Anda di halaman 1dari 4

KARYA AWAL NEWTON

Pengganti Barrow, Isaac Newton dilahirkan pramatang pada Hari Krismas tahun 1642,
iaitu tahun kematian Galileo. Bapanya meninggal dunia sebelum Isaac yang selalu sakit
itu dilahirkan, dan ibunya berkahwin semula apabila anaknya itu berusia tiga tahun.
Dia dipelihara oleh neneknya ketika dia memasuki sekolah berhampiran. Seorang
bapa saudara sebelah ibunya yang merupakan siswazah Cambridge menyedari
kebolehan luar biasa yang ada pada anak saudaranya itu, dan' menggesa ibu Isaac supaya
memasukkannya ke Cambridge. Oleh itu, Newton yang masih muda itu memasuki
Trinity College pada tahun 1661, mungkin tidak terfikir untuk menjadi ahli matematik,
kerana dia tidak mempelajari secara khusus bidang tersebut. Pada mulanya, dia seolaholah menunjukkan minat yang mendalam dalam kimia dan amat prihatin terhadap
subjek tersebut sepanjang hayatnya. Walau bagaimanapun, pada awal tahun
pertamanya, dia membeli buku Euclid, dan tidak lama selepas itu dia membaca
Clavis, karangan Oughtred, Geometria a Renato Des Cartes, karangan
Schooten, Optics, karya Kepler, juga karya Viite, dan mungkin yang paling penting
ialah Arithmetica infinitorum, karya Wallis. Di samping itu, dalam latihan
tersebut, kita juga perlu memasukkan syarahan yang diberikan oleh Barrow sebagai
profesor Lucasan yang dihadiri oleh Newton selepas tahun 1663. Dia juga berjinak-jinak
dengan karya Galileo, Fermat, Huygens dan

pengarang lain. Tidak hairanlah tidak lama kemudian Newton menulis kepada Hooke,
"Jika aku melihat lebih jauh daripada apa yang dilihat oleh Descartes, itu kerana aku
berdiri di atas bahu gergasi."
Menjelang akhir tahun 1664, Newton seolah-olah telah sampai ke perbatasan
pengetahuan matematik dan bersedia membuat sumbangannya sendirl. Penemuannya
yang pertama, bermula pada bulan-bulan awal tahun 1665, susulan daripada
kebolehannya mengungkapkan fungsi dalam sebutan sin tak terhingga - perkara yang
sama ini juga dilakukan oleh Gregory di Itali kira-kira pada masa tersebut, walaupun
Newton tidak mungkin mengetahui akan perkara ini. Pada tahun 1665, Newton juga
memikirkan kadar perubahan, atau aliran, tentang kuantiti berubah secara
bersinambungan, atau lancar seperti panjang, luas, isi padu, jarak dan suhu. Sejak itu
dan seterusnya, Newton mengaitkan kedua-dua masalah tersebut, yakni sisi tak
terhingga dan kadar perubahan sebagai "kaedahku."
Sepanjang tahun 1665-1666, tidak lama selepas Newton memperoleh ijazah A.B.,
Trinity College telah ditutup kerana wabak penyakit hawar dan Newton pulang ke
rumah dan menghabiskan masa dengan berfikir. Tempoh ini amat produktif dalam
penemuan matematik yang pernah dilaporkan. Ini disebabkan dalam masa tiga bulan
itu, Newton menegaskan bahawa dia telah membuat empat penemuan yang utama: (1)
teorem binomial, (2) kalkulus, (3) hukum gravid dan (4) sifat warna. Penemuan
pertama seolah-olah menjadi begitu jelas kepada kita sekarang bahawa agak sukar
untuk melihat mengapa penemuan tersebut begitu lama tertangguh, kerana sekurangkurangnya setengah alaf barulait

pekali binomial untuk kuasa kamiran diketahui umum. Antara ahli matematik lain,
Cardan dan Pascal, amat menyedari petua penggantian untuk pekali; tetapi mereka tidak
menggunakan tatatanda eksponen Descartes, justeru tidak dapat membuat peralihan
yang agak mudah daripada kuasa kamiran kepada kuasa pecahan. Stevin dan Girard
ada mencadangkan kuasa pecahan, tetapi tidak betul-betul menggunakannya. Justeru,
Wallis sahaja yang menggunakan eksponen pecahan, dan kita telah melihat bahawa
walaupun Wallis dianggap penentu agung, namun dia tidak berjaya menulis suatu
pengembangan untuk (x - x2)" atau (1 - x2)/. Newton tetap membekalkan pengembangan
itu sebagai sebahagian daripada kaedah siri tak terhingganya.

