Anda di halaman 1dari 9

MQA102 Pengajian Malaysia

E30209121103

Isi Kandungan

mukasurat

1-Pendahuluan

-2-

2-Faktor-faktor yang menyumbang kejatuhan Kesultanan Melaka

3 hingga 6

3-Pengajaran daripada daripada kejatuhan Melaka

7 hingga 8

4-Penutup

-8-

5-Bibliografi

-9-

Page | 1

MQA102 Pengajian Malaysia


E30209121103

1.0 -Pendahuluan.
Melaka merupakan sebuah nama yang penuh dengan nilai sejarah dan perjalanan yang
berliku dalam tamadun dunia. Bermula dengan kehadiran putera raja dari Palembang iaitu
Parameswara yang terlibat di dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir
abad ke-14, melarikan diri setelah ditumpaskan lalu mencari perlindungan di Temasik yang pada
ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir oleh Siam pada tahun 1396, beliau dan pengikutpengikutnya melarikan diri ke Muar dan kemudian ke Sungai Ujong sebelum singgah ke Bertam
berdekatan dengan muara sungai Melaka.
Melalui peristiwa pelanduk putih dan anjing perburuan baginda semasa berehat di bawah
pohon yang diberi nama Melaka itu, nama Melaka amat bertepatan dengan tempatnya yang
strategik . Lokasi yang berada di tengah-tengah tebing Selat Melaka, menjadi pusat
perhubungan perdagangan di antara negara China ke India dan Timur. Kehadiran pedagangpedagang Arab serta pedagang Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebuah pelabuhan
entrepot yang begitu sibuk dengan kehadiran kapal-kapal yang singgah setiap tahun. Apabila
baginda memeluk agama Islam pada tahun 1414, melalui seorang ulama dari Jeddah menjadikan
Melaka asas kemajuan pengembangan agama Islam dan pusat perdagangan tersohor di rantau
ini.
Dari semasa ke semasa Melaka terus berkembang sebagai pusat perdagangan Melayu
Timur dimana pelbagai barangan boleh didapati seperti sutera dan porselin dari China, kain dari
Gujerat serta Ceromandel di India, kapur barus yang datang dari Borneo, cendana dari Timor,
buah pala dan cengkih hasil dari Malucas. Sumatera pula membawa hasil dagangnya seperti
emas dan lada hitam manakala Tanah Melayu dengan timahnya yang terkenal. Kehadiran Sultan
Melaka ke China juga, menguatkan lagi kekuatan politik, ekonomi dan sosial daripada ancaman
luar seperti Siam. Pemimpin-pemimpin Melaka pada abad ke-15 telah dikatakan berjaya
meletakkan Melaka sebagai sebuah kota kosmopolitan yang teragung di dunia. Keagungan
Melaka telah menarik minat kuasa-kuasa Eropah. Mereka ingin memiliki Melaka.Dengan
memiliki Melaka mereka akan berjaya mengawal perdagangan laut di Eropah dan mengaut
keuntungan yang banyak. Yang paling penting, Melaka merupakan satu kebanggaan yang harus
dimiliki. Dan akhirnya, lima setengah abad Melaka dijajah merupakan suatu trajedi dalam
episod sejarah Melaka.

Page | 2

MQA102 Pengajian Malaysia


E30209121103

2.0 - Faktor-faktor yang menyumbang kejatuhan Kesultanan Melaka.


Kejatuhan kesultanan Melaka dapat digarap daripada dua faktor yakni faktor dalaman
dan faktor luaran. Kedua-dua faktor tersebut memberi kesan yang mendalam sehingga
penjajahan Eropah yang membawa kebinasaan dan kehancuran Melaka.
2.0.1 Faktor dalaman
2.0.1.1 Sistem pemerintahan yang lemah
Sistem pemerintahan yang lemah semasa pemerintahan Kesultanan Melaka merupakan
faktor yang pertama dilihat menjurus kepada kejatuhan Melaka. Sultan Mahmud (1488-1511)
pengganti kepada ayahndanya Sultan Allauddin (1477-1488) tidak mampu memberi tumpuan
kepada pentadbiran negeri dan gagal mengawal tindakan pembesar-pembesarnya yang lebih
berkuasa terhadap rakyatnya. Ketokohan Sultan Allaudin yang dikenali sebagai seorang yang
perkasa , tegas , alim , berani dan adil tidak mampu diwarisi oleh Sultan Mahmud yang zalim,
suka berfoya-foya dan berpelesaran , leka dengan ilmu agama sehingga mengabaikan
pentadbiran , tidak adil dan kurang bertimbangrasa.
2.0.1.2 Pengganti Bendahara yang tidak berwibawa
Bendahara-bendahara yang mengganti Tun Perak tidak mempunyai ketokohan sehebat
beliau. Adiknya Tun Perpatih Putih adalah orang yang boros dan anak saudaranya Tun Mutahir
cenderung mencari laba dan kekayaan sebanyak yang mampu lalu memperagakan kekayaan dan
kedudukan beliau tanpa segan silu.Kekayaan dan kesejahteraan yang melimpah-ruah telah
menyebabkan kepimpinan leka dan lemah serta mengabaikan negara.
2.0.1.3 Perbalahan pembesar-pembesar Istana
Pembesar-pembesar kembali berpuak-puak, bukan sahaja puak melayu dan IndiaMuslim, malah puak tua (berpihak kepada Sultan Mahmud) dan puak muda (bersama Sultan
Ahmad Syah). Perpecahan begini melemahkan kaum bangsawan sebagai pentadbir dan
pemimpin negara.

