Anda di halaman 1dari 11

AN EFFECTIVE LEARNING

( LEARN FOR TOMORROW )

KOD KURSUS :
PLG 545
NAMA PENSYARAH :
PROF. DR. FONG SOON
FOOK

DISEDIAKAN OLEH :

NAIEMATON BT ABU BAKAR


( S-PM0417/14 )

PENGENALAN

Blended learning merupakan satu corak pengajaran dan pembelajaran


yang memberikan satu impak yang besar dalam sistem pendidikan. Ianya
wajar diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah
sebagai salah satu teknik pengajaran yang terbaik khususnya di Malaysia
selaras dengan hasrat kerajaan yang menginginkan transformasi dalam
bidang pendidikan.
Menurut Semler (2005)Blended learning combines the best aspects of
online learning, structured face-to-face activities, and real world practice.
Online learning systems, classroom training, and on-the-job experience
have major drawbacks by themselves. The blended learning approach
uses the strengths of each to counter the others weaknesses.
Daripada apa yang dinyatakan oleh Semler, jelas menunjukkan bahawa
blended learning menggunakan pendekatan pembelajaran yang
disesuaikan dengan kekuatan setiap individu untuk mengatasi atau
menangani kelemahan yang lain. Corak pembelajaran sebegini yang
menggabungkan media digital dan menggunakan rangkaian internet
dapat mengawal beberapa aspek yang mungkin timbul di kalangan
pelajar seperti bermain, mengganggu rakan, tidak fokus dalam kelas dan
sebagainya.
Dengan wujudnya blended learning masalah masalah seperti yang
dinyatakan di atas sekurang kurangnya dapat dikurangkan seterusnya
dihapuskan. Ini adalah kerana blended learning adalah satu kaedah atau
teknik pengajaran dan pembelajaran yang menarik dengan

penggabungan pelbagai kaedah penyampaian, corak dan gaya


pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN DALAM PROJEK


Berdasarkan hasil projek yang dilakukan, pendekatan yang
menggabungjalinkan Blended learning dan elemen elemen kemahiran
abad 21 telah digunapakai sepenuhnya.

Ini adalah kerana objektif pembelajaran yang hendak dicapai daripada


dengan penggabungan tersebut adalah untuk menarik minat dan
tumpuan pelajar terhadap matapelajaran fizik, menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan interaktif serta dapat
menggalakkkan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Selain itu,
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis juga dapat diwujudkan di
samping meningkatkan proses sosialisasi pelajar secara tidak langsung.
Melalui kemahiran abad 21, beberapa elemen kemahiran telah diterapkan
seperti :
1. Kemahiran pembelajaran
a. Pemikiran Kritis ( daya pemikiran yang boleh menganalisis
sesuatu )
Berdasarkan tugasan yang dilakukan, pelajar membuat
analisis topik melalui kuiz yang dilakukan secara atas
talian. Pelajar membaca, berfikir dan memberikan
jawapan.

Pelajar membuat perbincangan dengan rakan


sekumpulan untuk mencapai kesimpulan atau mencari

jawapan yang betul.


Pelajar membuat pengelasan mengikut kategori tertentu
semasa guru memberi penerangan di dalam kelas. Di
samping itu, pelajar juga telah diarahkan oleh guru
untuk membuat catatan berdasarkan portal

e-

pembelajaran seminggu lebih awal.


Pelajar dapat mendifinisikan dan menjelaskan
pengertian istilah kerana telah membuat persiapan
awal. Oleh itu, guru hanya bertindak sebagai
pemudahcara dan dapat menumpukan perhatian yang

lebih kepada pelajar.


Antara pemikiran kritis lain yang digunapakai di dalam
kelas ini ialah pelajar mencirikan tentang sesuatu

berdasarkan kepada topik yang dipelajari.


Guru membuat penilaian kepada pelajar melalui kuiz
dalam talian dan pelajar dapat menilai sendiri tahap

pemahaman mereka berdasarkan kuiz tersebut.


Melalui aktiviti kumpulan yang dijalankan, pelajar dapat
menjelaskan atau membuat perbincangan supaya
semua ahli dalam kumpulan dapat memahami apa yang
disampaikan oleh guru semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.
Penyelesaian masalah diterapkan semasa kuiz atas
talian.

b. Pemikiran Kreatif

Kreatif membawa maksud menghasilkan atau mewujudkan

sesuatu yang baru.


Bagi saya, melalui blended learning process pelajar telah
didedahkan dengan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
lain dari biasa. Bukan hanya sekadar bercakap secara face to
face malah menggabungkan elemen elemen berorientasikan
teknologi kini.

c. Kerjasama dalam pasukan


- Nilai ini dapat dititipkan semasa melakukan aktiviti secara
berkumpulan. Ianya akan wujud secara tidak langsung kerana
bekerjasama menggembleng tenaga dan berkongsi buah
fikiran dapat menghasilkan sesuatu yang lebih menarik
berbanding bekerja secara individu.
d. Komunikasi Berkesan
- Dengan melakukan aktiviti secara berkumpulan, secara tidak
-

langsung proses komunikasi akan berlaku.


