkan petikan.
Pemulihan
Murid mengisi tempat kosong menggunakan perkataan yang diberi.
Pengayaan
Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu : Sivik, Celik Kewangan
Nilai : Bekerjasama, Kebersihan, Prihatin, Patuh
EMK : TMK
KB

: Menjana Idea, Mengecam

BCB : Bacaan Mentalis


BAHAN BANTU BELAJAR
LCD, benda maujud, lembaran kerja
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid dapat membina dan menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman
dengan betul.
REFLEKSI
30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

Anda mungkin juga menyukai