Page | 3

MQA102 Pengajian Malaysia


E30209121103

2.0.1.4 - Kelemahan kuasa tentera


Pasukan militer menjadi semakin lemah dengan kehilangan tokoh-tokoh seperti Hang
Tuah dan Hamzah Datuk Bongkok. Tun Mat Paduka Tuan yang menggantikan Tun Mutahir
(setelah ia dibunuh) sudah tua dan tepok . Beliau tidak berkuasa meningkatkan tenaga tentera
bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
2.0.1.5 Cukai yang tinggi
Para pedagang dan saudagar pula semakin dikenakan cukai yang berlebihan . Suasana ini
kurang disenangi oleh mereka. Pedagang dan saudagar-saudagar ini berpaling arah mencari
pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei yang lebih murah cukainya. Pembesarpembesar tidak lagi turut berdagang tetapi meninggalkannya untuk menyandang jawatanjawatan di istana.
2.0.1.6 Kelemahan dan kucar-kacir di istana
Kelemahan Raja Melaka yang selalu meninggalkan istana kerana berundur diri
menyebabkan ada pihak-pihak berebut inginkan takhta kerajaan. Sikap pembesar seperti Tun
Mutahir yang sombong dan sentiasa berlagak memang tidak menghiraukan kerabat diraja,
menjadi salah satu punca perpecahan di istana. Pada suatu ketika , Sultan Mahmud ingin
mengahwini anaknya Tun Fatimah yang cantik itu pun tidak dihiraukannya sedangkan ketika itu
Sultan Mahmud kematian permaisuri. Fitnah yang menimpa Tun Mutahir dan keluarganya
mengakibatkan terhapusnya suatu keluarga yang terkuat dan berpengaruh di Melaka.
2.0.1.7 Pemecatan Pembesar yang cekap
Akibat pembunuhan

Bendahara Tun Mutahir , Penghulu Bendahari Tun Tahir dan

Temenggung Tun Hasan , Melaka kehilangan pembesar-pembesar yang cekap dan


berpengalaman malah turut terjejas ialah jawatan Laksamana . Jawatan tersebut yang dipegang
oleh Laksamana Khawaja Hasan telah dilucutkan kerana menyampaikan fitnah tanpa usul
periksa. Ini menyebabkan tiada angkatan laut yang mempertahankan Melaka.

Page | 4

MQA102 Pengajian Malaysia


E30209121103

2.0.1.8 Semangat Jihad yang lemah


Walaupun agama Islam berpusat dan tersebar di Melaka, namun pegangan agama itu
dikalangan pembesar dan penduduknya amat tipis. Mereka kerap mempersendakan kehadiran
ulama-ulama asing. Semangat berjihad mempertahankan bumi bertuah itu dan demi agama
Islam tidak tertanam kukuh disanubari mereka.
2.0.1.9 Tidak setia kepada Raja
Kerajaan Melaka bukanlah satu unit politik yang teguh tetapi terdiri daripada gabungan
unit-unit politik (negeri-ngeri naungan). Diantara Melaka dan negeri-negeri ini selalu berlaku
pertelingkahan atas isu-isu pengangkatan calon ke takhta Melaka atau disebabkan taat setia yang
longgar (seperti kes Siak dan Pahang). Pertalian rapat diantara golongan bangsawan dengan
golongan pedagang kurang baik. Ini menyebabkan kurangnya kesetiaan kaum dagang apabila
Melaka ditimpa musibah.
2.0.1.10 Berpaling tadah
Kezaliman, keangkuhan dan kerendahan moral golongan bangsawan menyebabkan
berlakunya pengkhianatan dikalangan masyarakat Jawa, Gujerat dan Cina yang kebanyakannya
secara sulit telah menyebelahi Portugis. Mereka membantu memberi bantuan dan laluan kepada
pihak Portugis untuk memboloskan diri menyerang Melaka dari luar dan dalam.
2.0.2 - Faktor luaran
2.0.2.1 Kelemahan Pertahanan dan Senjata
Apabila Portugis hendak diserang , Melaka sebenarnya tidak bersedia mempertahankan
Melaka. Senjata meriam Portugis terlalu kuat bagi tentera hulubalang Melaka. Portugis
mempunyai kapal-kapal perang yang lengkap dan terbaik pada zaman itu. Saiznya lebih besar
dan mempunyai kuasa meriam yang lebih baik jika dibandingkan dengan saiz kapal negaranegara di Asia. Dilihat daripada sudut geografinya, Melaka terbahagi dua oleh Sungai Melaka.
Bandarnya tidak memiliki kota samada kota kayu atau batu. Yang mempunyai kota hanyalah
Bukit Melaka yang dikelilingi kota kayu atau pagar ruyung. Apabila Portugis berjaya menawan
jambatan (merupakan tempat pertahanan utama orang Melaka) separuh perang sudah berpihak
Page | 5