Pelajar dapat melakukan tugasan dengan baik membuktikan
bahawa penyampaian dan penerimaan maklumat telah
dijalankan dengan berkesan.

2. Kemahiran literasi
a. Literasi Maklumat
Pelajar mengakses maklumat dan menterjemahkan
maklumat melalui e-learning KMPP portal.
b. Literasi Media
Pelajar menggunakan laptop ( media elektronik ) dan
jaringan internet untuk mengakses maklumat berkaitan.
c. Literasi Teknologi

Guru dan pelajar telah menggabungjalinkan semua


elemen ini sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran.
Menggunakan portal e-pembelajaran untuk mengakses

maklumat atau topik yang dikehendaki.


Menggunakan komputer, laptop dan LCD projektor.
Menggunakan rangkaian untuk menjawab soalan kuiz.
3. Kemahiran Hidup
a. Fleksibiliti
Guru memberi masa dan ruang kepada pelajar untuk

bertanya dan berbincang untuk menjawab soalan.


Kemahiran Sosial
Penerangan guru
Pendekatan guru dengan pelajar seperti memberi
peneguhan dengan memuji pelajar dan memberi

tepukan.
Penggunaan bahasa yang mudah difahami pelajar
Perbincangan secara berkumpulan. Proses sosialisasi
dapat dilakukan dengan berkesan kerana kuantiti pelajar
tidak ramai dalam satu kumpulan.

b. Produktiviti
Objektif pengajaran tercapai
Pemahaman pelajar tentang topik yang telah diajar
Pencapaian pelajar yang memuaskan dalam menjawab
soalan kuiz
c. Daya pemimpin
Daya kepimpinan dapat dilihat dalam diri pelajar
semasa aktiviti kumpulan dilakukan.

Rajah 1 di bawah menunjukkan aliran penggabungan blended learning


dan kemahiran abad

ke -21 yang digunapakai dalam kelas.

Rajah 1

KESIMPULAN
Daripada pengamatan dan pemerhatian saya, jelas sekali menunjukkan
bahawa proses penggabungan blended learning dan 21st century skills
sangat berguna dan efektif jika ianya digunapakai untuk proses
pengajaran dan pembelajaran di semua institusi pendidikan tidak kira prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah mahupun institusi pengajian
tinggi.
Walaupun kaedah ini jarang digunakan berikutan beberapa kekangan
yang dihadapi oleh guru, ianya dapat membentuk sikap dan sahsiah
pelajar. Pelajar menunjukkan minat, lebih cenderung dan fokus terhadap
matapelajaran yang disampaikan. Penggunaan teknologi dan multimedia
juga dapat didedahkan kepada pelajar terutamanya bagi pelajar yang
tidak berpeluang menggunakan portal e-learning.

Objektif pengajaran juga mudah dicapai kerana pelajar dapat memahami


dan menaakul dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan kaedah
tradisional. Dengan berlakunya peningkatan dan pencapaian yang baik,
saya amat yakin penggabungan ini dapat mewujudkan satu proses
pembelajaran yang sangat sangt berkesan sama ada secara formal atau
tidak.

KAJIAN LITERATURE
1. http://www.pendidikanekonomi.com/2012/11/pengertian-blendedlearning.html
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Blended_learning
3. http://www.thoughtfullearning.com/resources/what-are-21st-centuryskills
4. http://www.thoughtfullearning.com/resources/what-are-learningskills
5. http://www.thoughtfullearning.com/resources/how-can-i-teach-21stcentury-skills
6. http://cgnarzuki.com/?page_id=278
7. http://www.slideshare.net/arthurjeo/5-kemahiran-profesional-guru

8. http://www.google.com.my/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&ved=0CBwQFjAA&url
=http%3A%2F%2Fwww.ukm.my%2Fjpbm%2Fpdf%2F116.%2520Aisyah%2520et
%2520al.pdf&ei=hNdyVP7eEsq9ugSMh4KYCw&usg=AFQjCNGTXp7a
KR4gogOebVHkvIqWRlKF4Q&bvm=bv.80185997,d.c2E
9. http://www.google.com.my/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=2&ved=0CCUQFjAB&url
=http%3A%2F%2Fe-journal.um.edu.my%2Ffilebank
%2Fpublished_article
%2F4559%2FBil1_2_Artikel3.pdf&ei=hNdyVP7eEsq9ugSMh4KYCw&u
sg=AFQjCNGjpCmC6QtVBCWXpWOf1APTu6aWbw&bvm=bv.8018599
7,d.c2E
10.
http://june201390.blogspot.com/2012/02/ulasan-jurnal-ictdalam-pendidikan.html
11.
http://www.google.com.my/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=2&ved=0CCUQFjAB&url
=http%3A%2F%2Fe-journal.um.edu.my%2Ffilebank
%2Fpublished_article
%2F4559%2FBil1_2_Artikel3.pdf&ei=hNdyVP7eEsq9ugSMh4KYCw&u
sg=AFQjCNGjpCmC6QtVBCWXpWOf1APTu6aWbw ( ejournal.um.edu.my/filebank/.../Bil1_2_Artikel3.pdf )
12.
www.jurnalteknologi.utm.my/.../jurnalteknologi/

Anda mungkin juga menyukai