TEOREM BINOMIAL
Teorem binomial, yang ditemui pada tahun 1664 atau tahun 1665, diperihalkan dalam
dua surat pada tahun 1676 daripada Newton kepada Henry Oldenburg (1615?-1677)
yang menjadi setiausaha Royal Society. Surat tersebut diterbitkan oleh Wallis (sebagai
penghargaan kepada Newton) dalam Algebra karya Wallis tahun 1685. Bentuk
ungkapan yang diberi oleh Newton (dan Wallis) membuatkan pembaca moden berasa
janggal, tetapi ia menunjukkan bahawa penemuan tersebut bukan sekadar penggantian
mudah kuasa kamiran dengan pecahan, tetapi ia juga adalah sebahagian besar
daripada basil percubaan oleh Newton berhubung dengan pembahagian dan radikal
yang melibatkan kuantiti algebra. Akhirnya, Newton menemui bahawa
Pencabutan Punca lebih banyak dipendekkan oleh Teorem
P+PQI n =P n + n A Q + 2nnBQ +m-2nC,Q+m-3nDQ+d11.
3n

4n

dengan P + PQ mewakili Kuantiti pada Punca atau Kuasa atau Punca Kuasa yang akan
diperoleh, P menjadi sebutan pertama bagi kuantiti itu, Q yang menjadi baki sebutan dibahagi
dengan sebutan pertama dan m/n, iaitu Indeks angka kuasa P + PQ...
Akhir sekali, bagi menggantikan sebutan yang terdapat semasa menjalankan kerja untuk
mendapatkan Hasil Bahagi, saya akan menggunakan A, B, C, D, dll. Oleh itu,
A mewakili sebutan pertama P(m/n); B untuk sebutan kedua (m/n)AQ dan seterusnya.
Teorem ini mula-mula diumumkan oleh Newton dalam surat bertarikh 13 Jun 1676,
yang dihantar kepada Oldenburg, tetapi dipanjangkan kepada Leibniz. Dalam surat
kedua bertarikh 24 Oktober tahun yang sama, Newton menjelaskan dengan terperinci
bagaimana dia terdorong kepada pembentukan siri binomial ini. Dia menulis
sewaktu memulakan pelajaran matematiknya ketika sedang menyelesaikan kerja
Wallis tentang mencari luas (dari x = 0 hingga x = x) di bawah lengkung yang
mempunyai ordinat dalam bentuk (1 - x2)". Apabila memeriksa luas untuk eksponen n
bersamaan dengan 0, 1, 2, 3 dan seterusnya, dia mendapati

sebutan pertama sentiasa x, sebutan kedua ialah x3 atau 3x3 atau


3
ix3 atau 3x , mengikut pada kuasa n ialah 0 atau 1 atau 2 atau 3, dan
seterusnya. Justeru dengan prinsip "penyisipan" Wallis, Newton
mengandaikan bahawa dua sebutan pertama dalam luas untuk n = i
seharusnya menjadi
x3

x-i -.
3
Dengan gaya yang sama, didahului dengan analogi, dia telah
menemui sebutan selanjutnya, lima sebutan pertama itu ialah
X3

j X5 L X7 5 x9
X-? - 8

-'b

-'2

Kemudiannya, dia menyedari bahawa keputusan yang sama boleh


didapati dengan
mula-mula sekali menerbitkan (1-x2)2 = 1 - Zx2 -8x 4 -,'' x6 -'i s x 8 - ---,
dengan
menggunakan interpolasi secara yang sama, dan kemudian
mencari luas melalui kamiran sebutan dalam siri ini. Dengan
kata lain, Newton tidak meneruskan secara langsung daripada
segi tiga Pascal kepada teorem binomial, tetapi meneruskan
secara tak langsung daripada masalah kuadratur kepada teorem
binomial.
SIRI TAK TERHINGGA
Pendekatan secara tak langsung oleh Newton mungkin membawa
kebaikan untuk masa depan karyanya kerana hal ini
menyedarkannya bahawa seseorang itu boleh beroperasi dengan
siri tak terhingga melalui cara yang seakan-akan sama dengan
ungkapan polinomial terhingga. Sifat umum analisis tak
terhingga yang baru ini disahkan dibuat olehnya apabila dia
menerbitkan siri tak terhingga yang sama melalui cabutan punca
kuasa dua 1 - x2 melalui proses algebra biasa, yang akhirnya
menentusahkan keputusan dengan mendarab siri tak terhingga
dengan ia sendiri bagi mendapatkan semula radikal asal 1 - x2.
Dengan cara yang sama, Newton mendapati keputusan yang
diperoleh untuk (1 x2)-' melalui interpolasi (iaitu teorem binomial
untuk n = -1) yang bersesuaian dengan keputusan yang didapati
melalui pembahagian panjang. Melalui contoh tersebut, Newton
menemui sesuatu yang jauh lebih penting daripada teorem
binomial. Dia menemui bahawa analisis dengan siri tak terhingga
mempunyai kekonsistenan dalaman yang sama dan tertalduk
kepada hukum umum yang sama seperti algebra kuantiti