MQA102 Pengajian Malaysia


E30209121103

kepada Portugis. Selain itu , tidak ada sama sekali angkatan laut Melaka yang menentang
Alfonso D'Albuquerque diperairan kerana Laksamana Khawaja Hasan sudah tidak menyandang
jawatan Laksamana bagi angkatan Melayu yang menentang Portugis . Selepas itu baru Hang
Nadim diangkat menggantikan Khawaja Hasan.
2.0.2.2 Tentera Portugis terlatih
Jumlah Soldadu Portugis sejumlah 1,100 orang yang terdiri daripada 800 orang Portugis
dan 300 orang Malabari ) merupakan askar-askar yang terlatih, berdisiplin dan sudah matang
dalam cara berperang dengan orang-orang Islam. Semangat mereka sentiasa berkobar-kobar
menentang orang-orang Islam kerana diapi-apikan selalu oleh ketua-ketua mereka bahawa
perang menentang Islam di Melaka meneruskan semangat crusade (perang salib).
2.0.2.3 Dikhianati
Kelemahan Melaka sentiasa diberitahu oleh pihak-pihak yang khianat dan ingin
membantu Portugis. Semasa serangan ke atas jambatan , WangKeng Cina turut melanggar
jambatan itu. Mereka ini adalah orang yang tidak puas hati kerana pernah dianiayai atau tidak
mendapat ganjaran daripada pembesar Melaka.
2.0.2.4 Menuntut Bela
Hasrat D'Albaquerque ingin menuntut bela dan melepaskan orang tawanan bangsa
Portugis amat membara. Orang-orang tawanan ini adalah pengikut De Sequiera yang mula-mula
mengunjungi Melaka dalam tahun 1509. Walaupun pelbagai syarat diberikan untuk
membebaskan tawanan tersebut, namun tujuan asal D'Albaquerque ialah ingin menakluki
Melaka jauh sekali untuk berdamai.
2.0.2.5 Prinsip perjuangan Portugis
Portugis berjuang berasaskan 4 prinsip :i-Gosel - yakni Kitab Injil dimana perjuangan kerja-kerja dakwah bagi mengembangkan agama
Roman Katolik mereka ke pelusuk dunia.
ii-Glory yakni perjuangan demi memartabatkan kecemerlangan buat Raja dan Portugal
iii-Gold yakni hasrat ingin mendapatkan emas dan memperolehi harta rampasan
Page | 6

MQA102 Pengajian Malaysia


E30209121103

Dengan prinsip-prinsip ini mereka begitu bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh


menakluki mana-mana benua yang dijelajahi.
3.0 - Pengajaran daripada Kejatuhan Melaka
3.0.1 Dilihat dari aspek politik
Betapa nilai perpaduan antara pemimpin pemerintah dan rakyat jelata amat penting.
Apabila pemerintah mampu memikul amanah membela rakyat , tidak mementingkan diri sendiri
,berintegriti , bertanggungjawab , berwibawa, bijak, tegas dan tidak mengamalkan rasuah maka
negara akan sentiasa aman dan dipandang tinggi orang luar. Pemimpin-pemimpin yang telah
dipilih haruslah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan sedia berkhidmat untuk
negara dan bangsa. Inilah faktor-faktor yang tidak diambil berat oleh Pemerintah di zaman
kesultanan Melaka. Tampuk pemerintahan sesebuah negara haruslah kuat,mempunyai hubungan
yang baik di antara sesama pemimpin dan rakyat jelata.Para pemimpin juga harus menolak
kepentingan peribadi demi tugas dan tanggungjawab kepada negara. Amalan rasuah perlu
dihapuskan kerana ia akan melumpuhkan seluruh jentera pentadbiran negara. Sikap adil dan
saksama juga harus ada. Sebagai rakyat,kita juga mempunyai tanggungjawab dalam
menentukan kesatabilan politik negara kita. Kita harus menghormati dan taat kepada pemimpin
kita. Jangan mudah melatah,jika ada dasar-dasar kerajaan yang kita tidak persetujui dengan cara
mogok atau demonstrasi.Segala permasalahan perlu diselesaikan secara aman melalui
perbincangan yang rasional.Sesuai dengan slogan Perdana Menteri kita,Datuk Seri Najib bin
Tun Razak,"Rakyat diutamakan,pencapaian diutamakan,"kita dengan penuh keyakinan percaya
bahawa peristiwa kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka tidak akan berulang.
3.0.2 Dilihat dari aspek Ekonomi
Kekayaan dan kesenangan yang melimpah ruah yang dinikmati pembesar-pembesar
Melaka menjadikan mereka leka dan berlumba-lumba mengikis harta negara. Pengajaran
daripada peristiwa itu, kita tidak harus leka dengan hasil mahsyul negara dan berlumba-lumba
memunggah harta kekayaan negara demi kepentingan diri sendiri. Pemimpin-pemimpin negara
perlu bijak menyalurkan hasil negara untuk dinikmati semua rakyat jelata. Pembangunan negara
dan kemudahan infrastruktur dapat dinikmati bersama. Tidak harus kekayaan dimonopoli oleh
Page | 7

MQA102 Pengajian Malaysia


E30209121103

seseorang individu, sesuatu kaum atau koloni-koloni tertentu sahaja. Ekonomi akan bertambah
kukuh dan jauh daripada perasaan tidak puas hati , dendam dan dengki semua pihak.
3.0.3 Dilihat dari aspek Sosial
Sikap saling hormat-menghormati harus ditanamkan di dalam diri setiap masyarakat
yang hidup dalam pelbagai kaum dan agama. Jika timbul prasangka yang berbentuk fitnah dan
provokasi , maka akan membuakkan perasaan marah dan dendam pihak yang tidak berpuashati.
Sikap kurang senang orang-orang melayu dengan India-Muslim, dan permusuhan orang-orang
cina dengan penduduk tempatan Melaka menjadi perpecahan di dalam negeri itu sendiri
sehingga memudahkan pihak Portugis menguasai minda pihak yang kurang puas hati membantu
mereka melumpuhkan lagi pentadbiran negara. Ini sepatutnya menjadi cermin generasi kita hari
ini. Setiap kaum harus menghormati adat resam kaum-kaum yang lain dan menjauhkan rasa
prejudis dan saling mengekalkan keharmonian negara ini. Setiap rakyat perlu menanam dalam
jiwa perasaan taat setia terhadap raja dan negara ataupun pemerintah. Tanpa sokongan rakyat ,
sehebat manapun tokoh atau pemerintah itu, akan goyah dan punah juga akhirnya.Semangat
patriotisme di dalam masyarakat amat diperlukan meskipun hidup dalam budaya dan agama
yang berbeda. Di dalam negara kita, prinsip rukun negara menjadi wadah perpaduan sepanjang
zaman. Menghargai perjuangan dan pengorbanan pemimpin terdahulu amat dituntut daripada
generasi kini dan akan datang.
4 Penutup
Sejarah telah mengajar kita erti pengorbanan pejuang-pejuang silam. Sejarah juga
mengajar bagaimana menjadikan kita bersatu dan kekal harmoni dalam kelompok yang berbeda
budaya, kepercayaan dan keturunan. Ketiga-tiga aspek di atas sangat mempengaruhi kestabilan
dan keutuhan sesebuah negara.Marilah kita bersatu - padu memelihara keharmonian dan
kesejahteraan negara yang kita nikmati sekarang. Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.Sejarah
yang pahit itu,kita jadikan sempadan untuk membina negara bangsa yang penuh dengan warisan
dan kaya budayanya.

Page | 8

MQA102 Pengajian Malaysia


E30209121103

Bibliografi :
Liang Liji, (1996). Hubungan Empayar MELAKA-DINASTI MING Abad ke-15. Kuala Lumpur :
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.
A.Samad Ahmad, (1979). Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
MALAYSIA KITA, (2007). Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Kuala
Lumpur : International Low Book Services.
INTAN , (1991). Malaysia Kita . Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Malaysia.
Zahari Rashid, (2008). Kenang-kenangan Abdullah Munsyi. Selangor Darul Ehsan : ibsBUKU
Sdn. Bhd.

Page | 9

Anda mungkin juga menyukai