terhingga. Siri tak terhingga tidak lagi dianggap sebagai


peranti penghampiran sahaja; ia adalah bentuk fungsi alternatif
yang
diwakilinya.
Sebagaimana
Wallis
mengungkapkan
pandangannya dalam karyanya, Algebra bagi menyatakan teorem
binomial Newton, maka siri tak terhingga atau siri bertumpu ini
"membayangkan penetapan sesetengah kuantiti tertentu oleh
Janjang sekata atau tahap kuantiti yang menghampirinya secara
berterusan; dan jika diteruskan secara tak terhingga, mesti
bersamaan dengannya."

Newton sendiri tidak pernah menerbitkan teorem binomial, begitu


juga, dia tidak pernah membuktikannya; tetapi dia pernah
menulis dan akhirnya menerbitkan beberapa ringkasan tentang
analisis tak terhingga. Dari segi kronologi, ringkasan pertamanya
ialah De analysi per aequationes numero terminorum infinitas yang disusun pada
tahun 1669 atas asas idea yang diperoleh pada tahun 16651666,
tetapi tidak diterbitkan sehingga tahun 1711. Di dalamnya, dia
menulis:
Dan walau apa pun Analisis sepunya [iaitu algebra] dilaksanakan
melalui Kaedah Persamaan sebilangan Sebutan terhingga
(sekiranya boleh dilakukan), kaedah baru
ini sentiasa boleh melaksanakan perkara yang sama melalui Kaedah
Persamaan tak terhingga, supaya saya sebaliknya tidak membuat
sebarang Persoalan dengan
memberikannya Nama Analisis. Taakulan dalam perkara ini tidak
kurang pastinya untuk yang lain; ataupun Persamaan itu kurang
tepat; walaupun kita Manusia
mempunyai Kuasa taakulan yang terbatas dalam Had sempit, sama
ada dapat mengatakan ataupun tidak kandungan semua Sebutan
dalam Persamaan ini
untuk mengetahui dengan tepat Kuantiti yang kita kehendaki....
Untuk membuat kesimpulan, kita hanya boleh mengira bahawa
ia tergolong kepada Seni Analisis,
dengan bantuan Luas dan Panjang, dll. Tentang Lengkung yang
boleh ditentukan dengan tepat secara geometri.
Sejak itu dan seterusnya, dan dengan mendapat galakan
daripada Newton, manusia tidak lagi cuba mengelakkan proses
tak terhingga sebagaimana yang dilakukan oleh orang Yunani
kerana ia sekarang dianggap sah dalam matematik.
Sudah pastilah De analysi karya Newton mengandungi lebih
daripada sesetengah karya tentang siri tak terhingga; ini juga amat
penting sebagai keterangan sistematik yang pertama dalam
penemuan matematik utama Newton - kalkulus. Barrow yang
menjadi mentor penting kepada Newton umumnya ialah ahli
geometri, dan Newton sendiri sering diperihalkan sebagai
pendukung geometri tulen. Tetapi draf manuskrip terawal
pemikirannya menunjukkan Newton menggunakan dengan
bebasnya algebra dan pelbagai alat algoritma dan juga tatatanda.
Menjelang tahun 1666, dia belum lagi membentuk tatatanda
alirannya, tetapi telah merumuskan suatu kaedah pembezaan
yang sistematik, yang tidak jauh bezanya daripada yang diterbitkan
oleh Barrow pada tahun 1670. Kita hanya perlu menggantikan a
Barrow dengan qo Newton dan e Barrow dengan po Newton, bagi
mendapatkan bentuk pertama Newton untuk kalkulus. Jelas
Newton menganggap o sebagai selang masa yang sangat kecil,
manakala op dan oq sebagai tokokan kecil, dengan x dan y akan
berubah pada selang tersebut. Oleh itu, nisbah q/p akan menjadi

nisbah kadar penukaran serentak y dan x, iaitu lereng lengkung f(x,


y) = 0. Lereng lengkung " = x", contohnya, didapati daripada (y + oq)"
= (x + op)' dengan mengembangkan kedua-dua belah bahagian
menurut teorem binomial melalui cara membahagi terus dengan
o, dan mengetepikan sebutan yang masih mengandungi o, maka
keputusannya ialah
y

m x`

9 -- atau 9 m m i ^-~
p n y"-'

pn

Anda mungkin juga menyukai